You are on page 1of 2

TEMPAT :

PADANG DAN DEWAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU
TARIKH :
19 OKTOBER 2011 (RABU)
Lagu : Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta


Lagu : Sabah Tanah Airku

Sabah tanah airku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda pemudi semua marilah
Bangunlah bersatu semua
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka

Lagu : Kami Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada seri paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu : Institut Pendidikan Guru

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta
Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa
Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi
IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong misi visi IPG




Latar Belakang
Hari Kokurikulum menyediakan satu ruang untuk guru pelatih IPG,
Kampus Gaya mengaplikasikan semua kemahiran dan teori yang telah
dipelajari bagi melaksanakan satu majlis kokurikulum yang merangkumi
semua aspek aktiviti kokurikulum yang telah dipelajari secara formal
atau tidak formal di IPG Kampus Gaya.

Objektif
Untuk mewujudkan semangat muhibah antara warga Institut.
Untuk memberi latihan kepada guru pelatih dalam aspek
pengurusan, kepimpinan, dan kemahiran komunikasi dengan
pihak-pihak berkenaan.
Mencungkil bakat-bakat yang terpendam pada guru pelatih.
Memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan guru pelatih.
Membina semangat cekal dan disiplin peserta yang terlibat.
Mewujudkan hubungan yang mesra di antara guru pelatih dengan
staf pengurusan serta pensyarah.

Catatan

You might also like