Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
40Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
KAJIAN KES 7

KAJIAN KES 7

Ratings: (0)|Views: 1,965 |Likes:
Published by api-19734902

More info:

Published by: api-19734902 on Nov 27, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2014

pdf

text

original

KAJIAN KES 7
1.0
SUBJEK
Nama
: Fadhil (bukan nama sebenar)
Jantina
: Lelaki
Asal
: Teluk Medan, Bagan Serai, Perak.
Umur
: 17 tahun
Bangsa
: Melayu
Agama
: Islam
Bilangan adik- beradik
: 5 orang (anak ke-3)
Pekerjaan bapa
: Pengawal keselamatan
Tinggal bersama
: Ayah, ibu dan 7 orang adik
Pencapaian akademik
: Lemah
2.0
KES
Nama Kes
Tabiat Merokok
Perihal Kes

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), tabiat ialah perangai, perbuatan yang sering dilakukan dan juga merupakan tingkah laku. Oleh yang demikian tabiat merokok ini adalah sesuatu yangsering dilakukandan menjadi tabiay di kalangan mereka. Rokok adalah tergolong sebagai dadah. Tembakau dan candu atau dadah yang terdapat dalam rokok telah dibuktikanmemudaratkan kesihatan. Hubungan langsung antara merokok dengan penyakit serius seperti kanser paru-paru dan jantung, kanser, batuk yang serius dan sebagainya menunjukkan betapa serius permasalahan merokok. Justeru, jika tiada usaha dan langkah pencegahan diambil untuk membendungnya tabiat buruk ini akan terus menjadi satu ancaman, pembaziran, merugikan keluarga, masyarakat dan negara.

Kajian Kes

Fadhil (bukan nama sebenar) adalah seorang pelajar tingkatan 5. Fadhil merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Fadhil juga adalah anak sulung lelaki dalam keluarganya. Ayah Fadhil bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang yang berhampiran dengan rumahnya. Keluarga Fadhil bukanlah dari golongan orang yang berada tetapi mereka hidup dalam serba sederhana sahaja. Daripada pengakuan Fadhil melalui sesi, dia terlibat dengan tabiat merokok adalah dari umur 12 tahun lagi. Rata-rata rakan Fdhil adalah perokok.

Pada mulanya Fadhil hanya berkawan dengan mereka sahaja tanpa ingin mencuba sendiri kenikmatan rokok seperti yang diperkatakan kepada teman-teman. Ini kerana Fadhil sedar merokok merbahayakan kesihatan lagipun dia tidak mempunyai duit untuk membeli rokok. Namun rakan-rakan telah mendesak dan memujuknya agarturut sama menghisap rokok seperti mereka, malah rakan-rakannya juga telah menetapkan syarat untuk memulaukannya jika tidak menghisap rokok.

Kerana desakan dan keinginannya sendiri Fadhil telah mula berjinak-jinak dengan rokok tanpa pengetahuan keluarga. Ini kerana mereka juga sibuk menguruskan hal masing-masing. Rakan-rakan Fadhil telah bermurah hati membelinya rokok setiap hari. Ini menyebabkan Fadhil semakin kerap menghisap rokok. Malah Fadhil sanggup berikat perut menyimpan wang saku sekolahnya untuk membeli rokok. Menurut Fadhil setelah menghisap rokok dia berasa dirinya hebat dan setanding dengan kawan-kawannya yang lain.

Selain itu, menurut Fadhil, ayahnya juga seorang perokok. Malah sejak dia kecil lagi ayahnya pernah menyuruhnya ke kedai memberli rokok. Pernah terdetik di hati Fadhil untuk mencubanya tetapi bimbang akan dimarahi oleh ayahnya. Sehingga kini keluarga Fadhil tidak tahu Fadhil menghisap rokok. Fadhil menceritakan dia menghisap rokok adalah kerana mahu melepaskan tekanan pembelajaran. Fadhil juga menyatakan bahawa dia juga akan berhenti merokok suatu hari nanti kerana dia juga tahu merokok membahayakan kesihatan. Buat masa ini dia akan berasa gelisah jika tidak dapat

merokok. Namun Fadhil juga berharap suatu hari nanti dia akan berjaya berhenti daripada
merokok.
3.0
ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL
Teori Yang Dipilih
Teori Rational Emotive Behavior Therapy (REBT)
Rasional Teori Dipilih

Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku. Teori ini juga memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan ini juga bercorak didaktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional itu. Terapi ini yakin tentang kewujudan sistem kepercayaan yang tidak rasional di dalam diri setiap individu. Kepercayaan yang tidak rasional itu perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini, ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat sistem kepercayaan yang menjadikannya sengsara dan digantikannya dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya.

Terapi ini telah memberikan penekanan terhadap idea-idea dan kepercayaan yang tidak rasional dalam diri individu yang bermasalah. Ianya dapat dikenalpasti sekiranya individu itu mempunyai ciri-ciri utama seperti:

\u2022
Rasa malu yang teramat (Awfulizing)
\u2022
Terlalu menuntut (Demandingness)
\u2022
Merendah diri yang teramat (Self-devaluation)
\u2022
Daya toleransi yang rendah
\u2022
Lemah semangat

Activity (40)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Zulhelme Razali liked this
Cindy Tan liked this
Nur Maznie liked this
samuraibravo liked this
MOHD ROZI ISMAIL liked this
Wong Chiew Peng liked this
Nurul Adlia liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->