You are on page 1of 23

PENYEDIAAN RANCANGAN

PENGAJARAN PENDIDIKAN
PEMULIHAN KEMAHIRAN, MEMBACA
LISAN, DAN MENULIS
MOHAMMAD FAUZAN IZZAT BIN ROSLAN

SYAHIRAH MOHAMAD YUSOF
JENIS-JENIS MASALAH YANG DIHADAPI
OLEH MURID BERMASALAH
Belajar secara lambat, selalu gagal

Pencapaian akademik yang tidak tinggi
kerana penyesuaian diri dan konsep
kendiri yang rendah

Kerencatan akal menyebabkan
pencapaian akademik yang lebih rendah
daripada potensi sepenuh.

Kekurangan hubungan sosial: mempunyai
kemahiran interpersonal yang rendah dan
tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Mundur prestasinya tidak sebaik yang
dijangkakan
CARA MENGENAL PASTI MASALAH MURID
1. Pemerhatian
2. Pentafsiran rekod prestasi
3. Pentafsiran rekod profil
4. Ujian kertas dan pensel
5. Temu bual dengan guru darjah
6. Temu bual dengan ibu bapa / penjaga murid.
PEMERHATIAN
Guru boleh melakukan pemerhatian ini
secara tidak langsung di bilik darjah.
Guru akan mengetahui perubahan yang
mungkin jelas kelihatan
Beberapa teknik pemerhatian yang sesuai
dilaksanakan:
a) Teknik pemerhatian dengan senarai
semak
b) Pemerhatian di luar bilik darjah
c) Pemerhatian tingkah laku
PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI
Rekod yang menyimpan maklumat tentang
pencapaian akademik murid dan keterangan yang
tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam
kelas

Dapat membantu guru menilai secara jangka panjang
dan membolehkan guru sentiasa mempunyai
pengetahuan tentang murid-murid mereka.
Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat
membantu mereka memahami prestasi
akademik, perkembangan sosial, fizikal
dan emosi anak-anak.

Ibu bapa dapat membantu pihak sekolah
seperti menilai anak-anak, meningkatkan
tanggungjawab sebagai penjaga dengan
menasihati dan memberi tunjuk ajar di
rumah

REKOD PROFIL
Rekod yang memberi maklumat tentang
pencapaian murid dalam semua mata
pelajaran yang diikuti di sekolah dan
ditunjukkan menggunakan markah dan gred.
UJIAN KERTAS DAN PENSEL
Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan
perkataan dan secara tidak langsung
menguji penguasaan bahasa murid


TEMU BUAL DENGAN GURU KELAS
Perbincangan dengan guru darjah dapat
memberi maklumat tentang seseorang murid
yang hendak dikenal pasti.

Melalui teknik ini, guru akan dapat maklumat
seperti kehadiran, pencapaian akademik,
tingkah laku dan perbezaan individu.
TEMU BUAL DENGAN IBU BAPA
Ibu bapa merupakan individu yang paling
rapat dengan murid di rumah selain guru
semasa di sekolah.

Banyak maklumat yang boleh diperoleh
daripada ibu bapa berkaitan murid
termasuklah latar sosioekonomi keluarga,
faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor
kelahiran dan sebagainya
MENENTUKAN STRATEGI DAN AKTIVITI
Guru menjalankan program bacaan
tambahan
a) murid-murid membuat bacaan meluas
dengan membuat pelbagai rujukan daripada
buku dan Internet
b) memberi murid-murid bahan bacaan yang
sejajar dengan perkembangan kognitif murid-
murid

Guru mengalak kan murid-murid membuat
kerja projek
a) dijalankan secara individu atau kumpulan
b) contohnya aktiviti projek yang meminta
murid-murid membuat sesuatu hasilan atau
menyelesaikan sesuatu masalah mudah
Guru memikirkan aktiviti-aktiviti dan contoh-
contoh permainan dan rekreasi yang penting
a) mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan dalam
setiap aktiviti pemulihan
Guru menggalakkan pembelajaran akses
kendiri di kalangan murid-murid
a) murid-murid membina bahan akses kendiri
daripada pelbagai media seperti bahan
cetak, rakaman audio, radio dan computer
Guru perlu menyediakan bahan-bahan
pembelajaran yang sesuai untuk digunakan
dalam kelas pemulihan.
Untuk murid-murid yang mempunyai
keupayaan visual yang kurang:
a) Bahan-bahan pemulihan mestilah menarik
dan berwarna-warni
b) Tulisan yang digunakan dalam bahan
pemulihan mesti besar saiznya
Untuk murid-murid yang mempunyai
keupayaan mendengar yang rendah:
a) Guru perlu memberikan semua penerangan
dengan suara yang kuat, terang dan jelas.

-menentukan objektif pengajaran
-merancang langkah-langkah pengajaran
-menentukan strategi dan aktiviti dalam
pengajaran
LANGKAH PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN PEMULIHAN
PENYEDIAAN OBJEKTIF RANCANGAN
PENGAJARAN

Contoh Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Punca masalah : Murid keliru dalam menyebut
huruf m dan n (Kemahiran Membaca)

Objektif Pembelajaran : Selepas aktiviti
pengajaran pemulihan, murid dapat
membezakan dan menyebut secara lisan
huruf m dan n dengan betul apabila kad
imbasan huruf m dan n ditunjukkan.
PERSEDIAAN RANCANGAN HARIAN BAHASA MELAYU

CONTOH 1
Minggu: _______ Hari: __________
Tarikh:__________
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 2 Melur Masa : 9.00 . 10.00 pagi
Tajuk : Huruf abjad kecil a hingga z
Kemahiran :
1.Mengenal huruf-huruf abjad kecil a,b, c, d.. (Kumpulan 1, 4
orang)
2. Mengasingkan huruf-huruf abjad kecil mengikut warna
a,b,c,d..
(Kumpulan 2, 3 orang)
3. Menyesuaikan huruf-huruf abjad kecil yang sama saiz a,b,
c,d,..
(Kumpulan 3, 5 orang)
Objektif Pembelajaran :
1. Kumpulan 1 - murid boleh menyebut serta
menyalin huruf-huruf abjad kecil a-z
2. Kumpulan 2 - murid boleh mengasingkan serta
menekap huruf-huruf abjad mengikut warna
3. Kumpulan 3- murid boleh menyesuaikan huruf-
huruf abjad kecil mengikut saiz
Aktiviti :
Kumpulan 1
i. rakan murid menunjukkan huruf-huruf abjad kecil
secara rawak.
ii. rakan murid mempamerkan huruf-huruf abjad kecil
secara
turutan.
iii. murid menyebut huruf-huruf abjad yang
dipamerkan oleh
rakan.
iv. murid menyebut dan menyalin semula huruf-huruf
abjad
kecil yang disediakan.
Kumpulan 2
i. Murid mengasingkan huruf-huruf abjad kecilmengikut
warna.
ii. Murid cuba mencari huruf-huruf yang tersembunyi
dalam
gambar yang disediakan.
iii. Murid menekap @ melukis huruf-huruf yang sama
pada
bahan yang disediakan.
Kumpulan 3
i. murid mengenal huruf-huruf abjad kecil secara rawak.
ii. murid memadankan huruf-huruf abjad kecil mengikut
saiz.
iii.murid melengkap huruf-huruf abjad kecil di petak yang
di
kosongkan.
Impak : BBM . Huruf-huruf abjad kecil,
lembaran kerja.
Kumpulan 1 : 2 daripada 4 orang telah
menguasai kemahiran 1.
Kumpulan 2 : 1 daripada 3 orang telah
menguasai kemahiran 2.
Kumpulan 3 : 2 daripada 5 orang telah
menguasai kemahiran 3.

You might also like