You are on page 1of 5

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA

SK (2) SIMPANG LIMA, KLANG SELANGOR D.E



TAJUK : LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA
TARIKH : 7 MEI 2013
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : SK (2) SIMPANG LIMA, KLANG

Pada 7 Mei 2013 yang lalu, Sekolah Kebangsaan (2) Simpang Lima, Klang telah
mengadakan siri pertama latihan kebakaran pada tahun ini. Latihan bermula pada jam
9.00 pagi dan berakhir pada jam sekitar 9.30 pagi. Latihan kebakaran merupakan
aktiviti yang diadakan setiap tahun sebagai persediaan dan latihan sekiranya terjadi
insiden kebakaran atau kecemasan di sekolah. Pada tahun ini pihak sekolah telah
merancang mengadakan 3 siri latihan kebakaran. Semua warga SK (2) Simpang Lima,
Klang terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama latihan ini dijalankan untuk memberi
kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.

Latihan kebakaran ini juga bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa
berlaku kecemasan atau kebakaran di sekolah. Setelah loceng panjang dibunyikan
pada jam 9.00 pagi, semua guru dan murid bergegas meninggalkan kelas menuju ke
tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
iaitu Puan Wee Nai Chau dan guru penyelaras 3K iaitu Encik Mohd Fairuz telah
menetapkan bahawa pengumpulan semua guru dan murid ketika berlaku kebakaran di
padang sekolah. Murid-murid dikawal oleh guru kelas masing-masing.

AJK disiplin memastikan semua murid berkumpul dan berada di tempat yang
telah ditetapkan iaitu di padang sekolah. Guru kelas masing-masing mengambil
kedatangan untuk memastikan tiada seorang pun murid yang tertinggal di dalam kelas
atau di kawasan sekolah selain berada di padang sekolah. Latihan ini adalah
sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid
dan kakitangan pihak sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersedia ketika
menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, para pelajar juga diberi
penerangan dan pendedahan berkaitan kemungkinan-kemungkinan bencana alam
yang lain seperti ribut kuat dan gempa bumi. Tahniah kepada AJK kebakaran sekolah
kerana telah berjaya melaksanakan latihan kebakaran siri pertama ini.

Walau bagaimanapun ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Antara
masalah yang perlu diambil perhatian ialah berkaitan keselamatan murid ketika
bergegas keluar menuju ke padang. Ramai murid yang berlari tanpa menghiraukan soal
keselamatan diri sehinnga menyebabkan ada yang terjatuh. Ada juga dikalangan murid
yang hanya berjalan perlahan ketika latihan dijalankan. Ini menyebabkan catatan masa
selama tempoh latihan dijalankan agak lambat dan mendukacitakan. Masa yang
dicatatkan ialah selama 7 minit 28 saat jauh daripada catatan masa yang telah
ditetapkan iaitu 3 minit sahaja. Semoga latihan siri kedua yang akan datang, pihak kami
berharap masalah ini dapat diselesaikan.

Disediakan oleh, 9HB MEI 2013


.
(EN. MOHD FAIRUZ BIN MOHAMAD SAHID)
Setiausaha,
Kecemasan dan Keselamatan,
Unit Hal Ehwal Murid,
SK (2) Simpang Lima, Klang Selangor D.E










DOKUMENTASI LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA
SK (2) SIMPANG LIMA, KLANG SELANGOR D.E
























Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah
sewaktu latihan kebakaran dijalankan.
Semua guru kelas sedang mengambil kehadiran
murid daripada kelas masing-masing.
DOKUMENTASI LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA
SK (2) SIMPANG LIMA, KLANG SELANGOR D.E























Guru penyelaras memberi penerangan dan pendedahan
berkaitan langkah-langkah menyelamatkan diri dan
kemungkinan-kemungkinan kecemasan.
Ketua kelas memaklumkan kepada guru kelas tentang
bilangan kehadiran murid kelas yang berada di padang.
DOKUMENTASI LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA
SK (2) SIMPANG LIMA, KLANG SELANGOR D.E












Semua guru kelas melaporan kehadiran kelas masing-
masing kepada guru penyelaras.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memberi penerangan dan perbincangan
kepada semua guru berkaitan latihan kebakaran yang telah dijalankan.

You might also like