Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pbs Latest

Pbs Latest

Ratings: (0)|Views: 0 |Likes:
Published by Zul Helmi
yefevSTesttetetsettetftettetfte
yefevSTesttetetsettetftettetfte

More info:

Published by: Zul Helmi on Jul 08, 2014
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/08/2014

pdf

text

original

 
1
1.0 Pengenalan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada  Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. Pelaksanaan PBS juga adalah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurus sekolah mentadbir sekolah.
 
Syukur alhamdulillah dengan limpah kurniaNya saya dapat menjalani PBS di Sekolah Kebangsaan Jelawat Dua. Ini merupakan pengalaman pertama bagi seorang guru sebelum melangkah ke alam pengajaran di sekolah. Saya telah diberikan taklimat terlebih dahulu oleh Unit Praktikum sebelum menjalani PBS. Mereka membenarkan saya untuk memilih sekolah sendiri dan akhirnya saya telah memilih sekolah yang berhampiran dengan rumah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Jelawat Dua untuk melakukan PBS pada 18 Ogos sehingga 22 Ogos 2012. Soalan tugasan saya pada semester kedua ialah berdasarkan Major yang saya ambil iaitu Bahasa Melayu. Tugasan tersebut ialah melaksanakan pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah yang dipilih.
 
2
2.0 Laporan Pemerhatian Pengajaran Guru
Sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan Jelawat dua, saya telah ditugaskan untuk membuat pemerhatian terhadap guru Bahasa Melayu yang mengajar mata pelajaran tersebut. Saya telah mengumpul maklumat dan saya juga telah memerhatikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Antara elemen-elemen laporan saya adalah merangkumi:
2.1 Proses Pdp Guru Bahasa Melayu
Saya telah melakukan pemerhatian terhadap salah seorang guru bahasa melayu yang berpengalaman di sekolah ini iaitu Puan Siti Khadijah Binti Ramli. Kelas yang diajar oleh beliau ialah kelas pertama bagi tahun dua iaitu kelas dua Murabbi (KSSR). Kelas ini mempunyai seramai 25 orang murid sahaja yang terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan
13 orang murid perempuan. Tajuk yang diajar olehnya pada masa tersebut ialah “Hidup Sihat”.
 Masa pembelajaran ini berlaku ialah pada jam 9.45 pagi sehingga jam 10.45 pagi iaitu pada hari Selasa 5 Mac 2014. Sebelum memulakan proses pdp, puan siti sebelum itu bertanyakan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dengan bertanyakan pelbagai soalan-soalan yang berada di luar topik pengajaran. Ini mungkin merupakan salah satu daripada set induksi yang dilakukan sebelum memulakan aktiviti pembelajaran. seterusnya, beliau juga menganmbil sedikit masa untuk menyemak semula kerja-kerja yang telah diberikan pada hari yang
Proses Pdp Guru Bahasa Melayu Pendekatan, Kaedah, Dan Teknik Yang Digunakan Pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar (BBM) Cadangan-cadangan Penambahbaikkan
 
3
sebelumnya kepada murid-muridnya. Setelelah berpuas hati dengan hasil kerja murid-muridnya, beliau telah meneruskan sesi pembelajaran. Sepanjang saya pemerhatian saya, murid-murid ini mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh Puan Siti dengan tumpuan yang sepenuhnya walaupun terdapat sesetengah murid membuat bising iaitu dengan berbual-bual dan bergurau senda. Namun begitu, puan siti bijak mengatasi keadaan tersebut. Selain itu, saya juga mendapati bahawa mereka amat patuh terhadap arahan guru bahasa melayu mereka dengan menjalankan latihan-latihan yang diberikan. Saya juga melihat mereka sangat seronok mengikuti setiap apa yang disampaikan oleh Puan Siti kerana beliau banyak menggunakan strategi pengajaran yang berkesan.
2.2 Pendekatan, Kaedah, Dan Teknik Yang Digunakan 2.2.1 pendekatan
 Antara pendekatan yang digunakan oleh puan siti bagi menyempurnakan proses Pengajaran dan Pembelajarannya ialah:
a. Pendekatan Cerakinan
Dalam mengajar ayat-ayat yang panjang iaitu seperti petikan teks, puan siti telah menggunakan pendekatan cerakinan iaitu dengan memecahkan ayat-ayat yang panjang kepada ayat-ayat yang pendek. Hal ini dilakukan bagi memastikan murid-muridnya mampu untuk mengeja dan membaca huruf suku kata, perkataan dan ayat dengan baik.
b. Pendekatan Komunikatif
Selain daripada pendekatan cerakinan, Puan Siti juga turut menggunakan pendekatan komunkaitif bagi menggalakkan penglibatan murid sewaktu berada di dalam kelas. Murid-murid dikehendaki untuk menjalankan aktiviti bercerita dengan berpandukan teks yang diberikan. Ini secara tidak langsung mewujudkan komunikasi dua hala diantara dua pihak iaitu guru dan murid.
Pendekatan Cerakinan Pendekatan Komunikatif

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->