You are on page 1of 25

GAYA PEMBELAJ ARAN, KEMAHIRAN BELAJ AR DAN MASALAH

BELAJ AR PELAJ AR 5 SPA/E/J /H FAKULTI PENDIDIKAN,


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA










TEH SU HOOI








UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


J UDUL : GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN MASALAH
BELAJAR PELAJAR 5 SPA/E/J/H FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SESI PENGAJIAN : 2005 / 2006


Saya
(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tanda ( )


SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)


TIDAK TERHAD

Disahkan oleh



(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:
115, PEKAN ATAP,
08300 GURUN,
DR. BAHARIN BIN ABU
Nama Penyelia
KEDAH
Tarikh: 28 APRIL 2006 Tarikh: 28 APRIL 2006





TEH SU HOOI
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** J ika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan
Projek Sarjana Muda (PSM).












Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).


Tandatangan : _______________________
Nama : DR. BAHARIN BIN ABU_
Tarikh : _______________________



GAYA PEMBELAJ ARAN, KEMAHIRAN BELAJ AR DAN MASALAH
BELAJ AR PELAJ AR 5 SPA/E/J /H FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA






TEH SU HOOI






Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)





Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia




APRIL 2006
ii












Saya akui karya ini adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.


Tandatangan : ___________________
Nama : TEH SU HOOI______
Tarikh : ___________________

iii


DEDIKASI




Buatmu ayah (TEH A LIK) dan ibuku (NG CHOOI ENG) yang dikasihi,
Doamu, nasihatmu, dan pengorbananmu menjadi pelita
serta panduan perjuanganku dalam mengenal kehidupan ini .




Buatmu adik-adik (C. HONG, S. TENG dan C. KHIANG) yang disayangi,
Kalian amat bermakna dalam diri ini,
Kejayaanku, kejayaanmu jua .




Buatmu pembimbing yang disanjungi,
Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasa yang engkau berikan
Tidak akan kulupai .




Buat teman-teman yang dirindui,
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini
akan kukenang selamanya .
iv


PENGHARGAAN




Penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada penyelia projek sarjana muda,
Dr. Baharin bin Abu atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh
menyiapkan laporan penyelidikan ini. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar
tanpa rasa jemu sepanjang proses menyiapkan laporan ini.



Terima kasih yang tidak terhingga kepada pelajar 5 SPA/E/J /H yang sudi
meluangkan masa dan memberi kerjasama dalam membantu menjayakan
penyelidikan ini.



Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha
menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak,
projek ini tidak akan disiapkan dengan sempurna.



Akhir sekali, ucapan terima kasih ahli keluarga yang memberi sokongan serta
dorongan sepanjang penyediaan projek ini. Sesungguhnya budi baik kalian sukar
untuk dibalas. Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera dan diberkati Tuhan.
v





ABSTRAK




Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran, kemahiran belajar
dan masalah belajar pelajar 5 SPA/E/J /H, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 104 orang responden yang terdiri daripada
30 orang lelaki dan 74 orang perempuan. Kajian ini berbentuk deskriptif dan
menggunakan instrumen soal selidik dengan Skala Empat Mata berdasarkan 5
kategori gaya pembelajaran oleh Dunn dan Dunn yang terdiri daripada kategori
Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal. Nilai Alpha
Cronbach untuk kajian ini adalah 0.83. Dapatan kajian mendapati kategori
Emosional (min 3.09) yang paling dominan digunakan oleh responden kajian.
Kategori yang kedua adalah kategori Psikologikal (min 2.98), ketiga ialah kategori
Sosiologikal (min 2.93), keempat ialah kategori Persekitaran (min 2.80) dan kelima
ialah kategori Fizikal (min 2.78). Secara keseluruhan, Kemahiran Belajar bagi
pelajar 5 SPA/E/J /H mencapai tahap sederhana. Skor min bagi Kemahiran Membuat
Rujukan ialah 3.09, Kemahiran Menulis Nota (min 3.06) dan Kemahiran Mendengar
(min 3.04) yang berada pada tahap tinggi manakala Kemahiran Membaca (min 2.98),
Kemahiran Menghadapi Peperiksaan (min 2.88) dan Kemahiran Menguruskan Masa
(min 2.80) berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan masalah-
masalah belajar yang dihadapi pelajar adalah berpunca daripada pengajaran
pensyarah, kemahiran belajar, minat, kemudahan pembelajaran dan beban tugas
pembelajaran. Di akhir kajian, penyelidik telah mengemukakan cadangan untuk
meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

vi





ABSTRACT




The purpose of this research is to examine the 5 SPA/E/J /H students learning
styles, study skills, and learning problem at the Education Faculty, Universiti
Teknologi Malaysia. A total of 104 respondents involved in this research. The
respondents were consisted of 30 males and 74 females. The study employed a set of
questionnaire using four point scale based on the five categories of learning style
proposed by Dunn and Dunn. These five categories are Environmental, Emotional,
Sociological, Physical and Psychological. In general, the Alpha Cronbach value of
this study is 0.83. The result showed that the learning style of 5 SPA/E/J /H students
inclined to Emotional category (mean 3.09). The second category was Psychological
(mean 2.98). While, the third category was Sociological (mean 2.93), the forth
category was Environmental (mean 2.80) and the fifth category was Physical (mean
2.78). In general, the study skills of 5 SPA/E/J /H students were at moderate level.
The mean score for Doing Reference Skill was 3.09, Taking Note Skill (mean 3.06)
and Listening Skill (mean 3.04) attained the highest level. While, Reading Skill
(mean 2.98), Preparation for Exam Skill (mean 2.88) and Time Management Skill
(mean 2.80) were recorded at the moderate level. The result of this research showed
that the problems confronted by students were induced from the Teaching Process,
Learning Process, Interest and Facility Provided in the Learning Process and the
Pressure Facing in the Learning Process. At the end of this research, some
alternatives were introduced to increase the efficiency of teaching and learning
process.


vii





KANDUNGAN




BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvi




BAHAGIAN SATU
BAB I


BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 7

viii
1.6 Skop dan Batasan Kajian 7
1.7 Definisi Istilah 8
1.8 Kesimpulan dan Organisasi Bab 10




BAHAGIAN DUA
BAB II


BAB II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 11
2.1 Gaya Pembelajaran 11
2.1.1 Model Dunn dan Dunn 12
2.1.1.1 Rangsangan Persekitaran 14
2.1.1.2 Rangsangan Emosional 16
2.1.1.3 Rangsangan Sosiologikal 18
2.1.1.4 Rangsangan Fizikal 19
2.1.1.5 Rangsangan Psikologikal 21
2.1.2 Model Gaya Pembelajaran Honey dan
Mumford 23
2.1.3 Model Gaya Pembelajaran Kolb 26
2.1.4 Model Gaya Pembelajaran
Lee Shok Mee 27
2.1.7 Model Gaya Pembelajaran Canfield 28
2.1.8 Model Gaya Pembelajaran Mengikut
Rahil et al. 29
2.2 Kemahiran Belajar 30
2.2.1 Kemahiran Membaca 30
2.3.1.1 Kemahiran Yang Digunakan
Semasa Membaca 31
2.2.1.2 Teknik Membaca SQ3R 32
2.2.1.3 Teknik Membaca SQ4R 33
2.2.1.4 Teknik Membaca KWLH 34

ix
2.2.1.5 Teknik Membaca REAP 35
2.2.2 Kemahiran Mencatat Nota 36
2.2.3 Kemahiran Mengurus Masa 41
2.2.4 Kemahiran Mendengar 44
2.2.5 Kemahiran Membuat Rujukan 46
2.2.6 Kemahiran Menghadapi Peperiksaan 48
2.3 Masalah Pembelajaran 50
2.4 Pengajaran Pensyarah 51
2.5 Minat 53
2.6 Kemudahan Pembelajaran 54
2.7 Beban Tugas Pembelajaran 55
2.8 Pencapaian Akademik 56
2.9 Kesimpulan 57




BAHAGIAN TIGA
BAB III


BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 58
3.1 Rekabentuk Kajian 58
3.2 Populasi 59
3.3 Instrumen Kajian 60
3.4 Kajian Rintis 62
3.5 Prosedur Kajian 64
3.6 Penganalisisan Data 64
3.7 Kesimpulan 66









x
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV


BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 67
4.1 Analisis Kursus, J antina dan Bangsa 67
4.2 Analisis Dapatan Kajian Bahagian B 69
4.2.1 Gaya Pembelajaran Pelajar 70
4.2.1.1 Gaya Pembelajaran Pelajar bagi
Kategori Persekitaran 70
4.2.1.2 Gaya Pembelajaran Pelajar bagi
Kategori Emosional 72
4.2.1.3 Gaya Pembelajaran Pelajar bagi
Kategori Sosiologikal 76
4.2.1.4 Gaya Pembelajaran Pelajar bagi
Kategori Fizikal 78
4.2.1.5 Gaya Pembelajaran Pelajar bagi
Kategori Psikologikal 80
4.2.2 Tahap Kemahiran Belajar Pelajar 83
4.2.2.1 Kemahiran Membaca 83
4.2.2.2 Kemahiran Menulis Nota 85
4.2.2.3 Kemahiran Menguruskan Masa 88
4.2.2.4 Kemahiran Mendengar 91
4.2.2.5 Kemahiran Membuat Rujukan 92
4.2.2.6 Kemahiran Menghadapi Peperiksaan 94
4.3 Keputusan Bahagian C 98
4.4 Kesimpulan 100







xi
BAHAGIAN LIMA
BAB V


BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 101
5.1 Rumusan Kajian 101
5.2 Perbincangan Kajian 102
5.2.1 Gaya Pembelajaran Pelajar 103
5.2.2 Kemahiran Belajar Pelajar 108
5.2.3 Masalah Belajar Pelajar 117
5.3 Cadangan 119
5.4 Cadangan Lanjutan 121
5.5 Kesimpulan 122




BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN


RUJUKAN 124


BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN


LAMPIRAN 134





xii



SENARAI JADUAL


NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT


3.1 Bilangan Pelajar Mengikut Kursus 59
3.2 J adual Skala Empat Mata 61
3.3 Bilangan Item Persoalan Mengikut Aspek Pola
Gaya Pembelajaran 61
3.4 Bilangan Item Persoalan Mengikut Aspek Pola
Kemahiran Belajar 62
3.5 Pengkelasan Analisis Ordinal Skala Empat Mata 65
3.6 Pengkelasan Kesesuaian Berdasarkan Analisis Markat
Min 65
4.1 Analisis Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden
Mengikut Kursus 68
4.2 Analisis Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden
Mengikut J antina 68
4.3 Analisis Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden
Mengikut Bangsa 69
4.4 Analisis Peratus dan Min Gaya Pembelajaran
Pelajar bagi Kategori Persekitaran 70
4.5 Analisis Peratus dan Min Gaya Pembelajaran
Pelajar bagi Kategori Emosional 73
4.6 Analisis Peratus dan Min Gaya Pembelajaran
Pelajar bagi Kategori Sosiologikal 76
4.7 Analisis Peratus dan Min Gaya Pembelajaran
Pelajar bagi Kategori Fizikal 78

xiii
4.8 Analisis Peratus dan Min Gaya Pembelajaran
Pelajar bagi Kategori Psikologikal 81
4.9 Taburan Gaya Pembelajaran Paling Dominan Pelajar
5SPA/E/J /H Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia 82
4.10 Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran
Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Membaca 83
4.11 Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran
Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Menulis Nota 86
4.12 Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran
Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Menguruskan Masa 88
4.13 Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran
Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Mendengar 91
4.14 Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran
Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Membuat Rujukan 92
4.15 Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran
Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Menghadapi
Peperiksaan 95
4.16 Tahap Kemahiran Belajar Pelajar 5 SPA/E/J /H
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 97
4.17 Masalah belajar yang dihadapi oleh pelajar 98














xiv



SENARAI RAJAH


NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT


2.1 Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) 13
2.2 Tahap-tahap Peredaran Proses Pembelajaran 23
2.3 Model Gaya Pembelajaran Lee Shok Mee (1998) 28
2.4 Model Gaya Pembelajaran Canfield (1977) 29
2.5 Model Gaya Pembelajaran Rahil et al. (1995) 29











xv



SENARAI SIMBOL


5 SPA/E/J /H - Tahun Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam/Elektrik/J entera/Kemahiran
Hidup)
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
FP - Fakulti Pendidikan
SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan J entera)
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)




xvi



SENARAI LAMPIRAN


NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Untuk Responden 134





BAB I


PENDAHULUAN


1.0 Pengenalan

Matlamat penubuhan Institusi Pengajian Tinggi adalah untuk melengkapkan
diri dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk menghadapi dunia pekerjaan.
Demi mencapai matlamat ini, siswazah perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang
hayat.

Pembelajaran adalah proses mendapat pengetahuan dan maklumat,
seterusnya akan menguasai sesuatu kemahiran dan membentuk sikap serta
kepercayaan. Hargreaves (1996) berpendapat bahawa pembelajaran sebenarnya
tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingatkan semula
apa yang telah dipelajari. Sebaliknya, pembelajaran adalah berkaitan dengan
kefahaman tentang konsep-konsep asas dan prinsip-prinsip yang boleh diaplikasikan
dalam dunia sebenar. Pembelajaran sebenarnya dinilai dari aspek perubahan
kualitatif untuk melihat, mengalami, memahami dan menghayati sesuatu di alam
sebenar.

Menurut Bass dan Greary (1996), salah satu cara penentuan kecekapan
seseorang individu adalah melalui gaya pembelajaran yang sesuai dan tepat. Setiap
manusia mempunyai kemahiran yang berbeza untuk memproses maklumat.
Penggunaan kaedah berdasarkan model gaya pembelajaran dapat membantu
seseorang mengetahui dan memahami pendekatan pembelajaran yang digunakan
disamping membantu seseorang untuk mengenalpasti situasi pembelajaran dan
2
menjadi lebih fleksibel apabila berada dalam suasana pembelajaran yang berlainan
serta mempertingkatkan kekuatan diri (Dunn dan Stevenson, 1997).

Pelajar yang menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri
sendiri akan mencapai keputusan yang lebih cemerlang jika berbanding dengan
mereka yang tidak menggunakannya. Klavas (1994) yang telah menjalankan kajian
di sebuah sekolah dan mendapati pelajar mendapat keputusan lebih cemerlang
setelah gaya pembelajaran diperkenalkan kepada mereka. Mengikut Dunn dan Dunn
(1978), gaya pembelajaran boleh diperjelaskan melalui lima kategori iaitu
Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal.

Di samping gaya pembelajaran, penguasaan kemahiran pelajar juga penting
untuk mencapai keputusan cemerlang. Menurut Selmes (1987), kemahiran belajar
adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih,
menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Sebenarnya,
kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang
dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan
maklumat serta menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.

Dalam usaha untuk mencapai kejayaan di menara gading ini, seseorang
pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang
diamalkan. Oleh itu, kajian mengenai gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan
masalah belajar pelajar di Institusi Pengajian Tinggi perlu dibuat supaya gaya
pembelajaran, kemahiran belajar yang diamalkan dan masalah belajar yang dihadapi
oleh pelajar dapat dikenalpasti. Dengan ini, pihak universiti dan pensyarah boleh
menyediakan persekitaran dan bahan mengajar yang lebih sesuai kepada pelajar.
Proses pengajaran dan pembelajaran juga akan berjalan dengan lebih lancar dan
selesa.






3
1.1 Latar Belakang Masalah

Menurut Santhi Suppiah (1998), perbezaan seseorang individu adalah variasi
atau ketidaksamaan individu itu dengan norma kumpulan, sama ada sifat kognitif,
emosi, fizikal, moral, tingkahlaku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin
terdapat dalam sesebuah kumpulan. Maka, perbezaan individu dapat ditakrifkan
sebagai ketidaksamaan seseorang individu dalam aspek perkembangan fizikal,
mental, emosi dan sosial. Oleh itu, setiap individu mempunyai gaya belajar, strategi
belajar yang berbeza dan kadar pembelajaran yang berlainan walaupun umur mereka
adalah sama.

Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Keadaan ini
perlu dikenalpasti oleh para pengajar ketika menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Setiap pelajar mempunyai gaya yang tersendiri, ada pelajar yang suka
melibatkan diri secara aktif dalam kelas, terdapat juga pelajar yang lebih
mementingkan hakikat sebenar dan sebagainya. Kesemua gaya yang dinyatakan
perlu dikenalpasti oleh pengajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan lebih lancar lagi. Maka, pengajar dapat membuat persediaan yang
terbaik sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran.

Sarena Abdul Karim (2003) menyatakan sistem pendidikan di Malaysia
masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal. Kebanyakan pelajar
mendapat teknik atau kemahiran belajar secara tidak langsung, secara kebetulan atau
terikut-ikut dengan rakan sebaya. Keadaan ini wujud adalah disebabkan pelajar
tidak mempunyai panduan yang khusus untuk menghadapi pembelajaran mereka.
Kajian-kajian lepas menjelaskan untuk belajar lebih berjaya mereka perlu
didedahkan dengan pelbagai teknik pembelajaran.

Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa kajian yang dijalankan oleh
beliau sejak abad yang lalu mendapati bahawa strategi belajar bagi seseorang adalah
berbeza di antara satu sama lain. Keadaan ini berlaku tanpa dipengaruhi oleh umur,
status sosio-ekonomi dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar itu. Dunn dan Dunn
(1978) mendapati bahawa kaedah, sumber dan program yang dipadansuaikan dengan
strategi pembelajaran seseorang pelajar, pencapaian akademik seseorang pelajar
4
akan mencapai ke tahap yang lebih cemerlang lagi dan juga sebaliknya jika tidak
dapat dipadankan, pencapaian akademik akan semakin merosot. Strategi
pembelajaran bersesuaian dengan jurusan yang diambil juga akan memberi kesan
positif kepada pencapaian akademik. Dunn dan Dunn (1978) mendapati gaya
pembelajaran gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada 5 kategori iaitu
Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal.

Siti Hawa Munji (1987) telah mengadakan suatu kajian untuk mengkaji
kemahiran belajar pelajar di Universiti Putra Malaysia. Di akhir kajian, Siti Hawa
Munji (1987) mendapati kesedaran pelajar Universiti Putra Malaysia tentang
penggunaan kemahiran belajar yang berkesan di kalangan pelajar berada pada tahap
yang rendah.

Antara punca berlakunya kemerosotan pencapaian akademik para mahasiswa
ialah mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan
pembelajaran di universiti (Abdul Ghani Awang, 1996). Oleh itu, tidak hairan jika
terdapat segelintir pelajar yang menunjukkan keputusan cemerlang di zaman sekolah
tetapi merosot apabila melanjutkan pelajaran di menara gading. Akibatnya, ramai
pelajar yang gagal untuk mencapai keputusan cemerlang mengakui diri mereka
kekurangan pengetahuan dalam kemahiran belajar. Mereka tidak dapat mencari
kemahiran belajar yang paling sesuai dengan sikap sendiri. Ini jelas menunjukkan
betapa perlunya seseorang pelajar mengetahui gaya pembelajaran dan menguasai
kemahiran belajar yang paling sesuai dengan diri sendiri terutamanya ketika
menghadapi peperiksaan.




1.2 Pernyataan Masalah

Menurut Awang Had Salleh (1999), pihak institusi pengajian tinggi
melahirkan pelajar yang semakin meningkat dari segi kuantiti, tetapi bukan dari segi
kualiti. Ini disebabkan bilangan pelajar yang mencapai kelas pertama dan kelas
kedua tinggi adalah terhad berbanding dengan bilangan pelajar yang mencapai kelas
kedua rendah dan kelas ketiga.
5
Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di
antara satu sama lain. Menurut Dunn dan Dunn (1978), elemen-elemen yang
mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar adalah seperti Persekitaran, Emosional,
Sosiologi, Fizikal dan Psikologi. Di samping itu, mempelajari kemahiran belajar
yang sesuai merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar yang ingin
mencapai kejayaan yang cemerlang. Pelajar selalu menghadapi masalah untuk
mencatat nota, merancang kerja, mengagihkan masa untuk belajar dan selalu tidak
sempat habis membaca nota semasa peperiksaan. J ika pelajar dapat mengamalkan
kemahiran belajar yang berkesan, maka, masalah pembelajaran di atas dapat diatasi.

Oleh itu, kajian ini mengkaji gaya pembelajaran pelajar Tahun Lima Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ J entera/
Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu,
penyelidik juga ingin mengetahui amalan kemahiran belajar pelajar. Di samping itu,
kajian ini dibuat juga untuk mengetahui masalah-masalah belajar yang sering
dihadapi oleh responden. Dengan mengetahui masalah yang sering dihadapi oleh
pelajar, langkah-langkah yang berkesan dapat diambil untuk mengatasinya.




1.3 Objektif Kajian

Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenalpasti perkara-perkara
berikut di kalangan pelajar Tahun Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam/Elektrik/J entera/Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.

(i) Mengenal pasti gaya pembelajaran paling dominan pelajar Tahun
Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Awam/ Elektrik/ J entera/ Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia dari segi Persekitaran, Emosional,
Sosiologikal, Fizikal, dan Psikologikal.

6
(ii) Menentukan tahap kemahiran belajar pelajar Tahun Lima Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/
J entera/ Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.

(iii) Menentukan masalah belajar di kalangan pelajar Tahun Lima Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/
J entera/ Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.




1.4 Persoalan Kajian

Berhubung dengan objektif kajian yang dinyatakan, berikut adalah persoalan-
persoalan kajian:

(i) Apakah gaya pembelajaran paling dominan pelajar Tahun Lima
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/
Elektrik/ J entera/ Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia dari segi persekitaran, emosional, sosiologikal,
fizikal dan psikologikal?

(ii) Apakah tahap kemahiran belajar pelajar Tahun Lima Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ J entera/
Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?

(iii) Apakah masalah belajar pelajar Tahun Lima Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ J entera/ Kemahiran
Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?

You might also like