Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
KAJIAN KES 3

KAJIAN KES 3

Ratings: (0)|Views: 351 |Likes:
Published by api-19734902

More info:

Published by: api-19734902 on Nov 27, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2014

pdf

text

original

KAJIAN KES 3
1.0
SUBJEK
Nama
: Maya (bukan nama sebenar)
Jantina
: Perempuan
Asal
: Kampung Dew, Selinsing, Perak.
Umur
: 17 tahun
Bangsa
: Melayu
Agama
: Islam
Bilangan adik- beradik
: 2 orang (anak sulung)
Pekerjaan bapa
: Pengawal keselamatan sekolah
Tinggal bersama
: Ayah, ibu dan seorang adik
Pencapaian akademik
: Sederhana
2.0
KES
Nama Kes
Lari Dari Rumah
Perihal Kes

Lari dari rumah boleh membawa maksud meninggalkan tempat kediaman atau perlindungan sama ada mengikut kawan atau pergi ke tempat yang lebih selesa pada pemikirannya. Remaja adalah peringkat personaliti yang mudah terikut-ikut dengan perangai dan pengaruh rakan-rakan sebaya. Menurut Juriah (1995), lari dari rumah dikatakan sebagai individu yang meninggalkan rumah kediaman tanpa kebenaran atau persetujuan ahli keluarga atau penjaga. Definisi yang diberikan oleh Kurtz dan rakan- rakannya (1991) adalah lebih terperinci iaitu satu situasi di mana remaja meninggalkan rumah kediamannya atau tempat tinggalnya yang sah dari segi undang-undang untuk semalaman iaitu melebihi 24jam tanpa kebenaran ahli keluarga atau penjaga.

Kajian Kes

Maya (bukan nama sebenar) merupakan anak sulung daripada dua beradik. Namun Maya juga memiliki dua orang abang tiri yang kini kedua-duanya telah pun mendirikan rumahtangga dan tinggal di Kuala Lumpur. Kini Maya tinggal bersama dengan ibu, ayah dan juga adik perempuannya yang berusia 12 tahun. Maya mempunyai hubungan yang baik dengan kedua orang abang tirinya dan ayah tetapi hubungan Maya dengan ibu dan adik agak sedikit tegang. Apabila pulang dari rumah, Maya akan terus mengemas rumah, menyapu sampah dan juga membasuh pinggan. Maya berasa amat sedih kerana ibunya selalu melebih-lebihkan adiknya dan memanjakannya sehingga Maya sendiri diketepikan dan sering dimarahi atas perbuatan yang kecil. Ibu melayan Maya seperti orang luar dan seringkali Maya diherdik. Malah lebih merungsingkan Maya lagi apabila keadaan ini bukan sahaja berlaku pada Maya tetapi ayah juga dilayan sebegitu oleh ibu. Apabila ayah membela Maya, ayah juga akan dimaki hamun dan diherdik oleh ibu tanpa belas kasihan. Kadang-kadang ayah sedih dengan sikap ibu yang memilih kasih.

Menurut Maya, dahulu ibu tidak begini. Ibu adalah seorang yang penyayang dan lemah lembut. Namun setelah melahirkan adik, ibu seperti seakan berubah dengan perubahan yang begitu mendadak. Maya amat terkejut dan menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Apabila Maya telah masuk ke alam sekolah menengah, ibu masih lagi dengan sikapnya yang bengis dan memilih kasih. Maya pernah mengadu pada ayah dan apabila ayah memarahi ibu, ibu akan memarahi ayah semula dan Maya juga tidak akan terlepas. Ibu akan memukul Maya apabila ketiadaan ayah di rumah. Ini menyebabkan Maya takut untuk mengadu pada ayah lagi. Dahulu Maya juga pernah mengadu pada abang-abang tirinya dan abang tiri terus menegur sikap ibu. Namun ibu pula berjauh hati dengan abang dan ini menyebabkan Maya rasa bersalah. Ibu akan merajuk dan mengatakan semua orang sudah tidak menyayanginya lagi.

Maya rasa serba salah untuk berkongsikan kepahitan bersama keluarga. Beritahu ayah dimarahi dan dibenci, beritahu abang ibu akan merajuk pula. Apabila tiba waktu makan Maya tidak pernah diajak menjamu selera bersama keluarga. Maya juga

menyatakan setiap kali tibanya musim raya, Maya tidak dibenarkan keluarg oleh ibunya kerana Maya terpaksa menjaga rumah waktu ketiadaan mereka. Apabila Maya diajak oleh abang-abangnya keluar beraya Maya akan menolak dengan alasan Maya penat tetapi hakikat sebenarnya Maya tidak dapat berhari raya bersama keluarga lain. Jika tidak Maya akan dimaki hamun oleh ibunya selepas kepulangan abang-abangnya. Hubungan Maya dengan adik juga agak dingin.

Oleh kerana Maya rasa dirinya ditolak oleh ibu, Maya mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah secara senyap. Maya pergi meninggalkan rumah pada waktu persekolahan dan sebelum itu Maya telah meminta duit kepada ayahnya dengan alasan untuk membeli buku. Maya telah menaiki bas menuju ke Kuala Lumpur. Apabila sampai di Kuala Lumpur, Maya telah menghubungi abangnya dan meminta untuk mengambilnya di Puduraya. Abang Maya amat terkejut dengan tindakan yang diambil oleh Maya. Maya menceritakan segala-galanya kepada abang dan meminta abangnya supaya tidak menghubungi ibu dan ayah di kampung. Abang memahami situasi Maya dan mengikut kehendak Maya.

Setelah hampir sebulan, abang memujuk Maya supaya memberitahu kepada ayah di kampung. Setelah puas dipujuk, Maya akhirnya bersetuju untuk memberitahu kepada ayah. Ayah dengan segera datang ke Kuala Lumpur seorang diri. Pada mulanya ayah amat marah tetapi setelah dijelaskan keadaan sebenar, ayah mula bersimpati dengan Maya. Maya juga meminta maaf kerana duit yang dipinjamkan oleh ayah bukanlah untuk membeli buku tetapi sebagai tambang untuk ke Kuala Lumpur. Namun ayah tetap bersyukur kerana Maya melarikan diri ke rumah abang. Di kampung ayah telah membuat aduan polis dan meminta orang-orang kampung mencari Maya. Maya amat sedih apabila ayah kata ibu tiada apa-apa reaksi dan ibu hanya bersenang-senang di rumah tanpa menghiraukan kehilangan Maya.

Kini Maya sedar apa sahaja tindakan yang dibuatnya sedikit pun tidak akan menyentuh perasaan ibunya. Maya hanya mahukan perhatian daripada ibu dan kasih sayang seorang ibu. Maya menyesal membuat tindakan terburu-buru melarikan diri dari

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Syakir Ibrahim liked this
Al Eclass liked this
alehanie liked this
Dira Emira liked this
Dira Emira liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->