You are on page 1of 1

Teks Doa Buka Majlis



Sesungguhnya kami
berhimpun pada hari ini, bagi
melahirkan rasa kesyukuran
di atas kurniaanMu yang tidak
ternilai.Jadikanlah kami
hamba-hamba-Mu yang
sentiasa bersyukur di atas
nikmat yang melimpah ruah
kepada kami .


Sesungguhnya Engkau Maha
Mengetahui bahawa kami di
sini ingin menimba ilmuMu
yang sangat luas bagi
mengembangkan potensi
kami sebagai hambaMu yang
Engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah
program BIG kami ini.
Kurniakanlah kepada kami
ilmuMu. Sinarilah hati-hati
kami dengan cahaya dan
hidayahMu. Semoga
dengannya kami mudah
menerima dan menghayati
serta mengamalkannya.




Kurniakanlah kepada kami
kesihatan anggota,
kecergasan minda,
ketenangan jiwa, kekuatan
semangat. Semoga
dengannya kami mampu
mendepani cabaran, berdaya
saing dan mampu
mengangkat martabat diri,
keluarga,organisasi,
masyarakat dan negara kami.

You might also like