You are on page 1of 2

Seri Kaya Labu...

Bahan-bahan:

3-4 biji labu sederhana kecil - jika dapat labu yang bersize kecil2 lagi cantik..
3 biji telur ayam size A
1 tin susu cair
1 ketul sedang gula melaka*
1/2 cawan gula pasir* - dimasak dengan secawan air jadikan sirap gula melaka yang
pekat
(bila dah masak dan pekat sirap ini akan menyusut jadi 3/4 cawan)
3/4 cawan tepung jagung/kastad
11/2 cawan air
1/2 camca esen vanila
1/2 camca teh pewarna sasarparilla sebab warna gula melaka sangat muda
(sukatan serikaya yang saya buat ini mencukupi untuk 4 biji labu yang sederhana
kecil)

Cara:
1. Mula2 sediakan labu dahulu, basuh bersih dan ukirkan bentuk ziczac di 1/4
bahagian atasnya dibuka seperti penutup (boleh juga jika hendak potong biasa
sahaja suku bahagian atasnya). Keluarkan semua biji2 labu dan bersihkan sekali lagi.
2. Untuk menyediakan bahan2 seri kaya - masukkan telur dan sirap gula melaka tadi
dalam periuk dan pukul dengan whisk hingga telur dan sirap gula melaka bergaul
rata, masukkan 1 tin susu cair, tepung kastad/jagung dan 1 1/2 cawan air, pukul lagi
sampai kesemua bahan sebati dan tidak bergentel. masukkan juga esen vanilla.
3. Masakkan bahan2 serikaya ini diatas api yang sederhana dan sentiasa di kacau,
bila hampir memekat tutupkan api dan dikacau laju agar tidak bergentel. Terus
sendukkan seri kaya ini kedalam labu sehingga penuh.
4. Masukkan ke dalam pengukus yang telah dipanaskan dan kukus lebih kurang 20-
30 minit labu cepat empuk tak perlu kukus lama dan seri kaya/kastad nya kita dah
masak tadi jadi tak perlu masak lama2
5. Keluarkan dari kukusan bila dah masak sejukkan dahulu sebelum dihidangkan
kalau hendak makan panas2 seri kayanya tak sempat nak set..so lebih sedap jika
dimakan sejuk dimasukkan dapat peti sejuk 3-4 jam atau semalaman...cubalah
sedappp...




Resepi Udang Goreng Tepung Kedai Thai


Bahan-bahan:
20 - 30 ekor udang
80 gram tepung gandum
100 ml air
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)


Cara Membuatnya :
1. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
3. Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi
bagus.
4. Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
5. Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering.
6. Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
7. Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
8. Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.
9. Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
10. Angkat dan toskan.
11. Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos
pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya. Selamat mencuba dari Lovely
Kitchen.

You might also like