You are on page 1of 16

PENGURUSAN BILIK DARJAH

DAN TINGKAH LAKU


KHOR DESMOND
LOW WEE KANG
TING KWONG YONG
M2:
1. Ciri-ciri guru yang efektif dalam
pengurusan bilik darjah(Penghayatan dan
amalan nilai).

2. Peranan guru dalam pengurusan bilik
darjah
(Persekitaran pembelajaran yang kondusif
dari aspek persekitaran fizikal dan psiko-
sosial).

APAKAH PENGURUSAN BILIK
DARJAH?
DEFINISI:

Pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah:
merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur
dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk
memaksimumkan kecekapan, memantau
kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan
masalah. Lemlech (1988)
Menurut Anderson (1989),mengatakan
pengurusan bilik darjah yang berkesan
adalah terdiri daripada:

Tingkah laku yang menghasilkan penglibatan
pelajar yang maksimum dalam aktiviti
pembelajaran dan

Meminimumkan tingkah laku pelajar yang
mengganggu tugas guru dan pelajar lain

Penggunaan masa pembelajaran yang
efesien.
PENGHAYATAN DAN AMALAN NILAI
Profesion keguruan tertakluk kepada Kod Etika
Keguruan.

Kod ini disediakan dalam bentuk ikrar & bertujuan
meningkatkan mutu profesion keguruan.

Menyatakan nilai & tingkah laku yang diterima.

Sebagai profesional, guru perlu patuh kepada
peraturan yang ditetapkan untuk mereka iaitu Kod Etika
Profesion Keguruan.


4 Prinsip
Dalam Kod Etika Keguruan
1. Tanggungjawab terhadap murid.
2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa.
3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara.
4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion keguruan

Falsafah Pendidikan Guru merupakan panduan
kepada guru-guru tentang ciri-ciri kualiti yang ingin
dibentuk.
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif
dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
FPG mentafsirkan guru sebagai egen perubahan untuk
mendidik & menghasilkan generasi akan datang.

Generasi yang bertanggungjawab merealisasikan
tujuan dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dan Wawasan 2020.

Cth: Guru perlu meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran, terutamanya dalam Teknologi Maklumat &
Komunikasi (TMK).

Agar dapat bergerak seiring dengan perubahan dalam
pengajaran di dalam kelas.
FPG juga menekankan guru bertanggungjawab dan
berkewajipan dalam melaksanakan tugas mereka.


Sebagai guru yang progresif & saintifik, guru harus
memajukan & memperkayakan diri dengan
menambahilmu. (pembacaan, hadiri kursus, lanjut
pelajaran)


Dengan itu, guru akan sentiasa menyedari
perkembangan baharu & dapat memainkan peranan
sebagai seorang yang inovatif.
Guru juga tertakluk kepada amalan nilai :

Penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan,
patriotik, inovatif, bersedia menolong pada setiap
masa & patuh etika profesion keguruan.

Guru yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
seperti yang dituntut oleh profesion keguruan,

MENJADI

Role model kepada murid, sekolah dan masyarakat
di tempat mereka berkhidmat.


PERANAN GURU
DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah
tempat murid yang dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian
dalam pembelajaran.

Persekitaran ini dapat berupaya untuk untuk
merangsang minat dan semangat murid untuk
terus belajar.

Persekitaran pembelajaran yang kondusif
merangkumi:
Persekitaran fizikal
Persekitaran psikososial
Peraturan dan rutin bilik darjah
Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada
budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid
untuk bertindak ke arah mencapai matlamat
pembelajaran.

Ia melibatkan :
Pendekatan pengajaran.
Corak komunikasi.
Kemahiran guru dalam mengurus.
Kawalan murid dan juga perlaksanaan aktiviti P&P.
Personaliti guru.

PERSEKITARAN FIZIKAL
Suasana fizikal boleh menyumbang kepada
pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid
dengan guru dan murid dengan murid.

Persekitaran selesa, kemas, ceria mampu
menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.

Persekitaran fizikal merujuk aspek berikut:

1.susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah
2.sumber bahan pembelajaran
3.ruang/sudut pembelajaran
4.ruang pada dinding
5.pencahayaan, pengudaraan dan perabot
6.kebersihan

PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL
Psikososial merujuk kepada hubungan antara
keperluan emosi individu dengan
persekitaran sosialnya.
Ciri-Ciri
Suasana selesa dan mesra
bebas daripada ancaman bahaya fizikal
perasaan diterima
sensitif dan peka kepada perbezaan individu
suasana yang merangsang pembelajaran
mewujudkan komunikasi terbuka dan
menggalakkan perkongsian idea
menggalakkan pembelajaran koperatif
peluang yang sama untuk semua murid

Ciri2 komunikasi berkesan
yang boleh ditunjukkan oleh
guru:

Penggunaan bahasa yang sopan dan mudah
difahami
Memberi perhatian dan menghormati keputusan
murid
Menjadi seorang pendengar yang aktif
Menggunakan pergerakan fizikal seperti tangan
dan mimik muka secara berkesan
Bersemangat semasa mengajar dan lontaran
suara yang jelas
Memanggil murid dengan namanya
Mempunyai kontek mata apabila berbicara dengan
murid.

SEKIAN TERIMA KASIH !

You might also like