You are on page 1of 2

Dukuh. (dukuh: kampung kecil yang terpencil, dusun).

Dusun tempat dia tinggal tidak ada langsung kemudahan telefon.


Dukuh tempat dia tinggal tidak ada langsung kemudahan telefon

Faharasat (faharasat: senarai (daftar), katalog).
Setiap pelanggan kedai itu dibekalkan dengan senarai barangan yang
dijual.
Setiap pelanggan kedai itu dibekalkan denganfaharasatbarangan yang
dijual

Gharib (gharib: aneh, asing, jarang-jarang ditemukan atau diperolehi,
ganjil).
Penemuan hasil kajian ahli sains muda itu agak ganjil dan baharu dalam
dunia sains.
Penemuan hasil kajian ahli sains muda itu agak gharib dan baharu dalam
dunia sains

Jatah.(jatah: kuota atau jumlah had tertentu bagi tujuan tertentu).
Kemasukan pelajar luar negara di kolej itu tidak memenuhi kuota yang
ditetapkan.
Kemasukan pelajar luar negara di kolej itu tidak memenuhijatah yang
ditetapkan

Makar (makar: tipu muslihat, akal buruk).
Dengan segala tipu muslihatnya, Atan berjaya meloloskan diri daripada
penculiknya.
Dengan segala makarnya, Atan berjaya meloloskan diri daripada
penculiknya

Mulus (mulus: jujur, suci hati, tulus).
Sikap jujurnya amat sesuai dengan perwatakannya yang lemah lembut.
Sikap mulusnya amat sesuai dengan perwatakannya yang lemah lembut

Manai.(manai: pucat).
Muka Suhaila menjadi pucat apabila dimarahi oleh majikannya.
Muka Suhaila menjadi manai apabila dimarahi oleh majikannya

Orak-arik (orak-arik: kacau-bilau).
Keadaan menjadi kacau-bilau apabila mereka terdengar bunyi letepun
dan gegaran yang kuat berlaku di Pekan itu.
Keadaan menjadi orak-arik apabila mereka terdengar bunyi letepun dan
gegaran yang kuat berlaku di pekan itu

Prangko. (prangko: setem).
Setem dari pelbagai negara seluruh dunia menjadi koleksi peribadi yang
amat berharga baginya.
Prangko dari pelbagai negara seluruh dunia menjadi koleksi peribadi yang
amat berharga baginya

Sangai (sangai: tudung saji).
Sebaik-baik pulang dari sekolah, Abu terus ke dapur dan mengangkat
tudung saji.
Sebaik-baik pulang dari sekolah, Abu terus ke dapur dan
mengangkat sangai

You might also like