• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Artikel Dr Mohd Asri,bekas Mufti Perlis di laman webnyahttp://drmaza.com/home/?p=68...Inilah sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak yang dikemukakan oleh jumhur`ulama bagi membuktikan wajah wanita bukan aurat. Berpegang kepada pendapat jumhurdalam hal ini adalah lebih jelas dari segi nas atau dalilnya, juga lebihmemudahkan seseorang muslimah di dalam dunia semasa yang ada. Islam itu mudah danpraktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Dalil-dalilulama jumhur lebih kuat dalam hal ini. Hendaklah para pengajar agama mengajarorang ramai dalil-dalil yang lebih kuat, apatah jika ianya memudahkan orang ramaimengamalkannya. Ternyata pendapat berpurdah satu kewajipan tidak begitu teguhdalil-dalilnya. Mengamalkan yang tepat dan sederhana itu adalah jaminan terhadapkesinambungan umat untuk terus beriltizam dengan agama. Mengamalkan yang susah danlemah itu, akan menjadikan ianya akan terlucut pada suatu hari nanti.Wajip wanita muslimah memakai niqab
باقنل
atau purdah adalah pendapat sebahagianpara ulama. Sementara jumhur (majoriti) ulama berpendapat muka wanita tidaktermasuk di dalam auratnya. Wanita yang memakai purdah berpegang dengan pendapatgolongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah hak mereka. Selagi merekaberkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya wajib itu kuat, maka mereka wajibmemakainya. Ini kerana seseorang itu berpegang kepada apa yang dia yakin.Seseorang individu tidak wajib mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklahmengikuti apa yang dia faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahasan paraimam ahli sunnah wal jama`ah.Saya menyokong pendapat jumhur ulama yang menganggap purdah bukanlah suatukewajipan. Wajah wanita bukanlah aurat. Namun saya tidak berhasrat untuk memerangiwanita yang berpurdah, selagimana saya dapati mereka cuba melaksanakan tuntutanagama yang mereka faham. Ini adalah hak dan kebebasan yang wajar diiktiraf. Bahkandi satu sudut ianya lambang kesungguhan iltizam terhadap apa yang diyakini sebagaikewajipan. Untuk apa kita menekan golongan yang berpurdah sedangkan dalam masayang sama kita membiarkan wanita-wanita lain yang mendedahkan tubuh dan auratsecara berleluasa sehingga memadam nilai diri mereka sebagai wanita muslimah danberiman.Namun artikel ini ditulis sebagai menjawab persoalan yang dikemukakan olehsebahagian wanita muslimah yang ingin mengetahui kedudukan purdah di dalamperbahasan ulama. Adalah kurang tepat jika ada yang memakai purdah sekadar ikutansahaja. Maka artikel ini ditulis untuk menerangkan bahawa pendapat yang mewajibkanpurdah adalah lemah.Seperti yang saya sebutkan, persoalan memakai purdah atau yang disebut sebagainiqab bagi wanita adalah persoalan khilafiyyah. Maksudnya para `ulama berbezapendapat mengenainya. Namun pendapat yang mewajibkan berpurdah adalah lemah,justeru itu berpegang kepada pendapat ini adalah berpegang kepada pendapat yanglemah.Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) di dalam kitabnya
عومجمل
Al-Majmu’ katanya: “Sesungguhnya aurat wanita yang merdeka itu ialahseluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaurdan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad”(al-Nawawi, Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld 3, 169, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut)Di zaman ini, antara ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah aurat ialahal-Syeikh Ibn Baz r.h. (mufti Saudi yang telah meninggal) dalam fatwa-fatwanyayang banyak, diikuti oleh kebanyakan para ulama di Saudi. Sebelum itu `Abu al-`Alaal-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab. Sementara yang menyatakan wajah wanitabukan aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalambukunya
ةأرمل باقنل
Al-Niqab li al-Marah” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h.dalam
نسل باتكل يف مسمل ةأرمل با
Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitabwa al-Sunnah” dan kitabnya yang akhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dantambahan kepada kitab tersebut iaitu
حمل درل
Al-Radd al-Mufhim. Begitu jugaMuhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah
 
bukannya aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya:-Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31
  ّَ ه ِ ِو ُ ُ ى َ َ ّَ ِ ر ِ م ُ خ ُ ِ َ ْ ر ِ ض ْ َ لْَاه َ ن ْِر َ ه َ ظَاَّَإِ ّَ ه ُ ت َ ن َزِ َ  ِ  ْ ُََ
Maksudnya:“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecualiyang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengantudung kepala mereka”.Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara:Pertama: Jumhur menafsirkan maksud: (maksudnya kecuali yang zahir daripadanya)ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas,Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sesiapa yang inginkan pendetilan mereka bolehmelihat kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh ketika para `ulama menghuraikan ayatini. Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan perbincangan ayat tersebut dalamkitabnya Al-Radd al-Mufhim bagi membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannyaaurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat yang membuktikan parasahabah berpegang kepada pendapat yang menyatakan muka dan tapak tangan bukanlahaurat.Kedua: ayat di atas menyatakan: (maksudnya): “dan hendaklah mereka menutup belahanleher bajunya dengan tudung kepala mereka”. Allah hanya memerintahkan agar ditutupjuyub iaitu jamak kepada jaib ataupun kita terjemahkan sebagai bahagian dada yangterdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agartudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedahkerana belahan leher baju. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutupwajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah aurat, maka sudah pasti ayat ini akanturut memerintahkan agar mereka menutupnya juga.Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (meninggal 456H) menyebut dalam Al-Muhalla: “Ayat ini adalah dalil bahawadiharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu” (IbnHazm al-Andalusi,
 اثا ىحمل
Al-Muhalla bi al-Athar, jld.2, m.s. 247, cetakan:Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).Di samping perlu diberikan perhatian bahawa ayat ini adalah dalil yang menunjukkankewajipan menutup kepala, tengkuk dan dada. Ini jelas di dalam ayat di atas. Olehitu pendedahan kepala, tengkuk dan dada yang dilakukan oleh sebahagian wanitamuslimah adalah menyanggahi arahan al-Quran. Adapun apa yang ditakwilkan olehsebahagian penulis semasa bahawa bahagian-bahagian tersebut tidak termasuk didalam aurat wanita muslimah adalah penyelewengan dalam penfsiran ayat. Ketikamenafsirkan ayat ini al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) berkata: “Hendaklah mereka(wanita) melabuhkan tudung mereka ke atas belahan baju mereka, supaya menutuprambut, tengkuk dan anting-anting mereka”. (Al-Tabari,
آ   ال اآرقل
Jami’ al-Bayan `an Takwil ai al-Quran, jld. 5, m.s. 544, cetakan: Dar al-Qalam, Damsyiq)-Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 52
  َ ن ُم ِ َ ْ ك َ  َ َاَّَإِ ّَ ه ُ ن ُس ْ ُ َ  َ ج َ ْأَو ْ لََٍَ زْأَ ْ ِ ّَ ه ِ ِَ ّَ  َ َْأَََ ُ  ْَ ْ ِءُاس َ ن ّِ ل  َ لَ ّُ ح ِ ََ ا ً ِ َءٍي ْ شَ ّِ ُى َ َ ُ  ّَ ل َاََ
(maksudnya) Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lainsesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikanmereka dengan isteri-isteri yang baharu sekalipun kecantikan merekamengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah)Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu.Ayat ini ditujukan kepada Nabi s.a.w.. Daripada ayat ini jelas bahawa paramuslimat ketika zaman baginda s.a.w. tidak menutup wajah mereka, jika tidakbagaimana mungkin kecantikan mereka boleh menarik perhatian baginda Nabi s.a.w.Ini tidak mungkin melainkan wajah mereka terbuka dan dapat dilihat.Di samping itu ayat ini menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan seseoranglelaki ingin mengahwini seseorang wanita kerana kecantikannya. Ini adalah salahsatu fitrah yang wujud dalam jiwa seseorang lelaki, kecantikan salah satu faktoryang mempengaruhi jiwa. Hinggakan wanita-wanita syurga yang dijanjikan kepadagolongan solihin juga disifatkan al-Quran kecantikan mereka agar hati kitatertawan. Juga dalil diharuskan seorang lelaki melihat wanita yang ingin
 
dikahwininya. Kata al-Imam al-Qurtubi: “Pada ayat ini adalah dalil diharuskanseseorang lelaki melihat kepada seseorang wanita yang ingin dikahwininya”. (al-Qurtubi,
آرقل اك اجل
Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, jld. 14, m.s. 321,cetakan: Dar al-Fikr, Beirut)-Di dalam sebuah hadith daripada Abu Kabsyah al-Anmari, katanya:
 ِ  ّَ ل ُوُ ََاَ 
ءٌي ْ شََاَ ْ َ ِ  ّَ ل َوُ َاَان َ ْ ق ُ فَ َ س َ ت َ غْ  ِ َََر َ َ ّَ ثُ َ َ َ فَ ِ ِاح َصْأَيفِاس ً لِاَ  َ لِذ َ ك َ فَاه َ ت ُ  ْ صَ َ فَيِَ زْأَ َ  ْَ ُ  ْ َ َ فَءِاس َ ن ّِ ل ةُو َ ه ْ شَي ِ  ْ َيفِ َ َو َ فَ ُ َ َ فُيِْ ر ّَ َ ْ َأََاَ ِ َ ح َلْ ُا َ ْإِ ْ ك ُ لِام َ ْأَ ِ ثِاَأَ ْ ِ ُ ّَ ِ فَو ُ َفْافَ 
*Suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk bersama sahabat-sahabat baginda. Tiba-tibabaginda masuk (ke dalam rumah baginda), kemudian keluar dalam keadaan bagindasudah mandi. Kami pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah berlaku sesuatu?”. Jawabbaginda: “Ya! Telah melintasi di hadapanku fulanah (perempuan tertentu yangdikenali), maka timbul dalam hatiku syahwat terhadap wanita, lantas aku punmendatangi salah seorang dari isteriku dan menyetubuhinya. Demikianlah yang mestikamu lakukan, kerana antara amalan kamu yang baik ialah mendatangi yang halal”(Riwayat Ahmad dan al-Tabarani di dalam
ط
al-Ausad . Al-Albani dalam
سححل دا
Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, pada hadith yang ke- 235, berkata:sanad hadith ini hasan, bahkan lebih tinggi dari hasan) .Dalam hadith ini walaupun rawi hadith tidak menyebut nama wanita berkenaan, tetapiperkataan fulanah dalam bahasa arab bermaksud wanita tertentu yang dikenali. Inimenunjukkan Rasulullah s.a.w. mengenalinya. Sebagai Rasul yang bersifat dengankeinsanan maka timbulnya perasaan dalam hati baginda seperti mana ianya timbuldalam jiwa seorang insan lelaki yang normal. Maka untuk melepasi perasaan tersebutbaginda mendatangi seorang daripada isteri-isteri baginda, iaitu Zainab sepertiyang dinyatakan dalam riwayat yang lain. Juga hadith ini adalah tunjuk ajar Nabis.a.w. secara praktikal kepada para sahabah dan umat agar melepasi syahwah yangtimbul secara halal. Sekiranya wajah wanita berkenaan tidak kelihatan, manamungkin baginda mengenalinya dan timbul pula perasaan syahwah baginda.Perlu diingatkan, kita jangan salah faham terhadap Nabi s.a.w. di dalam hadithini. Hadith ini sebenarnya melambangkan kesempurnaan baginda sebagai rasul yangdiutuskan. Baginda tidak bersifat malaikat sehingga tidak ada sebarang perasaanterhadap wanita. Baginda adalah insan yang diwahyukan. Sifat kemanusiaan adalahpenting bagi membolehkan manusia mencontohi baginda. Sekiranya baginda malaikat,tentu manusia akan berkata “bagaimana kami ingin mencontohi malaikat yang tidakbernafsu?”. Allah mengutuskan seorang nabi dari kalangan manusia yang mempunyaiciri-ciri manusia, di antaranya; bernafsu kepada wanita. Ini membolehkan bagindamemimpin manusia bagaimana mengalirkan nafsu ke jalan yang halal dan diredhaiAllah. Oleh itu dakwaan sebahagian golongan sufi untuk menghapuskan nafsu atausyahwah dalam jiwa manusia adalah dakwaan karut. Islam tidak menghapuskan perasaansyahwah dan nafsu yang ada di dalam jiwa manusia, sebaliknya Islam membimbing kejalan yang halal.Oleh itu di dalam riwayat-riwayat yang lain disebut:“Apabila seseorang kamumelihat seseorang wanita yang mengkagumkan, maka datangilah isterinya, kerana itudapat menyelesaikan apa yang ada dalam dirinya”(shahwat) (Riwayat Muslim, AbuDaud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-ImamAhmad).Jika kita teliti hadith ini, kita akan bertanya, “bagaimana mungkin kecantikanwanita zaman tersebut boleh menarik perhatian lelaki jika mereka semua menutupwajah atau berpurdah?. Ini menunjukkan mereka tidak menutup wajah mereka.-Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:Daripada Ibn `Abbas r.a., katanya:
 ي ّِ  ِ ن ّَ ل  َ دِ َ ُ ض ْ َ لْ َاََاَام َ هن ْَ ّَ ل يِ َٍا ّَ َ ِ ْ ِ  ّَ ل ِ  ْ َ ْ َ 
 َ  َ ْ َ ْ ِةٌأَ ر َ ْ ِءَاج َ فَ  ي ّُ  ِ ن ّَ ل  َ  َج َ فَ ِ  ْ لَإِر ُ  ُ ن ْََاه َ  ْ لَإِر ُ  ُ ن ْَ ُ ض ْ َ لْ  َ َج َ فَ 
 ر ِ َ ْ  ّِ  ّِ ل ىلَإِ ِ ض ْ َ لْ  َ ْَُ ر ِ  ْ َ
Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yangsama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khath`am. Lalu al-Fadhalmemandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.Dalam riwayat al-Nasai dinyatakan: Lantas al-Fadhal bin `Abbas memandangnya. Dia
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...