You are on page 1of 3

Teknik Latihan Lari Berganti-ganti

Latihan mendorong
a) Berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan cuba menyentuh pinggul kawan yang
berlari di hadapan.
b) Berlari berpasangan depan belakang. Pelari hadapan hulur tangan ke bawah dan ke
belakang. Pelari belakang menepuk tapak tangan pelari hadapan. Ulang.
c) Ulang latih tubi (b). Selepas menepuk tangan pelari hadapan, pelari belakang meluru
ke hadapan dan menghulurkan tangan. Pelari belakang menepuk tapak tangan pelari
hadapan dan berlari ke hadapan . Ulang.
d) Berlari dalam kumpulan empat orang. Pelari terakhir (keempat) memberi isyarat up
kepada pelari ketiga dan menyentuh tapak tangan yang dihulurkan. Selepas itu pelari
ketiga melakukan perkara yang sama kepada pelari kedua. Pelari kedua meneruskan
lakuan ini. Ulang beberapa kali.
Latihan hantaran baton secara statik
a) Dalam kumpulan empat orang, berdiri satu meter antara pelari. Pelari belakang mula
dengan memberi isyarat up. Bila isyarat diberi pelari hadapan menghulurkan tangan
(tapak tangan ke atas) untuk di sentuh. Pelari kedua menghulurkan tangn kiri, pelari
ketiga tangan kanan dan pelari empat tangan kiri.
Latihan hantaran baton secara dinamik
a) Berempat buat hantaran dalam kawasan yang telah ditetapkan.
b) Latihan dalam lorong-lorong balapan dengan zon-zon penukaran baton. Secara
berpasangan pelari menanda berpasangan pelari menanda titik tanda sendiri dan
membuat latihan hantaran baton.





Latihan ansur maju penukaran baton
(a) Latihan Statik Berpasangan melibatkan dua peserta
- Atlit A perlu berada lebih kurang 1 meter belakang atlit B.
- Atlit A memberi isyarat kepada atlit B.
- Atlit B menghulurkan tangan kanannya ke belakang.
- Atlit B menarik tangannya ke hadapan sebaik sahaja atlit A menepuknya dengan
tangan kiri.

(b) Latihan Bergerak Berpasangan memerlukan 2 peserta
- Dilakukan sambil berlari anak (joging)
- Atlit A akan berlari ke hadapan atlit B setelah baton kepadanya.
- Atlit B pula menghantar baton kepada atlit A.


(c) Latihan Bergerak Berpasangan asingkan kedudukan
- kedua-dua peserta dalam jarak lebih kurang 30 meter.
- Atlit A berlari dan apabila dia sampai di tandaan.
- Atlit B pula mula berlari.
- Atlit A terus mengejar atlit B untuk memberi baton kepadanya.
- Jarak tandaan bolehlah diubah mengikut kesesuaian.

Latihan-latihan tersebut boleh dijalankan oleh 4 hingga 6 orang peserta di dalam satu
barisan. Semasa menjalankan latihan hendaklah menggalakkan memerhati kawan-
kawan dan meneliti sama ada teknik atau cara yang dipraktiskan betul atau tidak.

You might also like