hutan.GANGGUAN ALAM SEKITAR TERHADAP EKOSISTEMa) letusan gunung berapiGas dan lava yang dibebaskan semasa letusan gunung berapi akan memusnahkan habitatdan mengganggu ekosistem.b) taufanKeadaan cuaca yang luar biasa seperti ribut taufan boleh mengganggu keseimbanganekosistem kerana boleh memusnahkan habitat dan organisma dalam ekosistem.c) gerakan jisimProses pergerakan jisim seperti gelongsoran tanah boleh menimbuskan habitat danmengganggu ekosistem.d) banjirKejadian banjir akan menenggelamkan habitat dan organisma dalam sesuatu ekosistem. Iniakan mengganggu keseimbangan sesuatu ekosistem.e) kemarau/ kebakaran semulajadiKejadian kemarau seperti semasa kejadian el-nino di Indonesia telah menyebabkan banyak kebakaran semulajadi di hutan. Kebakaran ini telah memusnahkan pelbagai organisma danmengganggu keseimbangan ekosistem.LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAN DAN PEMULIHARAAN EKOSISTEM/ALAMSEKITAR a) langkah perundanganMenguatkuasakan akta alam sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar misalnya untuk mengawal pencemaran udara dan air .b) kempenMengadakan lebih banyak kempen kesedaran untuk menyeru orang ramai bersama menjagaalam sekitar misalnya melalui kempen cintailah sungai kita, kempen berkongsi kereta.c) pendidikanMendidik generasi muda untuk menjaga kualiti alam sekitar melalui matapelajaran sepertisivik, geogafi, pendidikan moral.Di samping itu , adakan aktiviti-aktiviti ” go green” melaluipersatuan atau kelab alam sekitar yang melibatkan murid dengan ekosistem secara langsung.d) hutan simpan/ taman negaraMewartakan lebih banyak hutan simpan untuk melindungi hutan dan hidupan liar dalamsesuatu ekosistem contohnya Taman Negara Endau- Rompin.e) pengurusan/ pengawalaseliaanMemantapkan lagi pengurusan dan pengawalseliaan terhadap hidupan liar. MisalnyaPerlindungan orang utan di hutan Sepilok Sandakan, Sabah. Projek penetasan danpemeliharaan penyu belimbing di Rantau Abang, Terengganu.
TEMA : SISTEM HIDROLOGIKONSEP Kitaran hidrologiFasa-fasa pertukaran air dalam pelbagai bentuk(cecair,gas dan pepejal) dan melalui pelbagai ruangdi bumi secara berterusan. Ia meliputi pelbagai proses fizikal dan simpanan.
Leave a Comment