You are on page 1of 2

Fokus Kajian

Penyelidik mendapati bahawa terdapat beberapa murid yang mempunyai masalah


kesukaran dan kekeliruan dalam memahami nilai tempat bagi nombor yang
melibatkan dua digit dan tiga digit untuk operasi matematik dalam bentuk ayat
matematik. Operasi tambah kerap kali muncul dalam soalan yang melibatkan topik
seperti wang, panjang, kuantiti cecair, kuantiti berat dan sebagainya. Operasi tambah
pula adalah operasi asas bagi mata pelajaran matematik. Jika, murid tidak dapat
menguasai kemahiran ini dengan baik maka mereka akan menghadapi masalah dalam
soalan matematik yang melibatkan operasi tolak, darab dan bahagi.
Hal ini disebabkan oleh kekeliruan murid dalam mengenalpasti kedudukan nilai
tempat bagi sesuatu nombor. Penyelidik dapat mengenalpasti masalah murid
tersebut pada topik penguasaan dalam nilai tempat yang melibatkan penambahan
nombor dua digit dan nombor tiga digit dalam bentuk lazim. Sebagai contoh 45 +
232 sepatutnya dikira sebagai 277. Malangnya, murid tersebut pula menjawab 682
sebagai jawapannya. Murid tidak dapat membeza antara nilai tempat sa, puluh dan
ratus dalam sesuatu nombor sama ada nombor dua digit ataupun nombor tiga digit.

Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

Murid-murid dapat,
Menguasai nilai tempat semasa melakukan operasi tambah dalam bentuk
lazim yang melibatkan nombor dua digit dan nombor tiga digit.
Menyelesaikan masalah operasi penambahan dengan betul
Mengaplikasi penggunaan ICT untuk memudahkan pemahaman murid
dalam nilai tempat dan operasi tambah
Instrumen Kajian
(a) Pemerhatian
(b) Temu Bual
(c) Ujian Pra
(d) Ujian Pasca
(e) Perisian Multimedia Jclic

Rekabentuk Kajian
Prosedur Tindakan berdasarkan Model Kurt Lewin (1946)
















PERANCANGAN
Multimedia Jclic
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Pemerhatian
Temu Bual
Foto
PEMBETULAN
PERANCANGAN
Tiada
TINDAKAN KEDUA
Tiada
MENILAI / REFLEKSI
Menilai dan membuat refleksi
sama ada perisian multimedia
Jclic yang dilaksanakan
Berjaya atau tidak.
PELAKSANAAN TINDAKAN
Melaksanakan Ujian Pra
untuk mengenalpasti murid
yang bermasalah
Melaksanakan multimedia
Jclic
Menjalankan pemerhatian,
temu bual
Melaksanakan Ujian Pasca
Merekod data
MENGENALPASTI IDEA UMUM
ATAU IDEA AWAL
Mengenal pasti masalah yang kerap
berlaku di kelas matematik berdasarkan
pengalaman yang lepas.
TINJAUAN AWAL ATAU FAKTA
Pemerhatian
Ujian diagnosik
Mencari bahan rujukan

You might also like