You are on page 1of 5

s.k :- Hjh. Masnun bt.

Mat Daud ( Guru Besar )


- En. Abd. Azid b. Hussein
- Fail Panitia
SEKOLAH KEBANGSAAN KG SEPULAU,
16700 CHERANG RUKU PASIR PUTEH,
KELANTAN.
TEL: 09 7520043 No Fax : 09- 7520046
e-mail:skkgsepulau@gmail.com


Rujukan Kami : SKKS 700 2/4/1(03)
Tarikh : 29 Julai 2012
Kepada:
..
..

Tuan / Puan

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 3 / 2012
Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Tuan / Puan dengan ini dijemput ke mesyuarat di atas yang akan diadakan sebagaimana berikut :
Tarikh : 30 Julai 2012 ( Isnin )
Jam : 1.15 Petang
Tempat : BILIK GERAKAN SK KG. SEPULAU

3. Agenda Mesyuarat
3.1 Perutusan Pengerusi Mesyuarat
3.2 Perutusan Penolong Kanan Ko-Kurikulum
3.3 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
3.4 Perkara-Perkara Berbangkit
3.5 Post Mortem UBB 3
3.6 Perkongsian KSSR
3.7 Hal-hal lain

Semoga ianya dalam makluman tuan / puan
Sekian, terima kasih.

Berkhidmat Untuk Negara

Yang Benar,

.
( HJH. MASNUN BT. MAT DAUD )
Guru Besar SK Kg. Sepulau,
Cherang Ruku, Pasir Puteh,
Kelantan.

s.k :- Hjh. Masnun bt. Mat Daud ( Guru Besar )
- En. Abd. Azid b. Hussein
- Fail Panitia






SEKOLAH KEBANGSAAN KG. SEPULAU
16700, CHERANG RUKU,
PASIR PUTEH, KELANTAN.


LAPORAN MINIT MESYUARAT MATEMATIK KALI KETIGA 2012

Kawasan PPD : Pasir Puteh
Mesyuarat kali : Ketiga
Masa : 1:15 ptg
Tarikh : 30 Julai 2012
Tempat : Bilik Gerakan Sk. Kg. Sepulau

Kehadiran : Tidak Hadir

En. Isahak@Rosli bin Ismail En. Baharom bin Mat Ail
En. Razmi bin Abdul Hamid ( Kursus Ketua Pengawas UPSR )
En. Mohd. Zu bin Nawi
En. Mohd Fauzi bin Mohd Nor
Pn. Norizan bt. Jusoh
Pn. Rohana bt. Mat Som
Pn. Wan Norma bt. Wan Hamat
Pn. Wan Nurul Hanis bt Wan Ahmad
Pn. Anizan bt. Hj. Che Mat

PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN


Agenda 1
Ucapan Pengerusi

1.1 Memulakan majlis dengan bacaan surah al Fatihah
1.2 Mengalu-alukan kehadiran guru-guru matematik dan mengucapkan terima kasih di
atas kehadiran guru-guru matematik dan mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran guru.
1.3 Tujuan perjumpaan mengadakan postmotem selepas ujian UBB


s.k :- Hjh. Masnun bt. Mat Daud ( Guru Besar )
- En. Abd. Azid b. Hussein
- Fail Panitia
Agenda 2
Ucapan Penolong Kanan Ko-Kurikulum

2.1 Mengucapkan syukur kerana dapat mengadakan mesyuarat panitia kali ketiga dan
terima kasih atas kehadiran semua ahli.
2.2 Mengucapkan terima kasih kepada pengerusi panitia dan kepada semua guru
kerana memberi ruang untuk mengadakan perbincangan
2.3 Panitia matematik merupakan penanda aras UPSR untuk mencapai 100% lulus dan
juga mencapai kecemerlangan
2.4 Bincang dan rancang apa yang perlu dilakukan untuk mempertingkatkan UPSR.
2.5 Kerja berkumpulan lebih baik daripada kerja sendirian.
Tindakan
- Semua guru subjek matematik

Agenda 3
Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

3.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lepas.
3.2 Cadangan En Fauzi, minit mesyuarat di sahkan dan diterima.
3.3 Di sokong oleh Pn. Wan Nurul Hanis



Agenda 4
Perkara Berbangkit
4.1 Program Kuiz Matematik ditunda selepas peperiksaan
Tindakan
- Semua guru matematik


Agenda 5
Post Mortem UBB 3

5.1 Pengerusi membentangkan peratusan mata pelajaran matematik bagi setiap kelas
- 3B 5 orang pemulihan, 7 orang lulus
- 4B 8 orang lulus
- 5B 2 orang lulus
s.k :- Hjh. Masnun bt. Mat Daud ( Guru Besar )
- En. Abd. Azid b. Hussein
- Fail Panitia
5.2 Perlu adakan aktiviti untuk meningkatkan prestasi ini. Antara aktiviti yang boleh di
laksanakan ialah
Buat projek kem tahun 6 latih tubi soalan
Latih tubi berterusan untuk semua kelas sediakan soalan ke arah
peperiksaan, soalan sederhana untuk murid lemah, soalan pengayaanuntuk
murid cerdas.
Meriahkan suasana kelas dengan ABM.- minta bantuan En. Fauzi untuk
tahun 3
2 minggu sekali bawa murid ke makmal komputer
Buku kerja sentiasa di semak.

Agenda 6
Perkongsian KSSR

6.1 Bagi subjek matematik, pemberian band kepada murid tidak seperti subjek lain
iaitu mengikut urutan dari band 1 ke band 2 dan seterusnya.
6.2 Subjek matematik mengikut topik, contohnya tajuk operasi tambah, di tajuk ini
sudah ada band 4 iaitu soalan penyelesaian masalah, jika murid dapat menjawab
soalan tersebut, guru patut memberi murid tersebut band 4 dan begitulah untuk
seterusnya mengikut topik.
6.3 In-House Training untuk KSSR tahun 3 ditunda pada hari Ahad 5 Ogos.
Tindakan:
Guru KSSR Tahun 1 dan 2



Agenda 7
Hal-Hal Lain

7.1 Buat projek selepas UPSR untuk tahun 6 Buat sifir, guna cat di dinding ataupun
di tiang
7.2 Beli alat-alat bahan bantu belajar seperti penimbang, model jam, tali pengukur,
model wang, carta pecahan, bongkah 3D dan carta 2D.
7.3 Peningkatan A untuk kelas 5A dan 4A, guna buku teks dan beli buku untuk tahun 4
dan 5 sebagai tambahan koleksi rujukan untuk murid.
s.k :- Hjh. Masnun bt. Mat Daud ( Guru Besar )
- En. Abd. Azid b. Hussein
- Fail Panitia

Penutup

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen
semua.
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 ptg




Disediakan Oleh : Disahkan Oleh:




...
Pn.Anizan bt Hj. Che Mat En. Razmi b. Abd Hamid
Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
SK. Kg. Sepulau SK. Kg. Sepulau

You might also like