• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Persamaan dan Perbezaan Di antara Ahlul Sunnah dan SyiahSeringkali kita membaca di akhbar-akhbar atau mendengar orang membicarakanmengenai Syiah, tetapi kebanyakan gambaran yang diberikan kurang jelas, kabur, dannegatif. Malah, ada yang mengatakan dengan sewenang-wenangnya bahawa syiah itukafir kerana terkeluar dari madzhab empat ahlul sunnah tanpa membezakan antaraSyiah yang diakui dan Syiah yang ghulat (menyeleweng).Mereka menyatakan Syiah mempercayai saidina Ali as separuh Tuhan, menganggap guruhdan petir itu suara Ali,mempercayai imam-imam 12 itu lebih baik dari para malaikatyang muqarrabun kepada Tuhan, menggunakan mushaf al-Quran lain dari mushaf Uhtmandan lain-lain.Justeru itu mereka membuat kesimpulan bahawa Syiah itu kafir. Mereka menegaskanbahawa memerangi Syiah itu mesti diutamakan daripada memerangi Yahudi. PadahalYahudi tidak pernah membezakanya musuhnya sama ada Sunnah atau Syiah.Sikap ini lahirnya dari sifat fanatik, pengetahuan yang tidak mendalam, membuatrujukan hanya kepada orang tertentu yang fanatik atau kitab-kitab tertentu yangditulis khas untuk melahirkan permusuhan di kalangan umat Islam.Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan iamemberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firmanTuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya(golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kamitarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhakakepada Tuhan yang Maha Pemurah".Ketiga dan keempat dalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musamasuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalamkota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi)(Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongankepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi SAWA lebih dari tiga kali,antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut,Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi SAWA bersabda:"Wahai Ali, engkau danSyiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dandiredhai", dan sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) merekaitulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'andan Hadith Nabi SAWA.Yang dimaksudkan dengan Syiah yang menyeleweng ialah Syiah yang selain daripadaImamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah. Mereka diringkaskan sebagai ghulat.Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah ghulat kerana iamengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja'far as-Sadiq AS pula menyatakan Syiahghulat tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidahmereka bertentangan dengan al-Qur'an dan Hadith.Pengertian umum, Ahlul Sunnah ialah sesiapa yang mengikut Sunnah Nabi SAWAkemudian ia dihimpun kepada empat madzhab fiqh yang diketuai oleh Imam Malik yanglahir pada tahun 95 Hijrah dan meninggal tahun 179 Hijrah, Abu Hanifah yang lahirtahun 80 Hijrah dan meninggal tahun 150 Hijrah, Syafie yang lahir tahun 150 Hijrah
 
dan meninggal tahun 204 Hijrah, dan Ibnu Hanbal yang lahir tahun 164 Hijrah danmeninggal tahun 241 Hijrah.Di segi teologi, ia dihimpunkan kepada dua madzhab yang diketuai oleh A-Asy'ariyang dilahirkan tahun 227 Hijrah dan meninggal setelah tahun 330 Hijrah dan al-Maturidi yang lahir 225 Hijrah dan meninggal 331 Hijrah?Adalah suatu kenyataan bahawa orang di tiga abad pertama (di permulaan sejarahIslam) secara mutlak tidak pernah berpegang kepada mana-mana madzhab itu. Danmadzhab-madzhab itu tidak wujud pada tiga abad pertama, padahal itu adalah masa-masaa yang terbaik.Hampir dua abad selepas lahirnya madzhab-madzhab empat, kedudukan pengikut-pengikut mereka dilanda perpecahan dan masing-masing mendakwa madzhab merekalahyang terbaik.Az-Zamakshari yang lahir 467 Hijrah bersamaan 1075 Masehi dan meninggal 537 Hijrahbersamaan 114 Masehi, seorang Hanafi, telah menggambarkan kedudukan madzhabEmpat/Ahlul Sunnah pada masa itu seperti berikut:Jika mereka bertanya tentang madzhabku,Aku berdiam diri lebih selamat,Jika aku mengakui sebagai seorang Hanafi,Nescaya mereka akan mengatakan aku mengharuskan minuman arak,Jika aku mengakui bermadzhab Syafie, mereka akan berkata: aku menghalalkan'berkahwin dengan anak perempuan (zina)ku sedangkan berkahwin dengan anak sendiriitu diharamkan.Jika aku seorang Maliki, mereka berkata: aku menharuskan memakan daging anjing,Jika aku seorang Hanbali, mereka akan berkata: aku meyerupai Tuhan dengan makhluk.Dan jika aku seorang ahli al-Hadith, mereka akan berkata: aku adalah seekorkambing jantan yang tidak boleh memahami sesuatu (Tafsir al-Kasysyaf, Cairo,Jilid, II, hal.494).Ini adalah sebahagian daripada gambaran fanatik yang berlaku di kalangan madzhab-madzhab itu sendiri.Dan di abad kemudiannya dihadkan madzhab kepada empat sahaja oleh pemerintahsekular pada masa itu. Dan tidak sekali-kali 'penentuan' itu berdasarkan kepadaHadith-Hadith Nabi SAWA. Malah 'penentuan' kepada empat itu adalah penentuanpolitik bagi menentang pergerakan Syiah Imamiyyah atau dalam erti kata yang khususialah pergerakan Ahlul Bayt.Hanya di abad ketiga belas tiap-tiap pengikut madzhab menyenaraikan nama-namapengikutnya seperti as-Subki menulis senarai nama-nama pengikut as-Syafie dalambukunya Tabaqat as-Syafiiyyah al-Kubra.Tidak ada perbezaan antara Syiah Imamiyyah dan madzhab Empat/Ahlul Sunnah mengenaiasas-asas agama yang utama, iaitu Tauhid, Kenabian, dan Maad (Hari Kebangkitan).Semua pihak percaya sekiranya seorang mengingkari salah satu daripada asas-asasitu, maka dia adalah kafir. Mereka percaya al-Qur'an adalah Kitab Allah yang
 
diturunkan kepada umat manusia melalui Nabi Muhammad SAWA, tidak boleh dikurangatau ditambah, berdasarkan kepada Mushaf Uthman yang digunakan oleh seluruh umatIslam, manakala mushaf-mushaf lain seperti Mushaf Ali telah dibakar atas arahanKhalifah Uthman.Sekiranya ada penafsiran yang berbeza antara Syiah Imamiyyah dan Ahlul Sunnahmengenai ayat al-Qur'an, maka ia adalah perkara biasa yang juga berlaku dikalangan Ahlul Sunnah itu sendiri antara Syafie dan Hanafi dan seterusnya.Ahlul Sunnah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi lima perkaraiaitu (1)Mengucap Dua Kalimah Syahadat, (2) Sembahyang, (3) Puasa, (4) Zakat,(5)Haji.Sementara Syiah Imamiyyah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi limaperkara juga iaitu sembahyang, puasa, zakat, haji dan jihad.Ahlul Sunnah berpendapat bahawa Nabi tidak meninggalkan sebarang wasiat kepadasesiapa untuk menjadi khalifah. Persoalan yang timbul, mungkinkah Nabi yangmenyuruh umatnya supaya meninggalkan wasiat tetapi beliau sendiri tidakmelakukannya!Syiah Imamiyyah percaya bahawa Imamah/Khalifah adalah jawatan yang dianugerahkanTuhan kepada Ahlul Bayt khususnya Ali AS sebagai orang yang diwasiatkan untukmenjadi Imam/Khalifah berdasarkan kepada Hadith Ghadir Khum, Hadith AS-Safinah,dan lain-lain (Hakim Nisaburi;al-Mustadrak , bab kelebihan Ali).Selepas Ali, ia diganti oleh anak-anak cucunya dari Fatimah; Hasan, Husayn, AliZainal Abidin, al-Baqir, As-Sadiq, al-Kazim,al-Rida sehingga Mahdi al-Muntazar(Imam ke-12).Mereka dipanggil Imamah kerana mereka berpegang kepada Hadith Imamah/Khalifah duabelas yang bermaksud:"Urusan dunia selepasku tidak akan selesai melainkanberlalunya dua belas Imam".(Sahih Muslim, Sahih Bukhari, Bab al-Imarah).Mereka juga dikenali dengan madzhab Ja'fariyyah iaitu dinisbahkan dengan Imamkeenam Ja'far as-Sadiq AS yang bersambung keturunannya di sebelah ibunya dengankhalifah Abu Bakar as-Siddiq ibunya bernama Ummu Farwah bt. Al-Qasim bin Muhammadbin Abu Bakar as-Siddiq.Sementara disebelah bapanya pula al-Baqir bin Ali Zainal Abidin (as-Sajjad) b.Husayn b. Ali dari ibunya Fatimah as-Siddiqah az-Zahra bt Muhammad Rasulullah. Danbeliau juga guru kepada Imam Malik dan Imam Abu Hanifah.Ahlul Sunnah dan Syiah Imamiyyah percaya bahawa manusia adalah lebih mulia daripara malaikat, meskipun makhluk itu adalah yang hampir (al-Muqarrabun) kepadaTuhan.Manusia dianugerahkan dengan hawa nafsu dan keilmuan berlainan denganmalaikat yang dijadikan tanpa hawa nafsu dan para malaikat disuruh sujud kepadabapa manusia, Adam.Hanya Muktazilah yang mempercaya bahawa malaikat itu lebih mulia dari manusia,kerana sifatnya yang sentiasa taat kepad Allah SWT dan baginya sujud malaikatkepada Nabi Adam adalah sujud hormatm bukan sujud yang bererti kehinaan.Oleh itu Ahlul Sunnah dn Syiah Imamiyyah berpendapat bahawa Nabi Muhammad adalahlebih mulia dari semua makhluk Allah, termasuk malaikat.Ahlul Sunnah juga bersetuju bahawa Ahlul Bayt Nabi SAWA adalah lebih mulia dariorang lain, sebagaimana firman Tuhan dalam Surah al-Ahzab: 33,"Sesungguhnya Allah
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...