You are on page 1of 11

Konsep Profesion dan Profesionalisme

Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Sesuatu
profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran
intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu
dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika
dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan
(Lieberman, 1956).
Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan
dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. (contohnya : perundangan,
perubatan, perguruan dan lain-lain).
Profesional ialah ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam profesion. Menurut
Ornstein dan Levine (1993), empat atribut dalam satu profesion ialah ahli perlu menguasai ilmu
pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk
mengawal tingkah laku ahli-ahli serta persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh mesyarakat untuk
beroperasi.
Tajuk 1: Isu-Isu Profesion dan
Profesional


GURU SEBAGAI SATU PROFESION
Profesion Pekerjaan yang khusus di mana ia
dilaksanakan oleh orang yang berpendidikan tinggi atau
mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup
bermutu. Contoh: keguruan, peguaman, akauntan,
perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan perniagaan.
Ciri-ciri Profesion
Konsep Perguruan Dan Keguruan Perguruan =
pengajaran kepada guru pelatih, murid dan sebagainya.
Keguruan = perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu
yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan
sebagai guru .
Konsep Profesion Perguruan Dan Keguruan
Profesion perguruan = pekerjaan pengajaran yang
memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas.
Profesion keguruan = satu pekerjaan yang membawa
bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti
terhadap masyarakat.
Keguruan sebagai satu profesion Pekerjaan penting
Bersifat autonomi Memerlukan kelayakan akademik dan
latihan ikhtisas Guru digolongkan sebagai pakar dalam
pendidikan Mengutamakan perkhidmatan
Keguruan Bukan Satu Profesion Kelayakan akademik
dan latihan yang berbeza Kuasa Kesatuan Keseragaman
ahli Kesatuan Kuasa Autonomi Bidang ikhtisas yang lain
Konsep Profesional dan Bukan Profesional- Konsep
Profesion Perguruan dan Keguruan. Perguruan, menurut
Kamus Dewan (1989), adalah diertikan sebagai
PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada guru-pelatih,
murid dan sebagainya. Manakala, perkataan keguruan
boleh diertikan sebagai PERKARA YANG BERKAITAN
DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan peranan,
tugas dan kelayakan sebagai guru.
Maka, profesion perguruan: pekerjaan pengajaran
yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas.
Profesion keguruan: pekerjaan yang berkaitan dengan
peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.
Keguruan dalam konsep profesional. mempunyai latihan
ikhtisas dalam Latihan Keguruan. mempunyai autonomi
menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah.
menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai
panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya.
Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting
kepada individu dan negara. guru digolongkan sebagai
pakar dalam pendidikan. Keguruan dalam konsep bukan
profesional. pekerjaan guru tidak terhad kepada guru
terlatih sahaja. Orang yang tidak mempunyai latihan
ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh digelar sebagai
guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu,
seseorang tidak semestinya peroleh ilmu pengetahuan
daripada buku sahaja, tetapi juga daripada televisyen,
majalah, buku-buku dan sebagainya.
Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak
sukar dan tidak banyak persaingan. autonomi seseorang
guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh
dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir
sekolah. kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk
memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu
tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
kesatuannya. bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli
dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak
kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan
mereka yang berbeza.
Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia etika ialah
suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan
manusia atau organisasi. setiap badan profesional
mempunyai kod etika masing-masing. setiap profesion
akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh
semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini
disebut sebagai KOD ETIKA. justeru, etika profesional
ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati
oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing.
Kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul
yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu
dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion.
tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral
sesuatu profesion. setiap guru harus mematuhi kod etika
yang terdapat dalam TATASUSILA PROFESION
KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia, seperti berikut: tanggungjawab
terhadap pelajar; tanggungjawab terhadap ibu bapa;
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan
tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan
Etika Suatu sistem yang berkaitan dengan dasar
akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia
atau organisasi. Meliputi aspek-aspek moral yang baik
dan yang buruk, serta yang betul dan salah dengan tujuan
memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.
Kod Etika Memperjelaskan tindakan-tindakan betul
yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu
dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion.
Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral sesuatu
profesion.
(a) Tanggungjawab terhadap Pelajar Mengutamakan
kebajikan dan keselamatan pelajar Bersikap adil terhadap
setiap pelajar Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit
tentang pelajar Menunjukkan suatu cara pakaian,
pertuturan dan tingkah laku yang baik Membimbing atau
mengajar seseorang pelajar
(b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa Menghormati
tanggungjawab utama ibu bapa Mewujudkan hubungan
mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga Memberikan maklumat kepada ibu
bapa demi kepentingan anak-anak mereka Mengelakkan
diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan
pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
(c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara
Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan
agama Menggalakkan kerjasama dan persefahaman
antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat. Menghormati masyarakat tempat kami
berkhidmat Mengelakkan diri daripada menyebarkan
sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat atau negara
(d) Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan
Profesion Kegurua n Mengelakkan diri daripada membuat
sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seorang guru Sentiasa bersedia
membantu rakan sejawat Mengawal diri kami supaya tidak
mencemarkan nama baik profesion perguruan Tidak
melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan kami sebagai guru.
Akauntabiliti Guru akauntabiliti = bertangungjawab
kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap
sesuatu. Konsep akauntabiliti satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu
tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk
mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti
keguruan tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. akauntabiliti keguruan
bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme
keguruan.
Kebaikan Akauntabiliti Memastikan semua pelajar
belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan
berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah
Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar
Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk
mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru.
Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang
berlaku di sekolah
Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Kaedah
mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-
murid. Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang
tinggi di dalam pekerjaannya Kaedah mengajar yang
terkini dan canggih Perhubungan sosial yang baik .
Kawalan disiplin yang berkesan
Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Membina satu
program perkembangan ko- kurikulum yang dinamik
Pembimbing kepada muridmurid untuk memotivasikan
murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian
akademik Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh
pentadbiran sekolah
Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku
Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat
setempat Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana
Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan,
belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan,
pertimbangan memelihara penampilan diri Melibatkan diri
dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang
mengawal emosi ketika mengajar
Akauntabiliti Guru terhadap Murid Mengutamakan
kebajikan dan keselamatan murid-murid Bersedia
menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil
Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa. Tidak
mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran
Akauntabiliti Guru terhadap Profesion Menjadi ahli
kesatuan guru elak membuat sebarang kenyataan negatif
tentang profesionnya dalam media tempatan elakkan
daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan
pengganas , dan politik Selalu bersedia membantu rakan
sejawat elakkan daripada terlibat dalam sebarang
kegiatan negatif atau merbahaya
Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti Tidak
menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara Bersopan-
santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti
sosial Mengambil bahagian secara cergas dalam
kegiatan-kegiatan masyarakat Sentiasa menghormati ahli-
ahli masyarakat setempat Tidak mencemarkan nama baik
rakan sejawat
______________________________________________
_______
Sambungan:
PROFESION GURU SEBAGAI KEPIMPINAN
SEKOLAH DAN KOMUNITI

Pekerjaan yang dilakukan oleh individu berdasarkan ilmu
PROFESION pengetahuan dan kemahiran yang
dipunyainya. Perkara yang berkaitan dengan Pengajaran
guru(kamus dewan 1989) KONSEP (peranan, tugas dan
kelayakan) PERGURUAN KEGURUAN

CIRI CIRI PROFESION-
Mempunyai latihan khas
Mempunyai kawalan kemasukan
Mempunyai kebebasan untuk mengamal
Mempunyai autonomi untuk membuat keputusan
Terdapat kod etika profesion

CIRI CIRI PROFESIONAL-
Merupakan organisasi profesional di mana terdapat badan
yang mengawal ahli-ahlinya
Keadaan perkhidmatan yang ditetapkan
Diiktiraf oleh awam sebagai profesion
Seringkali dikaitkan dengan ganjaran material

ADAKAH GURU MERUPAKAN SUATU PEKERJAAN
YANG PROFESIONAL - YA ATAU TIDAK?


Mempunyai kepakaran bidang yang khusus
Mempunyai latihan khas.
Mempunyai organisasi sistem perkhidmatan yang
ditetapkan
Mempunyai autonomi dalam bilik darjah Mempunyai
kod etika keguruan.
Mempunyai sifat-sifat dan kualiti-kualiti peribadi,sosial
dan profesional.
Mempunyai akauntabiliti
Autonomi membuat keputusan di luar bilik darjah
Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza
Keseragaman ahli Kesatuan Kuasa Kesatuan Bidang
ikhtisas yang lain

MENGAPA TERDAPAT PERBEZAAN PENDAPAT ?
Tabiat membandingkan profesion
ini berlaku dalam kerjaya guru di negara maju dengan
kerjaya seperti Amerika Syarikat. Didapati bahawa guru
gagal memenuhi beberapa kriteria profesion ygsetara dgn
profesion lain
Tozer dan rakan-rakan (1998) Menyenaraikan tiga
kekurangan profesion guru dibandingkan dengan kerjaya
profesional lain ::
Kualiti dan latar belakang kelayakan akademik
calon bakal guru yang selalu dikatakan lebih rendah
berbanding profesion lain.
Disebabkan kualiti kelayakan akademik dan
kualiti program latihan yang kurang maka kualiti hasilan
guru juga tidak cekap.Kualiti program latihan pendidikan
guru yang tidak seketat program profesion lain
Amir Hasan Dawi (2009) Melihat profesion guru
dalam konteks dan ciri- cirinya yang tersendiri
Perbandingan hanya perlu dibuat dengan tujuan untuk
memperbaiki kekurangan yang ada dalam sesuatu
profesion
KOD ETIKA - Suatu sistem yang menjelaskan tindakan-
tindakan berkaitan dengan betul yang perlu dasar akhlak
dan diikuti dan tindakan- tingkah laku bagi tindakan salah
yang sesuatu kumpulan perlu dihindari oleh manusia atau
individu-individu organisasi dalam sesuatu profesion.
Meliputi aspek- aspek moral yang baik dan yang buruk.
Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral dan memberi
garis sesuatu panduan kepada profesion ahli-ahli
berkenaan

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
Bersikap adil terhadap setiap pelajar
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar
Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah
laku
yang baik
Membimbing atau mengajar seseorang pelajar

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa
Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
antara institusi pendidikan dengan rumah tangga
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi
kepentingan anak-anak mereka
Mengelakkan diri daripada menggunakan atau
dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa
pelajar
Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan
pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN
NEGARA
Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan
agama
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara
guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat
Menghormati masyarakat tempat berkhidmat
Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran
yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat
atau negara.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKANSEJAWAT DAN
PROFESION KEGURUAN
Mengelakkan diri daripada membuat sebarang
kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama
baik seorang guru
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat
Mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion perguruan
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh
menjejaskan kecekapan diri sebagai guru

You might also like