You are on page 1of 10

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

JALAN MAKTAB, 75400 DURIAN DAUN, MELAKA



KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU PINANG
PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2011



TEMPAT :
Pulau Pinang

TARIKH :
2 4 Mac 2013

ANJURAN :
Unit PISMP Pendidikan Khas
Ambilan Januari 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU PINANG
PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2011
____________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN
Program lawatan sambil belajar ini merupakan program yang julung kalinya dianjurkan olen
unit PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2011. Program ini telah dirancang bersama-sama
mentor iaitu Puan Izzah binti Abu Bakar, Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus
Perempuan Melayu, Melaka dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus
Perempuan Melayu, Melaka. Program ini merangkumi lawatan ke sebuah sekolah cemerlang
pendidikan khas iaitu Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Bukit Mertajam,
Pulau Pinang. Diharap program yang dianjurkan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di
antara guru pelatih PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2011.

2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon kelulusan daripada Pengarah, Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPG KPM) bagi mengadakan Program Lawatan
Sambil Belajar serta menggunakan perkhidmatan bas institut ke Pulau Pinang.
Di samping itu, kertas kerja ini juga dikemukakan untuk memohon perlepasan atau
pengecualian kuliah pada tarikh yang berkenaan seterusnya memohon kebenaran perlepasan
keluar dan menginap di IPG Kampus Pulau Pinang.






3.0 OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang budaya dan gaya hidup masyarakat
negeri Pulau Pinang.
2. Memberi pendedahan menyeluruh terhadap bidang pendidikan khas yang luas yang
terdiri daripada masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan masalah
penglihatan.
3. Memahami pengurusan sekolah yang efektif dan dapat dijadikan contoh.
4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi guru pelatih dengan komuniti sekolah secara
berkesan.
5. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk bekerjasama menjayakan sesuatu program.
6. Meningkatkan tahap kesedaran guru pelatih tentang semangat bekerjasama dan
toleransi.
7. Memberi pengalaman kepada guru pelatih dalam menjayakan suatu program yang boleh
dijadikan panduan pada masa akan datang.
8. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama guru pelatih PISMP Pendidikan Khas
Ambilan Januari 2011 dan pensyarah.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

4.1 NAMA PROGRAM

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU PINANG
PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2011

4.2 TARIKH

1- 4 MAC 2013

4.3 TEMPAT
Negeri Pulau Pinang

4.3 PENYERTAAN

- 17 orang guru pelatih unit PISMP Pendidikan Khas ambilan Januari 2011, IPG
Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
- Seorang pensyarah pembimbing selaku mentor unit PISMP Pendidikan Khas ambilan
Januari 2011, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
- Pensyarah Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

5.0 ANJURAN

Unit PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
6.0 PENGANGKUTAN
Permohonan untuk menggunakan perkhidmatan bas IPG Kampus Perempuan Melayu bagi
17 orang guru pelatih dan pensyarah pengiring.
7.0 JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Puan Tumerah binti Rosmin
Pengarah
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Penasihat 1 : Tuan Haji Hassan bin Pardi
Timbalan Pengarah
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Penasihat 2 : En. Mohd Israfi bin Sayati
Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Penyelaras : Puan Izzah binti Abu Bakar
Program / Pensyarah,
Mentor Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

8.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Alizatul Aisyah binti Mohd Ali
Naib Pengerusi : Che Nor Afizah binti Che Zain
Setiausaha : Anisah binti Mokhtar
Naib Setiausaha : Nor Hasnaziah binti Mohd Zaini
Bendahari : Nur Suraya Ashikin binti Isa

Jawatankuasa Pelaksana

Pengangkutan : Liyana binti Mohd Diah
Makanan : Maznah binti Ishak
Perhubungan / Penginapan : Natrah binti Fadzil
: Siti Noor Farhanis binti Idris
Dokumentasi : Siti Nor Hajar binti Mohd Kamil
: Nur Fatin binti Ali
Cenderamata : Siti Nurizzati binti Adnan
: Nur Atika binti Moh Ngaliman
Kerohanian : Nor Zulaika binti Sabtu
Keselamatan dan Kebajikan : Nor Faeizah binti Satar
Tugas-Tugas Khas : Siti Norhidayah binti Azmee
: Wan Nor Farhana binti Megat Haron





9.0 TENTATIF PROGRAM

2 MAC 2013 (SABTU)

8.00 pagi 3.00 petang : Bertolak ke IPG Kampus Pulau Pinang.
3.00 petang : Dijangka tiba di IPG Kampus Pulau Pinang
: Pengurusan Penginapan dan Pengurusan diri / solat
6.00 petang : Bertolak ke Queens Bay (QB)
: Makan Malam
: Aktiviti Bersama Mentor
10.00 malam : Pulang ke IPG Kampus Pulau Pinang
: Pengurusan diri

3 MAC 2013 (AHAD)

8.00 pagi : Sarapan
: Bertolak ke Batu Feringghi, Pulau Pinang
11.00 pagi : Bertolak ke Bukit Bendera, Pulau Pinang
5.00 petang : Pulang ke IPG Kampus Pulau Pinang
: Pengurusan diri
9.00 malam : Bertolak ke Padang Kota dan Kawasan Sekitar
: Makan Malam
11.00 malam : Bertolak pulang ke IPG Kampus Pulau Pinang









4 MAC 2013 (ISNIN)

6.45 pagi : Sarapan dan bertolak dari IPG Kampus Pulau Pinang
7.45 pagi : Tiba di SKPK Alma, Bukit Mertajam
8.00 pagi - 9.00 pagi : Penerangan dan Taklimat Sejarah Penubuhan Sekolah
9.00 pagi - 10.00 pagi : Taklimat corak kepimpinan dan sistem pengurusan sekolah
10.00 pagi - 10.30 pagi : Rehat / minum pagi
10.30 pagi 11.30 tengah hari : Melawat kawasan sekolah
(Infrastruktur dan kemudahan sekolah)
11.30 pagi 12.30 tengah hari : Sesi bersama murid tahun 6 SKPK Alma, Bukit Mertajam
12.30 tengah hari 2.30 petang : Rehat / makan tengah hari / solat
2.30 petang 4.30 petang : Sesi Bersama Guru Cemerlang
(Motivasi dan aktiviti)
4.30 petang : Majlis perasmian penutupan Lawatan Menjejak
Kecemerlangan
: Penyampaian cenderamata
5.30 petang : Bertolak pulang ke IPG Kampus Perempuan Melayu.


10.0 KEWANGAN

Semua perbelanjaan adalah di bawah tanggungan guru pelatih dan pensyarah sendiri
termasuk bayaran penginapan.






11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan bahawa program ini akan memberikan ilmu, input input baharu dan
pelbagai pengalaman baharu untuk kegunaan masa hadapan. Semoga semua objektif dalam
perancangan ini dapat dicapai melalui kerjasama semua guru pelatih yang terlibat.
Program ini dirancang adalah untuk kebaikan guru pelatih sendiri. Melalui program ini
guru pelatih dapat mengetahui proses menguruskan sesuatu program. Diharapkan segala
perancangan tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar. Semoga program ini juga menjadi
penanda aras kemampuan guru guru pelatih melakukan aktiviti luar.

DISEDIAKAN OLEH :


.................................................
(ANISAH BINTI MOKHTAR)
Setiausaha,
PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2011,
IPG Kampus Perempuan Melayu

















Perkara

Ulasan/catatan
Disediakan oleh,


............................................
(ANISAH BINTI MOKHTAR)
Setiausaha,
Program Lawatan Sambil Belajar,
PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2011
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Disokong oleh,


.................................................
(PN. IZZAH BINTI ABU BAKAR)
Penyelaras,
Program Lawatan Sambil Belajar,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Disokong oleh,


...................................
(EN.MOHD ISRAFI BIN SAYATI)
Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Disahkan oleh,


........................................
(Dr Hj Mihat Bin Dolah)
Ketua Jabatan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Diluluskan oleh,

...............................................
( PUAN TUMERAH BINTI ROSMIN )
Pengarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

You might also like