You are on page 1of 3

1.

Mengumumkan ketibaan Tn Haji Abu Bakar bin Othman,


Timbalan Pengarah Ipg Kampus Tuanku Bainun, Encik Khalil
bin Yusof Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Saudara Noor
Syamim bin Noor Yawaris, Mantap YDP Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014, Saudara Hariz bin Razak,
YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2014/2015 masuk
ke dewan.



2. Intan baiduri Intan permata
Salam sejahtera pembuka bicara

Yang BERBAHAGIA Tn Haji Abu Bakar bin Othman, Timbalan
Pengarah Ipg Kampus Tuanku Bainun, Encik Khalil bin Yusof
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pensyarah-pensyarah ipg ktb,
Saudara Noor Syamim bin Noor Yawaris, Mantap YDP
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014, Saudara
Hariz bin Razak, YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi
2014/2015 Dan para hadirin yang dikasihi sekalian.


Sirih junjung penyeri majlis,
Jasa Jpp kita raikan,
selamat datang tamu ke majlis,
majlis jamuan makan kita sajikan.

3. Dari Perlis puspa ku mohon,
Puspa dipilis buat azimat,
Tangan ditadah doa dipohon,
Semoga majlis mendapat berkat.

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita
memanjatkan doa ke hadrat Tuhan .Untuk itu majlis dengan

segala hormatnya mempersilakan ...........................................
untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakannya.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada
.................................. di atas bacaan doa tadi

4. Sebagai pembuka tirai bingkisan ucapan, majlis
mempersilakan NOOR SYAMIM BIN NOOR YAWARIS mantap
YDP JPP SESI 2013/2014 untuk memberikan sepatah kata.
Dipersilakan.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN



5. Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di atas peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan TN
HJ DAUD BIN MD SAMAN PENGARAH IPG KAMPUS TUANKU
BAINUN untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
menyampaikan CENDERAMATA kepada jpp sesi 2013/2014

Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan
tuan.

Majlis setulus hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada Yang berbahagia Tuan
Pengarah


6. Bila memandang kemuka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu,
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
cenderamat kepada para jawatankuasa perwakilan
pelajar 203/2014.

Bagi menyempurnakan acara penyampaian
cenderamata ini, majlis dengan segala hormatnya,
sekali lagi menjemput TN HJ DAUD BIN SAMAN
,Tuan Pengarah, dengan diiringi oleh Tn Hj Abu
Bakar bin Othaman Timbalan Pengarah untuk
menyampaikannya.

Majlis mempersilakan

7. Dimulakan dengan exco
8. Majlis mengucapkan terima kasih kepada, Tuan
Pengarah atas kesudian beliau menyempurnakan
upacara penyampaian cenderamata sebentar tadi.

9.
Jauh sudah kami melancong,

Singgah bertamu di tepi pekan,

Perut sudah mula keroncong,

Marilah berjamu kami sediakan.

Para tetamu dan pensyarah dijemput menikmati
jamuan yang disediakan.






Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian, sahaja daripada saya.

kalau ada sumur di ladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehlah kita berjumpa lagi.

You might also like