You are on page 1of 1

Kelebihan Bulan Ramadhan

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-
pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu
neraka ditutup, syaitan dirantaikan.- Riwayat
Bukhari & Muslim
Huraian Hadith:
Pengajaran Hadis:
i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar
ra-mim-dal', yang bererti panas atau panas yang
menyengat. Oleh itu makna Ramadhan boleh
diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana
seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan
tenggorok terasa haus disebabkan sedang
berpuasa.
ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab
disebut Siyam' atau Soum'. Kedua-duanya
berasal dari kata dasar Sa-wa-ma', bererti
menahan diri daripada segala yang dilarang-Nya
serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal
ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan
takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan
berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan
terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di
bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan
Allah juga membuka pintu syurga dan menutup
pintu neraka. Maka kita hendaklah mengambil
peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani
dengan mengerjakan amal ibadah seperti solat
tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan
kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan
dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan
ibadah dengan melipatgandakan pahala
pengamalnya serta disediakan satu malam yang
lebih baik iaitu Lailatul Qadar' di mana
kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-

You might also like