You are on page 1of 2

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/pendemokrasian-pendidikan.html

5:19 AM abam ming No comments
Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan supaya
setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta
kemudahan yang disediakan. Dengan kata lain, di bawah proses mendemokrasikan pendidikan ,
setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis
sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum , agama
atau latar belakangnya.


Kepentingan pendekmokrasian pendidikan jelas diperlihatkan apabila ia dapat membasmi
masalah buta huruf dalam kalangan penduduk dalam negara-negara kurang maju, keadaan ini
dibuktikan dengan pelaksanaan sistem pendidikan melalui pendemokrasian yang memberi
pendidikan kepada semua masyarakat di luar bandar. Selain itu, pendemokrasian pendidikan juga
dapat merapatkan jurang pencapaian akademik kerana ketidaksamaan peluang dalam pendidikan.
Jurang pencapaian akademik dipengaruhi oleh perbezaan kelas sosial, perbezaan sosialisasi
bahasa dan perbezaan lokasi dan luar bandar.

Mengikut kajian Pierre Bourdieu (1930), ahli sosiologi pendidikan dari Perancis, pencapaian
persekolahan seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu
bapanya, dan tahap pendidikan ibu bapa adalah lebih banyak mempengaruhi pencapaian
persekolahan anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat. Isu ini juga
dapat meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap pendidikan serta perkembangan terkini
dan seterusnya menimbulkan minat mereka terhadap pendidikan secara amnya dan khususnya
terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Maka, tidak akan wujud lagi alasan tidak menghantar anak-anak ke sekolah disebabkan desakan
hidup. Seterusnya, pendemokrasian pendidikan turut memberi kesedaran kepada pelajar tentang
kepentingan pendidikan untuk masa depan diri serta kepentingannya dalam menentukan
kelangsungan atau kesinambungan kegemilangan negara.

Slogan satu Malaysia mempunyai kesinambungan dengan pendemokrasian pendidikan ini.
satu Malaysia mendahulukan rakyat dalam segala aspek tidak mengira kaum dan bangsa
terutamanya dalam pendidikan. Sistem pendidikan selama ini tidak pernah mengabaikan mana-
mana golongan masyarakat sama ada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu serta kanak-
kanak down syndrome juga mendapat pendidikan dalam negara.

Oleh sebab itu, kewujudan institusi pendidikan swasta dan pelbagai jenis sekolah iaitu SK,
SKJ(C), SKJ(T) dan sebagainya merupakan sebahagian daripada agenda pendemokrasian
pendidikan. Tidak cukup dengan itu, langkah sokongan untuk memantapkan lagi pelaksanaan
agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini iaitu bantuan buku-buku teks melalui Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian biasiswa
oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain agensi bagi mereka yang layak bertujuan agar
kemiskinan tidak dijadikan alasan seseorang itu tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Hal ini jelas memperlihatkan langkah kerajaan untuk membangunkan pendidikan dalam
kalangan rakyat supaya tidak ada lagi golongan yang hilang dalam arus pendidikan terutamanya
generasi yang akan menjadi peneraju pucuk pimpinan kelak.

Oleh sebab itu, pendekatan, pelaksanaan dan amalan pendemokrasian pendidikan haruslah dinilai
dengan membuat perbandingan dengan negara-negara yang lebih maju agar hasrat kerajaan
untuk membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia akan terlaksana.

You might also like