You are on page 1of 1

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun

14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


Tel : 019-5508305 Blog : jpp-iptb.blogspots.com

Ruj Kami : IPGKTB/HEP/JPP/01(45)
Tarikh : 17 Januari 2012

Yang Berhormat/ Yang Berbahagia/ Tan Sri/ Dato / Tuan / Puan

Melalui dan salinan

Pengarah,
IPG Kampus Tuanku Bainun,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Memohon Sumbangan Untuk Program Minggu Penghayatan Agama dan Moral (MADAM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Exco Kesenian dan Kebudayaan dan Exco Agama dan Moral di bawah Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP) IPG Kampus Tuanku Bainun telah merancang untuk mengadakan Minggu Penghayatan Agama
dan Moral (MADAM). Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 hingga 15 Februari 2012
Tempat : IPG Kampus Tuanku Bainun

3. Untuk pengetahuan Yang Berhormat/ Yang Berbahagia/Tan Sri/ Dato/Tuan/Puan, program ini
bertujuan untuk membantu guru pelatih untuk menghayati amalan agama dan moral dari perspektif ilmu yang
lebih luas. Program ini juga diharapkan dapat mengembangkan budaya ilmu dalam kalangan guru pelatih,
penduduk sekitar dan warga IPT sekitar negeri Pulau Pinang.

4. Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun memohon untuk
mendapatkan sumbangan daripada pihak Yang Berhormat/ Yang Berbahagia/Tan Sri/ Dato/Tuan/Puan bagi
menampung kos perbelanjaan untuk menjayakan program ini. Sumbangan boleh disampaikan dalam bentuk
wang tunai atau wang pos. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi saudara Mohamad
Ridzuan Bin Azmi di talian 019-4497750. Kerjasama dan sumbangan yang dihulurkan kami dahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.


Saya yang menurut perintah,


(Norshaheera Binti Mohd Shukri)
Setiausaha,
Program Minggu Penghayatan Agama Dan Moral (MADAM)
IPG Kampus Tuanku Bainun,
Pulau Pinang.


s.k. 1. Jabatan Hal Ehwal Pelajar
2. Fail berkenaan

You might also like