You are on page 1of 9

2.

0 Penulisan Laporan

Gambar rajah 1.1 menunjukkan analisis data Inventori Psikologi

Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri
atau tret-tret personaliti individu. Respons individu kepada item-item yang
terkandung dalam ujian dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu.
Inventori Personaliti Sidek mempunyai 16 skala yang mampu mengenal pasti 16 ciri-
ciri personaliti individu.
Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk
mengukur atau mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut, iaitu; Agresif,
Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian,
Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian.
Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran
responden dalam menjawab item ujian. Jangka masa untuk menyelesaikan ujian ini
CIRI
PERSONAL


KADAR

PERATUS

0 10 20 - 30 40 50 60 70 80 90
100
AGRESIF 2 20 *
ANALITIKAL 2 20 *
AUTONOMI 7 70 *
BERSANDAR 5 50 *
EKSTROVET 2 20 *
INTELEKTUAL 1 10 *
INTEROVERT 8 80 *
KEPELBAGAIAN 7 70 *
KETAHANAN 7 70 *
KRITIK - DIRI 2 20 *
MENGAWAL 0 0 *
MENOLONG 3 30 *
SOKONGAN 2 20 *
STRUKTUR 4 40 *
PENCAPAIAN 4 40 *
PENIPUAN 4 40 *

merupakan dalam masa 20 hingga 30 minit. Berdasarkan kesemua peraturan
inventori ini, satu ujian telah dijalankan terhadap seorang pelajar dari Unit N.
Rumusan dibawa adalah ciri-ciri personaliti yang telah kami mengenal pasti
berdasarkan respon pelajar tersebut.
Klien tersebut telah telah mendapat skor sebanyak 20 peratus iaitu skor
terendah dalam ciri agresif. Ia menunjukkan dia bukan seorang individu yang
agresif. Dis juga tidak suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan
perasaan orang lain merupakan tumpuannya, bukan hajat dan matlamat sendiri
tercapai. Dia juga bukan seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri.
Dalam kebanyakan hal, dia tidak akan menuntut haknya.
Klien tersebut merupakan seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal, dia
membenarkan orang lain memanipulasi diri dan perasaannya. Dia tidak suka
berdebat dengan kawan-kawan walaupun dirinya akan dianggap buruk jika tidak
mempertahankan diri semasa sesuatu masalah. Dia hanya mendiamkan diri kerana
dia tidak mudah marah terhadap sesiapa sahaja. Tetapi dia lebih selesa membuat
kerja-kerja yang telah dirancang sendiri dari membuat kerja yang disuruh oleh orang
lain.
Skor ciri personaliti kedua iaitu analitikal adalah sebanyak 20 peratus juga
iaitu skor yang agak rendah.Berdasarkan skor ini dia bukanlah seorang yang sensitif
kepada persekitaran atau suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi.
Dia juga tidak agak suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis. Klien
tersebut adalah seorang yang kurang atau tidak berminat dengan perkara-perkara
yang memerlukan dia membuat analisis. Dia adalah individu yang praktikal. Ketika
berinteraksi dengan orang lain, dia tidak cuba membaca yang tersirat Dalam
melakukan sesuatu peranan dia kurang perlukan pendapat atau idea orang lain,
lebik suka memutuskan keputusan sendiri. Dia tidak berminat untuk mengenali diri
sendiri dengan baik. Dia juga tidak akan memperuntukkan masa yang agak banyak
bagi memikirkan masalah-masalah rumit yang perlu diselesaikan.
Ciri personaliti ketiga iaitu autonomi telah diskor sebanyak 70 peratus iaitu
skor yang agak tinggi. Ia merupakan salah satu skor dominan individu tersebut
dalam ujian ini. Berdasarkan personaliti ini diasukakan kebebasan sepenuhnya
dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti

seharian. Dia juga tidak suka dikongkong dalam apa hal juga.Dia tidak suka
menerima arahan orang lain dan struktur sosial yang memerlukan keakuran. Dia
berfikiran keputusan dia lebih baik daripada orang lain. Oleh itu, dia kurang selesa
apabila mendengar pendapat daripada orang lain dan untuk mengikut pendapat
mereka.
Dia juga merupakan seorang yang berkeyakinan tinggi dan ia juga boleh
menjadi keyakinan yang terlebih dalam sesuatu isu. Contohnya, sekiranya dia
bekerja dalam kumpulan dia inginkan untuk menjadi ketua kumpulan dan memberi
arahan kepada orang lain tentang sesuatu aktiviti bukan menjadi salah satu ahli
dalam kumpulan dan menunggu arahan atau cara orang lain dalam kumpulan. Klien
ini boleh dikatakan seorang yang bersifat autokratik juga. Kelebihan individu tersebut
adalah dia boleh menyelesaikan kerjanya tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Dia juga tidak suka berbincang dengan orang lain untuk mencari penyelesaian bagi
masalah yang telah dihadapi.
Seterusnya, berdasarkan respon individu tersebut dalam ujian ini dia juga
telah menskor 50 peratus dalam ciri personaliti bersandar.Hal ini menunjukkan dia
tidak terlalu suka bergantung kepada orang lain. Dalam membuat sesuatu
keputusan, ada masa dia mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang lain
terutama yang individu mempunyai autoriti. Dia meminta orang lain menunjukkan
arah yang harus anda tuju apabila keadaan yang rumit bukan selalu meminta
nasihat dari orang lain daripada cuba menyelesaikan masalah sendiri.
Klien ini bersikap berdikari yang sederhana. Dia berasa selamat bila dia tahu
orang yang dipercayainya berada di sampingnya. Dia bukan seorang individu yang
memihak suara majoriti tetapi individu yang menghormati isi hati dan pendapatnya
juga serta adakala memihak suara minoriti juga. Dia tidak berminat untuk berada di
bawa kepimpinan orang lain. sikap bertolak ansur agak sederhana mengikut
personalitinya. Dia juga pandai membawa orang lain ke dalam jalannya sendiri
kerana dia tidak suka mengikut jalan orang lain
Menurut Ujian Personaliti Sidek, yang berdasarkan respons individu kepada
item-item yang terkandung dalam ujian dapat menerangkan ciri-ciri personaliti
seseorang individu. Klien ini mendapat skor 20% dalam ciri ekstrovert. Mengikut

temu bual yang diadakan, klien ini merupakan seorang yang kurang sosial. Klien
selalu mengelak diri daripada berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih suka
berada dalam kumpulan kecil. Ini menunjukkan bahawa klien ini tidak suka
bergantung kepada orang lain dan biasanya tidak memerlukan bantuan orang lain
dalam membuat keputusan. Klien ini juga bersikap tidak berminat dengan aktiviti-
aktiviti yang lasak, tidak suka bercampur gaul, tidak suka dengan perubahan
sekeliling, tidak mudah bercakap, dan mudah bimbang.
Ciri intelektual merupakan salah satu ciri salah satu aspek yang diberi
kepentingan dalam semua pekerjaan. Walaupun klien ini melibatkan diri dalam
pekerjaan yang dikategorikan profesionalisma, tetapi data analisis menunjukkan
bahawa, klien ini mempunyai ciri intelektual yang kurang, iaitu sebanyak 10%
sahaja. Apabila ditemu bual, kami mendapati bahawa klien ini tidak dapat
membezakan dengan apa yang benar dan salah. Selain itu, klien saya juga tidak
mempunyai keterampilan dan ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu
perkara.
Selain itu, klien saya juga tidak merasa selesa dengan perkara perkara
yang bersifat teoritikal seperti. Klien saya lebih berminat dan selesa dengan kerja
kerja yang berstruktur, praktikal, dan pragmatik. Klien saya lebih minat untuk
melakukan sesuatu perkara menggunakan pengalaman sendirinya dan
mengaplikasikan dalam praktikalnya.
Apabila melihat data analisis psikologi, klien ini mempunyai kadar peratus
sebanyak 80% dalam ciri introvert. Apabila menemu ramah klien ini, kami
mendapati bahawa klien ini bersikap tenang, boleh dipercayai dan mempunyai sifat
ketelitian. Bukan itu sahaja, klien ini juga tidak suka berbelit-belit dan dapat
mengorganisasikan diri dengan baik sesuatu tugas dan melakukan terus menerus
daripada melakukan protes atau gangguan. Walaubagaimanapun, klien ini
menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat
reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, dan
mempunyai tingkah laku yang terkawal.
Seterusnya merupakan ciri kepelbagaian. Mengikut data analisis yang
diperolehi, klien saya memperolehi sebanyak 70% dalam aspek kepelbagaian. Ini

menunjukkan bahawa klien saya suka menghayati situasi situasi yang dapat
memberikan peluang untuk memperolehi pengalaman yang baru. Klien saya juga
tidak mempunyai jadual harian yang ketat yang boleh mengawal rutian harianya.
Klien saya juga pernah melawat negara- negara luar seperti India, Indonesia dan
Singapura. Apabila ditemu ramah, klien saya menyatakan bahawa, klien saya suka
melihat situasi atau keadaan yang baru kerana ia boleh menyenangkan mindanya.
Menurut Ujian personaliti yang berdasarkan respons individu kepada item-
item yang terkandung dalam ujian dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu.
Antara ciri - ciri yang mengenal pasti personaliti individu adalah ciri ketahanan. Skor
tinggi untuk ciri ini adalah 70 sampai 90 peratus.
Individu yang membuat Ujian Inventori Personaliti Sidek ini telah mendapat
skor sebanyak 70 peratus dalam ciri ketahanan. Trait personaliti ini menunjukkan
individu tersebut adalah seorang yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan
atau menyelesaikan semua tugas. Ujian personaliti ini menunjukkan individu ini
telah mendapat skor yang tertinggi.
Individu ini tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah-
masalah yang rumit. Dia akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah
dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan dan tidak suka membiarkan
sesuatu kerja terbengkalai tanpa mencari jalan penyelesaiannya dengan segera. Ini
juga menyebabkan dia selalu tidur lewat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah
dimulakan. Dia juga menyelesaikan sesuatu kerja sebelum memulakan kerja-kerja
yang lain dan juga berusaha menyelesaikan segala tugas yang diamanahkan
walaupun terpaksa bekerja lebih masa. Inidividu ini juga jarang sekali menukar
keputusanya setelah membuat sesuatu keputusan. Dengan ini, boleh dikatakan
individu ini adalah seorang yang mempunyai ketahanan dari segi fizikal, mental dan
emosi. Selain itu, dia juga sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.
Selain daripada itu, dia juga telah mendapat skor sebanyak 20 peratus dalam
ciri kritik-diri. Trait personaliti ini menunjukkan individu tersebut merupakan
seorang yang tidak stabil dari segi emosi dan psikologi. Ujian personaliti ini
menujukkan individu ini telah mendapat skor yang rendah.

Oleh disebabkan itu, Individu ini boleh ditafsirkan sebagai seorang yang
berasa kecewa bila memikirkan dirinya tidak berupaya mengawal sesuatu keadaan.
Malahan mereka juga rasa bersalah terhadap beberapa perkara buruk yang telah
mereka lakukan pada masa lalu. Selain daripada itu, individu ini tidak mengkritik
dirinya dalam perkara lain contonya individu ini tidak mengelak daripada bertanya
walaupun takut akan salah, dia juga beranggapan membuat kerja yang lebih baik
daripada orang lain. Dia juga berasa puas hati dengan apa yang telah dicapai dan
diperolehi sehingga ini. Inidividu ini juga tidak merasa dirinya gagal walaupun orang
lain membuat kerja yang lebih baik daripadanya dan dia berasa kehidupanya lebih
mengembirakan. Inidividu ini juga tidak rasa dirinya perlu dihukum kerana telah
melakukan kesalahan. Dia beranggapan semua orang mempunyai maslah peribadi
masing-masing dan dia juga tidak takut akan kecewa dalam mengharungi
kehidupan. Dengan ini, boleh dikatakan individu ini adalah seorang yang biasanya
menganggap diri mereka sentiasa betul dan yang bersalah adalah orang lain dan
mengkritik diri sendiri hanya apabila memikirkan perkara buruk yang dilakukan pada
masa lalu.
Berhubungan dengan Ujian Inventori Personaliti Sidek, inidividu ini telah
mendapat 0 peratus skor dalam ciri mengawal. Trait personaliti ini menunjukkan
individu tersebut merupakan seorang yang suka mengawal orang lain atau lebih
suka memimpin daripada dipimpin. Ujian personaliti menunjukkan individu ini
mendapat skor yang rendah.
Oleh disebabkan itu, boleh ditafsirkan bahawa individu ini tidak mempunyai
keinginan supaya orang lain menganggap dirinya sebagai pemimpin. Individu ini
juga tidak membuat keputusan yang penting bersendirian dan dia juga tidak suka
menjadi ketua dan rela menjadi sebagai pengikut. Individu ini juga tidak membuat
keputusan yang muktamad dalam kumpulan. Dia rela berbincang dengan kumpulan
sebelum membuat sebarang keputusan. Disebabkan individu ini tidak mempunyai
ciri mengawal dia tidak akan mengambilalih tugas kepimpinan walaupun suasana
berada dalam keadaan tertekan. Individu ini juga tidak mempengaruhi orang lain
supaya menerima pendapatnya, dia rela memberikan pendapat dan membiarkan
orang lain membuat keputusan. Dia juga tidak suka kepada aktiviti kumpulan dimana
dia terpaksa bertindak sebagai ketua. Individu ini juga tidak mengharapkan

memegang jawatan yang mempunyai autoriti dan juga tidak berminat memilih
perkerjaan di mana dia mempunyai tanggungjawab sepenuhya untuk menyelia.
Dengan ini, boleh dikatakan individu ini adalah seorang yang menunjukkan dia lebih
selesa dipimpin daripada memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah setiausaha,
pragmugari, akauntan, ahli biologi dan lain-lain.
Berhubungan dengan Ujian Inventori Personaliti Sidek, inidividu ini telah
mendapat 30 peratus skor dalam ciri menolong. Trait personaliti ini dikaitkan
dengan individu yang berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan simpati,
kasih sayang dan juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang
lain.
Ujian personaliti menunjukkan individu ini dikategorikan sebagai seorang yang
tidak suka terlibat secara emosi dengan orang lain. Individu lebih memfokuskan
kepada diri sendiri. Perkara ini disebabkan dia tidak sedia memberikan pertolongan
kepada orang lain tanpa mengira pertolongan itu dihargai atau tidak. Dia juga tidak
sanggup meminjamkan barang-barang yang disayangi kepada kawan-kawan yang
memerlukanya. Dia juga tidak berminat dalam menghabiskan masa untuk
menyelesaikan masalah-masalah sosial dan tidak mudah mesra dan tidak mudah
membina persahabatan dengan orang lain. Dia juga tidak percaya bahawa
kebanyakkan orang yang ditemuinya dapat menjadi kawannya. Malahan, dia juga
tidak suka melawat kawan-kawan dan jiran-jiran yang sakit.
Namun begitu, walaupun individu ini mendapat skor yang rendah iaitu 30%
tetapi individu ini boleh ditafsirkan sebagai seorang yang menolong kawan-kawan
yang menghadapi masalah, tidak sampai hati melihat orang lain dihukum walaupun
hanya ianya telah diadili dan dia juga percaya bahawa menolong orang lain adalah
sama penting dengan menolong diri sendiri.
Beralih kepada tret personaliti sokongan pula.Tret personaliti ini pula
memperihalkan kadar kebergantungan individu kepada individu lain untuk kasih
sayang, untuk difahami dan untuk disimpati. Dalam tret personaliti ini, klien telah
memperolehi 20% sahaja. Kadar ini menunjukkan klien tidak suka bergantung
secara emosi kepada orang lain.

Hal ini menandakan bahawa klien lebih suka menyendiri dan tidak suka
bergaul dengan orang lain. Individu merupakan seorang yang introvert, dan pasif.
Individu juga seorang yang pendiam dan pemalu. Klien ini juga boleh dikatakan
kurang keyakinan diri dan telah mengalami pengalaman-pengalaman negatif pada
masa lampau yang membuatkannya kegersangan kasih sayang namun tidak pernah
dikasihi. Oleh itu, klien ini kian menyepi dan menyendiri dan tidak suka bergantung
secara emosi kepada orang lain. Dalam konteks lain, klien ini juga boleh dikatakan
sebagai orang yang suka berdiri di atas kaki sendiri dan juga berani menempuhi
kehidupan tanpa bantuan. Orang seperti in , juga disifatkan sebagai orang yang
mementingkan diri sendiri.
Tret personaliti seterusnya ialah, struktur. Tret personaliti ini merujuk kepada
kadar kekemasan, pengawalan, organisasi kerja, disiplin seseorang individu. Bagi
tret personaliti ini, klien telah memperoleh kadar sebanyak 40%. Hal ini jelas
menunjukkan, individu yang telah dilibatkan dalam melakukan Inventori Personaliti
Sidek ini, merupakan seorang yang sederhana tahap strukturnya.
Klien ini, sederhana teliti dan sederhana kemas.. Klien ini melakukan rutin
yang berulang-ulang namun hanya untuk tempoh yang pendek. Klien ini kurang
cekap dalam menyimpan dan menguru data. Kadang kala klien ini , agak kalut
apabila diberikan tugas-tugas yang memerlukan disiplin dan pengwasan yang tinggi.
Klien ini juga ,sederhana dalam mengoraganisasi dokumen atau barangan. Klien
seperti tidak cenderung dalam bidang yang memerlukan ketelitian dan struktur yang
tinggi seperti pengusahawanan , penyimpan data, dan setiausaha. Namun, klien ini
sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan struktur pada aras
sederhana.
Tret personaliti yang seterusnya ialah, pencapaian. Pencapaian bermaksud,
daya saing dan motivasi intrinsik individu ke arah mencapai kejayaan,
kecemerlangan ataupun hasrat yang ditetapkan. Klien yang telah dipilh telah
mendapat, 40%. Hal ini bermaksud, klien ini mempunyai, daya saing dan motivasi
intrinsik dalam kadar sederhana.
Peratusan itu menandakan bahawa, klien merupakan seorang yang kurang
bermotivasi dan kurang daya saing. Klien ini juga boleh ditakrifkan sebagai seorang

yang kurang keyakinan diri dan agak rendah diri. Klien ini, kurang mencapai
kejayaan sepanjang hidupnya setakat ini. Klien lebih percaya kepada nasib dan
takdir kehidupan. Klien ini, agak mudah menyerah kalah dan kurang semangat
perjuangan. Klien ini tidak sedar akan kebolehan diri dan kurang berusaha untuk
mempamerkan sesuatu. Dalam kelas, klien ini adalah seorang murid yang
sederhana dan terus kekal begitu sehingga hari ini. Klien juga, suka bergaul degan
individu sepertinya.
Tret personaliti yang terakhir yang terdapat dalam inventori personaliti Sidek
ialah, penipuan. Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran
responden dalam menjawab item ujian. Skor 50% menunjukkan responden
cenderung untuk tidak jujur dalam memberikan jawapan dan dengan itu, profil yang
diperolehi adalah tidak boleh dipercayai. Skala ini merupakan skala validiti dan telah
dimasukkan ke dalam alat ukuran IPS pada tahun 1998. Individu ini telah mendapat
40% dalam tret personaliti ini.
Hal ini menunjukkan klien telah mengalami gangguan dalam ujian inventori
ini. Individu ini telah memberi jawapan yang kurang munasabah. Hal ini adalah
kerana individu mengalami gangguan semasa menjawab soalan. Individu telah cuba
berkomunikasi dengan individu lain sebelum menjawab soaln ujian inventori ini.
Inventori Personaliti Sidek ini merupakan antara inventori yang berkesan
untuk mengenalpasti personaliti seseorang individu berdasarkan soalan-soalan yang
dijawab. Inventori ini amat sesuai untuk semua individu tidak kira usia ataupun
jantina.

You might also like