You are on page 1of 3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan nama
Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Malaysia, negara
yang amat kita cintai dan sayangi. Tahun ini kita menyambut hari
kemerdekaan negara kali ke-53. Bermakna telah 53 tahun, kita
ebagai rakyat Malaysia merasai nikmat kemerdekaan. Nikmat
yang sukar disebut dengan lidah, sukar digambarkan dalam
pemikiran, dan sukar dijelaskan oleh perasaan nikmat
kemerdekaan yang hanya dapat kita rasai melalui perjalanan
hidup kita semua selama ini, terutama kepada anak-anak remaja
yang menjadi generasi kelahiran selepas kemerdekaan.

Anak2 pelajar (sebagai gol. remaja) adalah generasi pewaris
bangsa yang akan memikul tanggungjawab besar sebagai teraju
kepimpinan negara akan datang. Anda adalah pelapis masyarakat
Malaysia. Namun, perkara yang merisaukan setiap lapisan
masyarakat ialah golongan remaja kini terdedah kepada
keruntuhan akhlak akibat gejala-gejala yang dibawa oleh arus
pemodenan.

Para remaja kini begitu terdedah dengan budaya kuning yang
merosakkan jiwa, pemikiran dan akhlak. Kemerdekaan yang kita
kecapi hari ini tidak bemakna apabila generasi pewaris dan
bangsa tidak dapat mempertahankannya.


Anak2 pelajar yang dikasihi, Marilah kita renung kembali makna
kemerdekaan. Merdeka bermaksud bebas daripada perjajahan
negara-negara penjajah, bebas berdiri sendiri dan tidak
bergantung kepada orang yang lain. Itulah erti kemerdekaan.
Kita Berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada cengkaman
penjajah2 Portugis, Inggeris, Belanda dan Jepun, setelah
berjuang melalui pertumpahan darah dan perundingan.

Namun, erti kemerdekaan bukanlah setakat dirasai oleh fizikal.
Sebaliknya, kemerdekaan sebenar ialah kemerdekaan hati dan
fikiran yang tidak dibelenggu oleh hawa nafsu. Tanpa disedari,
sebenarnya kita masih belum merdeka sepenuhnya dari sudut
hati, tingkahlaku dan pemikiran. Penjajahan bentuk baru akibat
dunia globalisasi menyelinap mempengaruhi hati dan fikiran kita
terutama para remaja.

Inilah cabaran yang harus kita hadapi sebagai generasi pewaris
negara. Contohilah pejuang2 kita gugur dalam usaha
memepertahankan kedaulatan bangsa dan Negara. Demi
kemerdekaan mereka sanggup berjuang dan berkorban demi
negara. Kenapa mereka sanggup berkorban? Kenapa? Kerana
kasih sayang. Kasih sayang menyebabkan mereka sanggup
berkorban. Manusia walau apa bangsa, bahasa, warna kulit,
status atau darjat, dan di mana sahaja mereka berada dilahirkan
dengan sifat ingin dikasihi dan suka berkasih sayang. Kasih
sayang adalah fitrah semulajadi dan anugerah Allah yang tiada
tolok banding. Kasih sayang manusia meliputi sesama manusia,
sesama makhluk dan terhadap negara sendiri.

Para pelajar yang dikasihi, Sambutan kemerdekaan ini juga adalah
sebagai mengeneng jasa dan bakti para pejuang dan tokoh2 kemerdekaan
yang telah mempertaruhkan nyawa,jiwa dan raga bagi memastikan
kesejahteraan dan keharmonian negara,seperti mana dinikmati kini

Kasih sayang kepada negara adalah kasih sayang yang begitu
besar maknanya, tidak terbatas oleh perbezaan bangsa, budaya
dan sebagainya, kerana ia dapat melahirkan golongan remaja
yang berkasih sayang dan memiliki keutuhan perpaduan
bersesuaian konsep 1 Malaysia.

Menyayangi negara Malaysia bermaksud menyayangi semua yang
hidup di negara Malaysia. Apabila kita menyayangi negara
Malaysia, bermakna kita sanggup berkorban mempertahankan
diri kita daripada sebarang bentuk penjajahan. Ini semua demi
untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia.

Untuk itu, para pelajar perlu mengubah pemikiran mengenai
sambutan kemerdekaan ini. Sambutlah kemerdekaan dengan
acuan akhlak dan nilai ketatasusilaan yang dicanang dalam rukun
negara. Buanglah acuan sambutan yang diresapi oleh unsur-
unsur budaya negatif yang merosakkan bukan sahaja remaja
bahkan negara. Jadilah remaja merdeka yang cinta dan sayang
akan negaranya


Kita bersama-sama menyambut hari kemerdekaan negera ke-53 ini
dengan penuh semangat patriotik dan bangga menjadi warganegara
malaysia yang berdaulat lagi bermaruah ini.
Sesungguhnya ,generasi ke generasi telah silih berganti,tetepi patah
tumbuh hilang berganti,kerana kecintaan terhadap negara terus
bersamarak,semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh para pejuang
kemerdekaan yang telah pergi mendahului kita.
Semangat kemederaan ini tidak akan luntur malahan akan terus dihayati
generasi akan datang jika generasi kini terus berpegang pada nilai-nilai
murni untuk kemakmuran dan keamanan Negara kita yang kita cintai ini.
Sebagai golongan remaja yang masih berada di bangku sekolah
tanggungjawab anda sekarang belajar dengan sungguh2 untuk menjadi
warganegara yang mempunyai keupayaan dan kemahiran sebagai
pengisian kemerdekaan dan kemajuan Negara pada masa akan datang .
Dalam era teknologi bermaklumat dan globalisasi ini,kita perlu
melengkapkan diri dengan perbagai ilmu dan kemahiran supaya kita boleh
bertanding dan inovatif agar kita mampu bersaing dengan negara2 maju
yang lain.
Akhir kata,saya merakamkan pengahagaraan da terima kasih kepada
semua gologan RAKYAT MALAYSIA

You might also like