You are on page 1of 1

Nyamuk Aedes dan Nyamuk Tiruk

Nyamukaedes dan Nyamuk Tiruk ialah pembawa penyakit yang berbahaya


kepada manusia. Gigitan kedua-dua jenis nyamuk ini dapat memudaratkan
kesihatan manusia.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula daripada peringkat kepompong,
larva dan nyamuk dewasa hanya mengambil masa seminggu. Nyamuk yang
berbahaya ini membiak di dalam takungan air yang bersih dan jernih.
Nyamuk aedes sangat berbahaya. Hal ini demikian kerana nyamuk ini
membawa virus deman denggi. Virus denggi ini dapat mengakibatkan
kematian kepada orang yang menghadapinya. Oleh itu, pesakit yang
menghadapi deman ini perlu mendapatkan rawatan yang segera di hospital.
Terdapat beberapa tanda serangan virus denggi ini. Mangsa deman ini
akan mengalami deman kuat yang mengejut dan berlarutan. Mereka akan
berasa sakit-sakit tulang, otot-otot, sendi dan biji mata. Ruam merah akan
kelihatan pada kulit mangsa. Selain itu, mangsa akan berasa sakit kepala,
hilang selera makan, sakit perut dan muntah-muntah. Deman ini juga akan
menyebabkan pesakit mengalami pendarahan pada kulit, hidung dan gusi.
Ubat atau vaksin untuk mengubati penyakit ini belum ditemukan. Oleh itu,
kesedaran orang ramai tentang penyakit ini perlu dipertingkatkan.
Nyamuk Tiruk pula membawa parasit malaria.

You might also like