You are on page 1of 4

3.

0 Peranan sebagai pembimbing dalam membantu kanak-kanak bagi meningkatkan


kesejahteraan diri dan celik akal.

Bimbingan merupakan sebahagian daripada tugas pengajaran. Sama ada
dikehendaki atau tidak seseorang guru tidak dapat mengelakkan daripada tugas memberi
bimbingan. Dalam pengajarannya setiap hari, murid-murid mungkin mengemukakan
pelbagai masalah mengenai pelajaran dan sosioemosi. Sebagai guru yang berdedikasi,
kita perlu berusaha untuk mengendalikan penyelesaian masalah-masalah tersebut.
Antara langkah yang perlu diambil bagi membimbing dan membantu kanak-kanak
bermasalah tadi dalam meningkatkan kesejahteraProses bimbingan akan menjadi lebih
mudah sekiranya hubungan antara guru dan murid adalah positif. Menurut Buchheimer dan
Balogh (1961) menjelaskan:
The counselor as a collaborator as he work with the client in the process of
self-exploration, problem-solving and gaining new perceptions into a persons
life situation. The counseling process is both intimate and objective.
Intimate yang dimaksudkan adalah hubungan dua insan yang begitu rapat dan
masing-masing dapat meluahkan perasaan secara jujur dan ikhlas. Walaupun hanya
berperanan sebagai pembimbing namun tidak dapat disangkal bahawa hubungan yang baik
adalah perlu kerana apabila hubungan ini berjaya dibina, murid tidak akan teragak-agak
untuk berkongsi masalah dengan guru. Justeru proses pembinaan hubungan melibatkan
hubungan dan interaksi yang baik antara guru dengan murid ini akan melahirkan
kepercayaan dalam diri murid dan memungkinkan mereka untuk berterus terang dan
berkongsi masalah yang dihadapi. Rappo amat penting dalam membina kepercayaan antara
guru dan murid.

Setelah dapat membina hubungan baik dengan murid, peranan guru yang
lain ialah mengesan masalah atau keadaan -keadaan yang tidak memuaskan yang boleh
menjejaskan pencapaian murid sama ada pencapaian akademik mahupun yang bukan
akademik contohnya masalah sosial seperti pergaulan dengan rakan sebaya atau
komunikasi dengan guru. Kebiasaannya, masalah murid tidak dapat dikesan oleh guru yang
jarang bersama murid atau dalam erti kata lain oleh guru yang tidak mengajar di dalam
kelas. Oleh itu, menjadi tugas guru biasa untuk mengesan masalah murid dari peringkat
awal supaya langkah-langkah yang sepatutnya dapat diambil bagi membantu murid
mengatasi masalah yang dihadapinya. Contohnya, bagi masalah murid yang telah saya
kenal pasti ini, dia mempunyai masalah dalam pergaulan rakan dimana tidak ramai murid
perempuan yang ingin berkawan atau yang ingin berkomunikasi dengan Afasya (murid yang
bermasalah), oleh itu, sebagai guru saya boleh melibatkan dia dalam aktiviti kumpulan yang
melibatkan kerjasama setiap kumpulan. Dari situ, saya dapat menggalakkan murid lain
untuk berkomunikasi dengan Afasya serta dapat membantu Afasya melibatkan diri dengan
aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga seharusnya
menasihati murid tidak kira dalam apa jua aspek.

Selain itu, pembimbing juga berperanan untuk mencari atau mengenalpasti
kebolehan atau minat murid yang boleh diperkembangkan. Ini kerana, murid yang
bermasalah ini mungkin sukar dibentuk dari segi akademik (jika yang bermasalah akademik)
namun tidak bermaksud mereka tidak mempunyai keistimewaan. Mungkin bakat atau
kebolehan tidak terserlah seperti murid lain dan inilah yang perlu diketengahkan oleh guru.
Namun, minat atau tingkahlaku yang ingin digilap haruslah berdasarkan potensi yang ada
dalam diri murid. Sekiranya bakat atau kebolehan boleh dikenalpasti dan digilap, pasti ianya
akan membawa satu perubahan besar dalam diri murid. Menurut Gardner (1983) terdapat
lapan kecerdasan pelbagai yang dapat dijadikan panduan guru dalam mendorong
pembelajaran murid serta meransang murid untuk membina masa depan mereka
berdasarkan kelebihan yang dimiliki mereka(murid). Walaupun perkara ini nampak mudah,
namun ramai guru yang mengambil mudah tentang strategi pembelajaran menggunakan
kecerdasan pelbagai. Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menilai atau
mengenal pasti kecerdasan murid dan mengetengahkannya sekiranya perlu. Semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran bersama murid lima Tekun (kelas Afasya), saya dapat melihat
bahawa Afasya adalah seorang yang mempunyai kecerdasan linguistik dimana dia dapat
menjawab soalan dengan laras bahasa yang bagus dan jelas. Masalah timbul apabila
Afasya mula memberi respon, terdapat murid yang menyangkal jawapan atau memotong
percakapannya. Perkara ini membuatkan Afasya berasa rendah diri dan hanya
berkomunikasi apabila guru berada dekat dengan dia. Selain itu, dia juga mempunyai bakat
dalam seni. Dia mampu menghasilkan lukisan yang cantik walaupun mempunyai kecacatan
fizikal pada pergelangan tangan dan jari. Oleh itu, saya perlu menggilap kebolehan
berkomunikasi Afasya dengan lebih baik disamping membantunya meningkatkan keyakinan
diri.
Dalam proses membimbing, guru juga berperanan untuk memberi kesedaran
kepada murid dari peringkat awal. Contohnya, sekiranya murid tersebut membuat sesuatu
yang menyalahi peraturan sekolah, guru perlu terus menegur dengan cara yang terbaik agar
murid tersebut tahu bahawa dia sedang melakukan kesalahan. Dengan ini, murid boleh
dibantu untuk membuat keputusan yang rasional dan dapat terus memupuk sikap positif
dalam diri murid. Guru juga boleh membantu menyelesaikan masalah murid secara
berperingkat dan boleh melihat perkembangan yang positif yang sepatutnya terbina dalam
diri murid. Namun, tidak semua murid boleh menerima teguran dengan malah ada juga yang
akan menunjukkan protes terhadap guru. Pada waktu ini, guru tidak boleh berputus asa atau
terus mengendahkan murid tersebut sebaliknya terus perlu mencari alternatif lain untuk
membantu murid tersebut. Guru harus menolong murid membentuk tabiat kerja yang baik
dan menghargai kerja yang diamanahkan. Ini bermakna guru harus membantu murid
memupuk tabiat melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan sempurna. Bagi masalah
Afasya, dia bukanlah seorang yang mempunyai displin diri yang tidak baik, malah saya
dapat merasakan dia takut akan peraturan sekolah namun dia tidak mengubah perkara
diluar kemampuannya contohnya kesalahan tidak memakai baju pendidikan jasmani kerana
dia tidak mampu membeli baju tersebut. Sebagai guru, saya tidak rasa saya tidak patut
memaksanya membeli baju tersebut atau membayar yuran sekolah kerana bimbang ini akan
menjejaskan emosinya dan mendorongnya untuk tidak hadir ke sekolah. Oleh itu, saya
cuma meminta Afasya memakai baju t-shirt berwarna putih pada setiap waktu pendidikan
jasmani. Ternyata dia mampu melaksanakannya dan saya dapat melihat dia seronok dapat
melakukan aktiviti di padang memandangkan sebelum ini dia tidak melakukan aktiviti di
padang kerana memakai baju kurung sekolah.

Antara peranan lain ialah dengan menjadi pelapor kepada kaunselor atau guru
bimbingan yang terdapat di sekolah. Ini kerana, guru kaunselor tidak dapat memerhati atau
mengenal pasti murid yang bermasalah ini dengan hanya melihat tingkah laku mereka di
perhimpunan atau semasa membantu menjadi guru ganti di adalam kelas tidak kurang juga
ketika program-program sekolah kerana kebiasaannya hanya mereka yang rapat dapat
mengenali tingkah laku murid dengan lebih mendalam. Oleh itu, menjadi tanggungjawab
guru biasa untuk menjadi pingintip, pelapor serta pembantu kepada kaunselor dalam usaha
untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada murid yang berkenaan.
Walaupun guru mempunyai banyak peranan yang sedikit sebanyak dapat membantu
meningkat kesejahteraan murid, namun teknik serta terapi yang digunakan oleh unit
bimbingan dan kaunseling adalah lebih terjamin. Malah guru kaunseling sendiri mempunyai
personaliti atau kebolehan yang terlatih untuk membantu kliennya menyelesaikan masalah.


Selain itu, saya juga perlu membantu Afasya meningkatkan keupayaan belajar
memandangkan dia berada di kelas terakhir bagi darjah lima. Walaupun perkara ini adalah
sukar namun saya berpendapat bahawa jika tidak dimulakan maka kita tidak dapat tahu
kesudahannya.

Selain itu, guru juga boleh bekerjasama dengan ibu bapa dalam hal perkembangan
murid, khasnya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Guru haruslah berkenal mesra
dengan ibu bapa dan murid supaya dapat mengetahui latar belakang murid sekolahnya.Ini
membolehkan guru mengenali setiap murid dengan lebih dekat dan memahami masalah
mereka serta memudahkan guru memberi bimbingan dan kaunseling untuk mereka.
Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada
murid, ibu bapa dan guru. Murid akan merasakan pembelajaran bukan sahaja diperolehi
daripada guru di sekolah tetapi boleh diteruskan di rumah. Guru pula akan dapat
mengembangkan peranan professional mereka sebagai pemudahcara pembelajaran
kepada ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa sebaliknya pula boleh menambah pengetahuan,
kemahiran dan keyakinan untuk membantu pembelajaran anak mereka melalui taklimat dan
perkongsian ilmu daripada guru. Oleh itu, penglibatan ibu bapa adalah perlu bagi membantu
mereka untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluankeperluannya dan
peluangpeluang lain sekelilingnya selain bertjuan bertujuan untuk menambahkan kebolehan
memberi sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri. Guru biasalah yang
berperanan untuk membawa masuk campur tangan ibu bapa dengan cara berjumpa atau
mengadakan sesi taklimat bersama ibu bapa bagi membincangkan masalah kanak-kanak
dengan lebih lanjut. Bagi masalah Afasya, saya difahamkan bahawa guru kelasnya telah
mengadakan perjumpaan besama bapa Afasya dan beberapa persetujuan telah dicapai
dalam membantu Afasya mendapatkan bantuan dan bimbingan yang sesuai dengannya.

You might also like