You are on page 1of 2

Refleksi BIG Sem 6 (Selutan Brnadus)

Pada Program Bina Insan Guru kali ini saya dan rakan telah menjalankan
program ini di SK Simpang Empat, Hutan Melintang Perak. Program yang dijalankan
iaitu Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang, sememangnya memberi pengalaman
bermakna buat saya sebagai seorang bakal guru.
Dalam program ini saya diberi kepercayaan sebagai AJK Dokumentasi dan
tugas saya iaitu membuat laporan lengkap tentang perjalanan program ini. Saya
belajar bagaimana untuk menyediakan laporan yang baik mengikut format yang betul
dan sudah pasti dengan pengalaman ini, saya dapat aplikasikan apabila saya
bertugas di sekolah kelak.
Pengalaman yang saya lalui sepanjang menjayakan program ini antaranya
bagaimana bekerja dalam satu kumpulan iaitu bermula dengan mesyuarat untuk
menentukan sekolah mana yang hendak dipilih untuk menjalankan program ini,
diikuti dengan menghubungi pihak sekolah, menyediakan kertas kerja sehinggalah
program ini berjaya dilaksanakan. Sebagai seorang bakal guru adalah penting untuk
mempunyai pengalaman seperti ini iaitu yang berkaitan dengan pengurusan kerana
saya yakin bahawa apabila bekerja kelak, pastinya sekolah memerlukan khidmat
saya untuk mengendalikan program-program sekolah.
Input yang saya perolehi hasil daripada temuramah dengan para guru
cemerlang di sekolah tersebut antaranya berkenaan dengan etika kerja seorang guru
cemerlang, inovasi dalam pendidikan, teknik penyampaian pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan banyak lagi. Saya mendapati bahawa bukan
mudah untuk menjadi seorang guru yang cemerlang kerana saya harus memberi
banyak sumbangan terhadap prestasi murid-murid dan sekaligus prestasi sekolah.
Selain itu saya juga sempat melawat bilik-bilik yang terdapat di sekolah tersebut
antaranya bilik sains, bilik matematik, pusat sumber dan prasekolah. Saya mendapati
bagaimana pengendalian bilik-bilik tersebut dan sudah tentu hal ini perlu saya
ketahui kerana saya juga akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan bilik-bilik
di sekolah apabila saya berkhidmat kelak.
Sebagai seorang bakal guru matematik, saya mendapat gambaran awal
bagaimana untuk menjadi seorang guru cemerlang iaitu antaranya melakukan
inovasi dalam pengajaran subjek matematik seperti yang ditunjukkan oleh salah
seorang guru cemerlang di sekolah tersebut yang berjaya melakukan inovasi dalam
pengajaran topik pendaraban dan pembahagian.
Sebagai kesimpulan, saya berasa bertuah dapat menimba pengalaman yang
bermakna melalui program ini. Saya berharap agar segala pengalaman yang ditimba
dapat diguna sebaiknya apabila saya berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah
kelak.

You might also like