You are on page 1of 8

SULIT 1249/1

1





1. Apakah kesan langsung terhadap masyarakat Zaman Logam daripada kejayaan di
atas?

A Membawa kepada kemunculan pelabuhan
B Meningkatkan perdagangan maritime
C Mengakibatkan pengkhususan kerja
D Membawa kepada penempatan kekal

2. Kehidupan manakah dianggap kehidupan bertamadun oleh ahli fakir ibn
Khaldun?

A Desa
B Bandar
C Kampung
D Pelabuhan

3. Mesopotamia berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud tanah di antara
dua sungai. Dua sungai yang dimaksudkan ialah

A Sungai Ganges dan Sungai Indus
B Sungai Tigris dan Sungai Euphrates
C Sungai Kuning dan Sungai Yangtze
D Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih








4. Siapakah yang mendiami kawasan selatan Babylon?

A Akkad
B Assyria
C Parsi
D Sumeria






Manusia pada zaman logam berjaya mencipta perahu
Arahan: Tiap-tiap soalan atau pernyataan yang berikut diikuti oleh empat jawapan pilihan
iaitu A, B, C dan D. Hanya terdapat satu jawapan yang betul atau paling sesuai. Pilih
jawapan tersebut.
Pembahagian
Babylon

Utara Selatan

SULIT 1249/1

2
5. Berdasarkan pernyataan di bawah.







X yang dimaksudkan ialah

A pyramid
B ziggurat
C Kuil Nanna
D Taman Tergantung Babylon

6. Tulisan cuneiform dihasilkan oleh masyarakat

A Mesir purba
B Mesopotamia
C Hwang Ho
D Indus

7. Antara berikut yang manakah yang menghuraikan tentang firaun dalam
masyarakat Mesir Purba?

I Merupakan ketua Pendeta
II Merupakan ketua pahlawan
III Menghasilkan sistem tulisan
IV Merupakan anak Tuhan Matahari

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

8. Masyarakat manakah yang telah mencipta kertas daripada pokok papyrus?

A Indus
B Hwang Ho
C Mesir Purba
D. Mesopotamia

9. Usaha orang Mesir purba untuk mengawal banjir di Sungai Nil telah membawa kepada
perkembangan ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah

A. sains
B. kimia
C. matematik
D. keagamaan

Dibina pada zaman Raja Nebuchadnezzar
Pokok bunga ditanam pada binaan tingkat
di bukit berteres
X

SULIT 1249/1

3
10. Tamadun Indus juga dikenali sebagai tamadun Harrappa bersempena dengan nama
Bandar. Apakah keistimewaan Bandar Harappa?

A. Bandar yang besar
B. Bandar yang terancang
C. Bandar pelabuhan yang penting
D. Bandar yang mempunyai jalan raya

11. Tulisan masyarakat Lembah Indus adalah berbentuk

A bulat
B simbol
C pepaku
D piktograf

12. Masyarakat manakah yang menghasilkan batu bata melalui pembakaran dengan suhu
yang tinggi?

A Indus
B Hwang Ho
C Mesir Purba
D Mesopotamia

13. Kewujudan Zaman Paleolitik di Lembah Sungai Hwang Ho dibuktikan dengan
penemuan

A patung
B tembikar
C cap mohor
D Peking Men

14. Golongan bawahan dalam susun lapis masyarakat Hwang Ho ialah

A buruh
B petani
C artisan
D hamba

15. Masyarakat manakah yang percaya bahawa kuasa raja adalah mandat daripada tuhan?

A Indus
B Hwang Ho
C Mesir Purba
D Mesopotamia

16. Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada beberapa wilayah.
Siapakah yang mengendalikan pentadbiran wilayah tersebut?

A Pembesar tempatan
B Golongan pendeta
C Golongan artisan
D Ketua kampung

SULIT 1249/1

4
17. Sistem kalendar di China diperkenalkan ketika pemerintahan Dinasti

A Hsia
B Chin
C Chou
D Shang

18. Falsafah apakah yang membincangkan selok-belok peperangan dan diaplikasikan
sebagai taktik dalam urusan perniagaan pada hari ini?

A Feng Hsui
B Yin dan Yang
C Tulang Oracle
D Perang Sun Tzu

19. Antara berikut yang manakah amalan tamadun Hwang Ho yang masih kekal di
kalangan masyarakat hingga ke hari ini?

I Pengamalan konsep mandat
II Pemujaan roh nenek moyang
III Mempercayai konsep Yin dan Yang
IV Pengamalan falsafah Perang Sun Tzu

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV









20. Apakah sumbangan sungai-sungai di atas kepada peradaban manusia?

A Pusat tamadun awal
B Pusat perkembangan pelabuhan
C Pusat pembentukan bandar terancang
D Pusat upacara penyembahan tuhan dijalankan

21. Tokoh sastera Yunani yang terkenal ialah Homer dan Hesiod. Apakah judul epik terkenal
yang dihasilkan oleh Homer?

A History of Persian War
B Theology dan Work and Days
C Iliad dan Odyssey
D Mahabrata dan Ramayana
Sungai Nil
Sungai Indus
Sungai Tigris
Sungai Euphrates
Sungai Kuning

SULIT 1249/1

5

22. Pendidikan semasa Tamadun Yunani, khususnya di Athens sangat dipentingkan.
Apakah teknik pengajaran yang digunakan untuk melahirkan pelajar yang petah
bercakap?

A Seni berpidato
B Mewarisi bahasa Yunani
C Mengadakan perbahasan umum
D Penghasilan karya bermutu

23. Berbanding sistem sosial di India, kelas sosial dalam masyarakat China lebih bersifat
fleksibel kerana

A Peluang pendidikan mengubah status sosial
B Kerjaya politik tidak terhad
C Perkahwinan mengubah status individu
D Rakyat bebas membantah penindasan sosial

24. Salah satu ajaran penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Siapakah pengasas
ajaran tersebut?

A Confucius
B Lao Tze
C Shih Huang Ti
D Siddharta Gautama

25. Sistem peperiksaan awam di China adalah yang tertua di dunia dan dikawal selia
secara ketat. Mengapa?

A Menggalakkan rakyatnya berdisiplin
B Untuk mengekalkan mandat pemerintahan
C Persaingan antara wilayah di China
D Melahirkan pegawai kerajaan yang berwibawa

26. Kewujudan masyarakat pagan di Eropah mendorong perkembangan meluas agama
Kristian. Mengapa?

A Membuat petempatan disekitar tempat ibadat
B Membantu membina tempat ibadat di Eropah
C Menjalankan aktiviti penjelajahan untuk menyebar agama
D Merupakan masyarakat yang belum menganut sebarang agama

27. Athens, Sparta dan Corinth merupakan tiga kota yang penting dalam tamadun
Yunani.Apakah bentuk pemerintahan yang diberi penekanan di kota Sparta?

A Masyarakat bersatu padu
B Kewujudan masyarakat monumen
C Persaingan ekonomi
D Pemerintahan tentera


SULIT 1249/1

6

28. Jalan sutera membuktikan hubungan erat diantara Tamadun India, dengan Alam Melayu,
China, Timur Tengah dan Barat. Hubungan ini terjalin melalui

A Hubungan perdagangan
B Hubungan diplomasi yang diwarisi
C Penyebaran agama Buddha
D Hubungan penjajah dengan tanah jajahan

29. Sistem pemerintahan tamadun Yunani sering bertukar ganti., sistem pemerintahan
manakah yang memberi penguasaan kepada konsul di Yunani?

A Sistem oligarki
B Sistem teokrasi
C Sistem monarki
D Sistem antokrasi

30. Bagaimanakah kod undang-undang Hammurabi dan Hukum Kanun 12 dapat difahami
umum?

A Melalui pendidikan sekolah
B Dipamerkan ditempat awam
C Memaksa rakyat menghafalnya
D Memasukkan nya kedalam ajaran agama

31. Pemerintahan Rom pada abad ke 2M telah mewujudkan majlis x yang menjalankan
pentadbiran dan kewujudannya membawa kemajuan dan keselesaan hidup. Apakah
Majlis x ?

A Majlis Perundangan
B Majlis Daerah
C Majlis Pembandaran
D Majlis bandaraya

32. Tahap baru ini telah diperkenalkan oleh orang Aryan kepada masyarakat Indus
yang telah melahirkan agama Hindu .Tahap ini dikenali sebagai

A Zaman Vedik
B Zaman Batu
C Zaman Gelap
D Zaman Empayar

33. Pengasas Dinasti Chin yang telah berjaya membentuk sebuah empayar melalui perluasan
jajahan takluknya ialah

A Maharaja Han Wu Ti
B Maharaja Min Chih
C Maharaja Shih Huang Ti
D Maharaja Han Fei Tzu


SULIT 1249/1

7
34. Dalam tamadun Yunani, terdapat sebuah badan yang membantu raja menjalankan
pentadbiran. Badan ini dipanggil

A Kehakiman
B Ketenteraan
C Keagamaan
D Konsul

35. Semua warga negara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan
Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun. Sistem ini ialah

A Beraja mutlak
B Monarki
C Republik
D Demokrasi

36. Nama buku yang ditulis oleh Plato yang mengutarakan tentang kepentingan undang-
undang. Tajuk buku tersebut ialah

A Demokratik
B Republik
C Veda
D Diktator

37. Nama undang-undang pertama yang dikenali sebagai Papan 12 dan diletakkan di tempat
awam untuk tatapan rakyat ialah

A Hukum Kanun 12
B Hukum Kanun Rom
C Undang-undang Justinian
D Kod Undang-undang Rom

38. Nama tiang batu yang di letakkan di tepi jalan terukir segala titah perintah di raja pada
zaman Dinasti Mourya ialah

A Gurkha
B Asoka
C Maurya
D Dharma sastra

39. Ahli falsafah Han Fei Tzu pada Zaman dinasti Chin telah memperkenalkan undang-
undang yang dapat mengawal tingkah laku manusia. Undang-undang ini dipengaruhi
oleh falsafah

A Legalisme
B Liberalisme
C Sosialisme
D Demokrasi


SULIT 1249/1

8
40. Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin menghapuskan golongan bangsawan dan
melantik gabenor dan panglima untuk mentadbir. Beliau menjalankan pemerintahan
secara

A monarki
B demokrasi
C auatokratik
D birokrasi



Arahan : Hitamkan jawapan pada ruangan jawapan yang disediakan.

1 A B C D 21 A B C D
2 A B C D 22 A B C D
3 A B C D 23 A B C D
4 A B C D 24 A B C D
5 A B C D 25 A B C D
6 A B C D 26 A B C D
7 A B C D 27 A B C D
8 A B C D 28 A B C D
9 A B C D 29 A B C D
10 A B C D 30 A B C D
11 A B C D 31 A B C D
12 A B C D 32 A B C D
13 A B C D 33 A B C D
14 A B C D 34 A B C D
15 A B C D 35 A B C D
16 A B C D 36 A B C D
17 A B C D 37 A B C D
18 A B C D 38 A B C D
19 A B C D 39 A B C D
20 A B C D 40 A B C D

You might also like