You are on page 1of 2

MINGGU 1: TEORI HURAIAN BAHASA

-Teori bahasa ialah pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang bahasa.
-Terdapat empat aliran pemikiran teori huraian bahasa, iaitu;
(a) Teori Tradisional (Panini)
Teori Tradisional oleh Panini (ahli tokoh fonetik India) menganggap bahawa bahasa ialah
ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk
membunyikan suara. Selain itu, ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan. Dalam
hubungan ini, semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Di
samping itu, semua penutur diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan kesilapan yang
dilakukan dianggap sebagai kesalahan.
(b) Teori Struktural (Bloomfield)
Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, de Saussure dan Otto Jespersen. Mereka
berpendapat bahawa bahasa ialah sistematis, mempunyai tatabahasa yang tersendiri, hidup
dan berubah. Mereka juga berpendapat bahawa perkaitan antara fonem sebagai unit
bahasa yang terkecil, dan unit tatabahasa dan ayat dapat dianalisis secara konstituen
terdekat. Dalam kajian nahu pula mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai sistem yang
mempunyai ciri peraturan, sistem, arbitari untuk perhubungan. Mereka menumpukan kajian
terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis. Golongan struktural juga berpendapat bahawa
huraian bahasa dilakukan secara induktif. Mereka juga berpendapat bahawa huraian
bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran.
(c) Teori Transformasi Generatif (Chomsky)
Teori yang dipelopori oleh Noam Chomsky ini bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan
kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif berkebolehan untuk membentuk dan
memahami pertuturan yang baharu. Daripada kebolehan ini, akan terbentuklah rumus-
rumus bahasa secara transformasi yang lengkap berdasarkan bahasa pertama terlebih
dahulu. Binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat antara elemen dan menggunakan
simbol atau rumus untuk menganalisis nahu. Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan
memahami stuktur luaran dan stuktur dalaman.
(d) Teori Fungsional (Halliday)

Halliday dan Wilkins mempelopori teori fungsional. Teori ini berkembang pada tahun 1960-
an dan 1970-an. Penteori ini mengkaji bahasa dari segi struktur dan fungsi bahasa sebagai
alat komunikasi. Di samping itu, mereka menganggap bahawa bahasa sebagai alat
pertuturan. Oleh hal yang demikian, dapatan mereka ini mementingkan aspek semantik.
Mereka bersetuju bahawa kewujudan variasi dalam penggunaan bahasa tidak boleh
dinafikan. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur. Golongan
ini beranggapan bahawa pengukuhan bahasa adalah secara verbal dan non-verbal. Aliran
dan golongan ini bukan sahaja mengkaji bahasa daripada segi struktur tetapi memberi
perhatian juga kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah
perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu
berkomunikasi.

You might also like