You are on page 1of 29

1 MALAYSIA

adalah satu gagasan bagi memupuk


perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, berteraskan kepada
beberapa nilai penting yang seharusnya
menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

Dato Sri Mohd Najib B Tun Hj Abdul Razak


PENGENALAN
Akibat cabaran globalisasi , setiap negara perlu menyusun strategi
tersendiri agar tidak tersisih dari arus pembangunan dunia
samada di bidang politik, ekonomi dan sosial. Tanpa mengira
keturunan dan anutan agama, Malaysia perlu bertindak sebagai
satu bangsa - “Bangsa Malaysia”. Oleh yang demikian…

PERDANA MENTERI MALAYSIA


DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

Memperkenalkan satu konsep yang berpaksikan prinsip


“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Konsep ini bertepatan dengan citarasa rakyat Malaysia sejajar


dengan peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan
Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

MAKA LAHIRLAH…..
1
MALAYSIA
?
1 MALAYSIA
DEFINISI

Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai


bangsa Malaysia (one people), kita mengambil
tindakan-tindakan berdasarkan kehendak
semua kumpulan etnik dalam negara kita, kita
keluar daripada cara bertindak dalam tembok
etnik disamping tidak mengenepikan dasar
afirmatif, dasar untuk menolong Bumiputera
yang layak mendapat sesuatu pertimbangan
daripada kerajaan

Datuk Seri Najib Tun Hj Abd Razak


Perdana Menteri Malaysia
MATLAMAT 1 MALAYSIA
Untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam
kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Negara Malaysia
serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan
terbaik kita demi menghadapi demi menghadapi cabaran yang
mendatang

1 MALAYSIA

Pencapaian Rakyat
diutamakan didahulukan
KONSEP 1 MALAYSIA
1 MALAYSIA adalah penerusan agenda membina negara bagi
mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan
melalui Wawasan 2020.

Prinsip keadilan untuk semua kaum , yang membawa maksud


bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana
kaum akan terpinggir. Ini bagi membina perpaduan antara kaum
supaya pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

1 MALAYSIA menghargai dan menghormati prinsip-prinsip


Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap
kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau
kelebihan yang patut dibanggakan

1 MALAYSIA menekankan sikap penerimaan dikalangan rakyat


berbilang kaum , di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum
yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan
saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
PERBEZAAN
MALAYSIAN
1 MALAYSIA MALAYSIA

Dasar yang mahu


mengagalkan terus
asas binaan
Mengharmonikan kemasyarakatan.
rakyat dalam ruang
lingkup yang Keadilan secara
berbeza membuta tuli dan
mengambil konsep
Menekankan soal kesamarataan secara
integrasi dan total
pengwujudan
Kesamarataan hak
Bangsa Malaysia tanpa mengambilkira
realiti dan sejarah
negara
ASPEK-ASPEK PENDEKATAN 1 MALAYSIA
TERAS-TERAS PERPADUAN
1 MALAYSIA disandarkan kepada 3 teras perpaduan
dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:-

PRINSIP PENERIMAAN
PRINSIP KENEGARAAN
PRINSIP KEADILAN SOSIAL
PRINSIP PENERIMAAN
Penerimaan dan toleransi mempunyai perbezaan
yang ketara.
Penerimaan bererti menerima sesuatu secara
positif dan penuh kerelaan.
Rakyat perlu beralih dari konsep toleransi semata-
semata kepada penerimaan.
Nilai penerimaan boleh mengikis dari dipengaruhi
oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan
mahu pula melihat kemampuan terbaik yang
boleh diberikan.
Malaysia sebuah Masyarakat
negara yang Masyarakat Cina
Melayu adalah
memiliki & India adalah
masyarakat
Masyarakat warganegara
peribumi
Majmuk

Perlembagaan adalah Unsur-Unsur Tradisi


Undang-Undang PRINSIP dalam Perlembagaan
Tertinggi yang PENERIMAAN mesti diterima oleh
mengariskan Hak-Hak semua rakyat
Rakyat

Keseimbangan
Rakyat yang adalah faktor Perpaduan adalah
tertinggal mesti penting dalam teras Kesejahteraan
dibantu membina kekuatan negara
negara
PRINSIP KENEGARAAN
Prinsip-prinsip kenegaraan 1 Malaysia
berasaskan Perlembagaan Persektuan dan
Rukun Negara.

Kekal menjunjung kesemua peruntukan


teras seperti perkara 3, 4, 152, 153 dan
Bahagian 2 dan 3 yang termaktub dalam
perlembagaan persekutuan.
PRINSIP KEADILAN SOSIAL
Setiap rakyat di negara ini tanpa mengira
latar belakang atau agama diberi keadilan
yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan
aspek-aspek sosial yang penting.
Melalui konsep 1Malaysia, setiap wakil
rakyat bertindak melepasi sempadan kaum
masing-masing dan melebarkan khidmat
mereka kepada kaum-kaum lain.

Prinsip keadilan sosial ini bukanlah platform


bagi mana-mana pihak untuk membuat
tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan.
8 NILAI 1 MALAYSIA
BUDAYA KECEMERLANGAN

Pengamalan budaya cemerlang akan


membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta
pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan
pencapaian masyarakat dan negara
bergantung setakat mana budaya
kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan


kerja memerlukan ketabahan dan
ketekunan mereka. Perjuangan untuk
mencapai kemajuan dan kecemerlangan
negara amat memerlukan pemimpin dan
rakyatnya tabah menghadapi segala
rintangan dan dugaan.
RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang


penting untuk dimiliki. Dalam Islam,
rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat
merendah diri amat digalakkan dalam
ajaran Islam begitu juga dengan budaya
dan sifat masyarakat Melayu yang
menghormati orang yang merendah diri.
PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua


perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan
mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan
memperlihatkan perlakuan yang positif menerima
sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang
ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala
toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau
secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi
berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan
ianya diterima dengan ketidakjujuran.
 KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua


keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah
prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat
oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah
bahagi.  Semua kaum perlu mengutamakan
kesetiaan dan kepentingan kepada negara
mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok
sendiri.
MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju 


yang perlu diamalkan dalam negara
demokrasi bagi memastikan mereka yang
layak dan memenuhi kriteria diberi
peluang untuk memacu pembangunan
negara.
PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah


prasyarat penting untuk mana-mana
negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan
ketahanan  adalah berasaskan kepada
masyarakat yang berpendidikan dan
berpengetahuan mengatasi kekuatan
ketenteraan.
INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan


untuk mendapat kepercayaan dan
keyakinan rakyat. Kepercayaan dan
keyakinan  diperoleh  melalui nilai-nilai
integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh
semua pihak  daripada pemimpin sehingga
semua peringkat tanpa mengira
kedudukan.
Keterangan logo 1 Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang


berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan
Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari,


berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan


Berdiri, Teguh di bumi Tanggungjawab kita semua
Nyata pupuk semangat satu Malaysia Jadi teras bangsa mulia
Sepakat, Kita bina Satu Malaysia
Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan
Satu Malaysia jadi pegangan
Perpaduan, Mendapat rahmat Rukun negara teras panduan
Toleransi kaum amalan bersama Satu Malaysia benteng negara
Kejayaan, Kita bangunkan Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia Satu Malaysia untuk semua

You might also like