You are on page 1of 17

Topik

10
1. 2. 3. 4. 5.
Aplikasi Dalam Pengajaran
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Mengaplikasikan pendekatan teori peng
ajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi murid sekolah rendah dan menengah; Meng
huraikan pedagogi pengajaran; Menyediakan soalan-soalan untuk menilai penguasaan
pelajar berasaskan lima jenis ujian bahasa. Menghuraikan konsep penilaian dan p
emulihan; dan Menunjukkan perbezaan antara kaedah dan teknik pengajaran.
PENGENALAN
Sesetengah ahli bahasa memberikan penekanan kepada aspek peranan atau fungsi bah
asa sebagai alat komuniksai. Sesetengahnya pula memberikan penekanan kepada aspe
k struktur, ayat, perenggan dan wacana. Terdapat beberapa orang ahli bahasa meng
emukakan pandangan yang mengandaikan bahawa pengetahuan bahasa dan aspek-aspek y
ang berkaitan dengan proses penghasilan dan pemahaman bahasa adalah berbentuk di
kotomi, iaitu wujud dalam bentuk dua lapis. Bentuk atau lapisan pertama ialah pe
ngetahuan abstrak, wujud dalam akal budi atau minda yang juga dikenali sebagai s
truktur dalam. Bentuk kedua ialah bentuk yang tertera jelas, sama ada dalam bent
uk yang boleh ditanggapi oleh pancaindera yang dikenali sebagai struktur permuka
an. Chomsky adalah salah seorang ahli bahasa yang berpegang kepada konsep bahawa
bahasa yang dikatakan bersifat dikotomi. Jelasnya, bahasa wujud dalam dua tatat
ingkat.
TOPIK 10
APLIKASI DALAM PENGAJARAN
105
10.1
APLIKASI TEORI DALAM PENGAJARAN
Jika anda meneliti strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa, anda akan mendap
ati bahawa pandangan-pandangan atau prinsip-prinsip yang mendasari pelbagai bent
uk pengajaran bahasa adalah sejajar dengan pandangan-pandangan yang dikemukakan
oleh sarjana-sarjana linguistik. Strategi yang banyak diaplikasikan oleh guru-gu
ru bahasa pada masa ini adalah sesuai dengan pandangan de Saussure dan Firth yan
g mementingkan teori komunikasi dalam keperihalan keadaan yang berbagai-bagai. M
enurut Bloomfield, latih tubi adalah penting dalam membina sesuatu tabiat berbah
asa. Ciri utama strategi adalah seperti yang dinyatakan oleh Steinberg (terj. Az
har M. Simin, 1990: 264), iaitu dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa,
Ahli bahasa lebih suka menggunakan latih tubi. Kepentingan latih tubi adalah berfokus
kepada prinsip rangsangan dan gerak balas. Manakala itu, prinsip-prinsip berasa
skan pandangan Chomsky dan pengikutpengikutnya adalah tertumpu kepada pengetahua
n nahu. Ini adalah selaras dengan pandangan Chomsky bahawa aspek nahu atau sinta
ksis adalah penting dalam menghuraikan berbagai-bagai aspek kebahasaan. Pada das
arnya, strategi ini melibatkan dua komponen, iaitu: kajian terperinci terhadap r
umus nahu; dan perbendaharaan kata dan penggunaan terjemahan.
10.1.1
Pendekatan Teori yang Sesuai dengan Pelajar Sekolah Rendah
Sebagai seorang pendidik, anda pasti ingin mengetahui apakah teori yang sesuai d
igunakan untuk pelajar anda. Untuk pengetahuan anda, pendekatan teori kognitif a
dalah sesuai dengan pelajar sekolah rendah. Kognitif ialah kata pinjaman daripad
a bahasa Inggeris, iaitu cognitive. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang membawa
makna yang serupa ialah akal, pemikiran atau ingatan. Menurut ahli-ahli kognitif
tingkah laku manusia adalah sejajar dengan perubahan kognitif. Perubahan bentuk
lakuan adalah bergantung pada kuantiti maklumat-maklumat baharu yang telah diter
ima oleh manusia. Ahli-ahli kognitif juga turut mengambil kira proses persepsi y
ang terlibat dan pengetahuan serta pengalaman yang sedia ada dalam akal budi. Ha
kikatnya,
106
TOPIK 10
APLIKASI DALAM PENGAJARAN
proses pembelajaran adalah bersifat evolusi, iaitu mempelajari bahasa sedikit de
mi sedikit. Ahli-ahli kognitif berpandangan bahawa pengajaran bahasa yang berter
askan teori-teori kognitif ialah pengajaran yang mementingkan aspek pemahaman at
au perubahan mental. Proses pengajaran hanya akan dianggap berjaya apabila berla
ku perubahan mental dalam diri pelajar, iaitu bertambahnya maklumat yang tersimp
an dalam ingatan jangka panjang. Ahli-ahli kognitif menerapkan kaedah-kaedah pen
gajaran yang mementingkan aspek pemahaman atau mengutamakan pemerolehan makna da
ripada bahan bacaan. Berikut merupakan beberapa pendekatan proses oleh ahli-ahli
kognitif dalam mengaplikasikan pengajaran: Guru menyerapkan kaedah yang memulak
an pengajaran dengan unsurunsur yang bermakna. Unsur-unsur yang lebih kecil dari
pada morfem diperkenalkan kemudian selepas dipaparkan unsur-unsur yang bermakna.
Contohnya, pengajaran membaca permulaan mengikut pendekatan ini bergerak daripa
da unsur-unsur yang lebih besar kepada unsur-unsur yang lebih kecil. Pengajaran
dimulakan dengan unsur-unsur yang bermakna seperti ayat, frasa, atau perkataan,
selain memperkenalkan suku kata dan abjad.
Berikut pula adalah dua kaedah dan beberapa aktiviti yang boleh dijalankan semas
a proses pembelajaran bahasa:
TOPIK 10
APLIKASI DALAM PENGAJARAN
107
(a)
Kaedah Kalimat
(b)
Pengajaran Rumus
108
TOPIK 10
APLIKASI DALAM PENGAJARAN
10.1.2
Pendekatan Teori yang Sesuai dengan Pelajar Sekolah Menengah
Setelah anda mengetahui pendekatan teori yang sesuai untuk pelajar sekolah renda
h, anda pasti tertanyatanya apa pula pendekatan teori yang sesuai untuk pelajar
sekolah menengah? Pendekatan teori kesahan psikologi sesuai dengan pelajar sekol
ah menengah. Kesahan psikologi ialah konsep keilmuan yang mengandaikan bahawa hu
raian yang dikemukakan untuk menjelaskan sesuatu perkara, sewajarnya menepati pe
rkara sebenarnya yang berlaku yang harus bertepatan dengan realiti. Jika anda me
rujuk kepada nahu atau tatabahasa, maka huraian yang dikemukakan oleh nahu terse
but akan dianggap memenuhi kriteria kesahan psikologi (Steinberg, 1982: 188). Da
lam memberikan huraian tentang proses penggunaan bahasa pula, sesuatu teori gera
k laku bahasa dikatakan sah dari sudut konsep kesahan psikologi apabila huraian
itu dapat menerangkan secara wajar lakuan penutur dalam menukarkan sesuatu idea
atau pemikiran kepada bunyi-bunyi bahasa semasa proses penghasilan output bahasa
. Chomsky (1985: 101) menerangkan bahawa secara teknikal, teori linguistik adala
h teori mentalisme kerana teori ini terlibat dalam hal menemukan hakikat mentali
sme yang mendasari gerak laku sebenarnya. Berasaskan pendekatan ini, pengetahuan
akan memungkinkan pengguna bahasa menggunakan unsur-unsur yang terkandung dalam
sesuatu bahasa secara tepat dan berkesan. Maksudnya, akal budi pengguna bahasa
telah dibekalkan dengan pengetahuan bahasa yang bersifat utuh atau menyeluruh da
lam jumlah berpada. Berdasarkan pendekatan teori yang sesuai bagi sekolah meneng
ah, pelajar memerlukan pengetahuan tentang dua aspek kebahasaan, iaitu: pengetah
uan tentang rumus-rumus nahu; dan kemahiran untuk mengemukakan output bahasa, se
lain mentafsir input bahasa dengan wajar dan tepat. Aspek kenahuan merujuk kepad
a kebolehan menyusun unsur-unsur bahasa dalam urutan linear atau dalam susunan s
elari secara betul, manakala kemahiran mengutarakan output dan mentafsir input m
erujuk kepada keupayaan untuk membuat pilihan yang tepat daripada pelbagai pilih
an yang ada. Dengan
TOPIK 10
APLIKASI DALAM PENGAJARAN
109
pengertian lain, aspek pertama melibatkan pengetahuan tentang struktur atau bent
uk ayat, manakala aspek kedua tentang kecekapan memilih unsur-unsur atau kosa ka
ta yang tepat yang bersesuaian dengan keperihalan keadaan sesebuah ayat. Untuk m
emastikan wujud kesahihan tentang kesahan psikologi, sesuatu program pengajaran
bahasa seharusnya mengambil kira beberapa aspek pengajaran seperti berikut: (i)
(ii) Pengetahuan nahu dan kekangan-kekangan sosial semasa berbahasa. Akal budi p
elajar sekolah menengah sewajarnya mengandung kedua-dua aspek pengetahuan bahasa
.
Selain kemahiran lisan, seseorang pelajar yang unggul harus dapat menyampaikan h
asratnya secara bertulis. Ini kerana dalam dunia yang serba moden, budaya berbah
asa lisan dalam proses penyampaian maklumat semakin hari semakin diganti oleh bu
daya bertulis. Jika kemudahan telekomunikasi semakin hari semakin mementingkan k
emahiran penulisan, setiap pelajar menengah seharusnya menguasai kemahiran menul
is dengan baik. Kemahiran berbahasa di peringkat ayat belum mampu memungkinkan s
eseorang pelajar sekolah menengah menjadi pengguna bahasa berkesan. Ini kerana b
ahasa tidak digunakan dalam suatu lowongan atau vacuum, tetapi bahasa adalah ala
t komunikasi dalam keperihalan keadaan yang pelbagai. Ketaksaan makna, sama ada
yang bersifat leksikal atau struktur boleh wujud jika ayat-ayat dianalisis secar
a tunggalan atau terpisah daripada keperihalan keadaannya. Ketaksaan sering kali
terjelas apabila ayat diamati dan difahami dalam keperihalan keadaan dengan ber
dasarkan kewujudannya (Brown, 1980:190).
10.2
PEDAGOGI PENGAJARAN
Dalam pengajaran bahasa, seseorang guru yang baik harus sentiasa memikirkan keku
rangan-kekurangan yang ada pada dirinya dalam usaha untuk menghasilkan pengajara
n yang berkesan dengan pencapaian pelajar yang maksimum. Ini juga menggambarkan
bahawa guru perlu mempunyai satu prinsip tentang pedagogi pengajaran.
110
TOPIK 10
APLIKASI DALAM PENGAJARAN
Berhubung dengan prinsip-prinsip tersebut, anda akan menerima paparan tentang du
a sudut pengajaran yang berasaskan aliran Behaviorisme, Kognitif dan Interaksion
alisme. Prinsip pengajaran bahasa berasaskan aliran Behaviorisme adalah berhubun
g dengan teori-teori pemerolehan bahasa yang berkisar kepada enam prinsip yang l
ebih umum, iaitu:
Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Prinsip Bahasa lisan menjadi keutamaan. Bahasa adalah sua
tu tabiat. Pengukuhan adalah penting dalam pengajaran. Mengutamakan model bahasa
yang baik. Wujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam pengajaran. Latih
an pembelajaran diperkukuh.
Prinsip pengajaran bahasa berasaskan aliran Kognitif adalah berhubung dengan teo
ri-teori pemerolehan bahasa yang juga berkisar kepada enam prinsip yang lebih um
um, iaitu:
Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Prinsip Pembelajaran merupakan proses mental. Semua kanak
-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan
semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam keadaan normal, kadar perkembangan bah
asa adalah sama bagi kanakkanak dalam peringkat kematangan yang sama. Dalam hura
ian bahasa, penyampaian makna lebih diutamakan. Dalam proses pembelajaran, tulis
an dan bacaan diutamakan. Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan t
atabahasa disampaikan secara formal.
Prinsip pengajaran bahasa berasaskan aliran Interaksionalisme adalah berhubung d
engan teori-teori pemerolehan bahasa yang hanya berkisar kepada tiga prinsip yan
g lebih umum, iaitu:
Bil. 1. 2. 3. Prinsip Dalam sesuatu komunikasi bahasa, penyampaian makna diutama
kan. Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Pengajaran dan
pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugastugas atau aktiviti-aktiv
iti bermakna.
TOPIK 10
APLIKASI DALAM PENGAJARAN
111
10.2.1
Pedagogi yang Sesuai dengan Tahap Pelajar
Dalam aspek pedagogi, konsep pendekatan, kaedah dan teknik sering digunakan dala
m proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut pengamal linguistik Amerika, Antho
ny (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses
pengajaran yang diamalkan dalam pembelajaran sesuatu mata pelajaran supaya sesu
ai dengan tahap pelajar. Jadual 10.1 memberikan anda huraian mengenai beberapa j
enis pendekatan yang diamalkan dalam pembelajaran bahasa.
Jadual 10.1: Beberapa pendekatan serta huraiannya Pendekatan Induktif Huraian Me
libatkan satu proses penaakulan yang tinggi. Pelajar digalakkan mencari, menelit
i dan mempelajari. Pelajar mengemukakan rumusan dengan sesuatu sebab atau contoh
dan membuat generalisasi. Deduktif Mengasaskan pengajaran dan pembelajaran muri
d kepada hukum-hukum tertentu. Menggunakan proses penaakulan yang tinggi. Pembel
ajaran dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan-peraturan
tertentu, menganalisis dan mengaplikasikannya. Eklektik Gabungan beberapa pende
katan. Menggabungkan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan. Tujuan pe
ndekatan adalah untuk menghasilkan strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan
. Sesuai digunakan bagi kelas-kelas yang terdiri daripada pelajar-pelajar pelbag
ai kebolehan. Komunikatif Berpusatkan bentuk-bentuk komunikatif seperti bercerit
a, melapor dan menyampaikan maklumat. Memberikan penekanan kepada penyerapan ben
tuk-bentuk gramatikal untuk tujuan berkomunikasi. Menyerapkan faktor-faktor kogn
itif dan sosiobudaya.
Kaedah pula merujuk kepada satu set siri tindakan guru yang sistematik dengan tu
juan mencapai objektif pelajaran tertentu dalam jangka masa pendek. Kaedah merup
akan cara mendekati sesuatu objektif pelajaran yang penyampaian langkah-langkahn
ya berdasarkan susunan yang teliti dan rapi (sila lihat Jadual
112
TOPIK 10
APLIKASI DALAM PENGAJARAN
10.2). Anthony berpendapat bahawa kaedah merujuk kepada ikhtiar keseluruhan yang
terbentuk dalam satu set prosedur tersusun dengan berlandaskan suatu pendekatan
yang dipilih. Anthony juga membuat rujukan bahawa teknik ialah satu strategi ya
ng digunakan oleh guru untuk mencapai objektif pelajaran yang optimum (sila liha
t Jadual 10.3).
Jadual 10.2: Kaedah dan Huraiannya Kaedah Tatabahasa Terjemahan Huraian Dirancan
g untuk memberikan kemahiran menulis. Menentukan perbendaharaan kata diberikan p
ada awal pelajaran. Kata-kata disusun dalam ayat menerusi hukum tatabahasa. Isi
atau kefahaman tidak dipentingkan sangat, tetapi hanya sebagai latihan tatabahas
a untuk menentukan terjemahan dalam bahasa ibunda. Terus Membolehkan pelajar men
guasai kempat-empat kemahiran berbahasa. Kaedah ini digunakan berlandaskan empat
asas, iaitu perhubungan langsung antara perkataan dan benda, mengaitkan pengala
man, menimbulkan perasaan ingin tahu anak-anak dengan berpandukan lunas-lunas be
rbahasa. Audiolingual Sistem mengekod makna. Digunakan secara linear. Bahasa dia
nalisis secara deskriptif. Bahasa sebagai satu sistem ke arah pembinaan frasa, k
lausa dan ayat. Situasional Pengajaran bahasa dimulakan dengan bahasa pertuturan
. Bahasa sasaran ialah bahasa bilik darjah. Aspek bahasa dilatih mengikut situas
i. Mematuhi perbendaharaan kata. Bahasa dan penulisan diperkenalkan sebaik sahaj
a asas leksikal dan tatabahasa dapat dikuasai pelajar dengan sepenuhnya.
TOPIK 10
APLIKASI DALAM PENGAJARAN
113
Jadual 10.3: Strategi Teknik yang digunakan oleh Guru untuk Mencapai Objektif Pe
lajaran yang Optimum Teknik Bercerita Bersyarah Huraian Pelajar lebih pantas men
umpukan perhatian, di samping menjadikan pembelajaran menyeronokkan. Menerang, m
emberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep. Waktu terlu
ang adalah untuk perbincangan. Berbincang Pelajar dapat memperkembang pertumbuha
n diri dan sosial dengan baik. Mengutamakan pendapat-pendapat dan bekerjasama. L
atih Tubi Memikirkan bahan yang dipelajari. Mengulang bahan yang dipelajari. Men
gucapkan bahan di depan guru. Mengingatkan bahan yang dipelajari. Penyelesaian M
asalah Kenal masalah. Menentukan masalah. Mencadangkan penyelesaian. Meneliti pe
nyelesaian. Membuat kesimpulan. Sumbang Saran Semua pelajar melibatkan diri seca
ra berkomitmen. Ahli-ahli kumpulan boleh mencadangkan pemikiran. Semua idea dite
rima. Pendapat diperkembang. Wujud pemikiran kritis.
10.2.2
Persediaan Pengajaran Mikro
Dalam pengajaran mikro, anda harus bersedia dengan pelbagai aspek, khususnya yan
g melibatkan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar. Walau bagaimanapun, pen
gkhususan haruslah berkisar kepada faktor-faktor berikut: Pemilihan bahan-bahan
pengajaran Pengolahan bahan pengajaran Pembinaan bahan pengajaran Penggunaan bah
an pengajaran
114
TOPIK 10
APLIKASI DALAM PENGAJARAN
(a)
Pemilihan Bahan-Bahan Pengajaran (i) (ii) (iii) (iv) Berkaitan dengan matlamat d
an objektif pengajaran. Bahan mengandung unsur-unsur falsafah pendidikan. Menggu
nakan bahasa secara efektif. Wujud perkaitan antara aspek bahasa dengan proses p
engajaran dan pembelajaran.
(b)
Pengolahan Bahan Pengajaran (i) (ii) (iii) Menjadikan dialog bersifat komunikati
f. Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran ataupun psikologi. Mengg
unakan bahasa autentik.
(c)
Pembinaan Bahan Pengajaran (i) (ii) (iii) Menyampaikan maksud dalam bentuk fungs
i bahasa. Bahasa digunakan secara tepat. Kepelbagaian pengajaran bahasa adalah u
ntuk mendedahkan pelajar dengan variasi bahasa yang digunakan secara meluas dala
m masyarakat. Kemahiran berbahasa harus digabungjalinkan untuk mewujudkan satu s
trategi pembelajaran bermakna.
(iv)
(d)
Penggunaan Bahan Pengajaran (i) (ii) (iii) (iv) Mengikut keperluan pancaindera p
elajar. Pastikan bahan berasaskan sukatan pelajaran bahasa. Bahan mestilah disus
un dengan mengambil kira isi semasa. Kaji jumlah dan kualiti bahan.
AKTIVITI 10.1
(a) (b) Berikan empat contoh, masing-masing bagi pendekatan, kaedah dan teknik p
engajaran. Huraikan langkah-langkah pengajaran mikro dalam bahasa.
TOPIK 10
APLIKASI DALAM PENGAJARAN
115
10.3
PROSES PENILAIAN
Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia a
dalah aktiviti atau proses yang bersistematik untuk mendapatkan maklumat berguna
dalam menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Beri
kut merupakan tatacara pelaksanaan penilaian: (i) (ii) (iii) (iv) Penilaian Form
atif adalah untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses peng
ajaran oleh guru. Tujuan penilaian formatif adalah untuk membantu dan membaiki p
roses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan penilaian adalah untuk pemeringkata
n dan perbandingan antara seorang pelajar dengan seorang pelajar yang lain. Peni
laian Sumatif pula adalah untuk mengesan secara menyeluruh tentang taraf pencapa
ian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ada
lah untuk memberikan markah atau gred kepada seseorang pelajar supaya dapat memb
andingkannya dengan markah pelajar lain dalam kumpulannya.
10.3.1
Soalan-Soalan untuk Menilai Penguasaan Pelajar
Soalan-soalan untuk menilai penguasaan pelajar hendaklah berasaskan kepada jenis
-jenis ujian bahasa. Ujian bahasa yang dimaksudkan adalah seperti berikut: (a) U
jian Pencapaian juga disebut sebagai ujian sumatif. Tujuan ujian ini adalah untu
k menilai hasil pengajaran berdasarkan pengukuran pencapaian pelajar secara meny
eluruh. Ujian Penempatan bertujuan menempatkan pelajar dalam kursus atau kumpula
n tertentu. Pelajar diasingkan mengikut kumpulan. Ujian Bakat adalah khusus untu
k menilai prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa yang
akan dipelajarinya. Ujian Diagnostik adalah untuk mengesan kelemahan-kelemahan a
tau masalah yang dihadapi pelajar dalam proses pembelajaran. Tujuannya adalah un
tuk mengesan daerah-daerah kelemahan dan merancang serta menjalankan aktiviti-ak
tiviti pemulihan. Ujian Formatif dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar
dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran. Ujian ini dijalankan semasa kursus
diadakan dan tujuannya adalah untuk mempercepat proses pembelajaran.
(b) (c) (d)
(e)
116
TOPIK 10
APLIKASI DALAM PENGAJARAN
Jadual 10.4: Bentuk Ujian Ujian Ujian Objektif: Ujian ini ialah ujian yang pende
k-pendek yang melibatkan proses menanda, membulat, menggaris, mengisi tempat kos
ong dan gerak balas ringkas yang lain. Ujian ini dibentuk daripada beberapa item
objektif yang boleh diperiksa secara objektif, iaitu pemeriksa-pemeriksa berlai
nan untuk memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa. U
jian Subjektif: Ujian ini lazimnya berbentuk esei. Calon diminta membuat huraian
tepat dan jelas terhadap soalan-soalan yang diberi. Ujian ini memberikan peluan
g kepada calon untuk memberikan gerak balas dalam tulisan dan perkataan mereka s
endiri. (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Jenis Ujian Item jawapan pendek. Item je
nis pilihan. Item beraneka pilihan. Item betul-salah. Item padanan. Item key lis
t. Item aturan terbaik. Item objektif kloz
(a) Gerak balas terhad (jawapan mengingat kembali dan pendek). (b) Gerak balas l
anjutan (memerlukan jawapan kepada perkataan seperti terangkan, huraikan dan bez
akan).
10.3.2
Langkah-Langkah Membina Ujian
Setelah mengetahui bentuk-bentuk soalan yang sesuai untuk menilai penguasaan pel
ajar, kita bincangkan pula langkah-langkah yang perlu diambil untuk membina soal
an ujian. Rajah 10.1 menunjukkan langkah-langkah membina ujian.
Rajah 10.1: Langkah-langkah membina ujian
TOPIK 10
APLIKASI DALAM PENGAJARAN
117
Kesahan: Sejauh manakah satu-satu bahan ujian dapat mengukur tentang apaapa yang
hendak diukur. Kebolehpercayaan: Melihat ketekalan markah satu-satu ujian dalam
mengukur apa-apa yang hendak diuji. Maksud ketekalan ialah markah yang dihasilk
an dalam satu-satu ujian telah diperoleh pengambil ujian tanpa sebarang gangguan
. Gangguan adalah seperti keletihan, ketegangan, kebimbangan atau faktor-faktor
lain yang menjejaskan pengambil ujian.
10.3.2
Langkah-Langkah Pemulihan dan Pemantapan
Konsep pemulihan dan pemantapan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu pe
lajar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Kegiatan pemulihan biasan
ya dilakukan dalam tempoh jangka masa pendek. Sebagai guru, anda berperanan untu
k mematuhi beberapa prinsip pemulihan dan pemantapan yang telah digariskan. Prin
sip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:
Proses pemulihan pula perlu melalui beberapa peringkat seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 10.2.
118
TOPIK 10
APLIKASI DALAM PENGAJARAN
Rajah 10.2: Peringkat proses pemulihan
SEMAK KENDIRI 10.1
(a) (b) (c) Nyatakan perbezaan antara kaedah dan teknik pengajaran. Sediakan sat
u kaedah pengajaran yang sesuai untuk menulis karangan. Jelaskan ciri-ciri penil
aian dan pemulihan.
Menurut ahli-ahli kognitif, perubahan dalam tingkah laku manusia adalah sejajar
dengan perubahan yang berlaku dalam kognitif. Proses pembelajaran adalah bersifa
t evolusi, iaitu mempelajari bahasa sedikit demi sedikit. Jika anda merujuk kepa
da nahu atau tatabahasa, maka huraian yang dikemukakan oleh nahu tersebut akan d
ianggap memenuhi kriteria kesahan psikologi. Dalam memberikan huraian tentang pr
oses penggunaan bahasa pula, sesuatu teori gerak laku bahasa dikatakan sah dari
sudut konsep kesahan psikologi apabila huraian itu dapat menerangkan secara waja
r lakuan penutur dalam menukarkan sesuatu idea atau pemikiran kepada bunyibunyi
bahasa semasa proses penghasilan output bahasa. Dalam aspek pedagogi, konsep pen
dekatan, kaedah dan teknik sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelaj
aran. Pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses peng
ajaran dan pembelajaran yang diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran s
upaya sesuai dengan tahap pelajar.
TOPIK 10
APLIKASI DALAM PENGAJARAN
119
Kaedah pula merujuk kepada satu set siri tindakan guru yang sistematik dengan tu
juan mencapai objektif pelajaran tertentu dalam jangka masa pendek. Penilaian me
rupakan aktiviti atau proses yang bersistematik untuk mendapatkan maklumat bergu
na dalam menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Ko
nsep pemulihan dan pemantapan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu pela
jar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah.
Behaviurisme Deduktif Ekletik Induktif Interaksionalisme Kaedah Kebolehpercayaan
Kesahan
Kognitif Komunikatif Pemulihan Pendekatan Penilaian Formatif Penilaian Sumatif T
eknik
Anthony, E. M. (1963). Approach, method and technique. English Language Teaching
. Brown, H. D. (1980). Principles of foreign language learning and teaching. Eng
lewood Cliffs: N: Prentice Hall. Chomsky, N. (1985). Aspect of theory of Syantax
. Massachusset: Massachusset Institute of Technology Press. Steinberg, D. (1982)
. Psycholinguistic: Language, Mind and World. London: Longman. Steinberg, D. (19
90). Psikolinguistik: Bahasa, Akal Budi dan Dunia. Terj. Azhar M. Simin. Kuala L
umpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like