Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
KERTAS CADANGAN
LAWATAN SAINS & TEKNOLOGI
KELAS RANCANGAN KHAS KE PULAU PINANG
Tarikh
: 22 hingga 24 Ogos 2005
Hari
: Isnin - Rabu
Destinasi:
1. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
2. Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman,
P.Pinang
3. Japan-Malaysia Technology Institute
Disediakan oleh:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK. ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN
LAWATAN SAINS & TEKNOLOGI
KELAS RANCANGAN KHAS SMART
1.0. PENGENALAN

Kecemerlangan pendidikan bukan sahaja diperolehi dalam bilik darjah semata-mata tetapi ianya boleh juga didapati dengan kegiatan luar bilik darjah seperti membuat tinjauan alam atau lawatan sambil belajar. Lawatan sambil belajar dapat dimanfaatkan oleh murid-murid dengan melihat sendiri tempat-tempat yang telah dipelajari dalam buku di sekolah. Murid-murid juga boleh membuat perbandingan tempat yang dilawati dengan apa yang telah dipelajarinya atau dapat di ambil pengalaman untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk menuju kecemerlangan. Bersempena dengan Karnival Sains & Teknologi Peringkat Kebangsaan tahun 2005 ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMART bercadang untuk menganjurkan ini. Murid- murid juga akan dibawa melawat ke salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Pulau Pinang iaitu Universiti Sains Malaysia dan sebuah IPTS iaitu Japan Malaysia Technology Institute bagi mendedahkan pelajar suasana pembelajaran di kampus agar menjadi perangsang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi selepas selesai persekolahan nanti.

2.0. MATLAMAT
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dan menanam minat
terhadap Sains & Teknologi yang menjadi fokus utama pendidikan masa kini.
3.0. OBJEKTIF
3.1.Murid-murid dapat pendedahan tentang suasana pembelajaran di IPTA &
IPTS (USM & JMTI)
3.2.Menanam minat pelajar terhadap bidang Sains & Teknologi.
3.3.Mendedahkan kepada pelajar tentang bidang kerjaya Sains dan
Teknologi
4.0. SASARAN
Pelajar Kelas Rancangan Khas SMART Tingkatan 1 hingga 3 seramai 40 orang.
5.0. JANGKAMASA
Program ini dilaksanakan selama 3 hari iaitu bermula 22hb. Ogos 2005 hingga 24hb.
Ogos 2005.
6.0. KAEDAH PELAKSANAAN
6.1.Lawatan
6.2.Dialog
7.0.JAWATANKUASA INDUK
Penasihat
: Tn. Hj. Mat Noh Bin Supaat
(Pengetua SMART)
Pengerusi
: En. Mohd. Radzi Bin Ismail
(P.K Pentadbiran SMART)
Naib Pengerusi 1
: Pn. Samsiah Bt. Raji
(P.K HEM SMART)
Naib Pengerusi 2
: En. Amin Zaki Bin Mohd. Yusuf
(P.K Ko-Kurikulum SMART)
Penyelaras Program : En Roshaimmi Bin Mohamad
(Guru Bimbingan & Kaunseling)
Encik Ahmad Puad Bin Esa
(Guru Bimbingan & Kaunseling)
Ahli Jawatankuasa : 1. Cik Ong Peck Ing
2. En. Mohd. Nasir Bin Mohd. Dani
8.0. KEWANGAN
Anggaran Pendapatan
Yuran Penyertaan Pelajar RM40.00 x 40orang
RM1600.00
Peruntukan Bimbingan & Kaunseling
RM 1000.00
Anggaran Perbelanjaan
Sewa Bas
RM1400.00
Makan & Minum @ 40 orang x RM9 x 2 hari
RM 720.00
Penginapan @ 40 orang x RM5 x 2 mlm
RM 400.00
Cenderamata
RM 80.00
---------------
JUMLAH
RM2600.00
---------------
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • More From This User

    Notes
    Load more