You are on page 1of 7

SISTEM PERNOMBORAN MAYAN

1.0 Sejarah/Latar belakang


Sistem pernomboran Mayan telah digunakan sekitar abad keempat dan pada
masa itu, sistem ini dipercayai lebih maju 1000 tahun berbanding Eropah. Sistem ini
merupakan sistem yang unik berbanding sistem perpuluhan semasa yang
menggunakan asas 10. Sistem ini menggunakan sistem vigesimal yang menggunakan
sistem 20. Sistem ini dipercayai telah digunakan oleh orang Mayan kerana orang
Mayan tinggal di kawasan yang beriklim panas. Keadaan ini menyebabkan orang
Mayan jarang memakai kasut. Selain itu, angka 20 juga merupakan jumlah jari tangan
dan kaki manusia sekali gus menjadikan sistem ini boleh digunakan. Oleh yang
demikian, dua kata kunci yang penting dalam sistem ini ialah 20 yang berkait rapat
dengan jari tangan dan kaki dan 5 yang berkait rapat dengan jumlah jari pada satu
tangan atau kaki.

The Mayan system used a combination of two symbols. A dot (.)
was used to represent the units (one through four) and a dash (-)
was used to represent five. It is thought that the Mayan's may have
used an abacus because of the use of their symbols and, therefore,
there may be a connection between the Japanese and certain
American tribes.
(Orenzi, 1964)


SISTEM PERNOMBORAN MAYAN
Menurut Orenzi, sistem Mayan menggunakan dua simbol. Titik (.) digunakan
untuk mewakili unit (satu daripada empat) dan sengkang (-) digunakan untuk mewakili
lima. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Mayan mungkin menggunakan sempoa
kerana penggunaan simbolnya dan oleh itu, mungkin ada hubungan antara orang
Jepun dan sesetengah puak Amerika. Orang Mayan menulis nombor mereka secara
menegak dengan cara meletakkan denominasi yang terendah pada bahagian atas.
Sistem ini telah ditetapkan supaya lima nilai tempat yang pertama adalah berdasarkan
gandaan 20 seperti 1 (20
0
), 20 (20
1
), 400 (20
2
), 8,000 (20
3
), dan 160,000 (20
4
). Dalam
sistem Hindu-Arab ia ditulis sebagai 1, 10, 100, 1 000 dan 10 000. Contohnya, nombor
241 083 akan ditulis seperti berikut ;
Nombor Mayan Nilai Tempat Nilai Perpuluhan

1 kali 160,000 = 160,000

10 kali 8,000 = 80,000

2 kali 400 = 800

14 kali 20 = 80

3 kali 1 = 3
Jadual 1


SISTEM PERNOMBORAN MAYAN
Menurut McLeish (1991), dalam nombor Hindu-Arab, nombor ini akan ditulis
sebagai 1.10.2.14.3. Sistem Mayan juga merupakan sistem pertama yang
menggunakan konsep sifar. Simbol yang biasa digunakan ialah kerang ( ) tetapi
terdapat juga beberapa simbol lain seperti simbol kepala.
Perkara ini merupakan perkara yang menarik untuk dipelajari kerana di antara
semua ahli matematik dan saintis yang hebat di zaman purba Greece dan Rom, Mayan
muncul sebagai puak yang memperkenalkan penggunaan simbol sifar. Berikut
merupakan simbol yang digunakan oleh Mayan untuk menulis nombor:

Rajah 1
Jadual di bawah menunjukkan beberapa nombor Mayan. Lajur kiri menunjukkan
persamaan perpuluhan mengikut kedudukan yang digunakan dalam nombor Mayan.
Diingatkan bahawa nombor ini dibaca daripada bawah ke atas.
Jadual 2

8,000


400



20



unit




20 40 445 508 953 30,414
SISTEM PERNOMBORAN MAYAN
Terdapat cadangan untuk menggunakan pembilang seperti bijirin atau batu kecil
untuk mewakili unit dan ranting pendek atau biji kacang untuk mewakili nilai lima.
Melalui sistem ini, titik dan bar boleh ditambahkan dengan mudah berbanding dengan
nombor dalam sistem lain seperti sistem Roman tetapi malangnya, tiada sebarang
simbol yang kekal digunakan kecuali sistem nombor yang berkait dengan Kalendar
Mayan.
Kalendar 360 hari juga merupakan salah satu daripada sistem Mayan. Mayan
telah menggunakan asas 18 dalam pembinaan kalendar mereka. Setiap bulan
mempunyai 20 hari dan setahun mempunyai 18 bulan. 5 hari terakhir pada hujung
tahun akan dianggap sebagai tempoh masa yang dipenuhi dengan bahaya dan nasib
malang. Oleh itu, Mayan telah mencipta kalendar 365 hari yang turut berkait dengan
sistem solar.
2.0 Penggunaan simbol-simbol serta nama-nama simbol tersebut
Sistem ini mempunyai dua perbezaan yang signifikan berbanding sistem yang
telah kita guna sekarang. Pertama, nilai tempat disusun secara menegak dan kedua
Mayan menggunakan asas 20 atau dikenali sebagai sistem vigesimal.
Berikut merupakan simbol-simbol yang digunakan dalam sistem ini;


Rajah 2
SISTEM PERNOMBORAN MAYAN
Berikut merupakan cara untuk menulis nombor 0 19 dalam Mayan;

Rajah 3
Berikut merupakan kedudukan simbol dalam sistem Mayan;

Rajah 4
SISTEM PERNOMBORAN MAYAN
3.0 Asas nombor
Satu fakta yang menarik dalam sistem Mayan apabila Mayan memperkenalkan
kelainan pada lajur ketiga. Dalam pengiraan sistem vigesimal, sepatutnya pada
setiap nombor pada lajur ketiga akan didarab dengan 400 kerana 20 = 400.
Namun begitu, Mayan menetapkan 18 x 20 pada lajur ketiga kerana ianya
merupakan anggaran yang lebih hampir dengan jumlah hari dalam kalendar
solar. Pada susunan yang seterusnya, Mayan terus mendarabkan nombor
tersebut dengan 20. Oleh yang demikian, nilai tempat yang pertama ialah 1,
kedua ialah 20, ketiga ialah 18 x 20, keempat ialah 18 x 20 , kelima ialah 18 x 20
dan sebagainya.








Jadual 3




Lajur Nilai tempat
5 18 x 20 x 20 x 20
4 18 x 20 x 20
3 18 x 20
2 20
1 1
2
2 3
SISTEM PERNOMBORAN MAYAN
4.0 Cara penggunaan dalam operasi

Proses penambahan angka Mayan dilakukan dengan menggabungkan simbol
angka pada setiap paras.
Contohnya :


+ =

Proses penolakan angka Mayan akan dilakukan dengan membuang simbol
daripada nombor yang hendak ditolak.
Contohnya;



... =


13 7 6
7 6 13

You might also like