You are on page 1of 4

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,


Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya
Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami,
dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa
bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah,
jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang
mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata
kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika
mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-
peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan
yang akan mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab
soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,
jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia
untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat
kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan
keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi,
semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri
mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di
akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar
yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka
dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga
untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di
akhirat.
Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka
mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah.
Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan
yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan
amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan
solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami
untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati
mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di
tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami
meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana
Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini,
siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan
mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa anak-anak kami, dosa anak
didik kami dan dosa seluruh muslimin muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami menadah tangan kepadaMu, berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari, berkatilah segala ilmu
yang telah kami ajarkan kepada anak didik kami, keluarkanlah kami daripada lembah kejahilan dan
kegelapan kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah
kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi guru yang amanah menjalankan tanggungjawab
mendidik, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh anak-anak kami,
tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci hasad dan iri hati, hiasilah diri kami
seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ikhlaskan hati anak didik kami dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk mereka terus
belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati mereka dan hati kami, lindungilah kami
dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya untuk harta, hanya untuk wanita, dan hanya
untuk tahta, lindungilah kami dari sifat tamakkan dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agama kami,
jadikanlah kami orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada
anak didik kami dalam peperiksaan yang bakal mereka tempuhi, tenangkan hati mereka, lapangkan dada
mereka, luaskan fikiran mereka, kuatkan ingatan mereka, dan janganlah Engkau jadikan mereka
tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami hamba yang lemah hina dan dina ini memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu,
golongkanlah kami dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan
kami, maka kepadaMu kami memohon, redhailah kami dalam apa jua yang kami kerjakan.

7. Setelah itu, bacalah beberapa doa penutup dan diakhiri dengan selawat keatas Baginda Rasulillah
Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wa Sallam dan puji-pujian kepada Tuhan Pencipta sekalian alam.

You might also like