Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
KOTAK KOSMIK

KOTAK KOSMIK

Ratings: (0)|Views: 1 |Likes:
Published by omeewon
school work
school work

More info:

Published by: omeewon on Jul 03, 2014
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/03/2014

pdf

text

original

 
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013
60
 
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 5 CEKAL TENTANG TAJUK BUMI, BULAN DAN MATAHARI DI SEKOLAH
KEBANGSAAN DURIAN BURUNG MELALUI KAEDAH “KOTAK KOSMIK”
 
Oleh: Wan Mohamad Hafiz Bin Wan Ismail & Rasid Bin Chik Jabatan Sains, IPG
Kampus Dato’Razali Ismail
ABSTRAK
Kajian tindakan ini ialah satu bentuk kajian penyelidikan pendidikan yang mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah Kotak Kosmik dimana ia didapati amat sesuai diamalkan oleh murid tahun lima yang mengalami masalah untuk memahami tajuk bumi, bulan dan matahari dengan lebih mendalam. Responden kajian terdiri daripada 6 orang murid tahun 5 Cekal dari Sekolah kebangsaan durian burung, kuala Terengganu yang dipilih  berdasarkan pencapaian yang kurang memberangsangkan di dalam kelas. Model Kemmis dan Mc Taggard telah digunakan dalam kajian ini dan dijalankan untuk satu kitaran. Instrumen yang digunakan adalah  pemerhatian berstruktur, soal selidik dan ujian pra dan pos. pada awal sesi  pembelajaran responden tidak menunjukkan minat yang serius dalam mempelajari tajuk yang diajarkan, setelah sesi intervensi dijalan dengan menggunakan kotak kosmik, responden dapat memahami dengan lebih  berkesan berkenaan dengan tajuk dan mereka lebih menunjukkan minat untuk mempelajarinya dan seterusnya dapat meningkatkan kefahaman mereka. Ini dapat dibuktikan dengan hasil dapatan kajian yang menunjukkan kaedah ini telah meningkatkan peratus markah hasil dari ujian pos yang telah dijalankan. Oleh sebab itu, kaedah Kotak Kosmik dapat dibuktikan berkesan dalam meningkatkan kefahaman murid dalam memahami tajuk Bumi, bulan, dan matahari dengan lebih jelas dan betul. Bagi kajian lanjutan, diharapkan kaedah ini dapat diperluaskan lagi dengan diubahsuai untuk topik yang lain dengan menggunakan format yang sama..
 Kata kunci:
Kaedah, Memahami, Minat, Berkesan, Meningkatkan Kefahaman, Kotak Kosmik 
 
PENDAHULUAN
Pengkaji telah memilih untuk mengajar mata pelajaran Sains bagi murid tahun 5 Cekal tentang tajuk Bumi, Bulan, dan Matahari. Setelah murid mempelajarinya selama satu jam yang bersamaan dengan dua masa, saya bertanyakan kepada mereka tentang bumi dan matahari, namun didapati mereka masih lagi belum memahaminya dengan berkesan kerana mereka hanya melihat dari buku tentang rupa bentuk bumi dan matahari. Murid masih menganggap matahari yang mengelilingi bumi disebabkan mereka melihat matahari terbit dan terbenam disekililing bumi. Apabila pengkaji menjalankan mengajaran kedua bagi tajuk tersebut, murid didapati menjadi lebih bosan dengan pembelajaran dan mereka tidak memberi perhatian
 
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013
61
 
yang serius terhadap pembelajaran yang disampaikan. Pengkaji memerhatikan wajah murid yang nampak kebosanan dan seolah-olah tidak mahu lagi mendengar penerangan lanjut terhadap apa yang ingin disampaikan oleh pengkaji. Malah terdapat juga sebahagian murid yang kelihatan berangan-angan dan tidak kurang juga yang bercakap sesama sendiri semasa pengajaran dijalankan. Keadaan yang sebegini menyebabkan hasil pembelajaran yang dirangka tidak dapat dicapai sepenuhnya. Apabila pengkaji membuat satu ujian ringkas mengenai tajuk yang diajar. Murid didapati banyak meninggalkan ruang jawapan dan ini memberi tanggapan kepada pengkaji bahawa murid tidak memahami lagi tajuk yang diajar kepada mereka. Mok Soon Sang (1991) menyebut bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat dan menarik. Bahan bantu mengajar yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar. Minat memanglah merupakan unsur penting dalam diri pelajar untuk membolehkan pelajar itu memikirkan mata pelajaran yang akan diikutinya. Tanpa minat terhadap matapelajaran itu adalah dipercayai pembelajaran menjadi kurang berkesan dan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. ( Abu Bakar, 1993) Menurut kajian yang dibuat oleh Abd. Aziz Kulop & Azlida (2000), penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam proses  pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan produktif
FOKUS KAJIAN
Sebelum langkah seterusnya diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, pengkaji telah membuat tinjauan masalah dengan lebih mendalam yang bertujuan untuk memahami masalah yang dihadapi murid. Tinjauan dilakukan melalui tiga jenis instrumen berdasarkan tiga objektif yang ingin disasarkan iaitu ujian pra dan pos, soal selidik, dan pemerhatian berstruktur.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan kaedah “Kotak Kosmik”
dalam membantu murid untuk memahami tajuk Bumi, bulan dan matahari. Objektif khusus kajian ini ialah untuk; a) Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan murid dalam tajuk Bumi,Bulan dan Matahari dalam keadaan yang lebih praktikal dan mudah  b) Meningkatkan minat murid dalam mempelajari tajuk Bumi, Bulan, dan Matahari dengan menggunakan Kotak Kosmik c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid dengan  pembelajaran yang praktikal dan mudah.
 
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013
62
 
Persoalan Kajian a)
Adakah kaedah “Kotak Kosmik” dapat meningkatkan kefahaman dan
 pengetahuan murid terhadap tajuk Bumi,Bulan dan Matahari?  b) Adakah kaedah ini berkesan untuk meningkatkan minat murid terhadap sains? c) Adakah penggunaan kaedah ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih praktikal?
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini mensasarkan murid Sekolah Kebangsaan Durian Burung, Kuala Terengganu yang terletak di pinggir bandar Kuala Terengganu. Seramai 6 orang murid tahun 5 Cekal yang terdiri daripada 3 murid lelaki dan 3 murid perempuan telah dipilih sebagai responden kajian ini. Responden berumur didalam lingkungan 11 tahun. Kesemua responden berbangsa Melayu dan beragama Islam. Mereka juga berasal dari Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu. Responden berasal dari keluarga yang berpendapatan yang rendah dan sederhana. Mohd Majid (2004) menjelaskan bahawa dalam menjalankan sesuatu kajian, adalah penting kepada pengkaji untuk mengenalpasti kumpulan sasaran yang terlibat kerana hal ini akan menentukan bidang masalah yang perlu dikaji. Dalam kajian ini,  pemilihan responden dibuat berdasarkan kepada keputusan ujian OTI 1 dimana enam orang murid yang menunjukkan pencapaian markah terendah dalam Sains berbanding rakan sekelas telah dipilih sebagai responden kajian.
TINDAKAN
Bagi kajian ini, pengkaji telah memilih model Stephen Kemmis sebagai panduan untuk melaksanakan kajian tindakan. Rajah di bawah menunjukkan carta alir yang dicadangkan dibawah model Stephen Kemmis.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->