You are on page 1of 4

1

Latihan Topik 1 SCE 3112 Nama:_JONG SHIAW HUI


1. (a) (i) Semasa melakukan eksperimen, seorang murid telah
memecahkan sebiji bikar. Dalam buku manakah guru patut
merekodkan insiden ini?
Buku Rekod Pecah atau borang Pesanan
(1 markah)
(ii) Berdasarkan insiden di atas, senaraikan 2 perkara yang
patut direkodkan dalam buku tersebut.
Tarikh kejadian, butiran alat/radas, bilangan bikar yang
pecah, murid yang terlibat dan nama guru mata pelajaran
berkenaan.
(2 markah)
(b) (i) Bilik sains menerima sumbangan langsir daripada individu
tertentu. Buku manakah patut direkodkan penerimaan langsir
ini?
Buku Stok Bekalan Pejabat.
(1 markah)
(ii) Apakah jenis belanjawan yang diperlukan untuk membeli
haiwan mainan bagi menyediakan sebuah zoo mini di bilik
sains? Bagaimanakah cara bayaran dibuat?
2

Anggaran perbelanjaan sesuatu tahun hendaklah dibuat
pada akhir tahun sebelumnya. Ketua Panitia Sains
hendaklah mempastikan kedudukan kewangan iaitu baki
terkini serta geran yang akan diterima pada tahun
tersebut. Bayaran ini dibuat melalui pembelian.
(2 markah)
(c) (i) Apakah perbezaan antara pelupusan dengan hapus kira?
Pelupusan ialah suatu proses dimana sesuatu aset/barang awam
yang secara fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi tidak
digunakan atau tidak diperlukan dan perlu dikeluarkan dari simpanan
dan dibatalkan rekodnya. Manakala hapus kira adalah suatu proses
dimana sesuatu aset atau barang awam telah hilang dan kelulusan
diperlukan dari pihak-pihak tertentu untuk membatalkan rekod atau
akaun di Kementerian/Jabatan.
(2 markah)
(ii) Berikan 4 sebab sesuatu harta modal itu boleh dihapus
kira?
Tidak menyediakan pelan pengurusan, tiada pendaftaran, tidak ada
penentuan spesifikasi perolehan dan tiada penyelenggaraan.
(2 markah)
3

(iii) Terangkan bagaimana untuk menghapus kira harta
modal bernilai RM 50 000.
Bagi menghapus kira harta modal bernilai RM 50 000,
pihak tertentu harus melaporkan kehilangan dengan serta
merta kepada Ketua Jabatan, Ketua Jabatan yang
berkenaan akan melaporkan segera kehilangan kepada
polis dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan yang
diketahui. Laporan Awal dibuat dalam masa 2 hari untuk
membuat penyiasatan dan tempoh 2 diberikan untuk
menangani laporan awal ini. Pegawai Pengawal bertugas
untuk meneliti Laporan Akhir
(3 markah)
(d) Kerana kecuaian, seorang Ketua Panitia Sains menyedari 10
buah mikroskop bernilai RM 1200 sebuah telah hilang dari
bilik sains sekolah. Setelah melaporkan kepada Guru Besar,
apakah tindakan yang harus diambil oleh Guru Besar?
Guru Besar melaporkan segera kepada polis dalam masa 24jam.
Guru Besar meminta Ketua Panitia Sains sediakan Laporan Awal
KEW.PA-28 dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh kehilangan dan
kemukakan kepada Pegawai Pengawal dan Perbendaharaan berserta
salinan Laporan Polis. Pegawai Pengawal melantik Jawatankuasa
Penyiasat dengan menggunakan format KEW.PA-29. Jawatankuasa
Penyiasat mengemukakan Laporan Akhir KEW.PA-30. Guru Besar
kemudian melantik Pengawai Aset sekolah untuk mencatat hapus
4

kira dan meluluskan hapus kira tersebut. Sijil Hapus Kira Aset Alih
Kerajaan KEW.PA-31 dikeluarkan, catatkan kelulusan Hapus Kira
pada Daftar Harta Modal/Inventori dan makluman kedudukan
tindakan surcaj/tatatertib. KPM memaklumkan kelulusan Hapus Kira
kepada Perbendaharaan dalam tempoh 1 bulan.
(5 markah)

(e) Apakah yang perlu dilakukan oleh Ketua Panitia Sains jika
Guru Besar mengarahkannya mengadakan Karnival Sains
selama 3 hari di sekolah?
Ketua Panitia mengadakan satu mesyuarat dengan guru-guru sains.
Pelantikan Jawatankuasa oleh ketua Panitia dilaksanakan. Ketua
Panitia membawa guru-guru sains membincang tentang butiran-
butiran seperti aktiviti Karnival Sains, pembelajaran Sains,
pelaksanaan dan agenda lain. Ketua penitia meminta Setiausaha
menyediakan kertas kerja apabila kertas kerja diluluskan oleh guru
besar, ketua panitia meminta setiap guru sains melaksanakan tugas
yang diagihkan dalam mesyuarat. Ketua Panitia memantau proses
pelaksanan karnival dari semasa ke semasa. Pada hari karnival,
ketua Panitia memastikan semua berjalan dengan lancar. Akhirnya,
satu post-moterm dilakukan oleh ketua panitia sains dengan guru-
guru sains untuk penambahbaikan pada masa akan datang.
(4 markah)

You might also like