You are on page 1of 13

Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat

.
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua
rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: Solat malam (solat Tarawih) adalah dua
rakaat, dua rakaat. (Riwayat Jamaah)
.
1. Niat:
.
.
2. Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
.
1. Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Badiah Isyak, maka Bilal
memulakan Solat Tarawih dengan menyeru:


Maha Suci Tuhan Pemiliki (alam) yang disembah (dipatuhi),
.
2. Bilal dan jamaah sama-sama membaca:
.
.
3. Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih;
.
.
4. Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah At Takaatsur
Rakaat kedua: Surah Al Ashry
.
5. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan jamaah bersama-sama
mengucapkan zikir dberikut:
.
.
6. Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3
dan 4;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Rakaat ketiga: Surah Al Humazah
Rakaat keempat: Surah Al Fiil
.
7. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4; Bilal dan jamaah membaca Tasbih dan
Selawat:
.
.
8. Diikuti dengan Imam membaca doa berikut:
.
.
9. Sebelum mendirikan 4 rakaat lagi, bilal dan jamaah membaca kalimat:
.
.
10. Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang ke 5 dan 6;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Rakaat kelima: Surah Al Quraisy
Rakaat keenam: Surah Al Mauun
.
.
11. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersama-sama
mengucapkan zikir dberikut:
.
.
12. Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 7
dan 8;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Rakaat ketujuh: Surah Al Kautsar
Rakaat kelapan: Surah Al Kaafiruun
.
.
13. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jamaah membaca
Tasbih dan Selawat:

.
.
14. Apabila selesai mendirikan 8 rakaat Solat Tarawih, membaca doa berikut;
.
Doa Solat Tarawih
.


Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami
Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad
SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke
atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan
dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang! Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya
dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan
keselurahan orang-orang yang beriman.
.


Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna,
dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat,
menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di
sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang
teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala
penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara
di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian,
mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami
dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan
kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk,
dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan
duduk di atas Tahta Kehormatan di dampingi bidadari syurga
dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-
warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu
dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi
yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang
telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan
para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh
dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah
kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha
Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!
.

( 3

])
.

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-


Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya
Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada
kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun
atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang!
.

[ .

( 3 ])

[ .

( 3 ])

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap
malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka
jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami,
isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum
kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih
hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau
bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api
neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan
mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera.
[Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha
Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah
kami! - (3x)].


Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk,
penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para
sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan
pentadbir seluruh alam!
.
.
.
Solat Sunat Witir
.
Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:
.


Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!
.
.
Cara Melaksanakannya
.
1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

.
.
2. Bacaan selepas Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Alaa
Rakaat kedua: Surah Al-Kafiruun
.
.
3. Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;
.
.
4. Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi rakaat Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
.
.
5. Selepas bacaan al-Fatihah, pada rakaat terakhir, dibaca pula surah;
Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan
An-Naas.
.
.
6. Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.
.
.
7. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
.
.
8. Boleh dibaca doa-doa berikut:

You might also like