You are on page 1of 11

Disediakan oleh:

Qurratu Aini binti Jumaan


Nurshafieyah Ardinie Lingutan Abdullah
Semantik dikatakan bidang yang ada
kaitan dengan makna.
Adakah anda setuju?
APA ITU SEMANTIK?
Dalam makalah Les Lois Intellectuelles du Langage, Breal telah memberi
tanggapan bahawa semantik mempunyai kedudukan sendiri di luar bahasa,
misalnya bentuk perubahan makna, latar belakang perubahan makna,
hubungan perubahan makna dengan logik dan hubungan makna dengan
psikologi
Dipetik daripada (Aminuddin,1985:16).
Berasal daripada perkataan Greek sema yang bererti "tanda" (sign). Sema
juga bermaksud isyarat. Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine in
yang bermaksud bererti.
Istilah semantik (bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna)
Michel Breal (1883)
istilah semantik merujuk kepada kajian makna.
Palmer (1992)
Semantik ialah as the study of meaning in natural language
Palmer, Kompson & Katz
mentakrifkan semantik sebagai kajian makna perkataan.
Ullmann (1962)
(kini) Kata semantik juga diertikan sebagai ilmu tentang makna atau erti.
pula mentakrifkan semantik sebagai kajian makna,
Lyons (1981)
menerangkan bahawa semantik ialah kajian makna secara sistematik.
Kreidler (1998)
APA ITU SEMANTIK?
Kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi
bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik.
Sperber dan Wilson (1980)
Bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem
dan penyelidikan dalam sesuatu bahasa.
Harimurthi Kridalaksana (1983)
Bidang kajian tentang makna dalam bidang pengajian ilmu linguistik. Bidang ini
sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus yang merujuk
kepada kajian tentang struktur dalam sesuatu bahasa.
Frank Parker (1994)
Kajian tentang unit linguistik dan prinsip gabungannya. Kajian ini boleh
dimulakan pada aras kata atau aras yang lebih tinggi, iaitu kalimah yang terbina
daripada frasa dan ayat.
Adrian Akmajian et al. (1995)
Sumber : Siti Hajar Abdul Aziz. (2009: 255-256). Bahasa Melayu II
APA ITU SEMANTIK?
Secara umum, kata makna membawa erti maksud atau erti.


i. Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata, dan,
ii.Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman
kata atau frasa bertulis oleh pembaca.


Kamus Linguistik (1997)
makna seperti suatu sifat intrinsik, konotasi sesuatu kata, suatu inti,
pokok, suatu kemahuan, dan emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu. Erti
makna cukup menarik tetapi rumit sekali untuk kita memahami maksud
sesuatu kata.
Ogden dan Richard (1956)
APA ITU MAKNA?
Semua pengguna jalan raya mempunyai
tanggapan makna yang sama tentang warna
lampu isyarat jalan raya iaitu merah bermaksud
berhenti, hijau bermaksu jalan dan kuning
bermaksud bersedia untuk berhenti.
CONTOH


A red light means stop.



That cloud means thunder

Dalam pernyataan ini means digunakan dengan memakai lambang, baik
dalam bentuk semula jadi mahupun konvensional, iaitu yang menunjukkan
bahawa sesuatu sedag berlaku atau akan berlaku, atau patut dilakukan.
Perbezaan antara dua contoh ini:
i. Lampu isyarat itu sebenarnya termasuk ke dalam suatu sistem
komunikasi yang lazimnya menunjukkan bahawa warna merah
bermaksud berhenti.
ii. Awan pula tidaklah tergolong ke mana-mana sistem dan sekalipun ia
mungkin memberi maklumat awan tidaklah langsung dapat dinyatakan
sebagai berkomunikas.
CONTOH
Kata digunakan sebagai cara untuk merujuk kepada dunia luar.
Teori ini merujuk kepada imej dalam otak dan wujud padanan dengannya di
dunia nyata.

Contohnya bunga mawar sebagai imej yang terdapat dalam minda
dihubungkan dengan bunga mawar di dunia nyata.
TEORI RUJUKAN
...makna sesuatu perkataan berhubung dengan imej yang terbayang dalam
minda penutur atau pendengar. Imej yang dimaksudkan ini tidak bersifat
visual kerana tidak dapat menepati gambaran sebenar apa yang
dimaksudkan atau yang telah sedia ada.

Contoh:
Seseorang itu mungkin mempunyai beberapa imej bagi satu ungkapan dan
dalam keadaan yang lain mungkin wujud pula beberapa ungkapan yang
berkongsi imej yang sama.
TEORI IMEJAN
TEORI TENTANG MAKNA
Makna merupakan bentuk tindak balas daripada rangsangan yang diperoleh
oleh penutur dan pendengar dalam komunikasi yang berlaku antara mereka.

Kamu bodoh macam lembu
TEORI BEHAVIORISME
Sesorang akan marah apabila dia dikaitkan dengan makna kata bodoh itu
dengan ciri binatang lembu yang dimaksudkan.
TEORI TENTANG MAKNA
semantik juga merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji
hubungan ujaran linguistik yang berbeza-beza seperti homonim, sinonim,
antonim, polisemi, homonim dan hiponim.
Kajian semantik juga melibatkan kajian peranan semantik, makna dan
rujukan, syarat benar dan analisis wacana.
Semantik merupakan komponen tatabahasa yang sukar difahami kerana
berkaitan dengan perkara abstrak yang memerlukan taakulan yang tinggi.
RUMUSAN SEMANTIK DAN MAKNA
F.R. Palmer (Penterjemah Prof. Abdullah Hassan). (1992). Semantik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

http://www.slideshare.net/chekgeeszuan/semantik-22363039

http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/06/jenis-jenis-makna-dalam-
semantik.html

http://web.stanford.edu/group/SHR/4-1/text/korb.commentary.html

RUJUKAN

You might also like