You are on page 1of 9

GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN

DI MALAYSIA

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana dan rakan-rakan
pelajar serta hadirin sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana memberi
peluang kepada saya untuk memberi pidato pada hari ini.

Hadirin yang saya kasihi`sekali,

Tajuk pidato saya pada hari adalah globalisasi dan cabaran pendidikan di
Malaysia.Impak globalisasi dan pengantarabangsaan pendidikan ketika ini sudah mulai
difahami dan pelan tindakan telah pun digubal untuk menangani isu dan cabaran yang bakal
timbul. Perubahan corak dalam pendidikan dalam masa terdekat akibat daripada globalisasi,
pengantarabangsaan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ini cukup
mencabar bagi pendidikan di Malaysia. Berikutnya adalah cabaran-cabaran, peranan
pendidikan serta persekitaran yang perlu dihadapi oleh pendidikan di Malaysia.
Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks
pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan
melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan
beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu
kurang rasa kepunyaan. Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah
sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi
sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti
pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan
sebagainya.Seterusnya adalah kurang berfaedah.Guru-guru mempunyai pandangan agak
konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastic
kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid.
Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru
kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas
adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru
adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.Selain itu,penambahan beban juga adalah
satu faktor bagi guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna
penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru
bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan
dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak
berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus,
menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan
pelbagi "jenis hari".
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Kekurangan sokongan pentadbiran menjadi satu halangan bagi guru-guru sukar
untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang
memberikan sokongan iaitu dari segi kewangan,motivasi dan dorongan,
pengiktirafan,penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan mengurangkan
karenah birokrasi di peringkat sekolah.Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara
menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan
memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru
berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara
proaktif.




Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan
sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah keadaan dunia hiburan,layaran mudah
bahan-bahan porno melalui Internet dan melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat
menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat kini.
Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus
akibat fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang
kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk
menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan
terhadap kekuatan dan kelemah system pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa
ke semasa oleh perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan
pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit
dan mencabar.
Hadirin sekalian,
Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak
radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi
telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam
pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan
kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang
dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System).
Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas
rutin seperti membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat
keputusan,meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.mengurangkan beban
pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai,meningkatkan kecekapan sistem
pengurusan fail,memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses
danmenyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar,meningkatkan kecekapan dalam
penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar,penempatan pelajar dalam kelas,membuat
agihan jadual waktu mengajar guru,pembinaan jadual waktu guru,membuat agihan sumber
kewangan, buku teks, dan akhirnya menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah
serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.


Hussien Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi
telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan
manusia. Masyarakat Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai budaya yang
bertentangan dengan budaya setempat. Jati diri anak-anak remaja yang masih di bangku
sekolah kini menjadi pertanyaan kerana terdapat petunjuk dimana asas-asas budaya,
agama dan bangsa mulai longgar. Mereka semakin liar dan terikut-ikut akan gaya hidup dan
amalan negatif kehidupan barat seperti pergaulan bebas dan berseronok-seronok sehingga
lewat malam menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas
keesokan hari. Semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-
anak remaja di landasan moral yang betul melalui pelaksanaan program-program
pendidikan nilai di sekolah.
Aspek yang diteliti adalah aspek berkaitan keperibadian guru. Guru perlu
menampilkan perwatakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara watak yang perlu diterampilkan supaya menjadi contohan pelajar ialah amanah,
bersopan santun, berdedikasi serta taat kepada tuhan. Aktiviti kokurikulum seperti badan
beruniform, persatuan, kelab, dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada
pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan
menyuburkan sikap positif terhadap semangat kerjasama, berdikari dan semangat cinta
akan negara serta membantu dalam pembentukan jati diri dan moral pelajar.

Saudara dan saudari sekalian,
Isuisu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat
untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang
menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa kini
sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai
budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Dalam era globalisasi ini, banyak
cabaran yang harus ditempuhi. Globalisasi itu sendiri merujuk kepada dunia tanpa
sempadan. Generasi kini dikatakan mempunyai kemudahan dihujung jari. Namun begitu,
generasi muda seperti pelajar harus lebih berhati hati dalam memilih segala maklumat
yang diperolehi.
Sebagai contoh, dunia hari ini banyak menggunakan internet sebagai rujukan
maklumat terutamanya kepada pelajar. Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan
rujukan kepada tugasan yang diberikan oleh pengajar. Selain itu, pelajar juga menggunakan
internet sebagai bahan untuk bersosial pada laman web tertentu bagi memenuhi keperluan
sosial mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah mempunyai nilai kesedaran sendiri.
Mereka perlulah pandai dalam memilih maklumat. Banyak maklumat positif yang boleh
merangsang minda pelajar dan dalam masa yang sama banyak maklumat negatif yang
boleh merosakkan pelajar.
Para pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang.
Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pada masa
sekarang pelajar harus lah sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana
persaingan yang ramai. Pelajar yang ketinggalan tidak akan dapat bersaing dan akan
sentiasa kebelakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi seorang pemimpin
yang disegani. Dunia hari ini mengatakan sehari tanpa berita semasa sudah banyak
maklumat yang dilepaskan. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan arus
dunia sekarang.
Ibu bapa merupakan contoh terbaik untuk pembentukan sahsiah diri anak-
anak. Ia bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti anak-anak supaya ciri-
ciri tingkah laku yang ditunjukkannya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa,
keluarga, masyarakat dan negara. Keindahan tingkah laku dalam diri anak-anak menjamin
masa depan yang cerah bagi belia untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa kelak.
Oleh yang demikian, peranan ibu bapa dalam cabaran globalisasi masa kini terutama di
Malaysia semakin mencabar. Ibu bapa haruslah menjadi contoh yang terbaik dalam
mengorak langkah bagi membimbing anak-anak mereka ini. Seawal dalam kandungan lagi,
ibu bapa haruslah cuba untuk menjaga permakanan dan kesihatan agar dapat melahirkan
anak yang baik.
Ibu bapa juga haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan
yang terbaik dari guru-guru dan seboleh-bolehnya ibu bapa haruslah cuba untuk memenuhi
keperluan pelajaran mereka seperti menyediakan komputer peribadi kepada mereka, bahan-
bahan bacaan yang mencukupi dan memberikan perkhidmatan tuisyen tambahan agar
masa terluang mereka tidaklah diabaikan begitu sahaja. Tambahan pula, ibu bapa mesti
sentiasa peka dengan pembelajaran anak-anak dan cuba untuk memberikan yang terbaik
agar mereka dapat belajar dalam persekitaran yang baik dan tenang bagi memudahkan
mereka menelaah pelajaran dengan berkesan. Selain itu, ibu bapa mestilah sentiasa
menemani anak mereka terutama pada waktu malam sekiranya ibu bapa ada kelapangan
bagi menemani anak-anak mengulangkaji pelajaran. Dengan itu, tidaklah mereka berasa
sunyi dan ada teman untuk berbual atau teman ketakutan. Maka, jelaslah peranan ibu bapa
amatlah besar dalam cabaran globalisasi pendidikan masa kini di Malaysia khususnya.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Globalisasi yang asaskan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT), pembangunan pendidikan mementingkan budaya dan penguasaan ICT di kalangan
pelajar. Perubahan harus berlaku dalam system mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah
yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat
serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping
menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Penyelidikan yang menyeluruh dan
berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar
kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan
berpanjangan.

Dalam usaha menangani cabaran globalisasi dalam sektor pendidikan, Malaysia
perlu menyediakan segala sumber manusia dan kelengkapan sosialnya agar dapat
membentuk satu daya ketahanan budaya yang membolehkannya berinteraksi dan bertindak
secara autonomous dalam persekitaran baru ini.Pada abad ini, adalah amat penting untuk
menjadikan rakyat Malaysia lebih produktif dalam persekitaran ekonomi baru.Pengurusan
sumber manusia dalam pendidikan dahulu dan kini telah membangkitkan pelbagai isu yang
menyentuh pelbagai aspek perkhidmatan dalam pendidikan.Namun dalam memastikan
produktiviti dipertingkatkan, isu-isu berbangkit ini perlu diberikan perhatian oleh pihak yang
bertanggungjawab.


Antara isu yang telah dibangkitkan dalam sektor pendidikan beberapa tahun kebelakangan
ini termasuklah isu penilaian prestasi atau insentif dalam pendidikan,yang merangkumi,
penilaian prestasi tidak dilaksanakan mengikut jadual seperti yang ditetapkan dalam
Pekeliling yang berkenaan, penilaian prestasi tidak dibuat secara objektif, adil dan telus,
kelemahan pegawai penilai, sistem giliran dalam Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang,penetapan kuota 8% penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mengikut
Pekeliling yang relevan, dan kefahaman konsep dan pelaksanaan Penilaian Tahap
Kecekapan.Seterusnya adalah isu globalisasi pendidikan, yang merangkumi pencapaian
perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia,pencapaian daya saing dan daya tahan global, dan
transformasi pengajian tinggi bagi menjadikan negara hab kecemerlangan pengajian tinggi
antarabangsa.Selain itu. isu teknologi dalam pendidikan, yang merangkumi keefisienan
sistem pertukaran guru atas talian,kemahiran kakitangan dalam teknologi maklumat dan
kekurangan infrastruktur fizikal (komputer/peralatan) dan infrastruktur bukan fizikal (perisian
teknologi maklumat & komunikasi dan isu jaminan kualiti pendidikan yang merangkumi isu-
isu berhubung Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 dan
Pengurusan.Lebih-lebih Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management (TQM)) dan
Persijilan ISO(International Organisation for Standardisation);
isu perekrutan dan pemilihan staf yang merangkumi perekrutan dan pemilihan
guru,unjuran keperluan guru, pembangunan kurikulum,latihan dan pembangunan kerjaya
dan penempatan dan pertukaran guru,kekurangan data dan maklumat pendidikan.isu latihan
dan pembangunan staf yang merangkumi pembentukan polisi dan objektif latihan
memerlukan maklum balas daripada semua kakitangan masalah impak latihan, contohnya,
analisis organisasi yang tidak mencukupi sebelum pelaksanaan, kurangnya sokongan
pengurusan, pelatih yang tidak bermotivasi, kemahiran diajar tidak berkaitan dengan
masalah, tiada tindakan susulan di tempat pelatih dan masalah peruntukan bagi program
latihan yang tidak mencukupi.isu pembangunan kerjaya pekerja yang merangkumi kriteria
yang dijadikan asas kenaikan pangkat,pertukaran tempat bertugas,pengurusan
kerjaya,contohnya penilaian berorientasikan kerjaya, disiplin pekerja dan persaraan serta
latihan yang diperlukan sebelum persaraan.
Sebagai mengakhiri pidato saya pada hari ini, dunia tanpa sempadan ini
memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai
gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini
adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan
persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah,
menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi
daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam
menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada
pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi
transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu
melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif.
Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan
mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita
terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.






Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Sekian, terima kasih.

You might also like