You are on page 1of 20

HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

1
1.0 Pengenalan
Bahasa adalah suatu yang sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia
berfungsi sebagai alat perhubungan,alat untuk menyatakan buah fikiran dan alat untuk
menjayakan aktiviti seharian. ( Nik Safiah Karim,1981:35)
Umumnya orang-orang Melayu menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan
dan percakapan mereka sehari-hari.Walaupun demikian,terdapat variasi bahasa yang
berbeza-beza menurut pemakai,atau terdapat bahasa yang digunakan dalam sesebuah
daerah tetapi berlainan dari segi bunyi,ejaan dan perbendaharaan kata. Ini disebut sebagai
dialek.Dialek pula ada pelbagai seperti dialek regional,dialek sosial dan dialek temporal.
Antara dialek yang menonjol dan biasa didengar di Semenanjung ini ialah dialek
Johor,dialek Kedah,dialek Perak,dialek Kelantan dan dialek Terengganu.
Menurut Khalid Muhammad Hussein, dialek itu didefinisikan sebagai :
Bahasa yang digunakan dalam sesebuah daerah tetapi berlainan dari segi
bunyi,ejaan dan perbendaharaan kata.Dialek digunakan oleh sekumpulan
manusia dalam daerah tertentu,seperti dialek Kelantan dan Negeri
Sembilan yang merupakan dialek yang amat berlainan.
(1974 : 124 )
Manakala Harimurti Kridalaksana pula mendifinisikan dialek sebagai:
Variasi bahasa yang berbeda-beda menurut pemakai,variasi bahasa yang
dipakai oleh kelompok bangsawan di tempat tertentu (dialek regional),
atau golongan tertentu dari kelompok bangsawan (dialek sosial), atau oleh
kelompok bahasawan yang hidup dalam waktu tertentu
( dialek temporal ).
(1983 : 34)
Tegasnya dapatlah dikatakan bahawa dialek itu adalah merupakan kelainan atau
variasi dari satu bahasa yang yang digunakan oleh sekumpulan penutur dalam suatu
masyarakat bahasa. Kumpulan itu boleh merupakan satu kumpulan sosial,atau daerah
atau zaman tertentu.Perbezaan-perbezaan itu mungkin merupakan dari segi
sebutan,tatabahasa,atau perbendaharaan kata.


HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

2
1.1 Peringkat dan Rantaian Dialek
Perubahan dalam bahasa berlaku secara beransur-ansur maka, munculnya sesuatu
bahasa itu adalah secara beransur-ansur dan tumbuhnya itu adalah melalui peringkat yang
dinamakan peringkat dialek.Peringkat dialek ini bukanlah peringkat yang merupakan satu
keseluruhan yang seragam,tetapi tediri dari berbagai-bagai peringkat lagi yang
dinamakan subperingkat. Peringkat dialek dan subperingkat dialek ini merupakan lilitan
satuan-satuan yang mempunyai bahagian-bahagian yang bertumpang tindih satu sama
lain.
Dekat renggangnya hubungan antara dialek itu tidak merupakan satu cirri yang
menetap hingga ke akhir zaman.Darjat persamaan antara dua dialek yang kawasannya
berjauhan boleh bertambah sekiranya terdapat hubungan yang baik yang diteruskan
antara penutur-penutur dari dua kawasan berkenaan dari segi kekeluargaan,perdagangan
dan sebagainya.Faktor pertembungan penutur dan peresapan dapat mempertahankan taraf
dialek-dialek itu sebagai dialek dari satu bahasa yang sama.Sebagai contoh dialek Kedah
dengan dialek Kelantan.Sungguhpun disela oleh kawasan-kawasan dialek Petani dan
dialek Perak,tetapi masing-masingnya mempertahankan taraf dialek dan saling
memperkukuh dan mempertambah persamaan dengan adanya pertembungan penutur
kedua-dua dialek tersebut.


1.2 Kawasan Dialek-Dialek Melayu dan Penutur-Penuturnya
Setiap penutur Bahasa Melayu bertutur dalam dialek atau kelainan bahasa yang
dinamakan kelainan asas iaitu tidak lain dari dialek pertama yang diperolehi dari
seseorang itu sejak dia mulai belajar bertutur.Sekitaran geografi adalah faktor penentu
bagi jenis dialek bagi seseorang penutur.Bagaimanapun ,di samping faktor tersebut ada
faktor penentu yang lain,iaitu faktor sekitaran pergaulan yang mana seseorang itu
mungkin memperolehi dialek asasnya yang berbeza dengan dialek yang dituturkan di
sekitaran geografinya.Sebagai contoh, kita dapati seseorang itu mempunyai dialek Kedah
sebagai dialek asas sedangkan dia lahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur atau di Petaling
Jaya. Dialek Kedah dan bukan dialek Selangor yang menjadi dialek asas penutur adalah
disebabkan oleh sekitaran kekeluargaan dan pergaulannya.
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

3
Pemerolehan dialek selain dari dialek asas boleh juga berlaku hasil dari
perkahwinan penutur-penutur dari kawasan-kawasan dialek yang berbeza. Ada beberapa
kemungkinan dari situasi yang seperti ini.Kemungkinan salah seorang daripada
pasangann kelamin itu akan mengambil- alih dialek kelamin yang lain.
Kemungkinan yang lain ialah masing-masing pihak mempertahankan dialeknya sendiri
dalam hubungan mereka antara satu sama lain. Keadaan yang mempertahankan dialek
masing masing ini tidak akan bertahan lama disebabkan keadaan serupa itu tidak sesuai
dengan tabiee manusia yang mencuba mengenalpasti dirinya dengan orang yang
berkongsi sesuatu dengannya.Dalam soal bahasa, pengenalpastian sebegini merupaka
sikap tolak ansur dalam menerima ciri-ciri bahasa orang lain.

1.3 Konsep dialek
Berdasarkan kajian Abdul Hamid Mahmood dalam karyanya yang bertajuk
Dialek Terengganu: satu tinjauan ringkas , memetik Ayatrohaedi, 1979:1 menyatakan
istilahdialek berasal daripada Yunani iaitudialektos yang pada mulanya digunakan dalam
hubungan dengan keadaan bahasa di tempat itu. Sementara di Yunani terdapatperbezaan-
perbezaan kecil di dalam bahasa yang digunakan oleh pendudukny amasing-masing,
tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkanmereka merasa
mempunyai bahasa yang berbeza.
Di samping itu Kamus Dewan ( 2005:348) mendefinisikan dialek sebagai satu
bentukbahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosialberbeza
daripada bahasa standard, loghat, pelat negeri dan lain-lain.
Seterusnya Nik Safiah Karim ( 1993:27) menerusiMonograf Simposium Dialek
mentakrifkan dialek sebagai variasi bahasa yang dibezakan mengikut penggunanya.Tiap-
tiap dialek dialek mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membezakannya dengandialek-
dialek yang lain.Sementara J.K. Chamber (1990:3) berpendapat dialek ialah satu bentuk
bahasayang substandard, berstatus rendah dan bersifat kedesaan, rata-rata ia
dikaitkandengan masyarakat tani, kelas pekerja atau golongan-golongan lain yang tidak
bertaraf tinggi. Beliau juga mengaitkan dialek dengan bentuk-bentuk bahasa yangyang
dituturkan oleh penduduk yang tidak mempunyai bentuk tulisan. Manakala Kamaruddin (
1997:4) pula menerangkan dialek bagi sesuatu bahasa itudapat dibahagikan kepada dua
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

4
iaitu dialek daerah dan dialek sosial. Dialek daerah adalah antara satu kawasan dengan
satu kawasan yang lain terdapat perbezaan dari segi dialek pertuturannya. Perbezaan
dialek dalam pertuturan akan ketara padasuatu kawasan yang luas. Namun begitu dialek-
dialek yang berhampiran akan mempunyaibanyak persamaan berbanding yang terletak
berjauhan. Sering kali berlakuperbezaan yang sangat banyak dan menyebabkan para
penutur sukar untuk memahami dialek yang dituturkan antara satu sama lain.
Dialek berbeza daripada bahasa standard, loghat atau pelat daerah (Kamus
Dewan, 2004: 302). Walaupun kita berteduh di dalam bumbung yang sama iaitu
Malaysia, namun wujud beberapa dialek seperti dialek Kelantan dan dialek Kedah
(Asmah, 1993: 114). Variasi atau kelainan bahasa ini merupakan cabang daripada bahasa
Melayu, misalnya Sabah mempunyai variasi bahasanya sendiri dan orang kampung di
kawasan pedalaman juga mempunyai variasinya sendiri.
Menurut Lyons, komuniti bahasa boleh wujud apabila semua orang dapat
menggunakan satu bahasa atau dialek yang sama dalam sesebuah kawasan (Kamarudin
dan Siti Hajar, 1997: 2). Dialek daerah dan dialek sosial adalah variasi daripada satu
bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat
atau dipanggil komunikasi bahasa (Kamarudin dan Siti Hajar, 1997: 5). Kedua-duanya
wujud disebabkan oleh keadaan geografi, persekitaran, pergaulan dan faktor politik, taraf
pendidikan, kedudukan sosial, cara penyampaian, sikap penutur, gangguan latar belakang
serta tempat.
Dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan
kepada lima kawasan utama iaitu kelompok barat daya yang terdiri daripada kelompok
Kedah, Perlis, Pulau Pinang yang meliputi Perak Utara, sementara kelompok Timur Laut
diwakili oleh dialek Kelantan, seterusnya kelompok Timur yang meliputi Terenggganu,
selanjutnya kelompok Selatan yang meliputi dialek yang dituturkan di Johor, Melaka,
Pahang, Selangor dan Perak Selatan dan akhirnya kelompok yang mewakili dialek Negeri
Sembilan. ( Asmah Hj Omar, 1991 :31).
Norazila ( 1986: 129 ), menjelaskan bahawa sesuatu bahasa atau dialek berbeza
daripada bahasa atau dialek lain akibat daripada pengaruh alam dan persekitaran yang
berlainan. Menurut beliau lagi perbezaan ini boleh dilihat menerusi sistem bunyi dan
leksikal. Abdul Hamid Mahmood (1990:217), memetik Mario Pei mentakrifkan dialek
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

5
sebagai variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur
dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan
dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk bahasa baku, baik dari segi
sebutan, tatabahasa ataupun penggunaan kata-kata tertentu. Kelainan tersebut tidaklah
begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.


2.0 Dialek Sosial
Dialek sosial disebut juga sebagai register atau laras bahasa, iaitu variasi bahasa yang
berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan. Laras bahasa merupakan variasi-variasi
yang dipilih untuk digunakan dalam situasi tertentu dalam kehidupan sehari-hari.
Terdapat beberapa faktor-faktor yang menetukan pemilihan dan penggunaan sesuatu
dialek sosial. antara faktor itu ialah:
1. Taraf pendidikan
2. Kedudukan sosial
3. Cara penyampaian
4. Sikap penutur
5. Gangguan
6. Latar belakang keluarga dan tempat tinggal
7. Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa
8. Hubungan sosial dan peribadi
9. Bahasa yang diperkatakan
10. Aspek-aspek linguistik

2.1 Faktor Kewujudan Dialek Sosial
Dialek sosial turut dipengaruhi faktor persekitaran pergaulan. Seseorang itu
mungkin memperolehi asas yang berbeza dengan dialek pertuturan di persekitaran
geografinya kerana ditentukan oleh pergaulannya saja. Sebagai contoh, kita dapati
seseorang itu menuturkan dialek Kedah dan bukan dialek Selangor yang menjadi dialek
asas penutur itu disebabkan oleh persekitaran kekeluargaan dan pergaulannya. Ahli
keluarga di rumahnya secara terus-menerus menggunakan dialek Kedah dalam kehidupan
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

6
mereka sehari-hari. Begitu juga dalam pergaulan mereka dengan ahli-ahli keluarga lain
yang tinggal di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Menurut Profesor Emeritus Abdullah Hassan, beliau merumuskan dialek sosial
berubah bukan sahaja menurut daerah geografi tetapi juga melalui perbezaan golongan
sosial. Perbezaan golongan sosial ini juga dikatakan sebagai perbezaan standard taraf
hidup antara manusia seperti golongan raja, pemerintah dan golongan bawahan.
Dalam hal yang lain juga, dialek sosial juga dipengaruhi perbezaan pendidikan.
Pendidikan juga sangat memainkan peranan yang penting bagi menentukan taraf
kehidupan sosial seseorang dalam kalangan masyarakat setempat. Selain itu, perbezaan
pekerjaan dan profesion turut diserap dan dikenali sebagai sebahagian daripada dialek
sosial. Hal ini demikian kerana setiap profesion dan bidang kerjaya mempunyai
perbezaan struktur dan taraf sosial yang tersendiri. Alibinya, profesion guru mempunyai
taraf sosial yang tersendiri berbanding kerjaya-kerjaya yang lain.
Faktor taraf pendidikan yang berbeza. Orang yang mempunyai pendidikan yang
tinggi menggunakan laras bahasa yang berbeza daripada orang-orang yang tidak
berpendidikan atau hanya mempunyai taraf pendidikan yang rendah. Pertuturan dan
perbendaharaan kata antara kedua-dua golongan ini juga mempunyai perbezaan.
Selain itu, faktor kedudukan sosial turut mempengaruhi berlakunya dialek sosial
dalam kalangan masyarakat. Dalam bahasa Melayu, kawasan tempat tinggal tidaklah
menjadi faktor pembeza yang besar dalam membahagikan penutur-penutur kepada kelas-
kelas sosial yang tertentu. Pada amnya, bahasa Melayu terbahagi kepada dua kelas sosial,
iaitu bahasa istana atau bahasa dalam dan bahasa luar istana. Perbezaan yang nyata antara
kedua-dua laras bahasa ini hanyalah dari segi perbendaharaan kata sementara aspek
morfologi, sintaksis dan fonologinya tidak banyak perbezaan.
Faktor latar belakang keluarga dan tempat tinggal juga menyebabkan terjadinya
dialek sosial dalam masyarakat. Cara pertuturan seseorang yang datang dari keluarga
yang berkedudukan tinggi adalah berbeza daripada cara pertuturan orang yang datang
dari keluarga yang kurang mampu. Begitu juga halnya dengan orang yang datang dari
kawasan tempat tinggal berlainan. Misalnya, laras bahasa yang digunakan oleh
seseorang yang latar tempat tinggalnya di bandar dengan laras bahasa yang digunakan
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

7
oleh penutur yang tinggal di desa. Perbezaan itu amat ketara dari segi perbendaharaan
kata.
Gangguan dalam berbahasa juga merupakan faktor terjadinya dialek sosial.
Gangguan berbahasa yang dimaksudkan ialah gangguan bahasa ibunda dan dialek daerah.
Laras bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang Cina berbeza dengan laras bahasa yang
dituturkan oleh orang India. Melalui laras bahasa yang digunakan oleh seseorang itu, kita
dapat meneka dan mengagak bahasa ibunda yang dikuasai olehnya. Begitu juga halnya
dengan laras bahasa standard yang diucapkan oleh orang Perak adalah berbeza dengan
laras bahasa standard yang diucapkan oleh orang Johor. Dengan ini, kita dapat
mengetahui dialek daerah yang dikuasai oelh seseorang itu.
Sementelahan, fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa turut menjadi de factor
kepada dialek sosial. Terdapat beberapa aspek dalam fungsi-fungsi sosial perlakuan
bahasa. Perlakuan-perlakuan bahasa diperlukan kerana bahasa ialah sebahagian dariapda
perlakuan sosial, misalnya bahasa untuk menghasilkan sesuatu maksud atau perasaan,
memberi arahan, meminta dan sebagainya. Dalam tiap-tiap situasi sosial, terdapat
penggunaan bahasa yang berlainan, dihasilkan oleh interaksi seperti perbualan, orang-
orang yang terlibat dalam perbualan serta peranan terhadap situasi-situasi dalam
masyarakat.
Akhir sekali, dialek sosial juga dipengaruhi faktor aspek-aspek linguistik bahasa
tersebut. Ciri-ciri linguistik dapat dilihat daripada beberapa dimensi. Pada satu pihak ciri-
ciri linguistik berkait rapat dengan faktor-faktor sosial. Pada pihak yang lain pula ialah
sifat-sifat bahasa itu sendiri membawa perubahan yang antara lain mencakupi aspek-
aspek kehadiran atau ketidakhadiran sesuatu ciri, keseringan kehadiran dan susunan-
susunan struktur tertentu. Pada amnya, terdapat dua perkara yang membezakan laras-laras
yang berkait dengan linguistik, iaitu tatabahasa dan perbendaharaan kata. Walau
bagaimanapun, perbezaan antara laras bahasa itu tidaklah terlalu jauh hingga boleh
menimbulkan katidakfahaman antara penuturnya. Unsur faham-memahami masih kuat
dan kukuh kecuali dari segi pengunaan istilah-istilah dan perkataan-perkataan tertentu
yang mempunyai pengertian yang khusus.
3.0 Cabaran Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

8
Terdapat beberapa cabaran utama dalam memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia.
Cabaran ini adalah seperti cabaran daripada kerajaan, bidang pendidikan, kemajuan
teknologi maklumat, persepsi masyarakat terhadap bahasa Melayu dan cabaran daripada
penggunaan bahasa Melayu.

3.1Cabaran daripada badan-badan kerajaan
Cabaran daripada badan kerajaan dapat dilihat menerusi sikap sambil lewa mereka yang
dalam memartabatkan bahasa Melayu.
Sikap sambil lewa Badan-badan dan kementerian tertentu menjadi penghalang
bagi usaha memartabatkan bahasa Melayu di negara ini. Badan-badan yang dilantik
kerajaan dilihat lebih berminat menggunakan bahasa Inggeris dalam nama program-
programnya dan dalam singkatannya. Sebagai contohnya adalah Program Transformasi
Kerajaan yang menggunakan Government Transformation Programme (GTP) sebagai
singkatannya dan begitu juga dengan Program Transformasi Ekonomi yang
menggunakan Economi Transformation Plan (ETP) serta Pusat Transformasi Luar
Bandar yang menggunakan Rural Transformation Center (RTC). Perlu kita sedari
bahawa hal ini berkaitan dengan jati diri, identiti bangsa dan berkait langsung dengan
bahasa Melayu itu sendiri. Jika dahulu kita sibuk menyokong hasrat menyatukan seluruh
penduduk dengan bahasa Melayu, mengapa perlu bahasa ini diketepikan dalam nama-
nama program yang baik? Sepatutnya singkatan dalam bahasa Melayulah yang perlu
diutamakan. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan sering mengeluarkan kenyataan
tentang usaha memartabatkan bahasa Melayu tetapi kenyataan itu tidak disokong oleh
tindakan mereka yang menggunakan akronim menurut bahasa Inggeris. Ini telah
menjejaskan kewibawaan kerajaan sebagai pelindung bahasa kebangsaan. Tidak salah
dan tidak dikatakan mundur jika kita menggunakan singkatan PTK bagi Program
Transformasi Kerajaan dan PTLB bagi Pusat Transformasi Luar Bandar. Perlu ditegaskan
di sini bahawa pelbagai perancangan kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu tidak
akan dikagumi rakyat sekiranya tindakan kerajaan sendiri tidak menyokong hasrat itu.
Perlu ditekankan di sini bahawa kerajaan seharusnya memupuk masyarakat dalam
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

9
memartabatkan bahasa Melayu di negara ini dan bukannya hanya pandai berkata-kata
tetapi tidak bertindak seperti yang mereka perkatakan.
3.2 Cabaran Daripada Bidang Pendidikan
Cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu adalah sangat jelas sekali jika kita lihat
dari aspek bidang pendidikan di negara ini. Cabaran-cabaran ini adalah seperti pengajaran
dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah dan penggunaan
bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam pengajian di Institusi Pengajian Tinggi, IPT.
3.3 Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di
sekolah
Kamal Shukri Abdullah Sani (2007) menyatakan bahawa Jepun tidak berganjak daripada
menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi
dalam semua bidang mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat
menengah dan bukan di peringkat rendah. Peluang mempelajari bahasa lain seperti
Jerman, Sepanyol, Portugis, Rusia, Mandarin dan lain-lain turut disediakan sama ada di
institusi pendidikan, rancangan televisyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun bahasa
Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi martabat dan maruahnya. Kemuncak kepada
keraguan kepada bahasa Melayu yang menjadi cabaran dalam memartabatkan bahasa
Melayu di negara ini direalisasikan dengan terlaksananya sistem Pengajaran dan
Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dasar ini dilaksanakan
pada 2003 yang mana ini adalah peristiwa yang cukup menggurit hati para pejuang
bahasa Melayu. Pelaksanaan PPSMI adalah hasil daripada polemik-polemik yang sekian
lama membelenggu yang mana perasaan ketidakyakinan fungsi bahasa Melayu sebagai
bahasa keilmuan dan bahasa sains teknologi tercerna melalui pelaksanaan PPSMI.
Pelaksanaan dasar ini telah merendahkan martabat bahasa Melayu pada waktu itu. Bahasa
Inggeris sekali lagi diangkat lebih tinggi daripada bahasa Melayu dan yang menyedihkan
dasar ini digubal dan dilaksanakan oleh Orang Melayu yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pertuturan sehari-hari yang lebih faham kepada bahasa Melayu
itu sendiri dan turut diterima oleh orang-orang Melayu. Bagaimana bahasa Melayu dapat
dimartabatkan sekiranya bahasa asing diangkat lebih tinggi oleh orang Melayu itu
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

10
sendiri? Dasar ini menyebabkan bahasa Melayu semakin dianggap hilang seri dan
kekuatannya sebagai bahasa yang boleh berdaya saing di negara ini. Walaupun pada
tahun 2010 Tan Sri Muhyiddin Yasin,Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan
bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran sains dan matematik akan diajar dalam bahasa
Melayu semula dan kini mata pelajaran tersebut telah pun diajar semula dalam bahasa
Melayu namun peristiwa pelaksanaan PPSMI itu telah pun merendahkan martabat bahasa
Melayu di negara ini.
3.4 Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Utama Dalam Pengajian Di
Institusi Pengajian Tinggi, IPT
Setelah 56 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dan setelah 34 tahun pelaksanaan
dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, Akta Pendidikan 1996 dan
akta IPTS 1996 yang diluluskan memberi cabaran yang besar kepada bahasa Melayu.
Semua IPTS dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Sehubungan itu, pengiktirafan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) sebagai
sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan dibuat melalui Seksyen 16 Akta
1996.Oleh sebab IPTS merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Kebangsaan
maka IPTS mempunyai pilihan dalam hal penggunaan bahasa pengantar sama ada untuk
mengikut amalan sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan atau memohon
pengecualian mengikut Seksyen 17 Akta IPTS berkenaan. Dengan perkataan lain IPTS
mempunyai kebebasan seluas-luasnya dalam menentukan penggunaan bahasa pengantar.
Kelonggaran inilah yang merendahkan martabat Bahasa Melayu sekaligus melemahkan
pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan kebangsaan. Bukan hanya IPTS
malah IPTA, Institusi Pengajian Tinggi Awam, pada tahun 2011 mercu gading tersohor
di Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM), dalam hasrat Naib Canselor ketika itu yang
mahu melihat UM sebagai universiti yang diiktiraf dunia, penggunaan bahasa Inggeris
diutamakan dalam pengajian di universiti ini. Ini sekaligus telah merendahkan martabat
bahasa Melayu yang sepatutnya menjadi bahasa yang lebih di utamakan. Bukan itu
sahaja, di Universiti Teknologi Mara, UITM, terkenal dengan pelajarnya yang
melahirkan banyak graduan yang fasih berbahasa Inggeris kerana subjek-subjek utama
yang diajar dalam bahasa Inggeris. IPTA yang tidak kurang hebatnya kerana telah ramai
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

11
melahirkan graduan dalam bidang teknikal iaitu politeknik juga telah mengikut langkah
IPTA lain yang mana telah mengutamakan bahasa Inggeris untuk subjek-subjek
utamanya. IPTA ini telah mengalami transformasi yang besar. Subjek-subjeknya yang
sebelum ini diajar dalam bahasa Melayu telah diajar dalam bahasa Inggeris. Bukan
setakat itu sahaja, kod dan nama setiap subjek juga telah diubah sepenuhnya kepada
bahasa Inggeris. Contohnya subjek-subjek utama dalam bidang mekanikal seperti lukisan
kejuruteraan yang kini adalah Mechanical Drawing, Kaji daya bahan yang kini adalah
Mechanic of material, dan subjek-subjek yang lain. Bukan hanya nama dan
pembelajaran dalam bahasa Inggeris tetapi buku dan modul yang dikeluarkan dan
mahupun yang digunakan juga dalam bahasa Inggeris. Transformasi ini dibuat demi
menaikkan taraf pendidikan IPTA ini. Persoalannya adakah tidak cukup untuk belajar
subjek bahasa Inggeris yang sememangnya telah disediakan oleh IPTA ini? Dan kenapa
perlu setiap subjek diajarkan dalam bahasa Inggeris sedangkan pelajar lebih
memahaminya jika diajarkan dalam bahasa yang mereka biasa gunakan? Ini jelas
menunjukkan bahawa bahasa Melayu semakin rendah lagi martabatnya di negara ini
apabila bahasa asing yang lebih diutamakan.
3.5 Cabaran Daripada Kemajuan Teknologi Maklumat
Dunia kini, bidang teknologi maklumat amat penting. Malaysia turut menerima impak
yang besar daripada kemajuan teknologi maklumat ini. Cabaran kepada memartabatkan
bahasa Melayu di zaman kemajuan teknologi maklumat kini adalah bahasa teknologi
maklumat.
Kita sedia maklum, bahasa Inggeris merupakan bahasa dominan bagi bahasa teknologi
maklumat. Oleh yang demikian , penekanan terhadap teknologi maklumat pada era
globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin
penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat di Malaysia. Dalam pada itu,
masyarakat di Malaysia terpaksa lebih mementingkan bahasa Inggeris dek kerana bahasa
teknologi maklumat adalah bahasa Inggeris. Era teknologi maklumat telah menunjukkan
bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat. Ini
sekaligus menjadi Cabaran kepada bahasa Melayu sama ada bahasa Melayu boleh
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

12
dijadikan bahasa teknologi maklumat di Malaysia menggantikan bahasa teknologi
maklumat yang sedia ada iaitu bahasa Inggeris. Ini menduga keupayaan bahasa Melayu
sebagai bahasa yang boleh berdaya saing dengan bahasa teknologi maklumat yang sedia
ada.
3.6 Cabaran Daripada Persepsi Masyarakat Terhadap Bahasa Melayu
Jika dilihat daripada persepsi masyarakat terhadap bahasa Melayu, cabaran yang di
hadapi oleh bahasa Melayu adalah sikap masyarakat memandang rendah dengan
kebolehan bahasa Melayu.
Persepsi masyarakat yang melihat bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak maju dan
tidak berdaya saing ini memberi cabaran hebat dalam memartabatkan bahasa Melayu di
negara ini. Mereka sentiasa memandang enteng kepentingan bahasa ini dan lebih
cenderung untuk menghormati penggunaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris sebagai
penanda aras kehebatan sesebuah negara. Malah mereka malu sekiranya tidak fasih dalam
berbahasa Inggeris tetapi tidak pula malu apabila bahasa mereka sendiri iaitu bahas
Melayu semakin rendah martabatnya. Memang tidak dinafikan bahasa Inggeris yang
merupakan bahasa antarabangsa penting dan banyak kebaikannya terutama dalam hal
komunikasi dan perhubungan luar serta pendidikan tinggi. Akan tetapi jika kita
melihatnya dalam konteks dalam negara, bahasa Melayu ternyata mempunyai
kepentingan yang lebih tinggi memandangkan ia adalah bahasa rasmi negara dan
penggunaannya sentiasa diutamakan. Mana-mana pihak yang fasih berbahasa asing tetapi
tidak arif berbahasa Melayu sepatutnya lebih berasa malu dengan keadaan diri mereka
kerana bahasa Melayu merupakan identiti penting bagi seorang warganegara Malaysia
sebagaimana yang sering kita katakan sebagai bahasa jiwa bangsa tetapi kini ramai dalam
kalangan penutur bahasa Melayu sendiri tidak mahu bertutur di dalam bahasa Melayu dan
lebih bangga pula apabila bertutur di dalam bahasa Inggeris, walaupun bahasa Inggeris
yang dituturkan itu tidak sebaik yang diharapkan. Situasi menggunakan bahasa Inggeris
ketika berkomunikasi ini sudah sebati di dalam kalangan penutur bahasa Melayu itu
sendiri. Tidak hairan jika di dalam sesuatu majlis jika terdapat walau hanya seorang
warga asing kita sanggup menukar ucapan kita daripada bahasa Melayu kepada bahasa
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

13
Inggeris, walhal lingkungan tetamu majlis tersebut majoritinya memahami bahasa
Melayu. Persoalannya, di manakah ketegasan kita dalam berbahasa? Tiadanya sifat kasih,
ambil kisah dan prihatin dengan bahasa Melayu adalah sikap yang harus dikikis dalam
jiwa dalam setiap masyarakat. Menurut Ibnu Khaldun (1332-1406), sarjana sosiologi dan
falsafah Islam pernah menyatakan bahawa bangsa yang pernah ditakluki oleh sebuah
kuasa lain lazimnya terus menjadi kagum terhadap penakluknya. Oleh sebab itu, mereka
gemar meniru pakaian, simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang menakluki
mereka. Mereka menyangka bangsa yang mengalahkan mereka ialah bangsa yang agung.
Akibatnya mereka tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor
yang biasa sahaja. Oleh sebab itu, kita tidak berasa hairan apabila ada dalam kalangan
kita yang terus mengagumi kuasa Inggeris. Mereka terus terkesima dan bangga dengan
bahasa Inggeris. Mereka tidak dapat melihat kejayaan bahasa Melayu iaitu bahasa mereka
sendiri dalam mendidik rakyat kerana minda mereka sudah terjajah oleh Inggeris. Bagi
mereka, bahasa Inggeris dapat digunakan untuk menjayakan segala-galanya. Minda
sudah lama terjajah. Itulah yang membelenggu masyarakat kita hari ini.
3.7 Cabaran Daripada Penggunaan Bahasa Melayu
Beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan dengan penggunaan bahasa
Melayu. Antaranya ialah pengaruh media elektronik dan kerancuan bahasa Melayu
daripada golongan remaja.

3.8 Pengaruh Media Elektronik.
Pengaruh media elektronik dapat kita lihat menerusi kaca televisyen dan radio, pengacara
majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah
menjadi kewajipan untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan
sesuatu program atau rancangan, pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan
penontonnya majoritinya berbangsa Melayu. Memang tidak dapat dinafikan, rakyat di
negara ini kebanyakannya mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris. Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Menurut Nik
Safiah Karim (2004), ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli, iaitu satu ayat dalam satu
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

14
bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Sebagai contoh ialah Saya mengambil
keputusan untuk pergi, then I thought I should consult my father. Begitulah dengan
penggunaan perkataan yang lain iaitu Dalam hal ini you paling best. How are you
today? Harap OKlah. Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan atau
program televisyen kini. Inilah yang menjatuhkan lagi martabat bahasa Melayu di negara
ini. Bahasa yang indah dirosakkan dek percampuran bahasa yang tidak sepatutnya
berlaku.
3.9 Kerancuan bahasa Melayu oleh golongan remaja.
Selain itu, melihat dari perspektif golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu
mereka cukup membahayakan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini
disebabkan kecanggihan teknologi masa kini iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk
menghantar mesej kepada rakan-rakan, mereka menggunakan bahasa rojak dan
berlakulah kerancuan bahasa. Menurut Prof Dr. Hashim Hj. Musa (2009), kerancuan
bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi
sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya, yang mengakibatkan
kekacauan dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan,
kosa kata dan istilah. Di sini , terdapat beberapa perkataan yang sering disalahgunakan
semasa menghantar mesej. Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), akum
(assalamualaikum), wlam (waalaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan
persal (mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata ganti nama seperti sayer
(saya), aq (aku), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah
suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana). Kerancuan bahasa
Melayu ini merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan keteraturan, kehalusan dan
keintelektualan bahasa Melayu, kerana menjejas sistem dan peraturannya yang
menyebabkan kecelaruan dalam penggunaan bahasa Melayu. Hal ini akan merosakkan
martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan
dan bahasa ilmu tinggi, yang akhirnya akan menurunkan maruah serta martabatnya dan
disisihkan sedikit demi sedikit oleh pengguna bahasanya.


HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

15

USAHA-USAHA MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri, iaitu bahasa Malaysia.
Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca lebih 600 tahun
lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pertengahan kurun ke-16.
Sejak tahun 1955, bahasa Malaysia telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan negara
dan telah menjadi bahasa rasmi sejak merdeka. Pada tahun 1967, sepuluh tahun selepas
merdeka, bahasa Malaysia menjadi bahasa kebangsaan bahasa rasmi yang termaktub
dalam Perlembagaan Negara, iaitu Perkara 152. Krisis baharu yang melanda bahasa
Malaysia ialah rakyat negara ini semakin meminggirkan bahasa Malaysia yang
merupakan bahasa kebangsaan.

Krisis ini berpunca daripada tanggapan yang salah oleh masyarakat tentang kemampuan
bahasa Malaysia sebagai bahasa kemajuan negara ini. Faktor kedua berpunca daripada
sikap orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku demikian kerana orang Melayu yang
berkuasa telah meminggirkan bahasa Malaysia daripada rancangan pembangunan.
Mereka tidak mahu menyokong rancangan pembinaan kepustakaan bahasa Malaysia. Jika
keadaan ini dibiarkan berterusan, janganlah terkejut jika negara kita terus tertinggal
dalam arus kemajuan, muflis dalam bidang ilmu, teknologi, dan budaya serta akhirnya
terkubur di negara sendiri. Rata-rata, ibu bapa mendidik anaknya bertutur dalam bahasa
Inggeris, kononnya jika tidak menguasai bahasa asing itu, mereka sukar mendapat
pekerjaan.

Dalam dunia korporat, orang-orang Melayu sendiri malu untuk bertutur dalam bahasa
Malaysia dengan bangsanya sendiri, kononnya takut dikatakan kolot, ketinggalan zaman,
tidak bertamadun atau tertinggal dalam arus teknologi moden. Bangsa kita tidak terdesak
untuk mencipta ilmu dan teknologi baharu kerana ilmu itu dapat diperoleh dan dibeli dari
dunia lain sama ada dari barat atau timur sehingga bahasa Malaysia menjadi peniru atau
pengguna. Kita janganlah menuding jari kepada sesiapa jika bahasa Malaysia
dipinggirkan kerana kita sendiri yang enggan atau malu untuk menjadikan bahasa
Malaysia sebagai bahasa sains dan teknologi, bahasa pencipta ilmu dan budaya atau
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

16
bahasa bertamadun tinggi. Masyarakat kita sendiri lebih mementingkan bahasa Inggeris
sebagai alat kemajuan, malah dalam perbualan seharian sesama sendiri, kita lebih
berminat menggunakan bahasa Inggeris walaupun penguasaan bahasa Inggeris kita
tidaklah sebaik mana.

Selain itu, dasar penswastaan yang tidak terhad semakin menyingkirkan kedudukan
bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di institusi-institusi pengajian tinggi. Pelajar-
pelajar di sekolah menerima pendidikan bahasa Malaysia selama tiga belas tahun. Selepas
itu, mereka meninggalkan bahasa itu selepas tamat persekolahan untuk melanjutkan
pelajaran mereka ke kolej swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar dalam pengajiannya.

Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan
badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan
usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Malaysia telah digunakan
dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi,
ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-
buku pengistilahan dan glosari dalam bahasa Malaysia yang mencakupi pelbagai bidang
tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang digunakan diambil daripada bahasa
Inggeris. Usaha ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Hal ini sekali gus
dapat membantu program pendidikan di pusat pengajian tinggi.

Di samping itu, seluruh pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka mesti menggunakan bahasa
kebangsaan dengan betul dalam semua ucapan rasmi seperti ucapan dalam majlis
perasmian, mesyuarat atau perhimpunan. Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah juga
menjadi monitor dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasa
kebangsaan di seluruh negara, contohnya dalam projek Sukan Komanwel dan Koridor
Raya Multimedia. Dalam konteks ini, Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah sentiasa
menasihat, menegur, dan membimbing pemimpin kerajaan, swasta, media cetak, atau
media elektronik supaya menggunakan bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

17
rasmi.

Selain itu, peranan media massa juga tidak harus diperkecil. Media massa mempunyai
tanggungjawab sosial untuk memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia. Pujian
dan sanjungan haruslah diberikan kepada stesen penyiaran TV3 kerana masih terus
menggunakan bahasa Malaysia dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan stesen
penyiaran yang mula-mula menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan
begitu juga harapan kita kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah memulakan
penyebutan baku bagi istilah asing, namun usaha itu masih belum boleh dibanggakan.
Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat bersama-sama
memartabatkan bahasa Malaysia di negara kita.

Di samping itu, mahasiswa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang
proaktif untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa
perlu bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang
ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau
mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan
menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan
kebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa
Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa
selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut
diberikan pujian. Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat
mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Malaysia
dalam kalangan generasi masa ini.

Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk
memartabatkan bahasa Malaysia serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Malaysia.
Golongan pendidik hari ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa
Malaysia dalam kalangan masyarakat. Peranan pendidik bahasa adalah penting kerana
mereka juga bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain. Peranan para
pendidik lebih penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia kerana dalam kurikulum
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

18
pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya
menggunakan bahasa Malaysia yang baik dan membanggakan. Selain itu, dalam konteks
sikap yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu diterapkan melalui
pendidikan bahasa.


Sehubungan dengan itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Malaysia
amatlah dialu-alukan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak
kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk masing-
masing. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang
merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasa ekonomi, sains, dan
teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan sesuatu produk haruslah
menggunakan kata-kata bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi. Dengan
cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja
di negara kita malah di pentas dunia.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, orang Malaysia sendiri mesti membetulkan
kelakuan, sikap, tanggapan, dan semangat mereka terhadap bahasa Malaysia. Jika tidak
siapakah lagi yang akan bertanggungjawab memperjuangkan dan mendaulatkan bahasa
Malaysia yang menjadi bahasa kebangsaan? Beliau juga mengesyorkan satu pertemuan
raksasa antara orang-orang Malaysia yang terdiri daripada pemimpin politik,
cendekiawan, ahli perniagaan, dan sebagainya perlu diadakan untuk membincangkan
segala masalah yang mengancam bahasa Malaysia hari ini. Sebenarnya, isu bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan samalah seperti nasib sosial dan budaya kebanyakan
orang Malaysia. Oleh hal yang demikian, orang-orang Malaysia haruslah bangun menjadi
penegak bahasa Malaysia; bahasa yang menjadi tonggak bangsa.

Kesimpulannya, daripada perbincangan di atas, langkah-langkah yang konkrit dan
pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini dikatakan
demikian kerana bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu
disedari dan diakui oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa ini tidak dapat
HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

19
dipertikaikan lagi, sebaliknya setiap individu haruslah memanfaatkan masa mereka untuk
mempelajari dan menguasai bahasa Malaysia dengan baik. Cara itulah yang terbaik untuk
memartabatkan bahasa Malaysia yang ternyata memberikan faedah yang besar kepada
perpaduan rakyat dan teknologi Malaysia. Jika tidak, generasi yang akan datang akan
ketinggalan dan dijajah oleh kuasa-kuasa Barat yang menggunakan bahasa asing.
Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa.
Kesimpulan
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita. Kita seharusnya peka akan setiap
halangan dan cabaran yang telah menduga kehebatan dan keunikan bahasa kita ini.
Sekiranya kita tidak menjaga bahasa kita ini, tak mustahil suatu hari nanti bahasa ini
hilang daripada kita. Siapalah kita tanpa bahasa? Saban hari sedar mahupun tidak bahasa
kita ini mengalami kemerosotan yang ketara. Setiap hari bahasa Melayu digunakan secara
salah, dicampuradukkan dengan bahasa asing, malah bahasa Melayu sangat terancam dek
kita yang sangat meninggikan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Lihatlah seperti negara
maju seperti Jepun, mereka mampu menjadi negara maju yang pesat membangun walhal
mereka tidak sekalipun mengangkat bahasa lain selain daripada bahasa mereka sendiri.
Mereka maju dengan bahasa mereka dan mereka bangga dengan bahasa mereka. Itulah
yang menunjukkan budaya dan jati diri mereka. Mengapa kita harus malu dengan bahasa
kita sendiri? Bahasa Melayu adalah bahasa kita, bangsa kita, dan itulah jati diri kita. Kita
harus berbangga dengan bahasa kita ini. Tidak mustahil dengan bahasa ini kita boleh
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju di dunia suatu hari
nanti.




HBML3403 ALIZA BT BOH-721016135728

20
RUJUKAN:
Hashim Bin Musa, 2006. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007.
Mangantar Simanjuntak, 1982. Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Sarjana
Enterprise, 1982.
Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin, 2008. Teks STPM Bahasa Malaysia Kertas 1 &
2. Shah Alam: Oxford Fajar, 2008.
Peter Trudgill, 1984. Sosiolinguistik Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1984.
Sasterawan Negara Arena Wati, 2005. Warna Sukma Usia Muda. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005.
Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 2. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.

Laman Web
Mahmud Saefi, 2006. Dialektologi: Langkah Kerja dan Aplikasinya.
www.contohskriptesis.com. Akses pada 9 September 2009.
Naim Firdaus, 2007. Tulisan-tulisan Di Rantau Nusantara. http://naim-
firdaus.blogspot.com. Akses pada 9 September 2009.
Prof. Emiretus Abdullah Hassan, 2007. Pengenalan Dialek Sosial.
http://sosiolinguistik.blogspot.com. Akses pada 9 September 2009.

You might also like