You are on page 1of 23

ABDUL HALIM BIN TAUHID

810103-02-5441 / PPG 2011-2015


(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

TAJUK TUGASAN
Melaksanakan tugasan berbentuk pelaporan mengenai isu-isu yang
berkaitan dengan program Pendidikan Khas yang merangkumi
Pengurusan Kelas Integrasi Pendidikan Khas.

Model hewett
Model Montessori
Stesen
Kiosk

Berdasarkan tugasan , anda dikehendaki menghurai dan


membincangkan topik di atas dari aspek definisi , kelebihan ,
kelemahan dan isu-isu yang berkaitan. Anda juga dikehendaki memberi
cadangan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

Model Pengajaran Kumpulan


Model 1

: 3 kumpulan yang berbeza

Model 11

: Kumpulan yang hampir sama.

Berdasarkan dua model di atas , anda dikehendaki melakar cara


pelaksanaan pengajaran serta membincangkan kebaikan dan
kelemahan model-model tersebut terhadap murid-murid pendidikan
khas.
Anda juga dikehendaki membincangkan isu-isu yang timbul sekiranya
kedua-dua model tersebut:
1.

Dilaksanakan

2.

Tidak dilaksanakan

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

TUGASAN 1
Melaksanakan tugasan berbentuk pelaporan mengenai isu-isu yang
berkaitan dengan program Pendidikan Khas yang merangkumi
Pengurusan Kelas Integrasi Pendidikan Khas.

1.

Model Hewett

2.

Model Montessori

3.

Stesen

4.

Kiosk

Berdasarkan tugasan , anda dikehendaki menghurai dan


membincangkan topik di atas dari aspek definisi , kelebihan ,
kelemahan dan isu-isu yang berkaitan. Anda juga dikehendaki memberi
cadangan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

PENGURUSAN KELAS KHAS.


Pengurusan bilik darjah amat penting bagi sesebuah institusi
pembelajaran yang menjalankan program Pendidikan Khas yang merangkumi

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

Pengurusan Kelas Integrasi Pendidikan Khas. Menurut Cegelka dan Berdine


(1995) penyusunan bilik darjah sememangnya dapat mempengaruhi tingkah
laku murid-murid di dalam kelas. Pengaruh yang dimaksudkan boleh menjurus
kepada penambahan ataupun pengurangan masa tumpuan murid terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku dibilik darjah.
MODEL HEWETT
Menurut beliau sendiri, Hewett & Forness (1984) dalam Walker &Shea
(1995) tingkah laku manusia biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor. Hal ini
terjadi terhadap diri sendiri mahupun yang melibatkan orang lain. Antara faktorfaktor yang mempengaruhi situasi tersebut ialah :
1.

Keperluan dan kehendak untuk bertahan dalam persekitaran yang kurang


selesa dan kurang mesra.

2.

Terlalu percaya terhadap benda-benda yang tahyul dan bertindak balas


terhadap sesuatu yang tidak diketahuinya.

3.

Terlalu taksub dengan kajian sains dan penyiasatan yang tidak jelas akan
kesahihannya.

4.

Dari segi memberi perkhidmatan dan bantuanserta bimbingan dalam


kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.

Maka dengan faktor-faktor yang telah dinyakan tersebut amatlah member


satu impak yang besar dalam mempengaruhi dalaman seseorang individu itu.
Selain dari itu, dalam Model Hewett ini juga terdapat beberapa kelebihan yang
sangat berguna sebagai panduan seseorang individu itu.

KELEBIHAN MODEL HEWETT


Setiap model yang diperkenalkan mempunyai kekuatan dan
kelemahannya tersendiri. Dari soal kebaikan dan kelebihan Model Hewett ini, ia
sememangnya tidak dinafikan. Diantara kebaikan Model Hewett ini ialah yang
pertamanya penggunaan internet, atau bahan media interaktif yang sangat
menarik dapat menarik minat murid memberi tumpuan.
Sekaligus ini menjadikan satu motivasi yang sangat berkesan bagi muridmurid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Dengan pendedahan yang
murid telah pelajari seterusnya mereka dapat meneroka dalam pencarian
sumber maklumat. Ini bermakna apabila murid telah mahir dalam bidang IT

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

mereka akan menggunakan kelebihan tersebut untuk mendapatkan sebarang


maklumat. Hal ini juga menjuruskan murid-murid mahir dalam kemahiran
penggunaan ICT .
Pada masa kini apa yang dapat dilihat rata-rata murid-murid adalah lebih
advance dari golongan-golongan pendidikan khususnya guru-guru. Hal ini terjadi
disebabkan faktor-faktor yang telah dibincangkan tadi. Biasanya guru yang
kurang berkemahiran dalam ICT agak ketinggalan dalam mengikuti atau
mendapatkan maklumat yang kini kebanyakkannya mudah diperolehi dari laman
sesawang. Pendek kata murid lebih mahir selok belok ICT berbanding guru yang
telah lama makan garam.

KELEMAHAN MODEL HEWETT


Setiap sesuatu yang dicipta oleh manusia pasti ada kelebihan dan
kekuranganyan. Begitu juga Model yang diperkenalkan oleh Hewett ini. Antara
kelemahan yang ketara dapat dilihat ialah sekiranya guru atau pendidik tidak
dapat mengatasi kemahiran murid, dalam bidang ICT terutamanya,pastilah guru
tidak dapat memantau aktiviti murid sepanjang tempoh pengajaran dan
pembelajaran itu berlangsung.
Biasanya masalah yang sering timbul disini ialah murid akan dengan
sesuka hati meneroka ke laman-laman sesawang yang tidak sesuai atau tidak
berkenaan pada masa tersebut. Sebagai contoh yang biasa terjadi ialah murid
meneroka ke laman pornologi, permainan on-line dan sebagainya.
Selaian dari itu, guru yang tidak mahir dalam penggunaan online
teaching tidak dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih efisyen. Ini merupakan keterbatasan guru apabila tidak menguasai
kemahiran yang telah dinyatakan tadi.

CADANGAN
Kelemahan yang dihadapi oleh guru-guru iaitu guru tidak cekap
menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah dengan
menghantar guru-guru ke kursus atau bengkel untuk melengkapkan diri dengan
kemahiran yang terkini yang melibatkan penggunaan teknologi yang terkini.
Selain itu, bagi murid-murid yang mengambil kesempatan untuk melayari
laman sesawang yang tidak sesuai boleh diatasi dengan pihak sekolah perlulah
menyekat laman-laman sesawang yang tidak sesuai dilayari oleh murid-murid
terlebih dahulu.
Di samping itu, bagi isu kelas pemulihan khas tidak dilengkapi dengan
kemudahan-kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang lengkap boleh

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

diselesaikan dengan guru pemulihan khas boleh meminta peruntukkan


kewangan dari panitia-panita lain untuk membeli kelengkapan tersebut atau
guru pemulihan khas boleh menggunakan bilik akses yang dilengkapi dengan
kemudahan teknologi yang lengkap jika guru ingin menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemudahan tersebut.

MODEL MONTESSORI
Model ini menekankan bahawa kanak-kanak mendapat pengalaman dan
latihan menggunakan deria kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain.
Latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi
membolehkan kanak dengan cekap.
Model Montessori dipelopori oleh seorang wanita yang bernama Maria
mMontessori. Beliau dilahirkan di Chiaravalle, Itali pada tahun 1870. Pada tahun
1896, beliau telah menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan sekaligus
telah menjadikan beliau seorang doktor wanita pertama di Itali. Maria Montessori
terkenal kerana penglibatan beliau dalam pendidikan kanak-kanak. Beliau juga
dicalonkan untuk anugerah Nobel Peace Prize sebanyak tigs kali iaitu pada
tahun 1949, 1950 dan 1951.
Walaupun beliau sudah meninggal dunia, perjuangannya masih diteruskan
lagi melalui Association Montessori Internationale (AMI) di Amsterdam,
Netherlands sehingga kini. Maria Montessori amat mementingkan perkembangan
kanak-kanak diperingkat awal lagi. Menurut Montessori, kanak-kanak akan
menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup
matang dan bersedia mempelajarinya.
Montessori telah mengemukakan beberapa konsep asas dalam
pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antara konsep yang
dikemukakan oleh Montessori adalah seperti berikut:
1.

Penggunaan sensori-deria

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat


yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan
konsep tersebut. Pernyataan Montessori ini telah disokong oleh Pensyarah
Psikologi Perkembangan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mastura Badriz (2002) dalam Zul Azri

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

(2009), iaitu beliau melihat pendidikan sebagai satu proses yang berkembang
serentak dengan perkembangan seorang kanak-kanak yang belajar melalui
persekitaran dan mengaplikasikannya dalam konteks kehidupan sehariannya
sebagai persediaan untuk kehidupan dimasa hadapan. Dalam erti kata lain,
segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari
persekitarannya merupakan satu pendidikan tidak formal kepadanya.
2.

Penerokaan kepada persekitaran

Montessori dalam pendapat beliau turut menyatakan bahawa persekitaran yang


menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap
dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan konsep dan
pengetahuan kanak-kanak apabila mereka memerlukannya. Di samping itu,
dalam ertikata lain pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi
segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang telah disediakan oleh orang
dewasa, aktiviti yang difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan juga bahasa
atau teknik komunikasi yang diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.
Walaubagaimanapun, pendidikan juga boleh menjadi sesuatu yang tersembunyi
dan tidak dirancang di mana kanak-kanak belajar tanpa disedari. Pendapat
Montessori ini sekali lagi disokong oleh Mastura Badriz (2002) dalam Zul Azri
(2009), iaitu beliau berpendapat, masa atau perhatian yang diberikan terhadap
sesuatu aktiviti oleh penjaga kanak-kanak, mungkin akan menyebabkan kanakkanak tersebut merasakan perkara itu adalah lebih berfaedah walaupun
hakikatnya adalah sebaliknya.
3.

Belajar melalui aktiviti bermain

Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan.


Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan keadaan ini
dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Menurut pendapat Montessori,
apabila seseorang kanak-kanak itu bermain, secara tidak langsung mereka dapat
belajar dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila melalui proses
pembelajaran yang menarik dan bermakna. Keadaan ini membuktikan bahawa
bermain merupakan satu proses belajar secara semula jadi dan juga spontan.
Melalui aktiviti bermain, secara tidak langsung ibu bapa turut membenarkan
kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Ummu Abdullah (2009), turut
menyatakan pandapat yang hampir sama dengan pendapat Montessori iaitu
menurut beliau, setiap kanak-kanak yang membina pengalaman baru dan
berinteraksi dengan persekitaran mereka akan membina beberapa sambungan
pada otak kanak-kanak tersebut. Pernyataan ini menunjukkan bahawa melalui
aktiviti bermain, otak kanak-kanak akan turut berkembang dan secara tidak
langsung turut melatih kanak- kanak tersebut untuk menjadi lebih kreatif.
4.

Tempoh sensitif

Montessori menyatakan bahawa kanak-kanak yang berusia enam tahun dan ke


bawah mempunyai minda yang mudah menyerap jika dibandingkan dengan

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

kanak- kanak yang berumur enam tahun dan ke atas. Tempoh masa ini dikenali
sebagai tempoh masa sensitif, iaitu merupakan tempoh masa yang sangat
sesuai untuk mereka belajar dan memahaminya. Pada tahap ini, kanak-kanak
perlu dipupuk minat untuk belajar dan pembelajaran ini akan berjaya jika mereka
dibimbing untuk meneroka kepada bahan dan juga persekitaran yang tepat.
Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak
menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanakkanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran
dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan
menyentuh sesuatu bahan pengajaran. Selain daripada itu, Montessori (18701952) dalam Azizah Lebai Nordin (2002), turut menyatakan bahawa beliau
percaya dalam tempoh masa sensitif, kanak-kanak cepat mempelajari beberapa
tingkahlaku dengan lebih berkesan berbanding dengan tempoh masa biasa. Ahli
pendidik awal kanak-kanak menamakan masa sensitif ini sebagai kesediaan
(readiness). Selain daripada model- model kurikulum Maria Montessori yang
telah dibincangkan, terdapat juga teori yang dikemukakan oleh Maria Montessori
iaitu teori interaksi.
5.

Teori Interaksi

Menurut Montessori, pengalaman belajar yang tidak formal dapat dihasilkan


bukan sahaja dari interaksi dengan guru tetapi juga dengan sesama rakannya.
Interaksi antara rakan sebaya ini juga dapat menghasilkan teladan moral dan
sosial kepada diri kanak-kanak tersebut. Selain itu, teori interaksi ini juga dapat
membantu pertukaran informasi sehingga menjadi sumber yang penting bagi
pembelajaran tidak formal kanak-kanak. Jean Piaget (1896-1980) dalam Nuriman
(2009), turut mempunyai pendapat yang hampir sama dengan Montessori iaitu
bagi beliau, kanak-kanak belajar melalui interaksi dengan orang lain atau pun
masyarakat. Semakin ramai orang yang kanak-kanak tersebut berinteraksi,
semakin banyak ilmu yang akan dipelajarinya.
Montessori telah mencipta berbagai alat bantuan mengajar seperti:
i. Pink Tower
ii. Brown Stairs
iii. Red Rods
iv. Cylinder Block
v. Smelling Jar
vi. Baric Tablets
vii. Latihan Mengecam Warna
viii. Sound Boxes

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

ix. Temperature Jugs


x. Pelbagai Jenis Kain

KELEBIHAN MODEL MONTESSORI


Di Malaysia , pendidikan Montessori amat sesuai diaplikasikan kepada
murid-murid khas. Hal ini kerana model ini lebih dipengaruhi dengan alam sekitar dan muridmurid belajar melalui persekitaran dan secara kendiri. Malah penggunaan bahan maujud
amat membantu murid-murid khas untuk memahami dan menguasai sesuatu kemahiran
tersebut. Akan tetapi di negara ini , proses pembelajaran yang menggunakan model
Montessori ini telah di modifikasikan. Modifikasi telah dibuat dari segi bahan khusus yang
digunakan iaitu dari bahan asli teah ditukarkan kepada bahan yang bukan asli. Sebagai
contoh model bagi binatang , peralatan dapur dan sebagainya. Modifikasi ini dibuat bagi
memudahkan guru menyediakan bahan bantu mengajar.
Model Montessori ini mempunyai kelebihan di mana murid disediakan
dengan kaedah dan peralatan yang sesuai dengan masalah pembelajaran yang
dihadapinya. Di samping itu, model ini mengutamakan latihan daya
pengelihatan, pendengaran dan sentuhan di mana murid dapat lebih mengenali
sesuatu pembelajaran dengan lebih mendalam. Model ini juga turut menekankan
perkembangan individu secara menyeluruh iaitu dari segi fizikal, sosial, emosi
dan juga intelek.
Terdapat beberapa kajian telah dijalankan bagi mengukur keberkesanan
pembelajaran model Montessori ini dari sudut positif dan negatif. Lazimnya kajian yang
bersifat seperti ini tidak menyakinkan ,dimana ianya membawa kepada kekuatan dan
kelemahan model ini. Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati Model Montessori

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

mempunyai kelebihan dalam pendidikan , di mana murid-murid akan pandai bersosial dan
juga lebih kreatif. Ini kerana murid-murid ini telah didedahkan dengan persekitaran
pembelajaran yang menarik untuk membantu perkembangan minda mereka, Oleh kerana
model ini tidak bergantung kepada jadual dan peraturan , pendidikan ini dilihat mampu
memberikan keseronokkan kepada pelajar. Secara tidak langsung , proses pembelajaran
seperti ini mampu memberikan keseronokan kepada murid. Justeru itu , dari segi emosi
mereka lebih stabil dan lebih cekap dalam menguruskan diri sendiri.
Selain daripada itu , hasil kajian juga mendapati bahawa kelebihan
pendidikan Montessori ini ialah dapat mendedahkan murid-murid untuk belajar pengawalan
kendiri , penggunaan perbendaharaan kata yang tinggi dan juga proses pembelajaran yang
menarik untuk meningkatkan memori murid-murid. Disamping itu , melalui pembelajaran ini
juga dapat meningkatkan meta kognitif murid-murid iaitu mereka sedar dan belajar tentang
kekuatan dan kelemahan diri.
Seterusnya model Montessori ini juga dapat meningkatkan kemahiran
asas murid-murid dalam kehidupan harian. Aktiviti kehidupan harian seperti mengenakan
butang baju , mengikat tali kasut , menggilap kasut, menyikat rambut , menyapu sampah
serta mengelap meja. Justeru itu, model ini sesuai dengan murid-murid khas bagi
meningkatkan kemahiran mereka dalam kehidupan seharian malah mereka belajar
meningkatkan kemahiran asas motor mereka.

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

MODEL STESEN
Model Stesen merupakan satu pendekatan alternatif yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran. Model ini dimulakan pada tahun 2002 dengan projek
perintis di beberapa buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan negeri Selangor.
Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2003),
model stesen ialah bilik atau sudut di mana berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersistematik dengan sokongan bahan bantu mengajar yang
efektif. Murid-murid diberi peluang belajar melalui kaedah hands on experience
dan belajar sambil bermain.
Pendekatan pembelajaran model ini memberi penekanan kepada
pembelajaran mengikut tahap keupayaan, kecerdasan, kemahiran, kebolehan,
minat dan pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid. Empat belas buah
stesen kemahiran pengajaran dan pembelajaran disediakan berasaskan empat
bidang dalam Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran iaitu Bidang
Pengurusan Hidup. Bidang Akademik Berfungsi, Bidang Kerohanian dan Nilai
Murni dan Bidang Sosial, Riadah dan Kerohanian.
Bagi memastikan keberkesanan kaedah stesen pembelajaran, kerjasama
dari Guru Besar sekolah, penyelaras program, guru pemulihan khas dan ibu bapa
diperlukan. Dalam konteks ini, Guru Besar merupakan orang yang diamanahkan
dan dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan suatu suasana kerja yang
kondusif.
Guru pemulihan khas dipertanggungjawab menguruskan dan menceriakan
stesen dengan menyediakan bahan sokongan yang sesuai untuk memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan.

KELEBIHAN MODEL STESEN


Kajian oleh Rounds et al (1985) mendapati bahawa ramai murid
mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti dalam stesen
pembelajaran. Lebih banyak aktiviti dikendalikan di peringkat sekolah rendah
berbanding dengan peringkat sekolah menengah. Kajian yang telah dilaksanakan
oleh Berliner (1983) di beberapa buah sekolah rendah telah mengenal pasti

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

antara 11 dan 53 jenis aktiviti yang berlainan dijalankan dalam stesenstesen


pembelajaran seperti pengajaran guru, bacaaan, kerja kumpulan, pembelajaran
koperatif, membuat lembaran kerja, menonton video, permainan, pertandingan,
projek seni dan sains.
Reith dan Evertson (1988) berpendapat penyusunan stesen pembelajaran
boleh membantu dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan
mempromosikan mobiliti murid secara teratur. Model ini juga boleh
mengurangkan gangguan dan bising, memperbaiki kualiti interaksi sosial murid
dan menambah peratusan masa murid menumpukan perhatian terhadap
tugasan akademik malahan boleh mempengaruhi keupayaan guru memerhati
tingkah laku murid semasa mereka menjalankan tugas.
Kelebihan menjalankan model stesen turut diperlihatkan dengan objektif
kaedah ini iaitu:
1.

Murid dapat menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran

2.

Murid lebih berminat untuk belajar

3.

Murid belajar dalam suasana kondusif

Berdasarkan satu kajian oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


mengatakan bahawa dengan kaedah stesen:
1.

Pembelajaran murid lebih bermakna dengan bahan bantu mengajar dalam


stesen.

2.

Kaedah stesen membantu membuat persiapan yang lebih terancang dan


lebih mudah;

3.

Guru mempunyai rasa sepunya terhadap stesen masing-masing.

4.

Guru hanya perlu menyediakan bahan bantu mengajar untuk bidang


disiplin yang berkenaan.

5.

Guru dapat membina satu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang


berturutan dan berterusan;

6.

. Kaedah stesen membolehkan murid berasa gembira dan berminat untuk


belajar distesen masing-masing.

7.

Kaedah stesen menggalakkan mobiliti murid-murid dan

8.

viii. Kaedah stesen membolehkan murid mengenali semua guru.

KELEMAHAN MODEL STESEN DAN ISU-ISU YANG BERKAITAN

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

Model ini mempunyai kelemahan tersendiri iaitu kaedah ini tidak sesuai
digunakan untuk semua murid dalam satu-satu masa pengajaran. Guru tidak
mempunyai bahan bantu belajar yang benar-benar sesuai bagi setiap masalah
yang dihadapi oleh setiap murid.
Murid-murid akan hilang tumpuan kerana guru yang tidak cekap
menguruskan murid-murid akan menyebabkan murid-murid melebihkan bermain
daripada memberi tumpuan terhadap belajar. Guru menghadapi masalah
kekurangan ruang bilik darjah untuk mewujudkan kesemua stesen.

CADANGAN
Guru perlulah membahagikan murid-murid mengikut kumpulan yang
tertentu seperti kumpulan yang bijak, sederhana dan lambat. Bagi setiap
kumpulan tersebut, murid-murid perlulah mempunyai tahap kemahiran dan
kelemahan yang hampir sama supaya guru boleh menyesuaikan kaedah
pengajaran dan bahan bantu belajar mengikut kumpulan. Untuk mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan seseorang murid, guru perlulah menjalankan Ujian
Diagnostik kepada setiap murid.
Guru perlulah memperuntukkan masa dengan bijak supaya murid-murid
tidak hilang fokus terhadap pembelajaran. Contohnya, guru menetapkan muridmurid boleh bermain selama 10 minit sahaja. Selain itu, guru boleh meminta jasa
baik Guru Besar untuk mencari alternatif dalam mewujudkan stesen-stesen dan
bilik darjah yang diperlukan perlulah dikemaskini sebelum persekolahan bermula
MODEL KIOSK
Pembinaan kiosk ini adalah berdasarkan Teori Multiple Intelligence yang
diasaskan oleh Howard Gardner yang menyatakan bahawa manusia mempunyai
pelbagai kecerdasan. Kecerdasan ini merangkumi pelbagai kebolehan,
keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri seseorang individu.
Teori yang diasaskan oleh Howard Gardner ini menyatakan bahawa tahap
kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajaran adalah lebih mudah
sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan
individu itu. Kecerdasan individu boleh diperkembangkan menerusi pendidikan,
pengalaman dan persekitaran. Sehubungan dengan konsep kepelbagaian,
kecerdasan telah diaplikasikan dalam bentuk kiosk dalam membantu muridmurid pemulihan khas. Melalui pendekatan kiosk, proses pengajaran dan
pembelajaran adalah lebih mudah apabila minda murid tersebut tercabar
bukannya dalam keadaan bosan atau rehat.
KIOSK VISUAL / RUANG
Dalam sebuah kelas boleh dibina lapan kiosk iaitu Kiosk Visual/Ruang di
mana guru mengajar menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta,

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

carta, gambar rajah dan gambar-gambar. Kiosk ini membolehkan guru mengajar
murid-murid tentang kemahiran kebolehan mengesan dan menggambarkan
bentuk, ruang, warna dan garisan. Antara cadangan aktiviti yang boleh
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kiosk ini ialah
menggunting, menampal dan mewarnakan huruf pada gambar, melukis dan
mencantum gambar serta menerangkan arah ke sesuatu tempat. Bahan bantu
belajar yang perlu disediakan di kiosk ini ialah gambar, abjad getah, jigsaw
puzzle, maze dan buku bergambar.

Gambar 1: Kiosk Visual/Ruang


KIOSK MATEMATIK
Kiosk Matematik ialah ruang belajar dan mengajar yang menggunakan
kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks atau matematik. Melalui
kiosk ini, murid dilengkapkan dengan kebolehan menggunakan nombor secara
berkesan dan bijak berhujah serta memahami kelompok nombor asas, prinsip
sebab dan akibat serta kebolehan menjangka. Antara cadangan aktiviti yang
boleh dijalankan adalah mengeja perkatan berdasarkan suku kata dengan simbol
matematik dan mengira jumlah harga barang. Guru boleh menggunakan bahan
bantu belajar seperti kad nombor, alat pembilang, dekak-dekak, kad Domino dan
kad perkataan untuk membantu murid belajar dengan lebih bermotivasi.

Gambar 2: Kiosk Matematik


KIOSK INTERPERSONAL
Kiosk Interpersonal merupakan ruang belajar dan mengajar yang menggunakan
interaksi dan bekerjasama dengan orang lain dan juga murid yang suka bertutur.
Murid boleh didedahkan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi,
tabiat serta hasrat orang lain dengan menjalankan aktiviti bermain kuiz,
menyampaikan maklumat dan bermain jual beli dengan bantuan bahan bantu

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

belajar seperti kad soalan kuiz, kad abjad, kad gambar dan bahan untuk aktiviti
jual beli.

Gambar 3: Kiosk Interpersonal


KIOSK INTRAPERSONAL
Kiosk Intrapersonal ialah ruang belajar dan mengajar secara individu. Di
kiosk ini, murid dilengkapkan dengan kebolehan memahami diri sendiri dari segi
kekuatan dan kelemahan, hasrat serta kehendak diri. Guru boleh menjalankan
aktiviti jurnal, duduk bersendirian membuat refleksi diri, catat kenangan atau
perasaan dan membuat projek berbentuk arahan kendiri dengan bantuan
komputer, kad-kad (huruf, perkataan dan ayat) serta buku cerita dan lain-lain .

KIOSK BAHASA
Kiosk Bahasa ialah ruang belajar dan mengajar yang menggunakan
pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan memberi pendedahan kepada murid-murid dengan kebolehan
menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Guru boleh
menjalankan aktiviti mengeja perkataan, menulis nama, membaca ayat dan
membuat teka silangkata. Bahan bantu belajar yang boleh digunakan ialah kad
huruf, kad suku kata, kad perkataan, kad ayat dan kad bacaan, pita audio,
permainan Sahiba, silangkata dan lain-lain.

Gambar 5: Kiosk Bahasa

KIOSK KINESTATIK
Kiosk Kinestatik ialah ruang belajar dan mengajar yang menggunakan
pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

pengajaran dan pembelajaran. Kiosk ini memberi pendedahan kepada muridmurid tentang kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea,
perasaan dan menyelesaikan masalah dengan menjalankan aktiviti menulis
abjad di kad tebuk menggunakan jari, berlakon ikut situasi yang ditetapkan dan
bermain karom bahasa. Antara bahan bantu belajar yang boleh digunakan ialah
kad tebuk, bola, doh dan plastecine.

KIOSK ALAM SEKITAR /SEMULA JADI


Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar dan mengajar yang menggunakan
persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam menjalankan pengajaran dan
pembelajaran. Murid akan dilengkapkan dengan kebolehan mengenali dan
mengklasifikasikan tumbuhan, galian dan binatang, termasuk batu- batan dan
pelbagai flora dan fauna dengan menjalankan aktiviti seperti melabel anggota
badan, menulis nama haiwan, memelihara ikan dan mengumpul serangga,batubatan dan lain-lain dengan bantuan gambar, carta haiwan dan tumbuhan, model
haiwan dan akuarium .

KIOSK MUZIK / RITMA


Kiosk Muzik ialah ruang belajar dan mengajar yang menggunakan alat
serta bahan-bahan muzik,lagu sebagai pengantara pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Murid dilengkapkan dengan kebolehan mengesan
irama dan lagu, termasuk kebolehan mengenal lagu mudah, membeza atau
mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah dengan menjalankan
aktiviti mengeja perkataan sambil menyanyi dan memainkan muzik dan
memperdengarkan muzik semasa belajar dengan bantuan radio, VCD, alat muzik
sebenar atau ciptaan dan pita rakaman.

KELEBIHAN MODEL KIOSK


Dalam konteks Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Pemulihan Khas
Bermasalah Pembelajaran (PKBP), konsep Kiosk amatlah sesuai untuk
dilaksanakan. Ini kerana murid PKBP berpeluang merasa kepelbagaian suasana
pembelajaran. Pendekatan kiosk juga memberi peluang guru untuk
mengaplikasikan kepelbagaian kemahiran serta kreativiti mereka.

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

Melalui kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran guru, murid


sebenarnya akan menarik minat murid untuk belajar. Murid-murid pemulihan
khas yang agak lambat dalam memahami pembelajaran akademik mungkin lebih
cenderung untuk belajar kepada kesesuaian kecerdasan dan minat mereka.

KELEMAHAN DAN ISU-ISU YANG BERKAITAN


Suasana disiplin murid akan menjadi disiplin yang negatif sekiranya
kawalan kelas oleh guru tidak dijalankan dengan baik dan murid gagal
mendengar arahan guru untuk beralih menggunakan kiosk lain kerana hanya
minat kiosk yang tertentu sahaja. Isu yang biasa terjadi untuk model kiosk ini
ialah kekurangan ruang dan bahan bantu belajar yang sesuai.

CADANGAN
Guru perlulah menetapkan masa bagi setiap kiosk supaya murid tidak
tertumpu pada kiosk yang tertentu sahaja. Guru juga perlu bijak menyusun atur
kelas supaya ruang-ruang kiosk tidak menganggu ruang pengajaran dan
pembelajaran. Guru pendidikan khas khususnya perlulah memperjuangkan hak
untuk mendapatkan bilik darjah yang sekurang-kurangnya berkeluasan dua bay.
Guru pendidikan khas juga perlu kreatif dalam membina bahan bantu belajar
murid-murid dengan usaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari manamana pihak.

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

TUGASAN 2

Model Pengajaran Kumpulan


1.

Model 1

: 3 kumpulan yang berbeza

2.

Model 11

: Kumpulan yang hampir sama.

Berdasarkan dua model di atas , anda dikehendaki melakar cara pelaksanaan


pengajaran serta membincangkan kebaikan dan kelemahan model-model tersebut
terhadap murid-murid pendidikan khas.
Anda juga dikehendaki membincangkan isu-isu yang timbul sekiranya keduadua model tersebut:
1.

Dilaksanakan

2.

Tidak dilaksanakan

PENGAJARAN SECARA BERKUMPULAN

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

Pengenalan
Model pengajaran berkumpulan merupakan salah satu kaedah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Model ini membawa maksud kepada satu kaedah atau
pendekatan dalam pembelajaran dimana murid-murid dalam kumpulan saling berkongsi ,
bantu membantu , mengambil bahagian dan berkerjasama antara satu sama lain dalam
proses pembelajaran. Ia juga berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang
berorientasikan guru kepada yang berpusatkan murid.
Pengajaran secara kumpulan meminta pengajaran guru dihadkan kepada
murid-murid dalam satu-satu kumpulan tertentu. Lazimnya bahan-bahan yang digunakan
adalah berbeza di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, dan pengajaran
dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang disusun secara berkelompok.
Ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas. Pertama
kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu murid-murid yang lebih kurang sama
taraf kebolehan mereka diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan ujian atau
lain-lain cara pengukuran kebolehan otak murid-murid. Kedua, ialah kumpulan mengikut
pelbagai kebolehan dan kecenderungan.
Menurut Gibb (1969) pembelajaran berkumpulan iailah beberapa orang
individu yang mempunyai tujuan yang sama saling berhubung dan bertukar-tukar pendapat
serta fikiran dan bergantung diantara satu sama lain atau berganding bahu dalam apa jua
aktiviti bagi mencapai obejektif . Manakala L.M.Smith ( 1969) berpendapat bahawa
pembelajaran kumpulan : unit sosial yang terdiri daripada beberapa individu yang
berinteraksi diantara satu sama lain , mempunyai nilai-nilai yang sama dan saling
bergantung diantara mereka.
Pengajaran berkumpulan pada dasarnya melibatkan dua orang guru atau
lebih dalam kerja merancang , mengajar dan menilai pengajaran serta hasil pembelajaran
dalam satu kumpulan murid. Murid yang pada awalnya berada dalam kumpulan yang besar
kemudian berpecah kepada kumpulan yang kecil. Pengajaran berkumpulan juga melibatkan
seorang guru yang mengelaolakan satu kelas murid yang dipecahkan kepada beberapa
kumpulan kecil untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara kumpulan
Callahan (1969) , Sharifah Alwiah (1983), Trump (1966) dipetik dari Kamarudin Hj
Husin pedagogi 2

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN SECARA BERKUMPULAN


CERDAS
3 KUMPULAN YANG
BERBEZA
SEDERHANA
CERDAS
LEMAH

PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
BERKUMPULAN
BERKUMPULAN

SEDERHANA
KUMPULAN
YANG
BERKEMAHIRAN
LEMAH
HAMPIR SAMA

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

MODEL I : 3 KUMPULAN YANG BERBEZA

LANGKAH

AKTIVITI / KUMPULAN
CERDAS

SET INDUKSI

SEDERHANA

LEMAH

PENGLIBATAN SEMUA MURID

LANGKAH 1

PENGAYAAN

LATIHAN

LANGKAH 2

LATIHAN

PENGAJARAN

PENGAJARAN
LATIHAN

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

LANGKAH 3

PENGAJARAN

PENUTUP

PENGAYAAN

PENGAYAAN

KESIMPULAN

Model kolaboratif ini merupakan model pembelajaran yang melibatkan sekumpulan


murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi murid. Pembelajaran kolaborasi
melibatkan kerjasama dari semua ahli kumpulan dalam menyiapkan tugasan dan juga
mencapai matlamat yang dikehendaki.
Model pembelajaran ini mempunyai 3 matlamat yang utama iaitu matlamat
dari segi intelek , matlamat sosial dan matlamat penyelesaian masalah tingkah laku. Dari
segi strategi , kaedah dan teknik pengajaran sama seperti koperatif serta criteria asas
menjayakannya.
Dalam pelaksanaan model tersebut 3 kumpalan yang berbeza , guru
membahagikan murid kepada3 kumpulan yang berbeza mengikut tahap mereka iaitu cerdas
, sederhana dan juga lemah. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan kumpulan
cerdas akan membuat pengayaan dahulu di turuti latihan dan akhir sekali baru guru
mengajar mereka. Manakala bagi kumpulan sederhana , murid-murid ini akan melalui
proses membuat latihan dahulu setelah itu guru akan mengajar kemahiran tersebut dan
seterusnya mereka akan membuat pengayaan berbeza dengan kumpulan yang lemah.
Guru perlu mengajar dahulu kemahiran tersebut dan setelah itu diberi latihan dan juga
pengayaan. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dibuat secara bergilir bagi
memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran yang diajar. Guru dapat mengetahui
keputusan bagi hasil pembelajaran apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran selesai.

MODEL II : KUMPULAN KEMAHIRAN YANG HAMPIR SAMA


LANGKAH
Set induksi

AKTIVITI / KUMPULAN
Langkah ini melibatkan semua murid dalam kumpulan

Perkembangan
Tajuk 1

Tajuk 2

Tajuk 4

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

Tajuk 3

Penutup

Kesimpulan

Rajah di atas menunjukkan kumpulan kemahiran yang hampir sama atau


lebih dikenali sebagai pengajaran koperatif. Pengajaran ini merupakan satu gambaran
kerjasama antara individu yang satu dengan lainnya dalam suatu ikatan. Ikatan-ikatan
tersebut yang menyebabkan antara satu dengan yang lain berada daalam satu tempat
dengan tujuan yang sama diharapkana oleh setiap orang yang berada dalam ikatan itu.
Dalam pelaksanaan model ini, setiap kumpulan memainkan peranan yang
penting dan saling berkerjasama antara kumpulan yang lain. Guru akan mengajar dan
memberi penerangan dahulu. Setelah itu kumpulan akan berkerjasama menjalankan aktiviti
dan memberi tumpuan. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti kelas biasa
akan tetapi mereka duduk di dalam kumpulan yang mempunyai kepelbagaian tahap
penguasaan. Murid yang cerdas akan diberi pengajaran dan menguasai kemahiran. Apabila
pulang ke kumpulan masing-masing , murid cerdas ini akan mengajar kumpulan yang
lemah. Ahli kumpulan akan bersama-sama bembimbing antara satu sama lain.

KEBAIKKAN
Model pengakaran ini mempunyai kebaikan dimana murid-murid yang lemah akan
dibimbing terus oleh guru manakala bagi murid-murid yang cerdas akan terus maju ke
hadapan dengan bimbingan dari rakan sekumpulan.
Dalam pengajaran berkumpulan ini juga ,murid-murid akan dapat berinteraksi
anatara satu sama lain dan saling bantu membantu dalam proses pembelajaran. Kesan
daripada itu aktiviti yang dijalankan akan dapat meningkatkan kemahiran sosial yang sedia
ada. Malah bukan sekadar kemahiran social sahaja, penerapan nilai-niali murni dapat
diterapkan dalam jiwa mereka dengan sikap berkerjasama , bertolak ansur dan juga
bertanggungjawab atas tugas yang diberi. Di sini pemupukan semangat positif dapat
diterapkan secara tidak langsung.

KELEMAHAN MODEL PENGAJARAN BERKUMPULAN

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

Dalam model pengajaran ini, terdapat beberapa kelemahan. Antara


kelemahan dalam pelaksanaanya terhadap murid-murid pendidikan khas ialah perhatian
guru yang tidak saksama. Apa yang dimaksudkan di sini ialah guru akan lebih berfokus
kepada membantu murid yang lemah. Hal ini akan menyebabkan dua kumpulan yang lain
akan terabai dan dikhuatiri proses pembelajaran mereka akan terganggu dengan masalah
tingkah laku kerana tumpuan guru yang tidak saksama. Di sini akan timbul perasaan
cemburu dan iri hati. malah sikap saling membenci juga akan timbul.
Bukan sekadar pada proses pembelajaran sahaja , kelemahan juga boleh
berlaku pada diri guru tersebut. Masalah akan timbul sekiranya seorang guru itu tidak
berkemahiran dalam mengendalikan pengajaran berkumpulan. Maka akan timbul masalah
masa yang tidak mencukupi dan konsep pengajaran yang dibuat tidak kukuh.
Selain daripada itu , dengan pengajaran berkumpulan ini juga boleh
menurunkan motivasi kepada murid yang lemah. Di mana murid yang lemah akan merasa
rendah diri manakala murid yang cerdas akan merasa tinggi diri. Sikap seperti itu
seharusnya tidak wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ISU YANG TIMBUL JIKA DILAKSANAKAN


Sekiranya model ini dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran , ibubapa akan memandang positif. Hal ini kerana mereka merasakan anakanak mereka dapat dilatih cara memimpin , membuat keputusan dan menguruskan
masalah demi keperluan masa depan. Selain itu dengan mengaplikasikan model ini muridmurid mempunyai semangat saling bergantungan. Hal ini bermakna mereka saling
berkerjasama bagi mencapai matlamat pembelajaran. Secara tidak langsung kemahiran
social mereka akan meningkat. Di mana untuk berkerjasama mereka perlu berinteraksi da
meningkatkan kemahiran social agar mereka berjaya.
Model ini juga dapat meningkatkan minat murid ingin belajar kerana setiap
aktiviti berkumpulan akan menimbulkan persaingan antara kumpulan. Malah pelbagai aktiviti
boleh dijalankan bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Di sini
kreadibiliti murid akan diuji kerana guru hanya sebagai fasilitator dan pemantau untuk
mencapai obejktif pelajaran paada hari tersebut.

ISU YANG TIMBUL TIDAK DILAKSANAKAN


Berbanding jika kita tidak melaksanakan model pengajaran berkumpulan ini.
Sekiranya ia tidak dilaksanakan , pengajaran guru berkemungkinan akan berpusatkan
kepada guru sahaja. Di antara guru dan murid hanya berkomunikasi sehala sahaja dan
kemahiran sosial murid-murid tidak dapat dipertingkatkan. Malah proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi kurang menarik.
Selain daripada itu , sekiranya model ini tidak dilaksanakan , guru juga boleh
menumpukan perhatian kepada satu persatu murid dan layanan akan menjadi

ABDUL HALIM BIN TAUHID


810103-02-5441 / PPG 2011-2015
(SEM 6)
PKU 3111 ISU DAN TENDA DALAM P. KHAS

saksama. Secara tidak langsung juga tiada perasaan iri hati , cemburu dan juga
meninggi diri sekiranya mereka tidak diklasfikasikan dengan tahap keupayaan
mereka.

RUMUSAN
Sebagai rumusan bagi tugasan ini, apa yang saya boleh katakana
ialah berdasarkan model-model yang telah diterangkan itu ia mempunyai
kekuatan dan kelemahannya tersendiri.
Contohnya Model hewett dengan
kekuatan menggunakan teknologi , model Montessori dengan kekuatan pada persekitaran ,
guru , murid-murid dan juga bahan bantu mengajar , model stesen pula dengan kepelbagai
stesen yang boleh meningkatkan motivasi murid , kiosk pula dengan sudut yang mampu
meningkatkan kefahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Apa yang paling
penting di sini , guru perlu pandai dan boleh menguasai kemahiran dalam model yang dipilih
tersebut. Tanpa kemahiran proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan
oelh guru akan menimbulkan masalah dari segi tingkah laku , masalah pada masa dan juga
masalah pada pengurusan.
Untuk model pengajarann berkumpulan pula, kedua-dua pengajaran
berkumpulan mempunyai faedah yang tersendiri. Sama ada pengajaran berkumpulan tiga
kumpulan yang berbeza mahupun pengajaran berkumpulan kemahiran yang sama.
Pengajaran berkumpulan ini bvanyak membantu murid-murid untuk meningkatkan
kemahiran bersosial dan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran bahasa mereka.
Di samping itu juga pengajaran berkumpulan ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka
dalam menguruskan sesuatau masalah dan menonjolkan diri pada setiap aktiviti yang
dijalankan.
Akhir sekali guru perlulah mahir dan kreatif dalam menguruskan pengajarann
terhadap murid-murid. Tidak kiralah apa juga pendekatan atau berlandaskan model apa yag
digunakan. Guru yang fleksibel dalam pengajaran sememangnya beliau memastikan
kejayaan murid di dalam kelas. Sekian,terima kasih.

You might also like