You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH ABDUL RAHMAN TALIB

KERTAS KERJA

________________________________________________________________

PROGRAM KEM JATI DIRI PENGAWAS DAN PENGAWAS PSS

“PELAJAR PROAKTIF PEMANGKIN KEBITARAAN”


_____________________________________________________________________

TARIKH :

22-24 FEBRUARI 2008

TEMPAT :

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB

ANJURAN BERSAMA:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, BADAN PENGAWAS DAN PENGAWAS


PUSAT SUBER SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH ABDUL RAHMAN TALIB

DENGAN PERLAKSANAAN :

PIHAK DIAMOND OUTDOOR ADVENTURE CONSULTANT


1.0 BUTIRAN AM

Tajuk : Kem Jati Diri Pengawas dan pengawas pusat


sumber

Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling Dan Badan


Pengawas SMART dengan Kerjasama Pihak
Diamond Outdoor Adventure Consultant

Penasihat : En. Mohd Hashim Bin Ahmad (Pengetua)


: En. Mohd Radzi B. Ismail (PK Pentadbiran)

Pengerusi : Pn. Normah Bt. Kamaruddin (PK HEM)

Naib Pengerusi : En. Amin Zaki B. Mohammad Yusof (PKKO)

Setiausaha : En. Roshaimmi Bin Mohamad (Kaunselor)


: Cik Hamilia Sapilla Bt. Abdul Hamid (Kaunselor)

Penolong Setiusaha : En. Nor Hisyam Bin Hj. Mohd Nawi


(KaunselorPelatih)
: En. Syaiful Amri Bin Jusof (Kaunselor Pelatih)

AJK : En. Ahmad Helmi B Sabuki (ketua guru pengawas)


Pn Umi Hanom Bt. Omar
(Penolong Guru Pengawas)
Tn Hj. Mohd Asri Bin Suratman
(Ketua guru Pengawas PSS)

Tempat : Perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan


Abdul Rahman Talib

Tarikh : 22 hingga 24 FEBRUARI 2008

Jumlah Peserta : 100 orang peserta


2.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit


Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama badan pengawas dan Pusat
sumber, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib. Program ini
melibatkan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib seramai 100 orang. Tujuan utama
penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu
pengendalian tugas yang pelbagai kepada pengawas sekolah dan Pengawas
PSS sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas
dan tanggungjawab seorang pengawas. Oleh yang demikian, program ini
khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan, dan
menambah pengalaman serta memantapkan pelajar.
Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada
Pengawas sekolah dan PSS untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dan
pihak-pihak luar dalam memantapkan lagi tahap profesionalisme mereka.
Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang
dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi
mengharumkan nama Sekolah

3.0 TUJUAN

3.1 Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman , serta kelulusan daripada pihak
Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib mengenai
penganjuran Program Jati Diri Pengawas peringkat sekolah.

4.0 TEMA
“Pelajar Proaktif Pemangkin Kebitaraan”

5.0 OBJEKTIF PROGRAM

5.1 Objektif program ini adalah untuk :


5.1.1 Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan
modul program jati diri.
5.1.2 Memupuk nilai-nilai kreativiti dan semangat dalam proses
melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.
5.1.3 Membina keyakinan dan kepercayaan pada diri bahawa dengan
persediaan yang mantap boleh menjadikan pengawas ekolah dan
PSS yang ada dapat membantu ke arah peningkatan akademik dan
sahsiah.
5.1.4 Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap
pengawas sekolah dan PSS apabila menghadapi tugas yang
diamanahkan .

6.0 FAEDAH DAN KEPENTINGAN PROGRAM

6.1 Faedah dan kepentingan melalui program ini adalah :

6.1.1 Melahirkan Pengawas yang mempunyai Ketahanan fizikal dan Mental


6.1.2 Melahirkan pengawas yang sentiasa bersedia dalam memberikan
perkhidmatan yang terbaik di sekolah.
6.1.3 Memupuk semangat kerjasama dan perasaan sayang terhadap
bidang yang diceburi.

7.0 SASARAN

7.1 Pengawas dan Pengwas PSS Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul


Rahman Talib.

8.0 KANDUNGAN PROGRAM

8.1 Demonstrasi Pengendalian Senam Robik


8.2 Demonstrasi Flying fox
8.3 Demonstrasi Wall Climbing
8.4 Demonstrasi Pengendalian Abseilling
8.5 Trecking
8.6 Orienteering

9.0 ANGGARAN KEWANGAN


(Sila rujuk Lampiran A)

10.0 ATURCARA PROGRAM


Mengikut Jadual Pihak Diamond Outdoor Adventure Consultant

11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


(Sila rujuk Lampiran B)

12.0 PENUTUP
Amatlah diharap agar Program ini dapat memberi pengetahuan dan
semangat baru kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pengawas
Sekolah dan Pengwas PSS. Menyedari pentingnya ketrampilan dan keunggulan
Pengawas umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap dalam
kalangan pelajar Sekolah Menenah Kebangsaan Abdul Rahman Talib,
diharapkan kem ini akan memudahkan dan boleh membantu Pengawas dalam
menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna. Program ini juga
diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif
kepada Pengawas Sekolah sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk
menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAN BADAN PENGAWAS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB

Kem Jati Diri Pengawas

Disediakan oleh:

…………………………………………………….
(SYAIFUL AMRI BIN JUSOF)
( KAUNSELOR PELATIH ) TARIKH:

………………………………………………….
TARIKH:
(NOR HISYAM BIN HJ. MOHD NAWI)
( KAUNSELOR PELATIH )

Disemak oleh:

…………………………………………………
(EN. ROSHAIMMI BIN MOHAMAD) TARIKH:
(KAUNSELOR SEKOLAH/ KAUNSELOR PEMBIMBING)

Disahkan oleh:

…………………………………………………
( EN. MOHD. HASHIM BIN AHMAD) TARIKH:
( PENGETUA SMK ABDUL RAHMAN TALIB)
LAMPIRAN A

9.0 ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran Jumlah Bil Anggaran Perbelanjaan Jumlah


Pendapatan (RM) (RM)

Sumbangan UBK 850.00 1. Diamond Outdoor 3 000.00


Adventure Consultant
Yuran Penyertaan 1 500.00
(RM 15 X 100 2. Luar Jangka 1 00.00
peserta)

Sumbangan PIBG 750.00

JUMLAH RM 3 100.00 JUMLAH RM 3 100.00


LAMPIRAN B

11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK

Penaung : En. Mohd Hashim Bin Ahmad (Pengetua)


: En. Mohd Radzi B. Ismail (PK Pentadbiran)

Penasihat 1 : Pn. Normah Bt. Kamaruddin (PK HEM)


: En. Amin Zaki B. Mohammad Yusof (PK KO)

Penasihat 2 : En. Roshaimmi Bin Mohamad (Kaunselor)


: Cik Hamilia Sapila Bt. Abdul Hamid (kaunselor)

AJK : En. Ahmad Helmi B Sabuki (ketua guru


pengawas)
Pn Umi Hanom Bt. Omar
(Penolong Guru Pengawas)
Tn Hj. Mohd Asri Bin Suratman
(Ketua guru Pengawas PSS)

JAWATANKUASA PERLAKSANA

Pengarah Program : Syaiful Amri Bin Jusof


(Kaunselor Pelatih)

Timbalan Pengarah : Nor Hisyam Bin Hj. Mohd Nawi


(kaunselor pelatih)

Setiausaha : Effarina Sueillianie Bt Masran


(Guru Pelatih)

Naib setiausaha : Mohd Fairuz B. Abdul Hamid


(Guru Pelatih)

Bendahari : Mohd Fitri B. Che Mat


(Guru Pelatih)

Naib Bendahari : Mohd Akmal B. Jaafar


(Guru Pelatih)

You might also like