You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI LALANG,


08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARULAMAN.
TEL&FAX : 04-4593193
_______________________________________________________________________________
KEDAH AMAN MAKMUR * BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI

Ruj. Kami :SKBBSL/PIBG 60/003/4/14(14 )
Tarikh :05 Mei 2014

Guru Besar,
Sekolah Daerah Kuala Muda/Yan,

Tuan / Puan,

JEMPUTAN KE FORUM PERDANA INSAN YANG CEMERLANG DI DUNIA DAN
AKHIRAT

Sukacita dimaklumkan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai
Lalang (PIBG SKBBSL) dengan kerjasama pihak sekolah akan menganjurkan forum perdana yang
bertajuk "Insan Yang Cemerlang Di Dunia dan Akhirat". Forum ini dianjurkan bertujuan
mengumpul dana bagi pembinaan surau sekolah.

2. Maklumat lengkap forum perdana yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 08 Mei 2014 (Hari Khamis malam Jumaat)
Masa : 9:00 - 11:00 Malam.
Tempat : Padang Sek. Keb. Bandar Baru Sg Lalang
Moderator : YBhg Ustaz Khairul Anwar bin Abu Bakar (SKBBSL)
Ahli panel : YBhg Ustaz Roslan Che Rus
(Pegawai Agama Seberang Perai Selatan)
: YBhg. Kapten Ustaz Hashim bin Abdul Rahman
(Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT).

3. Sehubungan itu, pihak PIBG SKBBSL berbesar hati menjemput pihak tuan / puan ke forum ini.
Pihak kami memohon kerjasama dan jasa baik pihak tuan / puan untuk menghebahkan forum
perdana ini kepada pihak pentadbir sekolah, guru, murid, staf sokongan serta seluruh warga sekolah.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi 012 4493309 (En. Abd Rahman bin Itam)

4. Semoga kehadiran pihak tuan/puan akan mengimarahkan majlis yang dianjurkan. Kerjasama
dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(t.t)

(MD TAHIR BIN SAAD)
Yang DiPertua PIBG,
SK Bandar Baru Sungai Lalang, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

You might also like