You are on page 1of 4

Analisis

Penerapan teori-teori pembelajaran yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh


terkemuka dunia haruslah dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Hal ini disebabkan, teori-teori tersebut banyak membantu para guru untuk
mencapai matlamat dengan lebih berjaya dan memberikan kesan yang mendalam ke
dalam diri pelajar bagi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang serta dapat
membina sebuah masyarakat yang berfikiran kritis dan kreatif dalam melakukan
sesuatau perkara yang telah ditugaskan kepada mereka. Antara tokoh-tokoh yang telah
memberi sumbangan dalam menghasilkan teori-teori pembelajaran iaitu Albert
Bandura, Jean Piaget, Carl Rogers, Abraham Maslow dan yang seangkatan dengan
mereka.
Albert Bandura telah mengetengahkan teori pembelajaran sosial. Menurut Noriati
A. Rashid (2012) dalam buku Murid dan Alam Belajar, Albert Bandura (1925)
menyatakan bahawa manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau
pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan, mendapat ganjaran
daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman daripada perlakuan.
Penerapan teori ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Malaysia amat
meluas digunakan oleh guru-guru yang mengajar lebih-lebih lagi bagi subjek yang
mengajar dan menerapkan kemahiran-kemahiran tertentu kepada murid. Contohnya
seperti subjek kemahiran hidup. Guru menerapkan teori ini dengan memberikan
demonstrasi dalam melaksanakan sesuatu perkara setelah mengajar pelajar secara
teori. Sperti di dalam bengkel kemahira hidup, guru pada mulanya akan menerangkan
kepada pelajar cara penggunaan peralatan pertukangan seperti tukul dan paku.
Seterusnya, guru akan menunjukkan kepada para pelajar berkenaan dengan kaedah
ataupun teknik yang betul untuk menggunakan peralatan tersebut. Pelajar akan
memerhati perlakuan guru tersebut dan setelah itu mereka akan cuba meniru perlakuan
guru tersebut sebaik mungkin bagi menguasai kemahiran yang telah diajar sehingga
mereka benar-benar boleh menggunakan peralatan tersebut. Melalui penerapan teori
yang dikemukan oleh Albert Bandura ini, pelajar bukan sahaja dapat menguasai
kemahiran melalui penerangan teori semata-mata, bahkan akan dapat menguasai
kemahiran untuk menggunakan peralatan tersebut.
Jerome Bruner (1915) pula mengetengah satu teori pembelajaran yang
berpusatkan pelajar dan berbentuk induktif. Menurut Noriati A. Rashid (2012) dalam
buku Murid dan Alam Belajar, Bruner (1915) menyatakan bahawa pembelajaran
konsep, pengamatan dan penganggapan berlaku melalui proses kategori, malah proses
membuat keputusan juga melibatkan pengkategorian dan berpendapat bahawa
manusia melihat persekitaran dunianya dari sudut ciri-ciri persamaan dan perbezaan.
Teori ini juga amat berkesan dan sering kali digunapakai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas oleh kebanyakkan guru. Melalui
penerapan teori ini, amat mudah bagi pelajar untuk menerima input pelajaran daripada
guru mereka bahkan mereka akan lebih mudah untuk pelajar mengingat pelajaran
mereka. Contohnya seperti pengajaran subjek sains di sekolah yang sering kali guru
mengambil sampel benda-benda maujud yang wujud di persekitaran mereka. Apabila
guru tersebut mengajar berkenaan dengan haiwan, sampel yang sering kali digunakan
terdapat di sekeliling pelajar. Pelajar akan diarahkan untuk mengkasifikasikan haiwan-
haiwan tersebut dengan kriteria-kriteria yang dinyatakan oleh guru. Contohnya seperti
membezakan antara haiwan berkaki dan tidak berkaki. Contoh-contoh haiwan seperti
burung, kambing, kuda, ular, ulat ikan dan katak boleh digunakan oleh guru. Melalui
pemerhatian para pelajar, mereka akan dapat mengkategorikan haiwan-haiwan
tersebut dalam kategori masing-masing. Melalui pengajaran tersebut, pelajar akan
dapat input bahawa setiap haiwan dapat dikategorikan bahkan mereka juga dapat
menyatakan perbezaan dan persamaan yang terdapat pada haiwan-haiwan.
Jelaslah bahawa penerapan teori-teori pembelajaran yang telah diperkenalkan
oleh tokoh-tokoh yang terkemuka dalam proses pembelajaran dan pengajaran di
Malaysia banyak memberi kesan yang mendalam bagi melahirkan generasi yang bijak
pandai. Bahkan, proses bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang ingin meneroka,
mereka cipta serta kreatif akan dapat dicapai dengan segera.

Refleksi.
Tugasan Kerja Kursus Pendek Murid dan Alam Belajar EDU 3103
mengkehendaki kami untuk menyediakan satu kritikan mengenai konsep alam belajar
dan pengajaran-pembelajaran. Melalui pengamatan dan kefahaman yang saya perolehi
melalui pembelajaran teori-teori yang telah dikemukan oleh tokoh-tokoh dunia, teori-
teori yang tersebut amatlah wajar untuk diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di Malaysia.
Teori-teori yang telah dianjurkan oleh para ilmuan tersebut haruslah diguna pakai
dengan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh semua guru di
Malaysia lebih-lebih lagi untuk bakal-bakal guru seperti diri saya sendiri bagi menjamin
generasi bijak pandai di masa yang akan datang lebih ramai yang dapat dihasilkan
dengan memiliki inkuiri untuk meneroka yang tinggi, boleh mereka cipta benda yang
baru serta mempunyai tahap kreativiti yang tinggi. Teori sosial yang telah dikemukan
oleh Albert Bandura merupakan salah satu teori yang wajar dijadikan satu pegangan
kepada para guru untuk melakukan satu anjakan paradigma dalam pengajaran mereka.
Hal ini kerana, melalui penerapan teori ini, guru buka sahaja dapat menyalurkan ilmu
pengetahuan yang berbentuk teori kepada pelajar, bahkan dapat membentuk serta
menjadikan pelajar tersebut menguasai kemahiran tersebut secara amali. Selain itu,
penerapan unsur-unsur murni dalam diri pelajar akan dapat dibentuk sekiranya guru
tersebut dapat menarik pelajar untuk mencontohi dan mengagumi diri mereka kerana
pelajar tersebut akan belajar melalui peniruan watak yang mereka kagumi.
Melalui pelaksanaan kerja kursus ini juga, saya telah medapat kemahiran untuk
menyediakan satu kritikan mengenai teori pembelajaran melalui pemerhatian yang saya
telah lakukan di sekolah. Bahkan, melalui pengalaman ini saya juga akan dapat
memperbaiki diri saya bagi menghadapi dunia perguruan di masa yang akan datang.
Melalui pemahaman berkenaan dengan teori-teori tersebut, saya akan menjadi
lebih sistematik dalam mengatur strategi bagi menghadapi kepelbagaian personaliti
pelajar serta dapat membantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang mereka
hadapi dengan penuh keyakinan sekali gus akan dapat mencapai tahap menjadi role
model kepada para pelajar saya.

You might also like