You are on page 1of 57

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

KEBERKESANAN KAEDAH SEBUTAN YANG


JELAS DALAM MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 5
BAGI TAJUK NYANYIAN.















FAUZIAH BINTI IBRAHIM



INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSIEN ONN
BATU PAHAT
2012
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
2

KANDUNGAN
TAJUK MUKASURAT
ABSTRAK
ABSTRACT
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN PENULIS
DEDIKASI
PENGHARGAAN
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH

1.0 PENDAHULUAN 4 11
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 11 - 18
2.1 Isu Kajian
2.2 Tinjauan Literature berkaitan dengan isu Kajian
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 19 22
4.0 KUMPULAN SASARAN 23
4.1 Latar Belakang Sekolah
4.2 Latar Belakang Murid
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 24 - 33
5.1 Prosedur Tindakan
5.1.2 Merancang
5.1.3 Bertindak
5.2 Prosedur Pengumpulan Data
5.2.1 Ujian-ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pasca)
5.2.2 Pemerhatian
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
3

5.2.3 Soal Selidik
5.2.4 Kebolehpercayaan dan Kesahan

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 34 - 41
6.1 Meningkatkan kebolehan murid mengingat lirik lagu
bagi tajuk Nyanyianmenggunakan kaedah sebutan
dengan jelas .
6.2Meningkatan minat murid mepelajari tajuk Nyanyian
menggunakan kaedah sebutan dengan jelas.

7.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN 42 - 45

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 46

9.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN 47
TEORI KAJIAN ( 12 MINGGU)
a. Konsep Kajian (1 minggu/2 waktu)
b. Jenis-jenis Kajian ( 3 minggu/6 waktu)
c. Proses Kajian ( 3 minggu/ 6 waktu)
d. Metodologi Kajian ( 5 minggu/10 waktu)

10.0 TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN DENGAN ISU KAJIAN 48 51
RUJUKAN 51 53
LAMPIRAN LAMPIRAN 53 60








FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
4


PENGAKUAN PENULIS








Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya








Tandatangan:
Nama Penulis: Fauziah Binti Ibrahim
Tarikh:

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
5

PENGHARGAAN


Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan kurniaan dan rahmat dariNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan
kajian ini. Dengan hati yang tulus ikhlas, saya ingin merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kepada pensyarah penyelia, En V.Ramachandran atas segala
bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini.
Kerjasama yang baik daripada pihak Sekolah Kebangsaan Polis Kem,Johor
dihargai. Tidak ketinggalan penghargaan buat semua pensyarah khususnya
pensyarah Jabatan Muzik IPG IPTHO yang telah banyak memberikan bantuan dan
pendapat sepanjang proses menyiapkan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada kedua ibubapa, adik beradik dan sahabat
handai atas kerjasama serta sokongan padu yang diberikan. Akhir kata, sekalung
terima kasih buat semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung dalam membantu menjayakan kajian tindakan ini.











FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
6

1.0 PENGENALAN

Bahagian ini mengupas tentang refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu serta
refleksi sorotan literatur yang merangkumi literatur dan kajian yang berkaitan dengan
tajuk kajian.

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Bagi praktikum fasa ketiga, saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Polis
Kem. Saya diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Muzik bagi Tahun 5 UM
sebanyak empat masa seminggu. Semasa berbincang dengan guru Muzik kelas 5
UM, saya diberitahu bahawa murid kelas ini terdiri daripada murid yang lemah dalam
pelajaran serta bersifat agak pasif ketika proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Pencapaian mereka dalam ujian bagi subjek Muzik juga sangat lemah. Bukan
setakat itu sahaja, terdapat juga murid yang masih tidak boleh menulis dan membaca
dengan lancar. Guru Muzik kelas ini mencadangkan saya agar banyak
menggunakan kaedah pemusatan guru seperti teknik bercerita daripada
menggunakan kaedah pemusatan murid.

Pada minggu ketiga, saya mengajar tajuk Nyanyian.Objektif P&P pada hari tersebut
adalah untuk mengenalpasti sebutan lirik lagu beserta contoh-contoh lagu. Sesi P&P
pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Murid kelihatan bersemangat untuk
menyanyii iagu baru ini yang dikira sangat menarik untuk dinyanyikani. Semasa saya
menyanyikan iagu ini, hanya sebahagian murid sahaja yang kelihatan berminat
untuk mendengar. Begitu juga dengan tumpuan, hanya sebahagian sahaja yang
benar-benar memberi tumpuan terhadap apa yang saya nyanyikan. Namun, semasa
menjawab lembaran kerja yang diedarkan, sebahagian besar murid didapati
menghadapi kesukaran untuk melengkapkannya.

Pada kelas yang berikutnya, saya memulakan sesi P&P bagi kelas yang sama
dengan meminta murid mengingati kembali alemen-elemen nyanyian beserta contoh
yang telah dipelajari pada sesi P&P sebelum itu. Namun apa yang mendukacitakan
saya, sebahagian besar murid tidak berjaya memberikan jawapan dengan tepat.
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
7

Mereka menjawab, Saya tak ingat lah cikgu. Sesi P&P diteruskan dengan tajuk
yang sama iaitu Nyanyian tetapi pada kali ini saya berfokuskan kepada ciri-ciri
nyanyian. Seperti biasa, sesi P&P berjalan lancar. Murid dilihat memberi perhatian di
dalam kelas pada awal sesi P&P sahaja. Selebihnya, murid kelihatan bosan. Apabila
ditanya sama ada mereka faham atau tidak apa yang guru ajar, mereka menjawab
Faham cikgu. Apabila selesai memberi penerangan terhadap ciri ciri nyanyian, saya
terus menyuruh murid untuk menyatakan kembali apa yang dijelaskan sebentar tadi.
Murid boleh menjawab soalan tersebut. Tetapi apabila tiba kepada fasa membuat
latihan, kebanyakan murid tidak boleh menjawab soalan yang dikemukakan.

Situasi ini telah mendorong saya untuk mencari punca dan alternatif lain yang boleh
digunapakai bagi mengatasi masalah murid Tahun 5 UM ini. Berdasarkan kepada
pemerhatian saya, masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid ini adalah
kegagalan dalam menghafal lirik lagu Muzik. Ini disuarakan sendiri oleh mereka yang
sering merungut kerana menghadapi kesukaran untuk mengingati lirik lagu di dalam
mata pelajaran khususnya mata pelajaran Muzik. Masalah kegagalan murid untuk
menghafal
Lirik lagu ini tidak boleh dipandang enteng. Ini kerana, lama-kelamaan ia boleh
menimbulkan perasaan bosan untuk belajar, dan secara tidak langsung boleh
menjurus kepada penurunan prestasi dalam peperiksaan. Bidang Muzik tidak
seharusnya menjadi satu perkara yang membosankan, sukar dan sesuai untuk
pelajar yang pintar sahaja. Saya ingin membuktikan bahawa Muzik itu adalah
menyeronokkan.

Satu inovasi perlu dilakukan demi menarik minat serta merangsang minda murid
untuk mendekati serta mencintai mata pelajaran Muzik. Guru yang bijak akan
mengambil peluang dengan memancing murid untuk mencintai mata pelajaran yang
diajar dengan cara memahami minat serta kecenderungan murid-muridnya. Selain
itu, guru juga harus kreatif dalam memilih kaedah pengajaran yang boleh menarik
minat murid dan seterusnya dapat memotivasikan mereka untuk mendalami sesuatu
mata pelajaran tersebut. Justeru itu, saya ingin menggunakan kaedah nyanyian
untuk membantu murid menghafal lirik laguMuzik.

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
8

Saya akan menggunakan sebuah lagu yang boleh membantu murid mengingati lirik
lagu bagi sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Muzik. Rasionalnya adalah untuk
membantu murid-murid yang lemah ini untuk menguasai keseluruhan lagu nyanyian
tersebut hanya melalui sebuah lagu. Saya membuat keputusan untuk
mengaplikasikan kaedah nyanyian ini bagi tajuk Twinkle Twinkle Little Star dengan
berfokus kepada proses Nyanyian (Twinkle-Twinkle Little Star). Kanak-kanak,
malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat
menggemari lagu dan nyanyian. Oleh itu, peluang harus diambil oleh para guru untuk
menyelitkan elemen seni dan lagu di dalam proses P&P di dalam bilik darjah. Cara
sebegini bukan sahaja dapat membantu murid yang tidak jelas sebutan dan tidak
menghafal lirik lagu Muzik dengan mudah, malah boleh meransang suasana P&P
yang menyeronokkan serta menghiburkan.
1.2.1 Literatur Berkaitan
Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru
membuat perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah
kreativiti. (Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur
berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang
ditonjolkan dalam setiap sesi P&P yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang
kreatif dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar,
malah dapat membantu mereka mengukuhkan sebutan dan ingatan dalam nyanyian
lagu tersebut, selaras dengan kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu Seorang
guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi
para pelajar.

Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta bertumpu
kapada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden ini,
perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan
sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan
inovatif. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang
bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan
boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain
daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Selaras dengan itu, saya
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
9

terpanggil untuk menghasilkan satu kreativiti dalam P&P nyanyian kanak-kanak
dengan menyelitkanelement muzik iaitu ketepatan sebutan lirik lagu. Selain dapat
meningkatkan minat murid untuk belajar, sebutan yang jelas juga dapat menguatkan
ingatan murid terhadap tajuk lagu yang dipelajari.

Menurut Noraini (2003), sebutan berirama juga dapat menggigatkan lagu dengan
rentak tertentu menguatkan lagi daya sebutan dengan jelas kerana disamping
mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong
penumpuan. Pendapat ini selari dengan kenyataan Hj. Ab. Fatah (1990) yang
menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat yang boleh menimbulkan emosi
seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak
menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin
mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin
mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.

Maka dengan itu, saya berasakan bahawa penggunaan elemen muzik melalui
kaedah ketepatan sebutan adalah amat bertepatan untuk membantu murid
meningkatkan daya ingatan mereka terhadap nyanyian. Menurut Eisner (2003),
muzik penting dalam pendidikan kerana sumbangannya kepada kognitif
membolehkan seseorang pelajar melahirkan perasaanya. Ini turut dijelaskan oleh
Hermann (1991), yang menyatakan bahawa integrasi elemen muzik sebutan yang
jelas dengan nyanyian akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.

Otak kiri dan kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri
menguasai perkara seperti bahasa, logik, matematik, muzik dan lain-lain aktiviti
akademik. Otak kanan pula menguasai perkara seperti muzik, imaginasi, mengenal
warna dan sebagainya. Jika seseorang itu berusaha menggunakan sedikit masa
untuk mengembangkan aktiviti otak kanan, otak kirinya akan berfungsi lebih aktif.
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kebolehan belajar akan meningkat jika
kedua otak kiri dan kanan berfungsi sama dalam keadaan yang harmoni.

Bertitik-tolak kepada lirik lagu tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa
penggabungjalinan antara otak kiri (lirik lagu muzik) dan otak kanan (elemen muzik
dan nyanyian) boleh menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
10

selaras dengan kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994) yang mengutarakan bahawa jika
seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang
harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya
ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah
baik untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.

Selain itu, kenyataan Routier (2003) berkenaan dengan kesan muzik Mozart
terhadap kanak-kanak pula menyatakan bahawa terdapatnya hubungan di antara
muzik dengan membaca, menulis, kebolehan meyebut dengan jelas dan kemahiran
matematik. Apa yang menarik dalam dapatan tersebut kepada para pendidik ialah
penggunaan elemen muzik dalam proses P&P nyanyian mampu meningkatkan kualiti
pembelajaran. Routier (2003) turut berkongsi pendapat dengan Prescott (2005) yang
menyifatkan integrasi elemen muzik dengan nyanyian dapat menyuburkan seluruh
nyanyian. Oleh itu, saya ingin menerapkan elemen muzik sebutan yang jelas dalam
nyanyian dalam mata pelajaran Muzik. Saya akan menggunakan melodi lagu yang
biasa didengar oleh murid bagi memudahkan mereka mengingati lagu tersebut
kerana menurut Savin (2001), penggunaan lagu yang dikenali umum dalam
pengajaran di bilik darjah memberikan satu pengalaman pembelajaran yang
menyeronokkan.

1.2.2 Kajian Berkaitan
Dalam kajian lain bertajuk Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Dalam Aktiviti
Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula
membuktikan bahawa aktiviti P&P yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti
yang menarik yang bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid seperti
muzik dan nyanyian. Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat
membantu murid-murid mengenali, menyebut dan menghafal struktur, malah aktiviti
P&P menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan murid dan guru itu sendiri. Ini
terbukti apabila kebanyakan murid yang menjadi responden di dalam kajian ini
mampu meyebut semula lirik lagu serta menyanyikan dengan betul. Ini dipercayai
merupakan hasil aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh murid-murid tersebut dengan
bimbingan guru (saya) sebelum itu.

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
11

Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982) mengenai elemen Muzik
Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak menunjukkan
bahawa nyanyian mudah diingat bila ketepatan sebutan dalam senikata lagu.
Kaedah ini sesuai untuk murid-murid sekolah rendah terutama bagi kelas-kelas yang
mundur. Melalui elemen muzik, guru akan menjadi mudah mengajar nyanyian
tersebut. Kanak-kanak akan menjadi lebih jelas dan tepat sebutan dan berminat
untuk mengikuti pelajaran itu dengan mudah. Dengan ini jelaslah menunjukkan
bahawa elemen muzik atau vokal dalam nyanyian dapat dijadikan sebagai satu
media yang berkesan dalam pengajaran nyanyian pada peringkat kanak-kanak.

Sufian & Osman (2008), juga pernah menjalankan kajian yang bertajuk Penggunaan
elemen Muzik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Nyanyian Di Bilik Darjah. Hasil
kajian mereka mendapati penggunaan sebutan yang jelas salah satu bidang muzik
dalam proses P&P nyanyian dapat menimbulkan rasa seronok belajar di kalangan
murid serta dapat mengembangkan kemahiran berfikir murid. Dapatan mereka juga
menunjukkan penggunaan elemen muzik berkesan sebagai alat pengurusan bilik
darjah di samping sebagai saluran murid untuk melahirkan perasaan. Hakikatnya,
penggunaan muzik dalam pelajaran nyanyian merupakan salah satu strategi bagi
memastikan P&P nyanyian di bilik darjah menjadi satu pengalaman yang sukar
dilupakan dan secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran
guru.

Kamaliah Aminah (2005) dalam kajiannya mengenai Penggunaan Ransangan
elemen Muzik iaitu ketepatan sebutan Terhadap Pengusaan Sifir telah membuktikan
bahawa melalui aktiviti menggunakan elemen muzik, responden menunjukkan
peningkatan dalam pencapaian ujian diagnostik iaitu terhadap penguasaan sifir yang
meningkat. Kesemua responden juga mempunyai persepsi dan pencapaian yang
positif setelah diberi pendedahan kepada kaedah pembelajaran sifir bermuzik ini.
Menurut Kamaliah Aminah, penggunaan rangsangan muzik bertujuan untuk
mengubah suasana pembelajaran agar menarik dan pelajar boleh belajar sambil
berhibur. Ini kerana, muzik mampu memberikan kesan yang
mendalam kepada pelajar memandangkan elemen ini menyentuh mengenai
keseronokan dan kegembiraan. Maka penggunaan rangsangan muzik adalah amat
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
12

disarankan sebagai alternatif menjadikan kaedah pengajaran tidak mendatar dan
membosankan pelajar.

Kajian luar negara berkisar penggunaan kaedah latih tubi sebutan yang jelas
dalam P&P nyanyian juga ada dijalankan. Campbell (1990) dalam kajiannya bertajuk
Multiple Intelligences In The Classroom membuktikan bahawa kaedah sebutan
dengan jelas dalam nyanyian yang digunakan dalam proses P&P nyanyian mampu
meningkatkan pencapaian ingatan murid. Dalam kajian ini, Bruce Campbell
menggunakan muzik bagi membantu respondennya mengingat lirik lagu dan
menguasai cara sebutan yang jelas. Hasilnya, keputusan ujian menunjukkan murid
yang pada sebelumnya merupakan murid yang kurang berjaya di sekolah telah
menjadi seorang yang berjaya melontarkan suara dengan jelas. Maklum balas positif
juga diterima daripada responden dimana mereka menyatakan bahawa mereka
merasa terhibur ketika menyanyi dengan menggunakan kaedah ini. Keyakinan serta
motivasi diri murid juga meningkat secara tidak langsung.

Dalam kajian bertajuk The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom yang
dijalankan oleh Brewer (2007) menegaskan bahawa integrasi sebutan yang jelas
dalam P&P adalah sangat efektif dimana pendekatan muzik sesuai digunakan untuk
semua peringkat umur. Menurut kajian yang dijalankan oleh beliau ini, penggunaan
kaedah muzik dan nyanyian dalam P&P boleh membantu murid mengingati
pengalaman pembelajaran yang dilalui disamping dapat menggalakkkan penglibatan
aktif murid dalam P&P nyanyian. Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu,
chant, sajak dan rap dapat menguatkan memori terhadap lirik lagu dalam nyanyian.

Ternyata pelbagai kajian mengenai penggunaan elemen muzik dalam nyanyian
telah dijalankan selama ini dan telah menunjukkan tindak balas yang positif.
Walaupun banyak kajian telah membuktikan muzik dapat meningkatkan
keberkesanan P&P di bilik darjah, namun ianya tetap dipandang sepi oleh guru-guru
sekolah. Justeru, saya akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian
mengenai keberkesanan kaedah sebutan yang jelas dalam nyanyian dapat
meningkatkan ingatan murid, sejajar dengan usaha untuk menjadi seorang guru
yang kreatif. Bagi murid-murid yang lemah, kaedah menghafal lirik lagu dengan cara
sebutan yang jelas dalam nyanyian didapati amat berkesan. Aktiviti ini bukan sahaja
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
13

dapat membantu murid menghafal lirik lagu, malah dapat menimbulkan suasana
pembelajaran yang menghiburkan dan menyeronokkan.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Bahagian ini menghuraikan tentang tinjauan masalah yang berkait dengan
pengalaman saya dan relevan kepada keperluan murid. Instrumen yang digunakan
untuk meninjau masalah beserta analisis kepada tinjaun masalah tersebut turut
dihuraikan dalam bahagian ini.

2.1 Tinjauan Masalah
Kebanyakan murid menganggap mata pelajaran Muzik itu sesuatu yang sukar dan
rumit. Keadaan ini telah menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk
menjawab soalan latihan, lembaran kerja mahupun soalan peperiksaan. Sebelum
langkah seterusnya diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, saya telah
membuat tinjauan masalah dengan lebih mendalam yang bertujuan untuk
memahami masalah yang dihadapi murid. Tinjauan dilakukan melalui tiga jenis
instrumen berdasarkan tiga objektif yang ingin disasarkan iaitu:

a) Analisis dokumen
Dokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah lembaran kerja bagi tajuk Nyanyian
.Saya mengedarkan lembaran kerja di akhir sesi P&P bagi tajuk ini. Saya
menganalisis lembaran kerja tersebut untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan
murid terhadap tajuk yang diajar. Saya mula mengenalpasti masalah apabila melihat
ramai murid tidak berjaya menjawab soalan lembaran kerja dengan betul. lembaran
kerjadi akhi rsesi P&P bagi tajuk ini. Saya menganalisis lembaran kerja tersebut
untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan murid terhadap tajuk yang diajar. Saya
mula mengenalpasti masalah apabila melihat rama imurid tidak berjaya menjawab
soalan lembaran kerja dengan betul.

b) Pemerhatian
2.2 Analisis Tinjauan Masalah Berikut merupakan analisis bagi tinjauan masalah
yang dilakukan oleh saya terhadap murid Tahun 5 UM:

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
14

c) Soal selidik untuk lebih mendalami masalah utama yang dihadapi murid serta
mengenalpasti tanggapan mereka terhadap proses P&P nyanyian, saya
menggunakan borang soal selidik yang perlu dijawab oleh setiap murid Terdapat 12
item yang perlu dijawab oleh murid dengan menanda jawapan di ruangan yang
disediakan. Saya memberi penjelasan bagi setiap item agar murid betul-betul faham
kehendak soalan serta mengingatkan mereka untuk menjawab dengan jujur. Saya
juga memastikan suasana pada waktu tersebut adalah selesa supaya responden
boleh menjawab soal selidik dengan telus. Hasil daripada soal selidik tersebut
seterusnya dianalisis oleh saya.

a) Analisis dokumen
Berikut merupakan analisis keputusan berdasarkan pencapaian murid dalam Ujian
Pra:
MARKAH
(%)
JUMLAH MURID
BIL MURID (%)
0-20 6 29
21-41 9 48
41-60 4 19
61-80 2 9
81-100 0 0

Daripada analisis keputusan lembaran kerja di atas, saya dapat mengenal pasti
bahawa ramai murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan lembaran kerja
tersebut. Seramai 29% daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah 20%
ke bawah, 43% daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah dari 21%
hingga 40% dan 19% daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah dari
41% hingga 60%. Seterusnya, 9% daripada jumlah keseluruhan murid berjaya
memperolehi markah dari 61% hingga 80%,manakala 0% murid yang mendapat
markah 81% hingga 100%.

Berdasarkan analisis yang dilakukan secara teliti, hanya 28% daripadajumlah
keseluruhan murid berjaya melepasi tahap peratus lulus iaitu melebihi markah 40%.
Selebihnya iaitu sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan muridlagi berada di
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
15

bawah peratus lulus iaitu 40% dan ke bawah. Peratusan lulus yangamat sedikit ini
menunjukkan bahawa ramai murid masih tidak boleh menguasai tajuk ini dengan
baik. Ini disebabkan oleh kegagalan murid mengingat lirik lagu nyanyian dengan
jelas. Justeru, saya akan menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam
nyanyian bagi membantu murid mengingat lirik lagu sekali gus dapat meningkatkan
penguasaan mereka dalam mata pelajaran Muzik.b)Berdasarkan pemerhatian
menggunakan catatan bebas seperti di Lampiran B,saya dapati murid Tahun 5 UM
ini mempunyai minat untuk belajar, tetap imereka sukar untuk menghafal lirik lagu
Muzik. Murid dilihat memberi iperhatian semasa sesi P&P nyanyiaan berlangsung.
Mereka juga menunjukkan tingkah laku yang postif di dalam kelas. Tetapi apabila
berada di pertengahan sesi, sebahagian murid kelihatan bosan untuk meneruskan
pembelajaran. Murid dikesan menghadapi masalah dalam mengingat lirik lagu yang
telah lama diajar. Berikutmerupakan catatan bebas saya terhadap tingkah laku murid
sepanjang sesiP&P. Lajur catatan digunakan untuk merekod tahap ingatan murid
terhadap lirik laguMuzik yang telah dipelajari berdasarkan soalan yang diajukan oleh
guru :

















FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
16

Jadual 2 : Catatan bebas berdasarkan pemerhatian

Tarikh : 17 Februari 2012
Kelas : 5 UM

PERISTIWA

CATATAN
Guru masuk ke kelas. Murid-murid bangun,
memberisalam dan kemudian duduk. Murid-murid
senyap.

Guru bertanya murid tentang apa yang telah
merekapelajari pada kelas sebelum ini. Murid-murid
diam danberfikir. Kemudian, ramai murid mengangkat
tangan.Masing-masing ingin menjawab. Guru tunjuk
seorangmurid untuk jawab. Dia bangun dan memberi
jawapan yang salah. Guru tunjuk pula murid lain. Murid
tersebut juga jawab salah. Murid seorang lagi angkat
tangan danjawab. Jawapan tetap salah.

Guru bertanya soalan yang lebih spesifik. Kali ini
ramaiyang angkat tangan. Guru tunjuk seorang murid
untukjawab. Jawapan diberi hampir tepat. Murid lain
pulaangkat tangan untuk jawab tetapi masih tidak
berapa tepat.

Guru mengingatkan murid tentang satu lirik lagu yang
telahdiajar. Kemudian, guru bertanya soalan. Murid
berebutrebutingin menjawab. Murid terus menjawab
tanpaangkat tangan. Guru suruh murid angkat tangan
jika inginjawab. Guru tunjuk seorang murid. Murid
tersebut jawabdengan tepat. Begitu juga dengan tiga
orang murid lain.








Berfikir dan cuba
mengingat semula lirik
lagu tetapi gagal




Hampir boleh mengingat
sebahagian lirik lagu
tetapi masih tidak tepat



Boleh mengingat lirik lagu
selepas diberi klu





FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
17

Guru meneruskan sesi P&P seperti yang
dirancang.Murid-murid kelihatan berminat. Guru
memberi penerangan satu persatu. Sejurus selepas
guru memberi penerangan terhadap sesuatu perkara,
guru terus bertanya soalan. Ramai murid boleh
menjawab dengan betul. Guruteruskan mengajar dan
bertanya soalan. Murid memberirespon positif. Murid
boleh menjawab soalan dengan baik.Tiba di
pertengahan sesi, sebahagian murid menunjukkan
reaksi bosan seperti tidak berminat untuk
meneruskanpembelajaran.

Selesai mengajar, guru mengedarkan lembaran
kerja.Semua murid cuba menjawab. Guru berjalan ke
sekelilingkelas untuk memantau murid manjawab
lembaran kerja.Guru berhenti di meja seorang murid.
Murid itu masihtidak menulis apa-apa jawapan. Guru
bertanya murid itumasalah yang dihadapi. Murid itu
memberitahu dia takingat.

Guru bergerak ke meja dua orang murid lain. Kedua-
duamurid ini baru menjawab dua soalan.
Selebihnyadibiarkan kosong. Guru menyuruh mereka
melengkapkanlembaran kerja tersebut. Seorang jawab
tak tahu manakalaseorang lagi jawab tak ingat.

Masa tamat. Guru menyuruh murid menyiapkan
lembarankerja di rumah. Guru keluar kelas.


Boleh mengingat lirik
laguyang baru sahaja
diajar









Tidak boleh mengingat
lirik lagu yang telah lama
diajar





Tidak boleh mengingat
lirik lagu yang telah lama
diajar


c) Soal selidikSaya menggunakan 12 item bagi tujuan menjalankan soal selidik ini
sepertidi Lampiran C. Berikut merupakan analisis data bagi setiap item dalam
borangsoal selidik yang dijalankan:
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
18

Jadual 3: Analisis Borang Soal Selidik

BIL ITEM YA (%) TIDAK
(%)
1 Saya minat mata pelajaran Muzik
2 Pelajaran cikgu membosankan
3 Bimbingan yang cikgu beri mencukupi
4 Aktiviti yang dijalankan menarik
5 Cikgu memberi tumpuan terhadap saya
6 Penerangan cikgu mudah difahami
7 Saya berasa sukar menyebutl lirik lagu dengan jelas
8 Saya tidak faham soalan Muzik
9 Saya selalu lupa apa yang yang cikgu ajar
10 Belajar Muzik itu menyeronokkan
11 Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah
12 Latihan yang diberikan sangat mudah

Analisis borang soal selidik menunjukkan ke semua responden iaitu 100% murid
mengatakan YA bagi item 1 (Saya minat mata pelajaran Muzik), item 3
(Bimbinganyang cikgu beri mencukupi), item 7 (Saya berasa sukar untuk menghafal
lirik lagu ) dan item9 (Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar). Bagi item 2 iaitu
Pengajaran cikgumembosankan, 71% murid menjawab YA manakala 29% murid
lagi menjawabTIDAK. Sebanyak 19% murid menjawab YA dan selebihnya iaitu
81% menjawabTIDAK bagi item 4 (Aktiviti yang dijalankan sangat menarik ). Bagi
item 5 (Cikgu lagi menjawab TIDAK.

Bagi item 6 (Penerangan cikgu mudah difahami) pula, 81% murid menjawab YA
manakala 19% murid lagi menjawab TIDAK. Seterusnya bagi item 8 (Saya tidak
faham soalan Muzik) pula, 67% murid menjawab YA manakala 33% murid lagi
menjawab TIDAK. Bagi item 10 (Belajar Muzik itu menyeronokkan) dan item 12
(Latihan yang diberikan sangat mudah), jumlah murid yang menjawab YA adalah
48% manakala 52% lagi menjawab TIDAK. 14% murid menjawab YA bagi item 11
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
19

(Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah) manakala 86% lagi menjawab
TIDAK.

Berdasarkan analisis soal selidik di atas, jelas menunjukkan bahawa masalah utama
yang dihadapi oleh murid ialah sukar menyebutl lirik lagu dengan jelas (merujuk
kepada item 7) dan selalu lupa apa yang diajar (merujuk kepada item 9). Kedua-dua
masalah ini menjadi punca utama murid tidak dapat menguasai nyanyian yang diajar
dengan betul. Punca-punca lain yang turut diambil kira ialah pengajaran guru yang
membosankan, aktiviti tidak menarik, tidak mendapat tumpuan daripada guru serta
tidak faham soalan. Untuk kajian ini, saya akan menumpukan kepada dua masalah
utama yang dihadapi murid iaitu kesukaran meyebutl lirik lagu dengan jelas dan
selalu lupa senikata lagu dalam nyanyian yang diajar oleh guru.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
Bahagian ini menyatakan dengan terperinci tentang objektif kajian, soalan kajian,
kepentingan kajian, definisi operational dan batasan kajian.

3.1 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

3.1.1 Objektif Umum
Mengkaji keberkesanan kaedah sebutan yang jelas dalam nyanyian dalam
meningkatkan kebolehan murid mengingat lirik lagu

3.1.2 Objektif Khusus
a) meningkatkan kebolehan murid menyebutt lirik lagu dengan sebutan yang jelas
bagi tajuk Nyanyian menggunakan kaedah latih tubi.

b) Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Nyanyian menggunakan kaedah
sebutan berirama

c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan
dengan penggunaan kaedah nyanyian dalam permainan.

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
20

3.2 Soalan Kajian
a) Adakah penggunaan kaedah latih tubi dapat meningkatkan kebolehan murid
mengingat proses Nyanyian?
c) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dalam permainan dalam P&P muzik
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan?
3.3 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting untuk membantu murid khususnya murid-murid Tahun 5
dalammenguasai mata pelajaran Muzik iaitu dengan mengingat lirik lagu secara
mudah, berkesan,menyeronokkan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan
minat murid untukbelajar. Di samping itu, dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi
bersama dan menjadipanduan berguna kepada pihak-pihak tertentu seperti guru-
guru sekolah dan juga gurugurupelatih dalam menghasilkan satu kaedah pengajaran
Muzik yang menyeronokkanserta dapat meningkatkan kualiti guru ke tahap yang
lebih profesional. Secara tidaklangsung, kajian ini juga diharapkan dapat mengatasi
masalah menghafal lirik lagu dikalangan murid khususnya bagi subjek Muzik,
seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid. Diharap dapatan kajian ini juga
dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat khususnya pihak pengurusan
sekolah, guru-guru serta murid-murid dalam membawa inovasi terhadap dunia
pendidikan di zaman moden ini.
3.4 Definisi Operational / Istilah
Definisi bagi istilah-istilah yang digunapakai dalam kajian ini ialah :
3.4.1 Keberkesanan
Menurut Khalid (1993) dalam bukunya yang bertajuk Kaedah Pembelajaran
Berkesan,keberkesanan diistilahkan sebagai satu usaha yang teratur, bersistem,
bertatatertib serta optimum yang menyepadukan dan memanfaatkan kesemua
komponen pembelajaranuntuk mencapai kejayaan yang paling maksimum
(terbaik).Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), maksud
keberkesananadalah perihal berkesan atau berkesannya (sesuatu tindakan,
perubahan, dsb). Dalam kajian ini, keberkesanan merujuk kepada kesan positif bagi
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
21

kaedah yang digunakandalam membantu murid meningkatkan ingatan mereka
daalam menghafal lirik lagu dengan sebutan yang jelas.
3.4.2 Kaedah
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), kaedah mempunyai dua maksud. Yang
pertama ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem
atauyang biasa) dan yang kedua ialah mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-
prinsiptertentu).Dalam buku Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi Untuk Kursus
DiplomaPerguruan semester 3 karya Mok (2002), kaedah didefinisikan sebagai cara
atauperaturan membuat sesuatu. Kaedah juga merujuk kepada satu siri tindakan
guru yangsistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam
jangka pendek.Selain itu, kaedah juga bermaksud cara mendekati sesuatu objektif
pelajaran denganlangkah-langkah penyampaian yang tersusun.Kaedah yang
dimaksudkan dalam kajian ini ialah tindakan yang dijalankan olehguru dengan tujuan
untuk mencapai objektif kajian iaitu meningkatkan kebolehan muridmengingat lirik
lagu bagi tajuk Nyanyian.
3.4 Sebutan Nyanyian
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) mengistilahkan nyanyian sebagai gubahan muzik
yang dilagukan dengan suara. Berdasarkan kajian ini, gubahan muzik yang
dilagukan dengan suara merujuk kepada lagu bagi tajuk Nyanyian yang akan
dinyanyikan oleh murid sebagai alat untuk membantu mereka mengingat lirik lagu.

3.4.4 Meningkatkan
Perkataan meningkatkan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) bermaksud
menaikkan atau meninggikan tahap sesuatu. Dalam kajian ini, perkataan
meningkatkan merujuk kepada proses menaikkan atau meninggikan tahap
pencapaian serta daya ingatan murid Tahun 5 UM bagi tajuk Nyanyian.

3.4.5 Ingatan
Merujuk Kamus Dewan (Edisi Ketiga), ingatan bermaksud sesuatu yang diingat,
sesuatu yang timbul dalam fikiran. Ingatan juga membawa maksud kuasa untuk
mengingat sesuatu dengan apa yang ada dalam ingatan. Khalid (1993) dalam
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
22

bukunya yang bertajuk Kaedah Pembelajaran Berkesan pula menggariskan ingatan
kepada tiga fasa iaitu :

a) Penerimaan dan penyerapan
Berlaku apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang membolehkan sesuatu
bahan ilmu masuk ke dalam fikiran dan ingatannya.

b) Penyimpanan
Berlaku apabila ilmu disimpan dalam fikiran dan ingatan tanpa disedari dan dirasai
secara fizikal.
c) Pemakaian semula atau pemanggilan semula
Berlaku apabila ilmu tersebut digunakan setelah jangka masa berlalu dari fasa
penyerapan (ujian/peperiksaan).
juk Nyanyian terhadap murid Tahun 5 UM.

3.5 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang responden yang terdiri daripada murid-murid
Tahun 5 UM di Sekolah Kebangsaan Polis Kem. Responden terdiri daripada 7 orang
murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang berbeza tahap pencapaiannya iaitu
lemah, sederhana dan baik. Responden juga mempunyai latar belakang status sosio
ekonomi yang rendah. Kajian dilaksanakan pada waktu mata pelajaran Muzik bagi
Tahun 5 UM dan bertempat di Bilik Muzik Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit.
Kajian ini hanya bertumpu kepada tajuk di dalam mata pelajaran Muzik Tahun 5 iaitu
proses Nyanyian yang berfokus kepada penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Bahagian ini memerihalkan latar belakang sekolah serta latar belakang responden
yang digunakan dalam perlaksanakan kajian ini. Ciri-ciri responden dijelaskan
dengan terperinci merangkumi bilangan, umur, jantina, nama kelas dan lain-lain.

4.1 Latar Belakang Sekolah
Kajian ini mensasarkan kepada Sekolah Kebangsaan Polis Kem yang terletak di
kawasan luar BandarJohor. Sekolah ini mempunyai 23 orang guru, 15 kakitangan
serta 217 orang murid. Terdapat 9 kelas kesemuanya di sekolah ini iaitu termasuk
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
23

Prasekolah. Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekolah ini
berada pada tahap sederhana.


4.2 Latar Belakang Murid
Seramai 10 orang murid dari kelas 5 UM yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki
dan 3 orang murid perempuan telah dipilih sebagai responden kajian ini. Responden
berumur dalam lingkungan 11 tahun. Kesemua responden berketurunan Melayu,
beragama Islam dan juga dilahirkan diJohor. Mereka juga berasal dari keluarga yang
berpendapatan rendah dimana kesemua mereka menerima bantuan Rancangan
Makanan Tambahan (RMT). 2 orang responden merupakan anak yatim. Ibubapa
responden bekerja sebagai petani, buruh, kilang dan juga peniaga kecil-kecilan.
Tahap pencapaian responden di dalam pelajaran adalah berbeza.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Bahagian ini memperincikan tentang prosedur tindakan dan prosedur pengumpulan
data yang dijalankan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian ini dilaksanakan dengan
berpandukan kepada satu model Kajian Tindakan. MEMERHATIMERANCANG

5.1 Prosedur Tindakan
Kajian yang dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung Kajian Tindakan
Model Lewin, 1946 dan Laidaw, 1992 yang menyarankan lima langkah seperti rajah
dibawah:

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
24


Diadaptasi daripada Lewin, 1946, dan Laidaw, 1992

Langkah Langkah Melaksanakan Penyelidikan Tindakan (PT)
Dalam Proses pembelajaran di bilik darjah, tiap tiap kemahiran lazimnya dipelajari
Satu persatu. Proses yang sama berlaku dalam Kajian Tindakan. Tiap-tiap masalah
pembelajaran ditangani satu per satu. Proses pelaksanaan Kajian Tindakan
merangkumi empak langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.
Langkah- langkah ini dilaksanakan secara berturutan dalam bentuk gelungan.
Gelungan seperti ditunjukkan dalam rajah di atas menggambarkan proses
perlaksanaan tanpa penghujung.

5.1.1 Mereflek
Kajian ini bertitik tolak daripada proses refleksi yang dilakukan oleh saya dalam
mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi dalam sesi P&P
nyanyian. Saya telah melaksanakan proses pengumpulan awal data bagi
mengenalpasti masalah utama yang dihadapi murid. Proses ini dilaksanakan dalam
bentuk pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. Berdasarkan data yang
diperolehi, saya telah mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh sebilangan
besar murid Tahun 5 UM, iaitu kesukaran menyebut dan mengingati lirik lagu dalam
nyanyian Muzik.

Mengenal
pasti Aspek
Ramalan
Perancangan
Tindakan/Imp
lementasi
Melihat Kesan
Tindakan
Refeleksi
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
25

5.1.2 Merancang
Setelah masalah dikenalpasti, saya merancang satu tindakan sebagai rawatan
kepada masalah yang menjadi fokus utama. Saya mula menyediakan kerangka
kajian iaitu objektif kajian, membentuk soalan kajian, kepentingan kajian, membuat
rujukan literatur, menentukan kumpulan sasaran kajian, alat-alat kajian serta
merancang tindakan. Fokus utama kajian ini ialah untuk meningkatkan kebolehan
murid menyebut lirik lagu dengan jelas bagi tajuk Nyanyian menggunakan kaedah
latih tubi.

Sebagai perancangan awal, saya akan membuat pemilihan melodi lagu yang
dirasakan sesuai untuk kanak-kanak. Kemudian, saya akan menulis lirik lagu yang
mengandungi lirik lagu bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu proses
Nanyian. Seterusnya, saya akan menjalankan proses rakaman lagu Nyanyian
yang menggunakan suara saya sendiri untuk digunapakai di dalam kajian ini.
Sebagai perancangan awal, sayaakan membuat pemilihan melodi lagu yang
dirasakan sesuai untuk kanak-kanak. Kemudian, saya akan menulis lirik lagu yang
mengandungi nyanyiain bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu proses
Nyanyian. Seterusnya, saya akan menjalankan proses rakaman lagu Nyanyian
yang menggunakan suara saya sendiri untuk digunapakai didalam kajian ini.

Untuk melaksanakan kajian ini, saya akan membahagikan murid kelas 5Bestari
kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.Pembahagian
ini dilakukan berdasarkan keputusan Ujian OTI 1 bagi subjek Muzik
muridmurid,dimana setiap kumpulan mempunyai jumlah murid berpencapaian
baik,sederhana dan lemah yang setara. Kumpulan rawatan yang merupakan
responden bagikajian ini terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian baik, 4 orang
muridberpencapaian sederhana dan 3 orang murid berpencapaian lemah. Manakala
kumpulankawalan terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian baik, 3 orang
muridberpencapaian sederhana dan 4 orang murid berpencapaian lemah.

Dalam kajian ini, saya akan menjalankan empat sesi P&P iaitu dua sesi bagisetiap
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Pengasingan akan dilakukan terhadap
kedua-dua kumpulan bagi setiap sesi P&P tersebut. Kedua-dua kumpulan ini akan
diajar tajuk yang sama iaitu Nyanyian tetapi dengan menggunakan kaedah yang
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
26

berbeza.Kumpulan kawalan akan diajar dengan menggunakan kaedah konvensional
manakala kumpulan rawatan pula akan diajar dengan menggunakan kaedah sebutan
dengan jelas dalam nyanyian. Alat kajian yang akan digunakan ialah Ujian Pra dan
Ujian Pasca yang bertujuan untuk menilai tahap sebutan murid terhadap tajuk
nyanyian yang diajar. Pemerhatian berstruktur juga digunakan sebagai alat kajian
untuk melihat minat murid sepanjang sesi P&P nyanyian yang dijalankan. Alat kajian
terakhir ialah borang soal selidik yang perlu dijawab oleh responden untuk
mengetahui sama ada kaedah yang digunapakai dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

5.1.3 Bertindak
Saya memilih kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian sebagai kaedah
rawatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Saya telah memilih melodi lagu
Twinkle-Twinkle Little Star kerana lagu tersebut telah diketahui umum dan biasa
didengari oleh kanak-kanak. Seterusnya, saya menulis lirik lagu yang mengandungi
lirik lagu bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu Nyanyian seperti yang
terdapat di Lampiran D. Dalam proses menyiapkan lirik lagu, saya membuat rujukan
di dalam Buku Teks Muzik Tahun 5 dan buku-buku rujukan Muzik supaya lirik lagu
yang dihasilkan bertepatan dengan kehendak sukatan pelajaran dan mengandungi
lirik lagu penting dalam proses Nyanyian. Setelah lirik lagu berjaya disiapkan, saya
telah menjalankan proses rakaman lagu Nyanyian yang menggunakan suara saya
sendiri. Rakaman lagu tersebut telah digunapakai terhadap kumpulan rawatan di
dalam kajian ini.

Dalam proses perlaksanaan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan tiga jenis
instrumen iaitu:
i. Ujian Pra
ii. Soal Selidik

i. Ujian Pra
Sebelum memulakan sesi P&P pertama bagi kedua-dua kumpulan, saya
mengedarkan satu set soalan Ujian Pra untuk dijawab oleh kesemua responden.
Ini bertujuan untuk menilai pengetahuan sedia ada murid terhadap tajuk
Nyanyian. Saya menjalankan dua kali sesi P&P yang berbeza bagi setiap
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
27

kumpulan. Bagi setiap sesi P&P yang dijalankan, murid kumpulan kawalan dan
Borang Pemerhatian

ii.Soal Selidik
Sebelum memulakan sesi P&P pertama bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan
rawatan, saya mengedarka nsatu set soalan Ujian Pra untuk dijawab oleh
kesemua responden. Ini bertujuanuntuk menilai pengetahuansedia ada murid
terhadap tajuk Nyanyian. Saya menjalankan dua kali sesi P&P yang berbeza
bagi setiap kumpulan. Bagi setiap sesi P&P yang dijalankan. Kemudian saya
membahagian mereka kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama menjalani
proses P&P menggunakan kaedah konvensional sebanyak dua kali. Manakala
kumpulan kedua pula menjalani proses P&P menggunakan kaedah sebutan yang
jelas dalam nyanyian, juga sebanyak dua kali.

Aktiviti yang telah dijalankan di dalam sesi P&P yang menggunakan kaedah sebutan
yang jelas dalam nyanyian adalah seperti berikut:

i. Saya menunjukkan lirik lagu Twinkle-Twinkle Little Star melalui Power Point. ii.
Saya memperkenalkan empat proses yang terlibat di dalam sebutan yang jelas iaitu
pic,tempo, sebutan dan irama.

iii. Saya menerangkan setiap proses Nyanyian secara terperinci.

iv. Saya memaparkan lirik lagu Twinkle Twinkle Little Star melalui Power Point

v. Saya memperdengarkan lagu Nyanyian kepada responden.

vi. Responden menyanyikan lagu Nyanyian bersama-sama berpandukan kepada
lirik yang dipaparkan.

vii. Nyanyian diulangi beberapa kali.

viii. Responden menyalin lirik lagu di dalam buku tulis muzik.

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
28

ix. Sesi soal jawab diadakan di akhir sesi P&P. Semasa keempat-empat sesi P&P
berlangsung, saya menjalankan pemerhatian berstruktur berdasarkan kepada aspek-
aspek yang terdapat di dalam borang pemerhatian. Ini bertujuan untuk melihat
elemen-elemen muzik dalam P&P nyanyian murid sepanjang sesi P&P berlangsung.
Seterusnya, setelah kesemua empat sesi P&P bagi kedua-dua kumpulan kawalan
dan rawatan selesai dijalankan, saya mengedarkan Ujian Pasca

vi.Responden menyanyikan lagu Twinkle Twinkle Little Starbersama-sama
berpandukan kepada lirik yang dipaparkan.

vii.Nyanyian diulangi beberapa kali.

viii.Responden menyalin lirik lagu di dalam buku tulis.

ix.Sesi soal jawab diadakan di akhir sesi P&P.

Semasa keempat-empat sesi P&P berlangsung, saya menjalankan pemerhatian
berstruktur berdasarkan kepada alemen-aleman yang terdapat di dalam borang
pemerhatian. Ini bertujuan untuk melihat kelancaran sebutan lirik lagu dengan jelas
sepanjang sesi P&P berlangsung. Seterusnya, setelah kesemua empat sesi P&P
bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan selesai dijalankan, saya
mengedarkan Ujian Pasca untuk dijawab oleh responden. Soalan bagi Ujian Pasca
adalah setara dengan Ujian Pra. Ini bertujuan untuk melihat kemampuan responden
mengingat proses Nyanyian yang dapat ditentukan melalui peningkatan markah
ujian para responden. Langkah terakhir ialah mengedarkan borang soal selidik .
Setelah selesai kedua-dua sesi P&P, saya mengedarkan borang soal selidik kepada
setiap responden bagi kedua-dua kumpulan. Tujuannya untuk melihat sama ada
murid menyebut dan dapat menghafal lirik lagu dengan jelas dan terhibur terhadap
kaedah P&P yang dijalankan. Borang soal selidik yang dibina mempunyai lima skala
bagi setiap item yang setiap satunya telah dijelaskan secara terperinci di dalam
borang soal selidik tersebut.



FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
29

5.1.4 Memerhati
Pada peringkat ini, saya merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi.
Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca, analisis dilakukan secara manual memandangkan
jumlah responden yang sedikit. Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
direkod dalam bentuk jadual dan graf. Perbezaan nilai min ujian bagi kedua-dua
kumpulan turut dipaparkan. Bagi pemerhatian pula, saya mencatat pemerhatian
tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah semasa proses P&P berlangsung
berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam borang pemerhatian.
Analisis pemerhatian seterusnya diterjemahkan di dalam bentuk jadual dan graf.

Bagi soal selidik pula, data dikutip dan direkodkan untuk melihat perbandingan di
antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan soal selidik bagi setiap
item diinter pretasi mengikut nilai min dan dianalisis di dalam bentuk jadual dan graf.

Kesimpulannya, segala data yang diperolehi daripada setiap alat kajian dianalisis
dan diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih ringkas seperti jadual dan graf
supaya ianya dapat dilihat dengan jelas. Proses terakhir ialah pemantauan. Ia
bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah dan tindakan yang telah dijalankan
serta memantau sejauh mana ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Sekiranya keputusan tidak memberansangkan, maka saya boleh memulakan kitaran
sekali lagi sekiranya masa mencukupi. Kitaran kajian tindakan ini boleh berlaku
secara berterusan sama ada berfokuskan kepada masalah yang sama ataupun
masalah lain.

5.2 Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang telah dicadangkan, saya telah
meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap ketidakupayaan
murid dalam mengingati lirik lagu bagi mata pelajaran Muzik. Saya membuat
kesimpulan bahawa ketidakupayaan mengingati lirik lagu menjadi faktor utama yang
perlu diatasi dalam usaha untuk membantu murid menjawab soalan peperiksaan.
Tiga jenis instrumen digunakan oleh saya bagi mendapatkan data kajian iaitu Ujian
(Ujian Pra dan Ujian Pasca), Pemerhatian dan Soal Selidik di mana setiap instrumen
mengukur objektif yang berbeza.
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
30


5.2.1 Ujian-ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pasca)

Saya menggunakan dua set soalan ujian (setara) yang diberikan kepada kadua-dua
kumpulan kawalan dan rawatan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Soalan ujian adalah
berdasarkan tajuk Nyanyian. Ujian Pra diberikan sebelum sesi P&P dimulakan yang
bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada murid
mengenai tajuk yang dikaji. Untuk melihat peningkatan tahap ingatan murid
mengingat proses Nyanyian, Ujian Pasca diberikan kepada kedua-dua kumpulan
setelah selesai kesemua empat sesi P&P. Soalan yang setara dengan Ujian Pra
sebelum ini diberikan bertujuan untuk menilai tahap ingatan murid bagi tajuk yang
diajar. Seterusnya saya melakukan analisis terhadap data ujian untuk melihat
perubahan markah bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang
menjalani proses P&P menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu kaedah
sebutan berirama dan nyanyian dalam permainanl . Peningkatan markah murid yang
tinggi menunjukkan bahawa murid berupaya mengingat proses Nyanyian dengan
baik. Saya membuat perbandingan perningkatan markah di antara kedua-dua
keputusan ujian tersebut bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.


5.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian secara langsung dilakukan sebanyak dua kali supaya saya dapat
mengamati dan mengenal pasti tingkah laku responden sepanjang P&P
berlangsung. Fokus utama pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat tingkah
laku responden yang menunjukkan mereka berminat untuk meneruskan
pembelajaran. Bentuk pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian berstruktur
di mana saya merekod pemerhatian berdasarkan kriteria-kriteria yang telah
ditetapkan di dalam borang pemerhatian. Terddapat empat bidang utama yang
diperhatikan merangkumi s, postur,pernafasan, di mana setiap satunya mempunyai
dua pecahan aspek. Ke semua aspek-aspek tersebut adalah berkait rapat dengan
nyanyian. Dapatan pemerhatian ini membuktikan sama ada kajian ini berjaya atau
tidak dalam meningkatkan minat murid Tahun 5 UM bagi tajuk Nyanyian. s

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
31

5.2.3 Soal Selidik

Saya juga mengedarkan borang soal selidik untuk mendapatkan reaksi responden
berkaitan kaedah P&P yang dijalankan yang berfokus kepada keseronokan. Borang
soal selidik diberikan kepada responden berbentuk soalan tertutup yang
menggunakan Skala Likert dimana murid harus memberi skala (1 hingga 5) bagi
setiap item soal selidik tersebut. Soalan bagi soal selidik yang dibina adalah
menjurus kepada objektif kajian iaitu mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan menghiburkan, menggunakan laras bahasa yang sesuai,
sebutan yang jelas, mudah difahami, soalan tidak terlalu panjang serta tiada
diskriminasi jantina mahupun agama.

Semasa sesi soalselidik dijalankan, saya terlebih dahulu membaca dan menjelaskan
setiap item soal selidik beserta skala kepada responden. Saya memberi penerangan
yang teliti bagi setiap item bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan responden.
Saya juga mengingatkan responden supaya menjawab soalan selidik tersebut
dengan jujur dan telus. Berdasarkan dapatan daripada soal selidik tersebut, saya
dapat membuat kesimpulan sama ada penggunaan kaedah sebutan dengan jelas
bagi yanyian dalam P&P muzik dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan menghiburkan.

5.2.4 Kebolehpercayaan dan Kesahan

Bell (1999) menyatakan bahawa kebolehpercayaan ialah satu perhubungan kepada
sesuatu ujian atau prosedur untuk menghasilkan keputusan yang sama di bawah
tahap yang sama. Ini bermaksud, kaedah pengumpulan data yang dilakukan akan
menghasilkan keputusan yang sama walaupun dilakukan berulang kali.
Walaubagaimanapun, kenyataan di atas adalah merujuk kepada lirik lagu yang tetap
dan tidak berubah.

Memandangkan kesahan adalah penting dalam setiap kajian yang dijalankan, segala
instrumen yang digunakan telah disahkan terlebih dahulu. Soalan dan bentuk borang
soal selidik serta borang pemerhatian yang digunakan di dalam kajian ini telah pun
disahkan terlebih dahulu oleh penyelia sebelum digunakan di lapangan. Begitu juga
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
32

dengan soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca, kedua-duanya telah diberi pengesahan
oleh Ketua Panitia Muzik sekolah tempat kajian dijalankan.

Sepanjang proses pengumpulan data bagi kajian ini, saya memastikan bahawa
murid berada dalam keadaan baik, stabil dan selesa supaya mereka tidak
dipengaruhi oleh faktor sekeliling yang boleh mengganggu hasil dapatan kajian.
Sebagai langkah berjaga-jaga, saya turut mengelakkan kelakuan yang boleh
menimbulkan kerisauan, kebimbangan atau ketakuatan di kalangan responden. Oleh
itu, saya membantu responden untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia
sebelum ujian dijalankan.

Selain itu, saya juga memastikan bahawa responden benar-benar faham akan
soalan ujian dan soalan soal selidik dengan memberi penerangan yang jelas dan
terperinci bagi setiap item yang digunakan. Saya sentiasa mengingatkan responden
agar menjawab soalan soal selidik dengan jujur dan telus. Rasional bagi semua
tindakan ini adalah bagi memastikan data kajian yang diperolehi mempunyai tahap
kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

'.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Bahagian ini membincangkan tentang cara data-data dianalisis dan
diinterpretasi.Dengan menganalisis data-data yang diperolehi, saya dapat
melaporkan hasil kajian,seterusnya membuat ulasan mengenai data-data yang
dianalisis tersebut. Analisis data adalah berdasarkan kepada objektif kajian.

6.1 Meningkatkan kebolehan murid mengingat lirik lagu bagi tajuk
Nyanyianmenggunakan kaedah sebutan dengan jelas .

Objektif pertama kajian ini diukur berdasarkan instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca
mengenai tajuk yang diajar iaitu Nyanyian yang telah dilaksanakan ke atas sampel
kajian. Ujian Pra telah dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan
sebelum sesi P&P bermula yang bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang
pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji. Manakala Ujian Pasca
pula dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan setelah selesai kesemua sesi P&P
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
33

untuk menilai keberkesanan kaedah yang telah dilaksanakan dalam membantu
murid mengingat lirik lagu. Hasil analisis membuktikan sama ada kaedah sebutan
dengan jelas dalam nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi
tajuk Nyanyian dengan melihat kepada peningkatan markah dan gred ujian sebelum
dan selepas rawatan dilakukan. Jadual 4 di bawah menunjukkan gred dan
markahyang digunapakai di dalam kedua-dua ujian yang dijalankan.

6.2Meningkatan minat murid mepelajari tajuk Nyanyian menggunakan kaedah
sebutan dengan jelas.
Objektif kajian yang kedua iaitu untuk meningkatkan minat murid mempelajari tajuk
Nyanyian diukur berlandaskan kepada pemerhatian berstruktur terhadap tingkah
laku responden bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Terdapat beberapa
aspek yang diperhatikan oleh saya sepanjang keempat-empat proses P&P
berlangsung. Ia bertujuan untuk melihat perubahan tingkah laku yang mencerminkan
minat murid apabila menjalani proses P&P menggunakan kaedah sebutan dengan
jelas bagi nyanyian (kumpulan rawatan) dan juga kaedah konvensional (kumpulan
kawalan). Aspek-aspek yang diperhatikan telah dibahagikan kepada 4 tema utama
seperti yang tertera di dalam Jadual 8 di bawah :-













FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
34



Berdasarkan Jadual 8 di atas, kesemua 8 aspek yang diperhatikan telah
dibahagikan kepada 4 tema utama iaitu minat, tingkah laku pasif, penglibatan dan
masalah disiplin. Kesemua aspek tersebut adalah menjurus kepada minat murid
terhadap proses P&P yang dijalani. Sebanyak dua sesi P&P dijalankan bagi
kumpulan rawatanyang menggunakan kaedah sebutan yang jelas bagi nyanyian.
Begitu juga dengan kumpulan kawalan yang turut menjalani dua sesi P&P yang
menggunakan kaedah konvensional. Setiap sesi P&P memakan masa selama 60
minit. Bagi setiap sesi P&P yang dijalankan, saya telah merekod tingkah laku yang
mencerminkan minat murid berdasarkan kepada aspek-aspek yang ingin
diperhatikan di dalam borang pemerhatian bagi setiap selang masa 5 minit.

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
35



Berdasarkan Rajah 6 yang dipaparkan di atas, dapat dibandingkan peratusan minat
murid bagi kumpulan rawatan adalah lebih besar iaitu 44% berbanding kumpulan
kawalan yang hanya sebanyak 24%. Ini menunjukkan kaedah sebutan dengan jelas
dalam proses P&P bagi tajuk Nyanyian berupaya meningkatkan minat murid untuk
belajar. Bagi kumpulan kawalan pula, sesi P&P menggunakan kaedah konvensional
menyebabkan murid berasa bosan, sekaligus mengurangkan minat mereka untuk
belajar.Bagi tema kedua iaitu tingkah laku pasif, hanya 12% murid kumpulan
rawatandidapati bertingkah laku pasif di dalam kedua-dua sesi P&P menggunakan
kaedah sebutan dengan jelas bagi nyanyian. Manakala, bagi kumpulan kawalan
yang menggunakan kaedah konvensional,sebanyak 34% murid didapati bertingkah
laku pasif bagi kedua-dua sesi P&P yang dijalankan. Dapatan ini membuktikan
bahawa kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian mampu mengurangkan
tingkah laku pasif murid. Peratusan tingkah laku pasif yang rendah ini disebabkan
oleh perasaan minat yang mendalam untuk belajar dengan menggunakan kaedah
sebutan dengan jelas dalam nyanyian jika dibandingkan dengan kaedah
konvensional.

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
36

Seterusnya, perbezaan peratusan yang ketara di antara kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan juga boleh dilihat bagi tema penglibatan. Bagi sesi P&P
menggunakan kaedah sebutan dengan jelas bagi nyanyian (kumpulan rawatan),
sebanyak 35% murid didapati menglibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P.
Namun, bagi sesi P&P menggunakan kaedah konvensional (kumpulan kawalan),
peratusan murid yang menglibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P didapati
menurun kepada 15%.Melalui dapatan ini, saya dapat menyimpulkan bahawa
penglibatan murid di dalam proses P&P nyanyian kanak-kanak dapat ditingkatkan
melalui penggunaan kaedah sebutan dengan jelas bagi nyanyian
(kumpulanrawatan). Ini bertentangan dengan penggunaan kaedah konvensional
(kumpulankawalan) yang tidak berupaya menggalakkan penglibatan murid secara
aktif.

Merujuk kepada tema terakhir iaitu masalah disiplin, hanya 9% murid kumpulan
rawatan didapati bermasalah, manakala bagi kumpulan kawalan pula, jumlah murid
yang bermasalah disiplin meningkat kepada 27%. Perbezaan peratusan yang ketara
in imenunjukkan bahawa melalui penggunaan kaedah sebutan yang jelas bagi
nyanyian dalam proses P&P muzik, masalah disiplin di kalangan murid dapat
dikurangkan ke tahap yang minimum. Akan tetapi,proses P&P menggunakan kaedah
konvensional dilihat tidak berupaya mengurangkan masalah disiplin murid
sebagaimana kaedah nyanyian.
Secara keseluruhannya, objektif pemerhatian ini iaitu untuk meningkatkan minat
murid dalam mempelajari tajuk Nyanyian menggunakan kaedah sebutan dengan
jelas telah tercapai. Penggunaan kaedah sebutan dengan jelas bagi nyanyian dalam
proses P&P muzik ternyata berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar,
nyanyian sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan
penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P nyanyian serta dapat meminimumkan
masalah disiplin di kalangan murid.

6.3 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
menghiburkan dengan penggunaan elemen sebutan yang jelas dalam
nyanyian bagi P&P muzik
Objektif kajian yang ingin dicapai seterusnya adalah mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan melalui penggunaan kaedah
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
37

sebutan jelas yang dalam proses Nyanyian Muzik. Objektif ini diukur berdasarkan
kepada borang soal selidik yang dijawab oleh ke semua responden kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan selepas kedua-dua sesi P&P berakhir. Data yang
diperolehi daripada borang soal selidik tersebut telah dianalisis dengan
menggunakan kiraan min. Seterusnya, data tersebut diterjemahkan di dalam bentuk
jadual dan graf seperti yang dipaparkan di dalam Jadual 10 di bawah


BIL

ITEM

NILAI MIN
KUMPULAN
RAWATAN
KUMPULAN
KAWALAN

1
Saya berasa seronok selepas mengikuti pelajaran
hari ini.

5.0

2.0

2
Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini.
5.0

1.9

3
Saya berasa mudah untuk menghafal lirik lagu.
4.8

1.0

4
Pengajaran guru membosankan
1.4

4.6

5
Saya berasa teruja untuk menunggu
aktiviti yang akan diperkenalkan seterusnya.

4.8

1.5

6
Saya berasa bersemangat untuk belajar
Muzik.

4.6

1.4

7
Saya sangat suka dengan kaedah sebutan dalam
nyanyian yang diajarkan

5.0

1.5

8
Saya boleh menggunakan kaedah yang guru
perkenalkan pada hari ini untuk lagu lain

4.0

1.5

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
38



Berdasarkan Rajah 7 di atas, min bagi item 1 kumpulan rawatan adalah
melebihikumpulan kawalan sebanyak 3.0. Nilai min kumpulan rawatan yang tinggi
menunjukkan bahawa keseluruhan responden kumpulan rawatan berasa seronok
selepas mengikuti sesi P&P menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam
nyanyian kanak-kanak berbanding dengan kumpulan kawalan yang mengikuti sesi
P&P menggunakan kaedah konvensional. Bagi item 2 pula, nilai min yang diperolehi
bagi kumpulan rawatan iaitu 5.0 adalah lebih tinggi berbandingkumpulan kawalan
iaitu 1.9. Ini bermakna, kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian kanak-kanak
nyanyian yang digunakan untuk kumpulan rawatan berjaya membuatkan responden
berasa seronok dan terhibur.Responden kumpulan kawalan pula tidak berasa
seronok dan tidak terhibur dengan kaedah konvensional yang digunakan di dalam
sesi P&P.

Berdasarkan analisis terhadap nilai min soal selidik ini juga, didapati responden
kumpulan rawatan menyatakan mereka berasa mudah untuk menyebut dengan
ketepatan dan secara tidak langsung menghafal lirik lagu dengan penggunaan
kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian berbanding dengan kumpulan
kawalan yang menggunakan kaedah konven sional. Kenyataan ini didinterpretasikan
daripada nilai min yang dicatatkan bagi item 3 iaitu 4.8 bagi kumpulan rawatan, dan
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
39

1.0 bagi kumpulan kawalan. Untuk item 4 iaitu pengajaran guru membosankan, nilai
min yang diperolehi bagi kumpulan rawatan hanya 1.4, berbanding nilai min
kumpulan kawalan yang lebih tinggi iaitu 4.6. Ini menunjukkan, responden kumpulan
rawatan tidak bersetuju dengan item 4 tetapi dipersetujui oleh responden kumpulan
kawalan.

Nilai min bagi item 5 yang tinggi iaitu 4.8 menunjukkan bahawa responden kumpulan
rawatan yang menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian berasa
teruja untuk menunggu aktiviti yang akan diperkenalkan seterusnya. Berbeza
pendapat dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional,
mereka tidak bersetuju dengan item 5 kerana nilai min yang diperolehi adalah
sebanyak 1.5 sahaja. Item 6 pula membuktikan bahawa kaedah sebutan dengan
jelas dalam nyanyian yang digunakan mampu membuatkan responden kumpulan
rawatan berasa bersemangat untuk belajar nyanyian Muzik berbanding kumpulan
kawalan dengan perbezaan min sebanyak 3.2.

Responden kumpulan rawatan juga menyatakan mereka suka dengan kaedah
pembelajaran yang digunakan. Ini boleh dilihat melalui nilai min yang tinggi bagi item
7 yang dicatatkan oleh kumpulan rawatan. Manakala, nilai min yang rendah yang
dicatatkan oleh kumpulan kawalan menunjukkan bahawa responden kumpulan
kawalan tidak bersetuju dengan item 7. Bagi item terakhir iaitu item 8, nilai min yang
dicatatkan oleh kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan.
Ini bermaksud, kumpulan rawatan bersetuju dengan item 8 dimana mereka boleh
menggunakan kaedah yang guru perkenalkan (nyanyian) untuk tajuk lagu lain. Bagi
kumpulan kawalan pula, responden tidak bersetuju dengan item tersebut.









FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
40

7.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperinci
sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah sebutan dengan jelas dalam
nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Nyanyian.
Responden kumpulan rawatan yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah
sebutan dengan jelas dalam nyanyian menampakkan peningkatan markah ujian
yang lebih ketara berbanding dengan kumpulan kawalan yang menjalani proses P&P
menggunakan kaedah konvensional. Peningkatan markah ujian tersebut
menunjukkan responden kumpulan rawatan mudah mengingat proses-proses yang
terlibat bagi tajuk yang difokuskan iaitu Nyanyian yang secara tidak langsung
membantu mereka untuk menyanyi dengan lancar dan sebutan yang jelas dan
memperolehi lontaran suara yang baik.

Hal ini selaras dengan kenyataan Noraini (2003) yang menyatakan bahawa iringan
irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan sebutan dengan
jelas kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat
dan mendorong penumpuan. Pendapat ini turut disokong oleh Hj. Ab. Fatah (1990)
yang menyatakan bahawa maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan
menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak
menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin
mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin
mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.

Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah tertarik dengan muzik. Mereka akan
berasa seronok apabila sesuatu pelajaran itu disampaikan di dalam bentuk nyanyian.
Perasaan seronok untuk belajar yang timbul di dalam diri mereka itu secara tidak
langsung akan memudahkan mereka mengingati apa yang dipelajari. Maka dengan
itu, penggunaan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian bagi proses P&P
nyanyian adalah amat tepat bagi meningkatkan ingatan murid terhadap proses-
proses yang terlibat dalam Nyanyian.

Integrasi elemen muzik dalam nyanyian lain akan melengkapkan perkembangan otak
kiri dan otak kanan (Hermann, 1991). Otak kiri dan kanan manusia menjalankan
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
41

fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri menguasai perkara seperti bahasa, logik,
matematik, Muzik dan lain-lain aktiviti akademik. Otak kanan pula menguasai perkara
seperti muzik, imaginasi, mengenal warna dan sebagainya. Otak kiri akan berfungsi
lebih aktif sekiranya aktiviti otak kanan diperkembangkan. Penggabungjalinan antara
otak kiri (lirik lagu Muzik) dan otak kanan (elemen muzik dan nyanyian) yang
diaplikasikan di dalam kajian ini telah menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh
bermakna. Ini dapat dilihat melalui peningkatan markah ujian yang ketara yang
ditunjukkan oleh kumpulan rawatan yang menjalani sesi P&P menggunakan kaedah
sebutan dengan jelas dalam nyanyian.

Penggunaan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian juga terbukti berkesan
dalam meningkatkan minat murid untuk belajar nyanyian. Kaedah sebutan yang jelas
dalam nyanyian bukan sahaja dapat meningkatkan minat belajar, malah ianya
sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif
murid sepanjang sesi P&P serta dapat meminimumkan masalah disiplin di kalangan
murid. Selain itu, kaedah nyanyian juga dilihat dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan. Ini dibuktikan melalui
dapatan soal selidik yang menunjukkan bahawa responden kumpulan rawatan yang
menjalani proses P&P menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian
merasa lebih terhibur dan seronok untuk belajar jika dibandingkan dengan
responden kumpulan kawalan yang menjalan proses P&P menggunakan kaedah
konvensional. Hal ini menyokong kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994), iaitu jika
seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang
harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya
ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah
baik untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.

Dapatan kajian ini adalah selaras dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh
Edith dan Kamariati (2005) tentang Keberkesanan sebutan yang jelas dalam Lagu
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran yang dijalankan di Sekolah Tanjung
Batu, Tawau, Sabah. Kedua-dua dapatan menunjukkan bahawa secara
keseluruhannya, responden menunjukkan reaksi positif terhadap mata pelajaran
Muzik. Responden juga mempamerkan rasa seronok untuk mengikuti proses P&P
yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian. Prestasi dalam pembelajaran turut
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
42

meningkat terutamanya dari aspek mengingati nyanyian Muzik. Kaedah ketepatan
sebutan dalam nyanyian bagi P&P muzik juga sekaligus dapat menarik minat murid
untuk belajar nyanyian kanak-kanak.

Dapatan kajian ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982)
mengenai Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak
yang menunjukkan bahawa lirik lagu akan mudah diingat bila ianya dijadikan
senikata lagu, khasnya mata pelajaran Muzik disebut dengan jelas. Melalui
penggunaan kaedah nyanyian ini, ia akan memudahkan guru untuk mengajar
pelajaran tersebut, manakala murid akan menjadi lebih lancar sebutan dan berminat
untuk mengikuti pelajaran nyanyian. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa
elemen muzik iaitu kaedah sebutan atau diction bagi nyanyian dapat dijadikan
sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran nyanyian pada peringkat
kanak-kanak.
Dalam kajian lain bertajuk Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Dalam Aktiviti
Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula
membuktikan bahawa aktiviti P&P yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti
yang menarik yang bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid seperti
pelbagai elemen muzik dalam nyanyian ditekankan. Penggunaan elemen muzik
dalam nyanyian bukan sahaja dapat membantu murid-murid mengenali, menyebut
dan menghafal struktur, malah aktiviti P&P menjadi lebih menghiburkan dan
menyeronokkan murid dan guru itu sendiri. Ini selaras dengan dapatan kajian ini
yang menunjukkan tindak balas yang positif apabila responden mampu menjawab
soalan ujian pasca dengan baik berbanding dengan ujian pra, menimbulkan
perasaan seronok untuk belajar serta mendorong responden untuk meminati subjek
Muzik.

Kamariah Aminah (2005) menekankan bahawa penggunaan rangsangan elemen-
elemen muzik dalam P&P nyanyian adalah bertujuan untuk mengubah suasana
pembelajaran agar menjadi lebih menarik dan pelajar boleh belajar sambil berhibur.
Ini kerana, elemen-elemen muzik tadi mampu memberikan kesan yang mendalam
kepada pelajar memandangkan elemen ini menyentuh mengenai ketepatan sebutan
dan menghafal lirik lagu dan kegembiraan lagi menyeronokan. Berdasarkan kepada
kenyataan beliau tersebut, maka penggunaan bidang-bidang muzik dalam nyanyian
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
43

adalah amat disarankan sebagai alternatif untuk menjadikan kaedah pengajaran
nyanyian tidak mendatar dan membosankan murid. Ternyata kaedah
sebutan(diction) dalam nyanyian mampu memberikan keseronokan kepada murid
yang seterusnya dapat meningkatkan ketepatan dan kelancaran sebutan lirik lagu
mereka dengan jelas. Apabila minat untuk belajar telah berjaya dipupuk di dalam diri
murid, maka secara tidak langsung juga dapat meningkatkan prestasi nyanyian
mereka.

Brewer (2007) di dalam kajiannya menegaskan bahawa integrasi elemen-elemen
muzik dalamP&P nyanyian adalah sangat efektif. Menurut kajian yang dijalankan
oleh beliau ini, penggunaan kaedah sebutan (diction)muzik dalam nyanyian bagi
P&P ini boleh membantu murid mengingati pengalaman pembelajaran yang dilalui
disamping dapat menggalakkkan penglibatan aktif murid semasa P&P nyanyian .
Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu, chant, sajak dan rap dapat
menguatkan memori terhadap lirik lagu dan sebutan(diction). Bertepatan dengan
kajian beliau,kajian yang dijalankan ini turut menunjukkan kesan yang serupa dimana
para responden dapat mengingat proses Nyanyian dengan mudah menggunakan
kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian.

Bagi mendapatkan kesan yang maksima terhadap proses P&P nyanyian, adalah
penting bagi seorang guru untuk memancing perhatian murid-muridnya dengan
aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Ini kerana, apabila murid belajar dalam
suasana yang gembira, tambahan pula aktiviti yang disediakan selari dengan minat
mereka, secara tidak langsung motivasi mereka untuk belajar akan meningkat.
Motivasi dan minat yang mendalam tersebut akan menjadi pemacu kepada kejayaan
murid dalam pelajaran. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan seperti
kaedah nyanyian bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah
terbukti berkesan dalam membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan
dalam mata pelajaran tersebut. chant, sajak dan rap dapat menguatkan memori
terhadap lirik lagu dan isi pelajaran. Bertepatan dengan kajian beliau, kajian yang
dijalankan ini turut menunjukkan kesan yang serupa dimana para responden dapat
mengingat proses Nyanyian dengan mudah menggunakan kaedah sebutan(diction)
dalam nyanyian.

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
44

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Penggunaan kaedah sebutan(diction) dalam nyanyian bagi proses P&P Muzik
sememangnya berkesan dalam membantu murid mengingat lirik lagu, meningkatkan
minat serta menimbulkan keseronokan belajar. Secara keseluruhannya kajian ini
berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Namun terdapat beberapa
cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini
dijalankan lagi pada masa akan datang seperti:

i) Menambah bilangan responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu selain dapat
memanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai murid.

ii) Mengaplikasikan kedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian bagi lagu-lagu lain
dalam subjek Muzik bukan sahaja bagi Tahun 5, malah bagi murid-murid lain juga
secara menyeluruh.

iii) Menggunakan instrumen temubual bagi mendapatkan maklumat yang lebih
terperinci dalam memantapkan dapatan kajian.

iv) Mencipta lagu dan melodi baru bagi tajuk yang difokuskan tanpa menggunakan
melodi yang sedia ada dalam usaha meningkatkan keterujaan murid untuk belajar
nyanyian kanak-kanak.

v) Mengintegrasi kaedah nyanyian dengan pergerakan fizikal (nyanyian kinestatik)
supaya proses P&P menjadi lebih seronok dan seterusnya dapat menggalakkan
penglibatan aktif murid.

vi) Menggunakan video animasi yang memaparkan lirik lagu beserta iringan melodi
supaya pengajaran lebih menarik sejajar dengan pendidikan masa kini yang
menekankan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) dalam P&P.





FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
45

9.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

1. TEORI KAJIAN ( 12 MINGGU)
a. Konsep Kajian (1 minggu/2 waktu)
i. Definisi
ii. Ciri-ciri
iii. Tujuan

b. Jenis-jenis Kajian ( 3 minggu/6 waktu)
i.Tinjauan
ii. Kajian Kes
iii. Eksperimental
iv. Ex-post facto
v. Kajian Tindakan

c. Proses Kajian ( 3 minggu/ 6 waktu)
i. mengenalpasti isu/masalah
ii. merancang strategi
iii. melaksanakan kajian
iv. mengumpul dan menganalisis data
v. Kesimpulan dan perbincangan

d. Metodologi Kajian ( 5 minggu/10 waktu)
i. Rekabentuk kajian
ii. Persampelan
iii. Instrumen Kajian
iv. Prosedur Kajian
v. Kaedah Analisis Data






FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
46

10.0 TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN DENGAN ISU KAJIAN
Kajian menunjukkan murid sekolah rendah belum berupaya
menyelesaikan masalah menyebut lirik lagu dengan jelas dalam nyanyian
walaupun mereka menguasai kemahiran membaca dan menyanyi , 1999;
Fatimah, 1999; Hassan, 1998; Mohd. Daud et al., 1997). Dapatan daripada
kajian ini adalah bersamaan dengan kajian di luar negara seperti Verschaffel et
al. (1999), Bransford et al. (1996), dan Hegarty et al. (1995) yang mendapati
bahawa masalah menyebut lirik lagu dengan jelas ini menimbulkan banyak
kesukaran dan kesilapan di kalangan murid peringkat awal persekolahan.
Dalam memperjelaskan tentang teknik sebutan, murid lebih cenderung
dalam menyelesaikan masalah sebutan menggunakan teknik menghafal lirik
lagu, menggunakan lagu lagu iringan yang dimainkan (Mohd Uzi, 1999; Hassan,
1998; dan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan [JNSP], 1993). Selain itu, murid
melaksanakan sesuatu penyelesaian tanpa menggunakan istilah sebutan
dengan betul. (Bransford et al., 1996; dan Hegarty, 1995).
Namun, tidak dapat dinafikan bahawa teknik menghafal lirik lagu yang
rutin. dapat menyelesaikan masalah menyanyi, tetapi murid tidak haruslah
dikongkong oleh satu teknik penyelesaian yang biasa disampaikan oleh guru
sahaja. Teknik lain yang sesuai perlulah digalakkan, iaitu teknik yang
bersesuaian dengan peringkat perkembangan kognitif murid, pengalaman dan
persekitaran pembelajaran yang dilalui oleh murid bagi memberikan pendekatan
yang lain dalam membantu murid dalam memahirkan diri dalam menyelesaikan
masalah menyebut lirik lagu dengan jelas.
Teori perkembangan kognitif Piaget (1952) menyatakan bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui
empat peringkat mengikut umur iaitu sensori-motor (sehingga umur 2 tahun),
pra operasi (2 7 tahun), operasi konkrit (7 11 tahun) dan operasi formal (12
tahun hingga dewasa). Yang jelas,murid sekolah rendah berada pada peringkat
operasi konkrit. Murid pada peringkat operasi konkrit berupaya untuk berfikir
secara logik tetapi masih terbatas kepada sesuatu yang bersifat nyata.
Sehubungan itu, aktiviti pembelajaran pada peringkat operasi konkrit masih
bergantung kepada objek-objek maujud dan menggunakan hand-on material.
Oleh itu, murid di peringkat ini memerlukan bahan sokongan yang bersifat
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
47

konkrit dan boleh diolah dalam usaha mengukuhkan lagi kefahaman berkaitan
dengan konsep Nyanyian.
Dalam memahami sesuatu konsep Sebutan, murid perlukan pengalaman
yang berbeza seperti pengalaman enaktif, ikonik dan simbolik (Lim,. S; Fatimah,
S.; Munirah, G; 2003). Pada peringkat pengalaman ikonik, kanak-kanak sudah
boleh menggunakan minda untuk memikirkan sesuatu dan membina gambaran
lagu yang terlintas di fikiran mereka. Murid sekolah rendah lebih mudah
memahami sesuatu konsep Nyanyian melalui penggunaan objek konkrit dan
menulis. Cadangan ini selaras dengan pendapat Dienes (1973) yang
menyatakan bahawa konsep Sebutan dalam Nyanyian menjadi lebih mudah
difahami jika konsep itu dipersembahkan kepada murid dengan menggunakan
contoh yang konkrit. Sehubungan itu, Dienes mengusulkan lima peringkat
persekitaran dalam menyebut sebutan lagu dengan jelas iaitu permainan bebas,
memerhati ciri (generalisasi), perwakilan diagramatik (representasi), perwakilan
simbolik (simbolisasi), dan formalisasi. Dalam persekitaran perwakilan
diagramatik (representasi) murid dibimbing untuk menggunakan objek-objek
konkrit dalam aktiviti pembelajaran Nyanyian. Imej dan gambar atau rajah yang
menunjukkan baris baris lirik seharusnya digunakan untuk mewakili konsep
Nyanyian. Dalam peringkat persekitaran perwakilan simbolik, kanak-kanak
haruslah dibimbing supaya mengenali pic dalam muzik semasa menyanyi. Ini
dapat memudahkan kanak kanak menyebut lirik tersebut dengan jelas mengikut
intonasi yang betul.











FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
48

RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Penerbit
BPPDP, KPM.

Brewer, C.B. (2007). The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom. Muat
turun pada 30 Feb 2011.http://www.newhorizons.org/strategies/arts/brewer.htm

Bell, J. (1999). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM.

Campbell, B. (1990). Research on Multiple Intelligences In The Classroom. Muat
turun pada 2 Mac 2011. http://www.context.org/ICLIB/IC27/Campbell.htm
.
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga).
Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Edith Indek & Kamariati Hussin. (2005). Keberkesanan Lagu Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran: Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Tanjung
Batu, Tawau, Sabah.Muat turun pada 2 Mac http://www.docstoc.com/docs/335

Eisner, E. (2003). The Function Of Music In education.
Muat turun pada 10 Feb 2011. http://www.isme.org/article/view/89/1/26
.
Haji Abdul Fatah Hassan. (1990). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam
Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Haji Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran:
Keseluruhan Otak Dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publicators and
Distributors Sdn. Bhd.



FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
49

Prescott, J.O. (2005). Music In The Classroom. Muat turun pada 14 Feb 2011.
http://teacher.scholastis.com/products/instructor/Jan05music.htm.

Routier, W. (2003). Read Me a Song: Teaching Reading Using Picture Book Songs.
Orlando: International Reading Assosiation.

Savin, C.F. (2001). Tune-In To Biology: Music In The Science Classroom. Muat turun
pada 14 Feb 2011. http://www.science.subaru.com/teaching_ideas/carolsavin.

Sufian Sukhairi & Osman Ali Rawa. (2008). Kajian Penggunaan Muzik Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan
IPGKTI. 9(4):27-31.

Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). dalam Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan
Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.



















FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
50

LEMBARAN KERJA LATIH TUBI SOLFA
Nama : ______________________________________
Kelas : ______________________________________

Lengkapkan jadual di bawah.
CIRI CIRI ASAS
NYANYIAN
NAMA
SIMBOL
CIRI SEBUTAN
1


a) _________________

b) _________________
2


a) __________________

b) __________________


3



a) _____________________

b) _____________________
4


a) _____________________

b) _____________________


FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
51



PEMERHATIAN TIDAK BERSTRUKTUR (CATATAN BEBAS)

Tarikh : ____________________
Kelas : ____________________
PERISTIWA CATATAN

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
52



BORANG SOAL SELIDIK
Nama : __________________________________
Kelas : __________

BACA KENYATAAN DI BAWAH DAN TANDAKAN (/) PADA PILIHANJAWAPAN
ANDA. SILA JAWAB DENGAN JUJUR.



ITEM YA (%) TIDAK
(%)
1 Saya minat mata pelajaran Muzik
2 Pelajaran cikgu membosankan
3 Bimbingan yang cikgu beri mencukupi
4 Aktiviti yang dijalankan menarik
5 Cikgu memberi tumpuan terhadap saya
6 Penerangan cikgu mudah difahami
7 Saya berasa sukar menghafal lirik lagu
8 Saya tidak faham soalan Muzik
9 Saya selalu lupa apa yang yang cikgu ajar
10 Belajar Muzik itu menyeronokkan
11 Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah
12 Latihan yang diberikan sangat mudah










FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
53

MARI BELAJAR SEBUTAN YANG JELAS
TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR






FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
54


SEKOLAH KEBANGSAAN POLIS KEM
81030 KULAI, JOHOR









NAMA : ___________________________________
KELAS : ___________________________________

ARAHAN :
1. Kertas soalaan ini mengandungi dua bahagian (Bahagian A
dan Bahagian B).
2. Sila jawab ke semua soalan.
3. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ialah 30
minit.

UJIAN PRA
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
55

Latih Tubi: Isikan tempat kosong

Twinkle, twinkle, little _______,
How I _________ what you are.
Up above the world so ______,
Like a __________ in the sky.
Twinkle, _________, liittle star,
How I wonder what you are!

When the blazing sun is gone,
When there's nothing he ________ upon,
Then you show your little ________,
Twinkle, twinkle, through the _______.
Twinkle, twinkle, little star,
How I _______ what you are!

In the dark blue sky so deep
Through my _______ often peep
For you never close your _______
Til the __________ sun does rise
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are

Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are








FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
56

Latih tubi: Sebutan lirik lagu dengan jelas.

TWIN KLE TWIN KLE LIT TLE STAR


HOW I WON DER WHAT YOU ARE


UP ABOVE THE WORLD SO HI HIGH


LI KE A DIA MOND IN THE SKY.


TWIN KLE TWIN KLE LIT TLE STAR


HOW I WON DER WHAT YOU ARE








FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122
57

BORANG SOAL SELIDIK

Nama : ________________________________ Kelas : ________________

Tandakan (/) berdasarkan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut:

1 = Sangat tidak setuju
2 = Tidak setuju
3 = Kurang setuju
4 = Setuju
5 = Sangat setuju

BIL 1 2 3 4 5
1 Saya berasa seronok selepas mengikuti
pelajaran hari ini

2 Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti
hari ini.

3 Saya berasa mudah untuk menghafal
Lirik lagu

4

Pengajaran guru membosankan.
5 Saya berasa teruja untuk menunggu
aktiviti yang akan diperkenalkan
seterusnya.

6 Saya berasa bersemangat untuk belajar
Muzik.

7 Saya sangat suka dengan kaedah
nyanyian yang digunakan.

8 Saya boleh menggunakan kaedah yang
guru perkenalkan pada hari ini untuk
lagu lain.

You might also like