You are on page 1of 16

ANATOMI DAN FISIOLOGI

SISTEM TENAGA
ANAEROBIK ALAKTIK
Juga dikenali sebagai sistem tenaga ATP-PC.
Sistem ini TIDAK menghasilkan fosfat kerana
fosfat disimpan dengan banyaknya di otot-otot
manusia.
Di dalam otot manusia terdapat ruangan
penyimpanan fosfat yang dikenali sebagai
fosfokreatin atau Creatine phosphate (Pcr).
Fungsi utama Pcr adalah MENYIMPAN fosfat
untuk digunakan dalam kadar segera semasa
otot bekerja.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, sistem
tenaga ini digunakan oleh tubuh badan dalam
kadar yang singkat.
Pcr TIDAK menjana fosfat dengan sendiri
apabila bekalan fosfat habis.
Ini bermaksud, apabila bekalan fosfat habis
digunakan, tubuh badan akan beralih kepada
sistem tenaga kedua.
Sistem tenaga ini sinonim dengan sukan-sukan yang
menggunakan fosfat secara maksimum.
Antara jenis-jenis sukan yang menggunakan sistem
tenaga ini adalah seperti 100m, angkt berat, lompat
kijang, lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah,
lontar peluru, rejam lembing, lempar cekera.
Namun demikian, terdapat juga beberapa perlakuan
pada sukan-sukan yang sinonim menggunakan sistem
tenaga anaerobik laktik dan aerobik tetapi tidaklah
mempunyai peratus yang tinggi penggunaan seperti
sukan-sukan yang menggunakan sistem tenaga ini.
Antara perlakuan dalam sukan yang
menggunakan sistem tenaga ini adalah seperti
servis dalam permainan bola tampar, servis
dalam sukan takraw, smash dalam sukan
badminton, menjaring dalam sukan bola
baling, melompat bagi penjaga gol bola sepak,
bola baling.

Ciri-ciri
Disimpan dalam fiber otot (Pcr) semasa
bekerja/penguncupan.
Penggunaannya singkat.
Tanpa menggunakan oksigen, karbohidrat
atau mana-mana bahan kimia dalam tubuh.
Penghasilan tenaga (pi) akan berlaku apabila
ikatan tiga fosfat (ATP) meletupkan satu fosfat
(ADP).
ANAEROBIK LAKTIK
Sistem ini juga dikenali sebagai glikolisis
anaerobik.
Merupakan sistem tenaga kedua selepas
anaerobik alaktik.
Penjanaan fosfat sebagai sumber tenaga
merupakan tindak balas otot apabila bekalan
fosfat habis digunakan pada sistem tenaga
pertama (anaerobik alaktik).
Apabila bekalan fosfat di otot (Pcr) habis
digunakan, tubuh badan automatiknya akan
menggunakan glikogen yang disimpan didalam
otot dan hati (yang akan ditukarkan kepada
glukosa) untuk menghasilkan bekalan fosfat.
Penggunaan glikogen sebagai sumber utama
penghasilan glukosa untuk dijadikan fosfat
berlaku berperingkat-peringkat.
Sistem tenaga ini TIDAK memerlukan oksigen
dalam penghasilan fosfat.
Proses pembakaran glikogen untuk
menghasilkan glukosa akan menghasilkan asid
piruvik.
Asid piruvik inilah yang akan bertukar menjadi
asid laktik apabila ada kehadiran oksigen
(sistem respirasi).

Antara sukan yang sinonim menggunakan
sistem tenaga ini adalah seperti 200m, 400m,
800m.
Manakala perlakuan yang menggunakan
sistem tenaga ini adalah seperti riley dalam
sukan badminton, berlari dalam sukan-sukan
berpasukan seperti bola sepak, hoki, bola
baling, gimnastik (disiplin alat dan lantai).
Ciri-ciri
TIDAK memerlukan oksigen.
Tempoh masa 10 saat hingga 3 minit.
Menggunakan pembakaran glikogen untuk
menghasilkan glukosa (glukosa diperlukan
untuk menghasilkan fosfat).
Penggunaan sistem tenaga ini menyebabkan
kelesuan.
SISTEM AEROBIK
Sistem ini juga dikenali sebagai sistem oksigen
kerana menggunakan sepenuhnya oksigen
untuk menghasilkan fosfat.
Sistem tenaga ini tidaklah sehebat dengan
sistem tenaga anaerobik (alaktik dan laktik)
namun penggunaannya boleh bertahan untuk
jangka masa yang panjang.
Tindak balas otot yang mengalami kelesuan
otot akan menggunakan sistem tenaga ini.
Penghasilan fosfat dalam sistem tenaga ini
akan mengalami 3 proses iaitu glikolisis
aerobik, kitaran krebs dan rangkaian
pengangkutan elektron.
Melalui ketiga-tiga proses itulah penghasilan
fosfat untuk membolehkan penguncupan otot
dilakukan walaupun dalam kadar yang
perlahan.
Jenis-jenis sukan yang sinonim menggunakan
sistem tenaga ini adalah seperti marathon,
1500m, 5000m, jalan kaki, sukan-sukan
berpasukan seperti ragbi, bola sepak, hoki,
bola baling, renang, berbasikal (lebuhraya).

Ciri-ciri
Penghasilan kerja/penguncupan otot perlahan
tetapi berlaku dengan tempoh masa yang
panjang.
Penggunaan oksigen sepenuhnya.
Menjana fosfat yang sedikit tetapi tidak
berhenti.

You might also like