You are on page 1of 1

BESUT-Satu lawatan berprestij KeSaS(Kelab Sahabat Siswa) telah diadakan di IPG Kampus Sultan

Mizan dan juga IPG Kampus Datuk Razali Ismail di mana Kelab Sahabat Siswa mahu mengadakan
kolaborasi bersama dengan Jawantankuasa Perwakilan Pelajar di sana. Di samping dapat berdiskusi
secara ilmiah, banyak perkara telah dibincangkan bersama-sama.
KeSaS asalnya bermula daripada cetusan idea guru pelatih IPG Kampus Kota Bharu yang mahukan
pengalaman luar bilik darjah melalui program-program yang menjana jati diri sebagai seorang guru.
Ditubuhkan seawall 2008, ia berkembang menjadi satu kelab yang aktif menjalankan aktiviti di
seluruh negara. Pada tahun 2010, ia menjadi satu pertubuhan atau persatuan di bawah
Jawantakuasa Perwakilan Pelajar diselia melaui Biro Pendidikan , Publisiti dan Perhubungan. Kelab
ini telah mengorak langkah sebagai satu kelab yang diperlukan di mana-mana sekolah. Banyak
sekolah yang telah mendapatkan khidmat KeSaS antaranya Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru,
Kelantan, Sekolah Kebangsaan Kampung Wa, Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Sekolah
Kebangsaan Sepri , Negeri Sembilan dan banyak sekolah lain. Ini jelas terbukt KeSaS sudah terkenal
di mana-mana sahaja. Kerjasama erat antara JPP bersama KeSaS memungkinkan pelbagai program
untuk direncanakan.
Lawatan berprestij KeSaS ini mendapat sambutan dan reaksi positif daripada kedua-dua IPG yang
dilawati. Banyak agenda pada masa hadapan direncanakan dan cawangan KeSaS juga bakal
ditubuhkan bagi mengembangkan lagi bakat dan kebolehan guru pelatih di kedua-dua IPG. Objektif
lawatan berprestij ini sebenarnya mahu memperkenalkan KeSaS di IPG lain bagi menambah lagi ahli
yang ada. Selain itu, melalui aktiviti bersama yang diadakan seperti TOT(Training of Trainer) dapat
merapatkan lagi ukhwah antara sesama guru pelatih dan di situ dapat bertukar-tukar pandangan
melalui aktiviti yang dijalankan.

You might also like