PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR
Surat Pekeliling Ikhtisas ini bertujuan memaklumkan bahawa mata pelajaran Sains akan diperkenalkan mulai Tahap Satu di semua sekolah rendah. Pelaksanaan mata pelajaran Sains akan bermula dengan Tahun 1 pada Tahun 2003 dan diikuti dengan Tahun 2 dan Tahun 3 pada tahun-tahun seterusnya.
Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran berkenaan adalah sebanyak sembilan puluh (90) minit seminggu yang diambil daripada peruntukan masa bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato\u2019/Tuan/Puan.
Leave a Comment