You are on page 1of 12

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL

1.0 Pengenalan

Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak
turun temurun lagi.Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat
Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.Warisan seni tradisional di kalangan
orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi kepada satu
generasi.Individu yang menghasilkan kraf ini mempunyai ruang untuk
menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni
tersebut.

Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai inisiatif
bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat
Melayu.Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan
menarik.Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang
mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui
ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.

Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi
digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang
indah dan menarik hati.Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan
kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses
awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan
kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan
rekabentuk yang indah dan menarik.

Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai;
Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan,
dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang
dijalankan secara persendirian atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha
kraf.

Manakala Keluaran Kraftangan" pula membawa maksud apa-apa
keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan sesebuah kebudayaan atau
tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata
atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan.

Kraf tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil
kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang
dihasilkan secara turun menurun.Seperti membuat tembikar, batik , ukiran
tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya.Kraf
merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka nenek moyang suatu
ketika dahulu.Hasil ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas
tercermin melalui bentuk, gaya , sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang
digunakan tidak terhad.

Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang
Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah
mengubah haluan kepercayaan dan pegangan orang-orang Melayu sebelum
ini.Mereka telah mengetahui den menyedari tentang keesaan tuhan yang
sebenar.Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk
menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di
akhirat.Kesedaran inilah lahirnya ciptaan yang berfungsi dan memenuhi
keprluan hidup di dunia dan akhirat.

Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam
dalam penghasilanya.Ini jelas digambarkan dalam ragam hias atau motif yang
dihasilkan.Ianya juga mengambarkan sebahagian daripada kehidupan seharian
masyarakatnya yang menunjukkan cirri-ciri Islam.

Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias, membuktikan
kraf tradisional Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini
adalah diharamkan dalam Islam. Ciri-ciri seni Islam lain diperlihatkan dalam
ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur
geomatri.Subjek daripada flora paling banyak diilhamkan sebagai motif dan
ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun,bunga dan sebagainya selain itu
penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut diilham bersama.

Memang tidak pernah terfikir bahawa nenek- moyang dahulu telah
memahami dan menghayati seni yang dihasilkan. Nukilan dari deria kreativiti
serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.
Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dari
alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi
khazanah seni yang
tidak ternilai.

2.0 Jenis- Jenis Kraf Tradisional

Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh
generasi muda supaya ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional
seperti batik, ukiran, anyaman,tenunan, tekat, wau, gasing,
songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai nilai estetika dan
keistimewaan tersendiri.

2.1 Tembikar
Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini
sejak beribu tahun dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada
seni tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai
Melayu.Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah
liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan
rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di
dalamtanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Selain itu tembikar juga
dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan
sebagainya.
Terdapat pelbagi jenis tembikar yang dihasil secara turun menurun
antaranya buyung, jambangan, geluk, labu dan bekas perasapan.Tembikar yang
terkenal ialah labuyakni alat untuk menyimpan dan menyejukan air
minuman.Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu.Bahagian pucuk
berbentuk seperti kubah masjid.Corak hias labu bersumberkan alam sekeliling
dan berupa bentuk geometri.Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentu seolah-
olah kubah masjid.Labu yang terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong,
Perak.
Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif
yang digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif
geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada
garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis
panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu
garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar.
Motif Geometri seperti garisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi,titik tahi
alat, garis keluh, pucuk rebung,susur kelapa dan sebagainya.Manakala motif
Gayaan Organik seperti sulur kakung, bunga cengkih,bunga ,pecah lapan,tampuk
manggis,bunga lawang, bunga kedudut, bunga tanjung dan sebagainya.

2.2 Anyaman

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan
kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan
atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan
satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang
boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa
bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman , hasil kerja
menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-
mana.Tidak hairanlan kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang
sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Menganyam merupakan proses menjalin
jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain.
Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk
mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung
saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.

Anyaman berkembang sehingga sekarang, kegunaanya agak terbatas
dewasa ini berbanding waktu silam . Ayaman tikar diantaranya, adalah tikar
sembahyang dan tikar orang mati yang memperlihatkan unsur Islam.Tikar
sembahyang biasanya dianyam menggunakan daun pandan kerana bermutu
tinggi berbanding mengkuang.Ini jelas menunjukkan bahasa masyarakat Melayu
meletakkan kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan teratas sebagai
penghormatan semasa menjalankan ibadat.

Anyaman pada tikar sembahyang ini dihiasi dengan motif berunsurkan
Islam. Bahagian depan menyerupai kubah masjid, dan bahagian pinggirnya
menyerupai gigi buaya sebanyak lima buah yang melambangkan bahwa seorang
yang sedang bersembahyang tidak boleh melakukan kegiatan lain ( misalnya
berbicara) akan tetapi harus kusyuk seakan-akan orang itu (hatinya) berbicara
dengan tuhan.
2.3 Batik

Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf
tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu.
Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang
tinggi.

Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-
rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah
wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan
Chuna dalam abad ke 7. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan
perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air.Motif batik di
Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil
disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat
beberapa jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias
yang menarik.

Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup, putik,akar
menjalar, daun, ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain batik
ela.Setiap Motif ini mempuyai motif yang tersendiri dihiasi pada kain
batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung digunakan selain itu reka
corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.

Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan
sebagainya.Tapi unsur ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan
agama Islam masyarakat.Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus, kisi-
kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini seringkali
digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan
peminat batik.


2.4 Ukiran
Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di
kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat
etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang
dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma
berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.

Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah
negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-
kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu j, kayu adalah bahan
alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan
penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan
kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu
ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga
jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat
pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-
istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat
permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil,
kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan
memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu,
kereta kuda dan kereta lembu.

. Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar
dan cara hidup masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama,
iklim, geografi dan persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada
pengukir.Terdapat banyak motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran. Motif
flora terdiri daripada daun,bunga dan tumbuh tumbuhan. Motif Seni Khat pula
terdiri daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif fauna seperti itik
pulang petang. Motif Awan Larat, Kosmos seperti matahari,bulan,bintang dan
sebagainya juga amat terkenal dengan kraf ukiran.

Terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri Contohnya,
bentuk bilah keris berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3,5,7,9
dan seterusnya. Ini boleh dikaitkan dengan sifat tuhan yang ganjil dan suka
kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris juga mempunyai tulisan daripada
petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa dekatnya
masyarakat Melayu itu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada
kekuasaan mukjizat tuhan.


3.0 Analisis Kraf Tradisional

Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah kraf ukiran. Kraf
ukiran, sejak zaman berzaman lagi mempunyai pengaruh Islam di dalam
penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif
keislaman dalam sesuatu penghasilan kraf pada rumah-rumah, tempat ibadat
seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampung-kampung.Kraf ukiran sangat
terkenal di Negeri Kelantan dan Terengganu.

Setelah diteliti dan dianalisis, saya memilih seni kraf ukiran sebagai topik
perbincangan garapan idea yang berkonsepkan Islam.Dari pemerhtian yang
dibuat seni kraf ukiranlah yang banyak menggunakan konsep keislaman.Tiga
buah tempat telah saya fokuskan untuk perbincangan ini iaitu Masjid Seberang
Jertih, Masjid Hadhari, Jertih dan Muzium Negeri Terengganu.

Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding,
kerusi, pintu, tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini
dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman.Beberapa contoh ukiran yang
terdapat di Masjid Sebarang Jertih, Masjid Hadhari dan juga bangunan Muzium
telah di ambil untuk untuk sama-sama diteliti untuk perbincangan ini.
Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang bermotifkan flora, geometri dan
khat.

Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan
bangunan itu sendiri yang hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu. Setiap
sudut masjid itu dihiasi dengan ukiran yang menampakkan menampakkan
unsur-unsur kesenian Islam dan Melayu yang sangat tinggi Unsur flora adalah
melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping
menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus
dan sangat menarik.
Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut
kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka
corak bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar
terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian
yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur
zuriat.

Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai
ciri-ciri tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk.
Ini boleh dilihat dengan jelas ukiran pada pintu masuk Masjid Seberang
Jertih.Ukiran corak awan larat bermotifkan flora pada pintunya semuanya
menunduk ke bawah. Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan
keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran
dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.

Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-
Quran mula diukir oleh pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini
digabungkan dengan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan
fungsi keagamaan. Pengaruh keagamaan Islam yang berkembang pada
zaman dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni ini dan
mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot.

Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu Masjid seberang
Jertih.Selain motif kaligrafi motif fauna juga diselitakan pada ukiran tersebut. Ia
juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan
digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama').
Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud :
" Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya kunci rezeki".Saidina Ali
pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan
merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Unsur geometri dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan
dengan unsur geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-
ulang.Sebahagian susunan motif tiada permulaan dan akhirnya. Ini
melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan dan tiada
akhirnya.

Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan
dikatakan mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias
yang terdapat pada yangga masjid Hadhari,Jertih.Motif ini mempunyai unsur
pola geometri dan pola flora. Motif yang dihasilkan disusun secara berulang-
ulang dan mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya sehingga tidak
terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan sifat Allah swt yang
tidak terbatas serta tiada penghujungnya.
.
. Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika khutbah pada hari Jumaat.
Motif flora telah digarap seperti bentuk bunga dan daun. Kerusi berukir ini
sangat unik dan sangat cantik. Ini jelas terpancar unsur-unsur keislaman kerana
fungsi kerusi berukir itu sendiri digunakan oleh Imam Masjid.

Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit,
bintang, bulan dan gunung-ganang. Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur
kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai matahari.Manakala ukiran
sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi tumbuhan hidup
subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya kepada
hambanya di alam semester.
Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara
tumbuhan yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu,
ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya.
Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni ukir tradisional.
Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan pengamatan
dan memerhatian yang telah dibuat.


Dua gambar yang diambil ini menggunakan unsur flora sebagai hiasan
ukirannya.Corak awan larat dipilih yang mengambarkan kesenian yang
halus. Halim Nasir (1986:137) mendefinisikan Awan Larat sebagai satu bentuk
ukiran yang berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan putih
berarak. Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola lengkap.Ini jelas
membuktikan jenis ukiran pada gambar tersebut.

Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu
sebagai salah satu budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.Dalam
gubahan ukiran awan larat, punca permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-
akan tiada penghujungnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah swt. yang tiada
permulaan dan tiada akhirnya.

Menurut Abdullah Mohamed (1990:13-20) memberikan pandangan
bahawa alam adalah tajalli atau manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah.
Melalui sifat ilmu Allah tersebut terjadi berbagai bagai organisme baik flora atau
fauna dengan segala macam keajaiban dan keindahan rupanya. Sebagai contoh
adalah tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan aneka warna, bentuk dan
bauan adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha Kaya.

5.0 Kesimpulan

Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan
masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran
mereka yang berkaitan dengan alam Melayu.Sumber proses pembutan juga
mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan yang terserlah ialah
pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah barangan dan
objek yang memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional
Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan
nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan
unsur-unsur budaya dan unsur-unsur keislaman jelas tercermin melalui bentuk,
gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya

Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telah
diberikan makna baru bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan
boleh dikatakan ditolak sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan songket).
Sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia terhadap elemen pepatungan adalah amat tinggi
sehinggakan cubaan memasukkan unsur-unsur figuratif dalam bentuk khat sekalipun pada
era 60an dan 70an tidak bertahan lama dan tidak dapat diterima
oleh masyarakat Melayu Islam.

Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan
ketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan
faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya.
Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya
kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi
ini.Namun begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu
kepuasan dan kemewahan jika dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif yang
sukar untuk dirungkaikan.

Justeru itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara
dan menyayangi seni Kraf Tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan,
anyaman, pembuatan wau, gasing dan batik yang tidak ada di negara-negara lain.
Kraf Tradisional kita di sanjung dan di pandang tinggi di mata dunia setaraf
dengan kraf-kraf Negara Barat.Seharusnya kita patut menanamkan rasa cintakan
seni tradisional di kalangan generasi baru agar seni ini tidak terpupus.Bak kata
pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.


(2899 patah perkataan)

Bibliografi

Abdullah bin Mohamed (Nakula) (1985), Seni Bina Islam, Aplikasi di
Malaysia, Warisan Kelantan IV, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan : Kota Bharu.

Abdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa Ibunda - Umum. Jurnal
Bahasa Moden, 6. 152-160.

Khairuddin Talib, (2007) .HBAE3103 Kraf Tradisional.Selad.ngor:
Meteor Doc.Sdn.Bh.

Prof. Madya Dr. Mohd Sabrizaa, Penafsiran Falsafah ibu Dalam Awan
Larat Warisan Estetikka Seni Ukiran Melayu, Jabatan Senibina Dalaman
Fakulti senibina, Perancangan dan Ukur UITM Perak.

Zailani Yaacob & Azimah A.Samah, (2011). Teks Lengkap Pendidikan
Seni Visual KBSM Tingkatan 4&5. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like